Sunday, November 9, 2014

KENAPA ANDA MAIGRAIN??


Assalammualaikum semua..

Maaflah dah 2 minggukan rasanya SS tinggalkan belog nie tak update. bukan apa...minggu nie sibuk dengan 5S kat office.habis seharian buat kerja nak berbelog pun tak sempat..hehehe..okaylah nanti SS ceritakan pasal 5S yang telah dilaksanakan...Okaylah kali nie, SS nak berkongsi cerita tentang Penyakit Maigrain...Kalau cakap pasal maigrain nie memang ramai yang kerap kena sakit nie...kekadang tu sampai kena ambil MC sebab tak boleh nak tahan sangat...Jalan nya telan panadol dan tidur!!! Tapi tahukah uolls bahaya pengambilan panadol akan memberikan kesan yang buruk untuk jangka masa yang panjang??

So sebab itu SS nak sharingkan apa supliment yang SS gunakan. Dipendekkan cerita suami SS adalah pesakit maigrain yang cukup tegar!!!  hahahah....so setiap hari SS akan bekalkan supliment shaklee bagi menjaga kesihatan dier. Tapi kenapa kita nie kerap kena maigrain erk?? Dan tahukan kita bahawa sakit kepala bukan saja sakit maigrain, tapi ada lagi 2 sakit iaitu :

 Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori:
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.

Sakit kepala sinus ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat

So antara ketiga-tiga ini, Maigrain memang pegang carta pertama okay... So sesiapa yang ada maigrain nie memang dala beg dier mesti ada panadol untuk ubat tahan sakit. Bagi SS sendiri, sekarang nie SS dan suami dah jarang ambil panadol sebab kami sekarang mengambil supliment shaklee yang memang sangat bagus khasiat dier...Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung. Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Tapi masih lagi ada yang tidak tahu akan effect.Semua pakat nak telan ja panadol atau ubat tahan sakit..

TAPI APA RAHSIA SS UNTUK SUAMI??


Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) - 120 kapsul

  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium.  Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
  • Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.



B Complex  - 120 tablets

  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
  • Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kenalah jaga makan. Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya. 
  • Cubalah mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

So sejak suami SS makan nie, memang maigrain tu berkurang bukan cakap baik terus, klu dulu 1 minggu kekadang tu 3 kali datang maigrain..Tapi sekarang tu 1 bulan baru 1 kali ke 2 kali ja. alhamdulillah banyak perubahan yang nampak lepas makan Ostematrix dan B Complex. So kepada uolls yang nak order. boleh jer hubungi SS dan isi jer borang kat bawah belog SS nie...

Atau jika anda anda kredt kad / debit kad, anda boleh jer buat order sendiri, Takpayah nak order dengan agent shaklee :) klik jer link kat bawah nie : SET MAIGRAIN SHAKLEE


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels