Friday, April 5, 2013

Demam Kuning??Cara Atasinya


Assalammualaikum semua...

Sejak-sejak hamil nie SS suka mentelaah internet mencari info berkaitan kehamilan, keluarga dan juga anak kecil. Dalam dok seibuk belek-belek tetiba SS terjumpa dengan 1 Artikel berkaitan dengan salah 1 penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan bayi yang baru dilahirkan dan penyakit ini juga membuatkan para ibubapa takut bila menyerang anak kecil mereka ini..

WE CALLED IT DEMAM KUNING...

Semasa SS preggy nie, mak mertua SS ada pesan, jangan makan benda bewarna kuning macam mee, kacang panjang,maggi sebab nanti senang baby kena kuning. Tapi ada juga orang cakap jangan minum soya sebab soya boleh menyebabkan baby kuning. So macam macam akan anda dengar sama macam SS. Sampaikan SS sendiri ada bertanya pada doktor & jururawat. Depa cakap kuning tue bergantung pada baby, nasiblah pada setiap baby.Ada yang kena sikit dan ada yang kena banyak.Tapi jangan risau kalau baby anda kena. Kita cuba amalkan petua insyaallah semua akan okay. Tapi pada masa yang sama bawa jumpa doktor juga takut nanti teruk pulak jadinya....

Kesian juga tengok baby yang diletakkan dalam ruang warna biru nie, rasa sebak bila tengok depa kena berjemur bawah cahaya nie...Kekadang tue terpaksa tinggalkan bayi anda 1 minggu dalam ward sebab kuning yang sangat teruk. Sebab kalau teruk boleh bawa maut. So jika dah nampak tanda-tanda bayi anda kena kuning tue..cubalah amalkan tips nie...insyaallah semua akan okay.. :)


So kat sini SS nak  kongsi, petua yang SS dapat daripada Mr.Google. Hope fully ia membantu tambahan pulak macam SS sendiri baru 1st time nak jaga baby kecik anak sendiri pulak tue. Takut jugak. Petua-petua macam nie yang selalunya kita amalkan. 



SUSU KAMBING
Tak perlu banyak, sedikit dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi rasi dengan kaedah ini.

SENGKUANG CINA
Sengkuang Cina juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.

POKOK DUKUNG ANAK
 Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

HALWA KUNDUR
Beli kat kedai Halwa Kundur, bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.

SAYUR KUCAI
Ambil sayur kucai dalam 1 ikat, basuh dengan bersih dan kisarkan kucai hingga lumat.Mandikan bayi anda dengan air kucai tersebut. 


WARNA KUNING
Cuba elakkan benda, baju yang bewarna kuning dekat dengan bayi anda kerna ia juga boleh mempengaruhi kepada berlakunya penyakit kuning pada bayi anda.


Ini adalah beberapa petua dan cara yang SS tahu dan pernah praktikkan oleh ibu-ibu diluar sana  jika anak mereka dijangkiti  demam kuning semasa baru dilahirkan. Apapun, semua petua ni adalah mengikut kesesuaian. InsyaAllah boleh diamalkan untuk kebaikan bayi tersebut. Insyaallah semua akan pulih seperti biasa. Jangan pulak lupa baca bismillah sebelum amalkan petua nie :)

Selamat  mencuba semua..



1 comment:

  1. Terima kasih kerana berkongsi informasi.

    Anak kami last year pun kena jaundice,,,baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor suruh masuk wad. Memang pening, isteri baru bersalin dah kena masuk wad. NAsib baik ada kawan baritahu ada website (http://www.hometherapyy.com) tel : 0123404007 menawarkan khidmat menyewa mesin LED PHOTOTHERAPY. Kami buat rawatan kat rumah…selesa dan selesai masalah. Lepas 3 hari turun to normal 150….ALHAMDULILAH . Kemudahan TUHAN bagi dengan teknologi sekarang dapat membantu mereka yang memerlukan dan selamat.

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels