Thursday, October 31, 2019

Blue Dino Cafe | Jom Makan makan


Assalammualaikum dan hello Guys....

Ampa yang suka makan?? Okaylah hari nie aku nak share dengan ampa salah sebuah kedai makan yang mungkin ampa tak perasan sebab nampak kedai nie tak banyak orang dan ampa akan rasa kedai makan nie mesti cina punya sebab macam krik krik krik..huhuhu...Meh sini nak habaq. Untuk pengetahuan semua orang Penang Terutama sekali, Kalau ampa nak tau kat TEsco E-gate , Gelugor tu ada sebuah kedai makan western yang sedap dan best iaitu 

BLUE DINO CAFE

Image result for blue dino cafe

Expecially parents yang ada anak kecil dan yang minat gila dengan dinasour boleh mai lepak sini. Selesa, makanan pun sedap, suasana yang best.Siap ada tv pasang cerita budak budak. So depa makan pun dengan tenangnya...Tak ramai orang sangat so sangat tak crowded....Memang relax ja...



Aku tak mau nak cerita panjang dan inilah antara menu yang kami makan...Menu kids pun bawah RM10.00 lepas tu kenyang dan sedap..Berbaloi lah....Ampa tengok sendiri okay....

Spegatti Carbonara -----sedapppp gilaaaaa

Fish Nugget Set

Budak nie lani, kalau makan no 1..memang dia suka makan lani....Letak apa depan dia semua dia bedal, alhamdulillah....

So ini menu Ibu dengan kawan ibu....memang kenyang weiii


So kepada ampa yang nak lepak makan kat sini, boleh booking jugak...refer pada butiran kat bawah nie okay....Selamat menjamu selera...



Address1-G-4, Tesco Penang, No.1, Lebuh Tunku Kudin 1, 11700 Gelugor, Penang
Hours
Open ⋅ Closes 10PM

Tuesday, October 29, 2019

All I ASK | Adele


I will leave my heart at the door
I won't say a word
They've all been said before you know
So why don't we just play pretend
Like we're not scared of what's coming next
Or scared of having nothing left
Look, don't get me wrong
I know there is no tomorrow
All I ask is
If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?
I don't need your honesty
It's already in your eyes
And I'm sure my eyes, they speak for me
No one knows me like you do
And since you're the only one that matters
Tell me who do I run to?
Look, don't get me wrong
I know there is no tomorrow
All I ask is
If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?
Let this be our lesson in love
Let this be the way we remember us
I don't wanna be cruel or vicious
And I ain't asking for forgiveness
All I ask is
If this is my last night with you
Hold me like I'm more than just a friend
Give me a memory I can use
Take me by the hand while we do what lovers do
It matters how this ends
'Cause what if I never love again?




Friday, October 25, 2019

Happy Deepavali to all






HAPPY DEEPAVALI KEPADA SEMUA YANG MENYAMBUTNYA...
KALI NIE KAT OPIS AKU PILIH UNTUK BUAT KOOLAM YANG SIMPLE JA...TAPI SEDIH TAK SAMPAI SEHARI DAH ADA ORANG SEPAL KOOLAM AKU..WAHHHHHH...

Monday, October 21, 2019

Pinky Bar Sabun Travel Paling Best | Product Review

Hello guys...

Entry kali nie aku nak sangat share dengan 1 produk baru yang aku 1st time cuba dan kenal iaitu PINKY BAR...Mulanya masa dok tengok kawan aku jual benda alah nie. Dok ingat apa bendalah minah nie dok buat. Pehtu aku tanya dia dan dia pun  send 1 bar untuk aku try. aku pun macam krik krik benda apa nie. Bila dah sampai aku pun try memang best dan rasanya Pinky Bar nie wajib bawak masa travel.....
.
.
.
.


Apa itu PINKY BAR??

Pinky Bar  ( Stain Remover) nie actually sabun tau bukan barang make up yang ampa dok tengok semua tu. Sabun superpower yang boleh digunakan untuk mencuci pelbagai jenis kotoran. Ampa bagi ja apa jenis kotoran dia akan cuci dengan jayanya. Dengan hanya RM16 / perbar ampa dapat save banyak barang daripada nak buang barang yang mungkin kotoran dia tak boleh ditanggalkan. 




Image result for pinky bar
Inilah bentuk dia..Nampak macam blusher stick kan????


So lepas dapat Pinky Bar  terus aku melaksanakan
cabaran yang pertama iaitu mencuci beg yang sangat kotor...mulanya cam tak percaya boleh kah Pinky Bar nie atasi masalah nie???? 




BAGAIMANA NAK GUNA PINKY BAR?

Caranya mudah sahaja :

1. Kalau jenis kotoran tu banyak..lencuh kan jer baju/beg/seluar lepas tu gosokkan PInky Bar terus gosok gosok sikit lepas tu bilas da keringkan...

2. kalau jenis kotoran sikit ja contoh macam kena minyak masak, basahkan tempat yang kotor tu lepas tu gosokkan Pinky Bar dan bilas sikit...terus keringkan..Siap

Mudah kan....

.
.
.
.
.
.
.


So selepas seharian beg tu aku keringkan dan hasilnya.....lepas nie tak payah dah nak rendam rendam letak sabun pehtu tonyoh bangai nak rai..pastu tak okay rendam lagi...But sekarang nie dah mudah.....




Tak percaya??? Ampa tengok sendiri Testimonial Lain okay



Image result for pinky bar
Image result for pinky bar

Image result for pinky bar



kalau nak tahu lebih lanjut boleh terus Follow Official Instagram Pinky Bar

@mypinkybar

atau layari official Web  di pinkybar.com.my

.
.
.

Kalau orang Penang nak order dengan saya pun boleh....

Whatsapp terus ke : 011-56454377






Hari Graduasi Pra-Sekolah | Zarif Zakwan


Yeahhhh Abang Zarif dah nak habis sekolah...ITS GRADUATION DAYYYYYYY..YAHOOOOOO


Hello guys...pada tarikh 28 September 2019 yang lepas aku kena hadiri Hari Anugerah Dan Penyampaian Hadiah Abang Zarif di Sekolah dia..Dapat Sijil Pra-Sekolah.... So Nasib hari tu aku tak ada apa apa aktiviti maka sebagai seorang ibu kita kena hadirkan dirilah bila program anak cam nie. Seperti yang ampa semua taukan aku nie single mother so tanggungjawab tu macam banyak sangat...Dan bila aku dapat ja surat jemputan memang aku tak mau habaq pun kat abah depa .Memang style jahat gila..hahhahha Tapi mungkin hati aku nie lembut dan aku cuba be more profesional aku pun habaq biaqpun lambat sebab aku pun sibuk dengan urusan lain. At least aku habaq jugak dari aku buat bodoh tak habaq kat abah depa. Dia nak mai atau tak itu masalah dia janji aku dah habaq betoi tak...So akhirnya memang tak mai....Rasanya si abang pun tak cari...but its okay aku buat cam biasa ja..Kita tak perlu nak iri hati atau marah....

Okaylah meh sini aku nak share gambar yang aku ambil masa Abang Zarif Convo haritu. Kenapa nak share kat  sini?? Senang tau nanti bila dia dah besar..Dia tak ada password ibu nak bukak blog nie. Dia boleh google ja nama dia dan bleh baca cerita ibu besarkan dia macam mana... kepayahan ibu..kesusahan ibu..dan pengorbanan ibu untuk anak anak ibu...So enjoy yer



Okaylah aku pun hampir hampir terlupa pasai hari graduasi abang zarif sebab dengan tak sihat pastu sibuk dengan event kat opis. Nasiblah aku nie buat SUPRISE DELIVERY BISNES maka dengan berbekalkan apa yang ada aku buat sendiri Mini Chocolate Bouquet untuk si abang...Huntunglah kan...Dulu kita mana nak ada...






Melting ibu tengok nie :)









Next year menjadi cabaran untuk ibu bila 2 ketoi nie masuk sekolah dah...

Thursday, October 10, 2019

Its ERINE BIRTHDAY


Assalammualaikum and hello guys..

Again and again aku nak sangat ucap sekali lagi Happy Birthday to Erine Nordin yang baru ja sambut besday yang ke 39 tahun. Kali nie entah mimpi apa nak celebrate besday kat Penang. So bila depa decide secara mengejut nak celebrate kat Penang aku jadi gelabah sebab akak nie tak ada duit doh..Apa aku nak buat.....terpikiaq jugak aku..Bila dpa tanya dalam group aku diam ja tak balas apapun. hahahha malu kot..Sampailah 1 day aku dapat idea. Yes aku tak mampu laburkan duit yang banyak gila Tapi Allah pinjamkan aku dengan kebolehan yang mampu berikan kebahagian pada orang lain.  So dari situ aku dapat idea nak buat suprise deco memandangkan  now aku buat bisnes Suprise Delivery sekali dengan Table Decoration.Memang tepat pada masanya...pehtu aku deal dengan husband dia Ayoi,,Jenuh jugak pikiaq sebab tak ada plan...Akhirnya seminggu sebelum event tu aku decide untuk makan di THE TABLE PENANG yang dimiliki oleh Mr.Ridzuan Kamil . Rupanya kami tak salah pilih tempat sebab memang Erine nak sangat makan kat kedai nie...Yeahhh...

So aku cakap kat Ayoi bab deco dan cake bagi sue satle..part makan dia handle..Dia pun oonnzzzzz style best gila laki Erine nie sporting gila....Dia pun okay maka aku pun buatlah kerja aku.Memang aku suka buat kerja nie so memang aku happy dan aku buat dengan seikhlas hati supaya orang rasa happy dan rasa dihargai.....
.
.
.
.
.

Dan hasilnya.....taraaaaaaa






Aku doakan hang dan Ayoi happy till jannah...jeles ooo tengok ampa 2 nie....but deep inside aku happy untuk korang 2....so comel ampa 2 nie.....



Ini hadiah paling rare...Mulanya memang kami order Corned Beef nie dengan pezal.Pehtu Pezal tu tanya aku "ko tak nak rapping dia ka????" aku pun cam yaka boleh buat....zasss balik umah ambik kotak dan bahan bahan yang berkaitan trus aku rap letak dalam kotak dan ikat riben wei..cantik pulak kan....Kiranya hadiah nie jadi limited Edition wei..Sebab kalau ampa nak tau CORNED BEEF tu hanya dapat kat BRUNEI ja tau....nanti aku tunjuk video aku masak Corned Beef tu serious sedap gilaaaa....Hadiah : Sponser by Kuntoom_official

Copacabana Tea...serious sedappppp



And this is our menu...Memang sedap..berbaloi dan kenyang...Tempat selesa dan best untuk lepak lepak....Nak shoot pun cantik sebab owner dia dah set up lighting yang cun uollsss.....

And the cake by Dinie Elias....Sedih tau aku beriya beli topping cake..Last last aku kalut tak beli sedihnya.......so lepas nie klu ampa nak order cake custamade dengan harga yang bajet boleh wasap ja saya. Kita deal sampai jadi...

Dan paling aku suka bila ada geng gila gila cam nie boleh shoot ga,bar cantik macam nie...Serious love gilaaaa......lighting cantik..Props pun meletop..memang win lah....



Apapun Erine aku hope hang happy dan suka dengan suprise yang aku buat nie. Macam aku cakap aku tak mampu nak gantikan atau raikan dengan wang ringgit yang ampa buat untuk aku dan anak anak aku.  Tapi aku cuba buat dan balas degan cara macam nie...aku sayang hang erine dan tq sebab ada dengan aku....and thank you sebab belanja makan kat Table Penang...Sedap gilaaaaa

Again and again..

HAPPY BIRTHDAY ERINE
I LOVE YOU SO MUCH


Thursday, October 3, 2019

Donut Tak ada mata | Resipi Donut Lembut Dan Mudah


Assalammualaikum & Hello Guys

entry kali nie aku nak cerita dengan ampa pengalaman aku sendiri buat DONUT buat pertama kalinya. Dulu lagi nak buat tapi ada yang kata susah sanagt sebab kena guna yis lah itulah inilah rasa cam fadeup aiih....So sampailah 1 masa bila tengok anak anak dah besar depa pun suka makan donut maka terdetik dihati nak juga belajar buat donut sendiri.Nak tau rasa dan at least bila orang tanya hang pandai buat kuih..So kita dengan bangga boleh berlagak sikit ha pandai buat donut....tak githewww....Okaylah dari tak tau langsung nak masak apa kan..Ingat senang ka... Okay jom kita layan sat resipi nak buat donut


BAHAN DIPERLUKAN

Bancuhan YIS

  • 2 sudu kecil YIS
  • 1 sudu gula
  • 1 cawan air suam


Mix kan 3 bahan utama nie.Kemudian kacau dan biarkan dalam 5-10 minit sehingga YIS tu kembang tau. Pehtu dia cam ada keluarka bau sikit.Memang busuk sikit...tak payahlah ampa gatai nak bau..so sementara nak kembang tu ampa siapkan bahan B iaitu


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 dulu butter
  • 1 sudu susu pekat
  • sedikit garam
Bahan nie ampa gaulkan sebati dan lepastu baru masukkan sikit demi sedikit air tu dalam adunan tepung sehingga jadi doh....Part nie dia dia renyah sikit sebab kena uli bagi sebati tau. lepas tu kalau rasa tangan tu tak boleh move on...Ampa ambik minyak masa 1 sudu masukkan dan adunan tu dan gaul sehingga sebati.APA FUNGSI MINYAK TU??? ia bantu untuk gebukan juga adunan doh tu dan elakkan tangan ampa melekat tepung..

Lepas tu ampa tutup bekas tu denga kain atau penutup sebab nak bagi dia ada haba dan size doh tu naik 2 kali ganda. Kira cam mengembangkah Doh tu...biarkan dalam 30minit ke 1 jam. Lepas tu uli lagi dan tumbuh tumbuk sikit doh tadi nak keluarkan angin angin dalam doh tu. bila rasa dah okay baru ampa boleh nak giling dan tekap dia..

Part nie paling best.Aku punya confident nak buat donut dan tak pikiaq kat rumah aku nie ada acuan donut atau tak....( tepuk dahi sat)...maka aku pun buat bentuk bulat bulat cam nie....tapi masa ampa nak giling dan tekap tu make sure sapu dulu tepung supaya doh ampa tak melekat... dan lepas dah tekap tekap tu biarkan dalam 2-3 minit sebab doh tu akan kembang lagi dan donut ampa akan lebih gebu dan sedap.....



.
.
.
Dan lepas goreng tu pastikan ampa salutkan dia dengan gula halus baru donut namanya......maka donut aku pun jadi cam nie

DONUT TAK ADA MATAAAAA
DONUT TAK ADA MATA...
DONUT TAK ADA MATA,.....

Tapi rasa dia memang winn gebu...sedap...lembut dan best....Bentuk nie dah jadi macam BOMBOLONI DONUT...filling dalam dengan isi NUTTELAA ka..fuuhhh sedap......



.
.

SELAMAT MENCUBA...So lepas nie kalau budak 2 ketoi nie mintak buat donut aku dah tak risau dah..just make sure ada bahan..jalannnnnnnn





Wednesday, October 2, 2019

Im Done For Kimia Heritage Run 2019


Seriousssss memang perasaan letih yang ditanggung selama berbulan-bulan akhirnya berjaya dihembuskan dengan bangganya pada 15 September 2019..Gila wei memang lega kot lepas event nie melabuhkan tabirnya.....Memang sebuah pengalaman yang mungkin susah untuk kita gambarkan..Tapi walaupun aku penat takkan tugasan yang nak diamanahkan tu kita abaikan dan kita tak laksanakan. So Alhamdulillah aku diberikan kekuatan yang luar biasa untuk aku laksanakan sebaik mungkin. Okaylah back to the story. Sebelum Event nie berlangsung..Aku telah diberi tanggungjawab yang besaq jugak iaitu membuat hebahan program Fun Run tu melalui MUTIARA FM..perghhh memang nebes jugak nie. Gila 1st time nak onAir kot... 



Boleh bukak Facebook Surianie Samsudin.Ada video LIVE masa tengoh ONAIR

RACE KIT COLLECTION DAY
-----------------------------------------------
So the next day to 3 hari berturut-turut ialah hari Collection Race Kit kepada semua peserta dan aku telah diberi kepercayaan untuk LEAD team nie.. Fuhh besar tanggungjawab nie. kalau silap habis aku..Cam mana nak jawab. Dan alhamdulillah berjalan dengan lancar biaqpun aku balik kerja lambat dan letih tu tak tau nak cakap... Kaki rasa memang nak tercabut kot....Masa 12-13 Sept 2019 kami bukak di Jabatan ja cuma pada 14 Sept tu collection tu dibuat di Padang Kota. 



Antara peserta Nurse pertama yang mai collect Baju

Im here..kalau tak posing gedix cam nie bukan surianie lah....

And of cause team aku memang best...Sporting gila dan kaki selfie

Benda yang paling aku tak jangka ialah aku jumpa dengan kawan lama..Ya Rabbi memang tak sangka pun dapat jumpa,nasib dia tegoq lah..Kalau tak memang jangan harap aku nak pesan dan kenai.Yerlah beribu kot peserta mana nak ingat nama sorang sorang. 
.
.
.

15 SEPT 2019 ( Hari kejadian )
-----------------------------------------------

Memang gila.bangun jam 4.30 dan kena ada kat Padang kota jam 5.30am...memang gila sungguh...Pukul 6am dah ada peserta yang toii kat situ..Tapi nasiblah aku tak kena jaga benda lain. Like Always lah interframe ja kerja aku sebagai Asistant EMCEE pada hari tu. Ingat senang ka??? tapi letih gak sebab lari sana sini.... Nak make sure perjalanan program berjalan dengan lancarnya....So alhamdulillah memang best dan rasa lega bila majlis tu jalan dengan lancar walaupun hujan renyai renyai pada pertengahan program. Dan ramai bagi pujian pada program yang julung julung kalinya kami Jabatan Kimia Penang buat...So tak mau cerita panjang nak share dengan ampa a few gambar yang sempat aku ambil dan share dari Official Photograper dan lain lain... Actually kami so lucky sebab Larian Warisan kami ni akan di lepaskan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang  bersama juga Timbalan Menteri MEstecc dan Ketua Pengarah Kimia Malaysia.  



Team dari Geng Family...Tq sebab support


Zumba by linas Dance

Flag Off








Muka merah teruk...kena sunburn



Geng muka penat



Yeahhh dah habis Event

Manis nyaaaaaa





Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels