Wednesday, March 13, 2013

Maternity Belt My New Best Friend


Assalammualaikum semua...

Sorrylah SS dah beberapa hari tak online dan tak upload apa-apa cerita dalam belog SS nie. Buat masa sekarang nie SS tak berapa sihat sebab secara tiba-tiba sejak hari jumaat lepas SS sakit dibahagian celah paha. Kekadang tue nak bangun pown susah..Nak pakai baju pown susah. Sampai bila dah sakit menyucuk tue. Sampai menangis-nangis sebab terlalu sakit sangat....Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya kesakitan yang SS alami sejak SS hamil 20 minggu nie.

Ada yang cakap sebab baby nak besar, ada pulak cakap baby sedang tarikh semua kalsium yang ada dalam badan si ibu dan si doktor pulak cakap, ini perkara biasa sebab pembesar bayi dan perubahan badan si ibu.Apapun SS hanya berserah pada tuhan dan juga berdoa agar kesakitan ini tidak berlanjutan.

alhamdulillah bila SS mengalami sakit yang tidak tahu bila akan hilang, SS telah dibantu oleh 1 produk kehamilan iaitu MATERNITY BELT..Fuuhh memang rasa sangat lega bila pakai belt nie sebab dia support perut SS yang makin besar. Tak rasa sakit sangat bila SS pakai belt nie. Malah buat kerja pown laju jugak...SS rasa lega sangat...

Memang ada yang cakap SS mengada sebab kena beli belt nie semua...Tapi hakikatnya memang SS akui, SS terpaksa membeli belt nie sebab ia membatu SS membuat kerja. Lagipun SS memang seorang yang aktif, tambahan pulak SS menguruskan butik pengantin SS, nak urusankan rumahtangga, dan SS bekerja pulak memang penat. So sebab itu SS beli belt nie. Ada yang cakap, tak perlu nak beli sebab kita rasakan bagaiman iu mengendong perut selama 9 bulan.. Tapi itu orang lain dan SS tak sama macam orang lain. Inilah kawan rapat SS sekarang nie..



SS membeli nie kat kedai peralatan bayi dengan harga RM59.90 ( 10%) ermmm lupa harga berapa dah.Kedai tue nama MUM & BABY...Lokasinya berdekatan dengan hospital Island...erm tak tahu pulak nama jalan tue.Kira dekat jer dengan 0opis SS...hehhe memang worth it la pakai belt nie, ada juga SS tengok secara online tapi mahal sebab dia cover the whole womb si ipbu. Bagi SS tak perlu nak membazir banyak sangat. So SS dalam yang kecik nie pown dah cukup selesa pada SS..Kalau tak percaya u`olls semua boleh try ( kepada yang pregnant jer lah)

Kelebihan yang SS terima :


  1. Senang nak bergerak.
  2. Tak sakit kaki ( tumit menampung berat badan si ibu yang semakin bertambah)
  3. Selesa
  4. Nak solat pown senang
  5. Rasa ringan badan bila pakai belt nie.

So far inilah yang SS rasa selama baru hampir 3 hari SS pakai belt nie. Tapi alhamdulillah memang hasilnya SS snagat berpuas hati...So kepada mummy to be yang inginkan keselesaan pada diri anda, yang mungkin orang lain tidak akan mengerti kesakitan, keletihan, kemurungan yang kita rasa...Jadikanlah Maternity belt nie sebagai kawan bagi anda selama 9 bulan ini... Insyaallah anda akan berpuas hati...



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels