Friday, February 1, 2013

Pemakanan Yang DILARANG ketika Hamil

Hello semua....

Alhamdulillah hari nie dah masuk Bulan Februari 2013...Tinggal lagi 5 bulan jer SS akan melahirkan si kecik nie..Insyaallah...memang rasa takut sebab bila dia ada dalam perut nie memang susah kita nak tahu perkembangan sebenar beliau melainkan kit aberjumpa doktor atau pon membaca secara online ( internet )... hopefully semuanya ok..

Tapi yang membimbangkan SS ialah cara pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung nie..Seriously memang SS cakap. Bila mengandung nie lebih banyak risiko dan lebih banyak pentang larang dia untuk kita jaga pemakanan yang seimbang dan juga berkhasiat. Sebab kita makan bukan untuk seorang tapi kita makan berdua...So bila makan berdua nie, SS kena pk juga adakah si kecik nie selesa bila makan benda nie...atau adakah dia suka bila makan benda nie...itu yang paling penting SS makan.

Macam pernah terjadi pada 1 hari, SS tersangat lapar dan pada masa tue suami SS tak ada kat rumah dan SS dah tak larat nak masak.Dalam peti ais pown tak ada pulak makanan yang boleh dimakan terus...sebab stock tak update lagi...So pilihan yang ada ialah Mee Segera ( maggi asam laksa)..SS masak dan makan. So lepas tue terus rasa perut tak sedap sampailah ke pagi....Malam nak tidur pown tak selesa..Then baru SS tahu yang bila SS makan mee segera tue, terus SS rasa sakit.....sakit yang tak tau nak cakap macam mana...So bila jadi macam tue, terus jadi tak jadi nak makan dan tak berani nak makan...dah serik...

Sebab tue bila dah preggy nie, pemakanan kena jaga jugak. Tapi Ss makan juga bila dah teringin..Tapi sekarang nie juga tolak benda yang tak sepatutnya makan jer...Then SS try tanya Mr.Google tentang cara pemakanan sihat ibu preggy nie...so dapat juga...So SS nak share dengan pembaca kali nie. Mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak. Macam SS sendiri, baru baby sulung so memang nak tahu banyak benda...



  •  Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.
  • Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.
  •  Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.
  • Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.
  • Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai risiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti selsema. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran pramatang, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.
  • Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga masalah emosional pada bayi.
  • Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dihindari kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.




  • Sumber dari : 
    http://busuk.org/ping/view/143079

    With Luv,
    ~sue~

    3 comments:

    1. tq kongsi maklumat. perut dah nampak besar ke

      ReplyDelete
    2. nampak jugak ler...sekarang tak upload lagi....nak buat suprise....
      nanti baru nak upload buat latest entry.....

      ReplyDelete
    3. Sy nk tnye..sy bru ggur dlm bln 5 lpas..n skng sy prgnant lg..ade ape2 effct x kalo sy prgnat lg??n sy nk tawu pmknan utk bln2 prtma yg ptut d ambl..tq..

      ReplyDelete

    Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

     Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

    Labels