Thursday, February 13, 2014

BABY BULLET BLANDER...Pilihan Saya

*Assalammualaikum*

Bila bayi anda berusia 6 bulan, pastinya ibu-ibu sangat excited gilez sebab diusia inilah si comel anda dah boleh mula menerima makanan baru selain daripada susu ibu mahupun susu formula. Bagi SS sendiri bila Babyzakwan menjangkau usia 6 bulan, memang terasa sangat teruja habis sebab inilah masa SS nak merasai sendiri persiapan membuat makanan untuk anak sendiri.

Tapi sebelum nak sediakan makanan untuk si comel anda. Yang paling penting ialah persiapan peralatan makanan bayi. Ibu ibu kena sediakan juga beberapa peralatan penting sebelum sikecik anak nak makan :


  1. Kerusi Makan Bayi
  2. Bip Baby
  3. Set Pinggan Mangkuk Bayi 
  4. Pengisar Makanan






KERUSI BAYI



BIP BABY ( elakkan bayi anda comotkan baju dier )


Pengisar Makanan Bayi


Dan jangan lupa TIPS paling penting ialah KEBERSIHAN :

  1. Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan hidangan untuk bayi anda.
  2. Cuci kerusi tinggi bayi, bib dan tempat makan dengan air sabun yang panas.
  3. Jika bayi anda menggunakan tangannya untuk makan, cuci tangannya sebelum dia makan.
  4. Tukar tuala dan kain pengelap dapur dengan kerap.

Now jom kita mulakan cerita entry kita pada hari ini :

KISAH BERMULA
-
-
-
-
-
-
-

Untuk pengetahuan anda semua, sejak Babyzakwan berusia 5 1/2 bulan, SS dah campurkan nestum dalam susu dier.Sebab nak cepat kenyangkan perut babyzakwan sebab dia dah kerap menyusu dan cepat lapar. So bila dah berusia genap 6 bulan, SS dah mula siapkan makanan untuk dia.
Tapi sebagai ibu baru nie, memang kita kena banyak belajar dengan ibu-ibu yang lebih berpengalaman. Sebelum babyzakwan nak makan, SS dah siap buat research tentang pemakanan bayi nie...tanya pada MR.Google itu penting, kawan kawan dan baca buku...Untuk dapatkan khasiat yang sempurna dan untuk elakkan babyzakwan mengalami keracunan makanan atau tersalah makan.Almaklumlah perut masih muda so tak boleh nak sumbat segala bentuk makanan.


Ini adalah carta makanan yang anda perlu tahu sebelum membuat persiapan makanan untuk bayi anda. Pada mulanya SS hanya pilih :

  • Lobak Merah
  • Labu merah
  • Buah Avacado
  • Ubi Kentang
Alhamdulillah semua dia suka.Tapi yang peliknya Babyzakwan TAK SUKA makan saja.Kena mix dengan nestum baru dia makan. Kira setakat nie kalau bagi makan memang habis kot...seronok tengok dia makan. Tapi sebelum nak sediakan makanan nie SS utamakan peralatan nak mengisar makanan dier. Takkan nak pakai mesin pengisar yang kita dok kisar bawang tue semua kan....So SS beli pengisar khas iaitu BABY BULLET...Pengisar yang lani tengah dok fames kot... Harga dia boleh dapat daripada RM150++ bergantung pada individu yang menjualnya. 

Apa yang best dengan Baby Bullet nie ??

Baby Bullet adalah salah 1 mesin pengisar yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kerana ia mempunya kelengkapan penyediaan makanan anda yang cukup iaitu :

  1. 2x bekas pengisar ( besar & kecil )
  2. 1x spatula
  3. 2 jenis mesin pengisar
  4. 1x motor pengisar
  5. 1x Buku panduan nutrisi
  6. 1x Buku panduan masakan
  7. Bekas menyimpan makanan (dilengkapi tarikh untuk diselarasakan)
  8. Bekas pembekuan makanan ( freeze )
Senangkan!!!! ALL in ONE...Tak payah nak susah payah cari bekas lain-lain semua dah ada dan yang paling best ialah apabila anda membeli set BABY BULLET nie anda akan disediakan :
USER MANUAL COOKBOOK. Dalam Manual Cookbook nie dia ada senaraikan resipi untuk sikecil anda serta sukatan pemakanan mengikut umur bayi anda. Mudah dah senang. uolls boleh tengok video yang SS buat nie..




Setiap produk semestinya mempunya KEBAIKAN & KEBURUKAN masing masing. So ini SS sharekan kepada anda.

Kebaikan BABY BULLET  :

  • Harga yang cukup berpatutan.
  • Datang dengan size yang kecil serta mudah dikendalikan.
  • Mempunyai bekas menyimpan makanan yang mempunyai tarikh untuk memudahkan ibu-ibu melebelkan makanan mengikut tarikh penyediaan.
  • Mudah dicuci
  • Mudah untuk dibawa travel.
  • Mempercepatkan proses penyediaan makanan bayi anda.

Keburukan BABY BULLET

  • Ia tidak mempunyai butang ON/OFF pada mesin pengisar.
  • Bila digunakan, ia akan mengeluarkan bau hangit pada mesin. ( jangan risau tak rosak pun )
  • Tidak mempunyai pelarasa kisar. Mesin ini hanya kisar pada 1 tahap sahaja.

Tapi sepanjang penggunaan mesin ini, SS tidak mengalami sebarang masalah malah ia sangat memudahkan dan banyak membantu SS untuk menyediakan makanan untuk Babyzakwan. Pastikan makanan yang nak dibuat tue mestilah dibasuh dengan bersih dan resbus atau stimkan makanan itu sebelum anda mengisar. 


Cth menu kegemaran Babyzakwan : lobak merah + labu

Kepad Ibu-ibu yang sedang mencari mesin pengisar untuk proses penyediaan makanan bayi anda. Cubalah beli set BABY BULLET nie. Sebab comel dan best. Tapi kalau uolls nak order dengan SS pun boleh RM160 sekali postage. 
Nak order boleh whatsapp /call/sms 0195434377..


1 comment:

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels