Monday, May 27, 2013

Senarai Persiapan Sebelum Ke Hospital


Persiapan Sebelum Ke Hospital

Assalammualaikum semua...Hari nie SS sangat teruja nak menggoogle dalam internet mencari kelengkapan persiapan sebelum bersalin. Maksudnya senarai barang keperluan yang perlu dibawa sebelum nak ke hospital. Memang bagus sangat ada list nie, at least Mummy to be yang baru 1st time nak delived baby nie dah tau senarai dan keperluan barang yang perlu disediakan. So hubby kena be alert juga sebab bila si ibu dah sakit dah tak ingat apa dah...hahahahha...Jom , SS nak kongsi senarai nie dengan pembaca belog SS. Supaya tak lupa nanti. Ini pown ada a few info yang SS share dan dapat daripada kengkawan yang ada.

Tapi terpulang juga pada individu nak ikut atau ada list sendiri. Tapi for me, memang SS ikut dan SS tambah apa yang sepatutnya....Sekarang nie SS dah pown 31 Minggu, so dah bersiap sedia untuk memasukkan beg ini kedalam kereta...


*********************************************************************************

UNTUK IBU


BAJU - Yang paling penting sekali ialah pakaian yang sesuai dengan si ibu. Memanglah masa dan selepas bersalin si ibu kena pakai baju hospital, tapi at least kita kena sediakan juga beberapa baju yang sesuai masa nak balik ( keluar dari hospital). Baju cantik sikit lah..heheheh..heheheh..Kalau boleh tue beli yang baju berbutang untuk memudahkan proses anda menyusu bayi anda nanti.

STOKIN - Jangan lupa juga untuk membawa Stokin tebal untuk si ibu. Dalam 3-4 pasang untuk dipakai sepanjang masa di hopital nanti. 

KAIN SARUNG - Ini terpulang pada individu.

MATERNITY PAD - Untuk Maternity Pad nie, si ibu boleh dapatkan di pusat beli-belah atau pown di kedai baby. Ada jual. Tak payah nak beli banyak sangat. Beli Pack kecil dah memadai. Nanti dah nak habis beli lagi.Tapi kalau di hospital, ada yang mereka sediakan ada juga yang perlu dibawa...Tapi batter sedia jer senang.

SELUAR DALAM PAKAI BUANG - Ini memudahkan anda tak perlu balik nak cuci, pakai dan buang jer.

MINYAK URUT @ LOTION - Untuk SS sendiri, SS dah ada 2 jenis minyak yang SS sediakan sepanjang kehamilan SS. Iaitu BIO OIL, MINYAK URUT GAMAT, LOTION COCOA BUTTER. Anda terpulanglah nak bawa apa.Tapi kalau nak ada rasa panas panas sikit beli dan bawa LOTION MUSTAJAB :)

PENJAGAAN PERIBADI - Berus gigi, sabun, shampoo,tuala, deodarant, bedak,sikat, dan segala macam kelengkapan diri yang dipakai. Tapi terpulang pada individu ler....

COLI MENYUSU & PELAPIK PAYUDARA- Ini memang penting, sebab lepas bersalin, memang si ibu akan menyusukan si anak. So memakai coli menyusu sangat digalakkan dan memudahkan ibu untuk meyusukan anaknya. 


UNTUK SI KECIL 

PAKAIAN BAYI - Untuk Bayi, anda sediakan dalam 3-4 helai sahaja sebab sepanjang anda berada di hospital, bayi anda akan memakai pakaian hospital. So tak perlu risau. Cuma masa nak balik ke rumah tue pakaikan pakaian baru untuk dier...Comelkan :)

SARUNG KAKI & TANGAN - Ini seharusnya

KAIN BEDUNG @ SELIMUT - Ini adalah untuk membedung bayi anda 

DIAPERS - Beli yang newborn..Orang cakap beli dalam masa 1-2 minggu sebelum bersalin. 

WET TISSUE - Stand by jer

** Ini bergantung kepada anda sendiri nak letakkan beberapa helai atau set pakaian untuk bayi anda, sebab sepanjang di hospital bayi anda akan memakai pakaian hospital 

UNTUK SI AYAH

PAKAIAN - Sediakan juga beberapa helai baju untuk si ayah, mungkin seharian dia menanti anda di hospital. 

SURAH YASIN  - Untuk memudahkan si ayah membaca surah yasin & juga ibu. 

MEMBAWA DOKUMEN PENTING
Ini adalah antara barang yang paling penting , So yang nie jangan lupa bawa...Pastikan anda membawa :
1. Surat Nikah ( Original & Photocopy)
2. Buku Merah ( Buku kerajaan untuk ibu hamil)
3. Ic Ibu & Bapa ( Original & Photocopy )
4. Beberapa dokumen penting bergantung pada individu

CAMERA - Untuk ambil gambar semasa anda berada dalam bilik bersalin ataupun mengambil beberapa gambar yang sesuai untuk dijadikan kenangan. Tapi kalau nak bawa masuk bilik bersalin tue kena tanya pada doktor dulu sama ada boleh atau tidak.


Beg nie SS beli dengan harga RM60 sahaja...Masa beli langsung tak teringat yang SS boleh pakia sekali. Asyik dok teringat kat baby sahaja....So bila dah siap packing baru perasan 1 beg untuk SS dan 1 lagi untuk baby...senangkan...



PERALATAN TAMBAHAN

BREAST PUMP - Ini SS tak berapa pasti perlu atau tidak. Kalau nak confirm batter tanya pada mereka yang pakar so tak perlu nak bawa banyak barang.

BOTOL SUSU  - Ini bertujuan untuk bayi masa dalam perhatian nurse. Sebab masa nak bersalin, si ibu akan disuruh sign borang fully BF atau mix dengan botol. So kalau botol kena sediakan botol la...Tak perlu banyak pown...


Hopefully senarai nie dapat membantu si ibu & si ayah membuat persiapan sebelum nak membawa si ibu ke hospital untuk menanti kelahiran anak....happy mood...Excited nak tunggu masa nie....SS hope sangat semunyanya berjalan dengan lancar 

Insyaallah......

1 comment:

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels