Wednesday, September 30, 2015

Doa Anak Songsang Dalam Perut | Kehamilan


Assalammualaikum dan happy day buat semua...

Happy 32 weeks pregnant....
tudia tinggal lagi 8 minggu ja usia kehamilan saya nak mencecah 40minggu. Tempoh usia bayi dalam kandungan dah matang. Tapi ada juga yang bagitahu ada yang bersalin awal iaitu kurang dari 40 minggu.Macam anak sulung saya haritu bersalin pada usia 38minggu melalui proses pembedahan. So untuk kali nie saya doakan agar dapat bersalin pulak secara normal. Insyaallah semoga tuhan mendengar doa dari seorang ibu ini.

Tapi pernah tak anda dengar tentang kedudukan bayi sonsang??
Pernah tak anda alami dan macam macam anda buat untuk memastikan bayi tersebut berpusing kembali pada kedudukan normal?? semua bakal ibu-ibu kalau boleh nak ja bersalin cara normal sebab sakit sat ja dan nak elakkan diri daripada kena menjalani proses pembedahan. Kalau bedah tu pantang banyak tau. tak sama macam orang bersalin normal. memang sangat berbeza tau, lepas bersalin tu kena lebih hati-hati sebabnya

  • rasa sakit bila batuk
  • rasa sakit bila bersin
  • rasa sakit bila duduk terlalu lama
  • rasa nyilu apabila angkat barang 
  • rasa sakit dalam jangka masa yang lama

Sebab itu kalau boleh ramai ibu ibu nak ja bersalin secara normal. biar sakit masa sebelum bersalin..then lepas bersalin sakit pun sat ja.....hopefully kali nie saya pun dapat bersalin secara normal. Tapi masa buat check up 31 minggu yang lepas, baby berada dalam keadaan songsang. Kalau dalam tempoh baby dah matang dan baby tak pusing so memang kena ceaser jugak. Masa 1st baby hari tu pun sama jugak. tapi lepas saya amalkan beberapa tips..alhamdulillah baby pusing balik :) so hari nie saya sangat berbesar hati nak sharing dengan uolls semua.





Inilah kedudukan jika bayi tersebut sonsang. Ada jugak jenis baby yang duduk melintang , itu pun kategori sonsang jugak. Orang tua tua cakap klu baby songsang ada cara untuk bagi dia pusing balik. Doktor pun cakap jika masih awal, dan bayi masih ada ruang untuk dia pusing, yang penting kita hanya boleh usahakan ja. Masa 1st baby pun saya sendiri amalkan cara nie yang diajar daripada kawan opis iaitu dengan memakan buah laici sebanyak yang mungkin. Tapi buah dalam tin tu. Pastikan tak ada orang lain yang sharing buah laici tu. insyaallah jika kita usahakan tuhan akan makbulkan doa. semuanya kita hanya mampu berdoa. 





Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 3 | MINUM AIR SOLAT HAJAT
Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 4 | BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa^^^

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 5 | BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD
Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat. 

**tips nie saya dapat dalam online masa google google **

tapi yang saya sendiri amalkan ialah makan buah laici dalam tin.makan buah saja sekerap yang mungkin.Tapi ingat jangan bagi sesiapa makan tau...jom saya kongsikan cara-cara nak sediakan buah laici tu:


  1. Beli buah laici dalam tin , tak kisah pun jenama apapun terpulang pada anda.
  2. Buang air dan biarkan buah sahaja.
  3. Baca surah Al-Fatihah x 1
  4. Baca Ayat Kursi x 1
  5. Baca surah doa Nabi Nuh
  6. Niat dalam hati minta pusingkan kepala baby ( WAHAI ANAKKU, KAU TURUNKAN KEPALA KEBAWAH, SUPAYA MEMUDAHKAN IBU MELAHIRKANMU )
kemudian makan buah tersebut sekerap yang mungkin...biarpun makan 12 tin..insyaallah akan berhasil..

Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua ibu-ibu yang sedang hamil, semoga tuhan mempermudahkan segala urusan dan juga berikan kesihatan yang berpanjangan buat anda semua :)



Love,
Madam Surianie

4 comments:

  1. Assalammualaikum boleh saya mohon surah doa nabi nuh tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon email pada saya madam.. shamirul1@yahoo.com

      Delete
  2. boleh mohon surah doa nabi nuh tu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..puan, b0leh share d0a Nabi Nuh yang puan maksudkan? Terima kasih 😊

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels