Tuesday, July 17, 2018

Mini Rainbow Pancake | Zarif Zakwan Bento | Masak Masak Surianie

Assalammualaikum hye :)

Buat ibu ibu yang ingin mencuba sediakan sarapan atau menu minum petang anak anak, ampa boleh try buat pancake.Mudah ja. Kali nie SS buat mini pancake. Sebelum nie SS buat dinasour pancake. So this time SS ikuti permintaan abang zarif untuk buat versi Rainbow Pancake.
Anda boleh try...senang dan mudah ja

Bahan Diperlukan : ( 6-10 orang makan - size sedang)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 1 1/2 cawan @ 2 cawa susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 4 sudu butter yang dicairkan


Bahan bahan diatas dapat hasilkan lebih 20 keping untuk size besar..gunakan separuh sukatan bagi 2-3 orang makan) 

Cara sediakan :
Masukkan butter, tepung, gula, garam dan telur serta susu dan gaulkan sehingga sebati.
Selepas tu baru masukkan baking powder dan asen vanilla, kacau sehingga sebati

Selepas siap digaul...

Jika anda inginkan pancake bewarna. asingkan adunan dari kepada beberapa bekas mengikut warna yang anda inginkan. 






Gunakan Sticky pan untuk mengelakkan pancake anda melekat.Kalau ada acuan boleh sahaja gunakan acuan tersebut bagi menghasilkan bentuk yang lebih cantik, kemas dan menarik. pastikan adunan anda tidak terlalu lembik kerana ia akan menyukarkan anda mendapatkan bentuk yang anda inginkan. 


Inilah hasilnya selepas siap dimasak..dah boleh dihidangkan.


Semasa anda ingin hidangkan, bolehlah letakkan sedikit madu dan taburkan buah berry atau strewberry yang dipotong dadu..lebih menarik...


Untuk Bento abang Zarif. SS cucukkan pancake bersama scramble egg. lebih menarikkan..Selamat Mencuba buat semua


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels