Monday, May 26, 2014

Saya Berpantang Cara Moden


Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak berkongsi cerita dan pengalaman SS masa SS berpantang. Lepas bersalin hari tu SS lupa pulak nak bercerita kan!!! hehehhe...Hari nie SS nak bercerita pada uolls semua apa yang SS makan dan pakai semasa dalam pantang.

Ada juga customer yang pm SS tanya apa produk yang SS pakai semasa pantang??HOnestly SS cakap, mula sebelum bersalin, SS ada minta mak SS sediakan ubat bersalin tradisional.ada minyak, pil jamu dan juga param-param..Tapi sedih sebab SS tak boleh minum dan makan . PANAS!!! SS pening teruk. Ada yang cakap SS kurang minum air..makan terlebih dos dan sebagainya. Tapi bila SS minum air banyak sama juga. So SS tekad untuk tidak sambung makan ubat tradisional. SS hanya amalkan :

>>minyak urutan
>>param param ( serbuk yang letak didahi )

masa dalam pantang :)


MANDIAN

Dalam tempoh berpantang, SS mandi macam biasa, mandi awal pagi. SS mandi bukan pakai shower gel macam biasa tau. Kali nie SS pakai sabun jenama TANAMERA iaitu Brown Formulation Soap. <Sabun ini dirumus dari herba dan bijiran untuk membuang sel sel kulit yang lama dan meransang peredaran darah pada kulit badan >

Sabun nie wangi...so bila dalam pantang klu kita bau ala-ala herba nie rasa diri tenang jer. Lepas mandi, SS akan sapukan minyak VCO Tanamera nie di bahagian perut bagi hilangkan sketch mark.Then baru SS pakai baju macam biasa


TIPS : Minyak VCO nie uolls dah boleh pakai masa 37 minggu dah. Tiap hari boleh makan 1 sudu kecil VCO nie untuk memudahkan proses bersalin 
wangi minyak nie...So if kalau preggy untuk second baby wajib VCO Tanamera menjadi idaman hati :)


PAKAIAN SEMASA BERPANTANG

Semasa berpantang, Ss taklah pakai baju tebal tebal..Ya rabbi panas gila kot!!!...SS pantang cara moden sikit..hehehe bukan bersalin normal, SS operation. so nak pakai seluar tu kita diluluskan ler..heheheh...Tapi yang penting STOKIN itu memang SS pakai sampai habis pantang...sebab memang sejuk tu terasa okay.


PENJAGAAN DALAMAN

Untuk penjagaan dalaman YES!!! SS amalkan set berpantang SHAKLEE..Mudah senang dan cepat berkesan.Apa yang SS makan??

1. ESP 
2. ALFALFA
3. ZINC COMPLEX



ESP : 
Funginya sangat banyak tapi dalam proses pemulihan selepas bersalin, ESP membantu ibu-ibu yang baru bersalin menjaga sistem peranakan, terutama sekali rahim selepas bersalin. Selain itu juga , ESP membantu memberikan tenaga kepada ibu semasa dalam pantang dan membina sel sel tubuh yang diperlukan selepas bersalin. Selain itu ia juga membantu dalam proses penghasilan susu badan dan juga mengurangkan masalah Sketch Mark.



ALFALFA COMPLEX : 
Sebagai milkbooster kepada ibu yang ingin menyusukan bayi mereka, menjaga tempat beranak,serta membetulkan urat sarat selepas bersalin. Alfalfa nie juga snagat bagus kerana ia bantu untuk mengeluarkan angin dalam badan dan pada masa yang sama ia membantu proses pengurusan badan untuk ibu lepas bersalin.


ZINC COMPLEX : 
Bagi ibu ibu yang baru bersalin, Zinc amat diperlukan untuk membantu memperbaiki dan mempercepatkan penyembuhan luka dalaman selepas bersalin.



PATI IKAN HARUAN : 
Sememangnya inilah diantara ubat yang sering menjadi pilihan ramai jika kita baru habis operation, bersalin dan sebagainya. So SS pun tak lari daripada menikmati minuman Pati Ikan Haruan ini. 1 hari SS minum, Tapi yang lawaknya SS selang seli dengan minum air ribena. Baru tak rasa hanyir. Mulanya SS kunyah 2 biji kurma, then baru telan 1 botol Pati Ikan Haruan yang sejuk okay!! bukan panas...gila kan...Lastly minum dengan air ribena suam..


MASAKAN IBU PANTANG
Seriously SS cakap, masa dalam pantang, SS memang tak lalu makan or minum apa pun. Just minum ESP jer. Pagi pagi lepas mandi dan siapkan zakwan, mak SS akan bancuh secawan milo + biskut petak or roti jer. Itu pun tak habis, Lunch pulak, makan nasi separuh bersama lauk ikan masin.Haaa...bab nie no cerita panjang-panjang sebab semua orang tahu apa kan.
Cuma pepandai uolls nak makan apa, asalkan jangan makan benda sejuk jer. Itu jer...Lain bantai jer..Air masak pun SS minum macam biasa Takla minum banyak sangat pun.

MENGURUT & BERBENGKUNG
Okay bercakap pulak bab mengurut nie, SS sendiri memang urut badan lambat iaitu lepas habis pantang sebab SS operation so nak urut tu kena biarkan luka jahitan betul betul dah ok baru SS boleh mengurut, Itu pesan sepupu SS yang datang mengurut. Masa mengurut pun bahagian perut memang tak disentuh sebab masih sakit. Biasalah bersalin secara operation memang sakit tu tak sama dengan bersalin normal, sama juga dengan bertungku. Barut juga SS pakai lambat .... sebab sakit!!! no komen ler!!!! anda yang pernah bersalin tu taulah cam mana. Tapi lepas dah stable, SS pakai set bengkung PREMIUM BEAUTIFUL.
1 set lengkap..senang jer...


So kepada ibu ibu yang dah nak bersalin, pastikan anda dah buat persiapan barang nak bersalin okay. Jangan last minit nak beli okay. Yang penting sekali set bersalin wajib beli. Mungkin ramai yang tidak tahu, Jika uolls beli SET BERSALIN SHAKLEE. anda boleh makan seawal 1 hari lepas bersalin dan ada juga produk yang boleh dimakan sebelum bersalin, mudahkan. Kepada yang nak order set bersalin Shaklee, boleh pm/whatsapp SS di 019-5434377.

jomlah kita gode godek gambar zakwan masa dalam tempoh 40 hari :)






ini masa majlis cukur jambul & berendoi

SS berharap dengan entry kali nie, banyak memberi idea dan membantu uolls dalam proses persediaan nak berpantang. SS ucapkan semoga berjaya. Jika SS diberi peluang untuk bersalin sekali lagi, Insyaallah SS akan menikmati waktu berpantang sebaik mungkin daripada masa berpantang anak sulung...

Buat all mother to be ......SS ucapkan selamat bersalin yer.




No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels