Thursday, March 31, 2016

Mencari Make up Artis ?? | Make Up By Nurul


Assalammualaikum semua...

Kali nie entry nak sharing nie pasal MUA...Mesti ampa tertanya tanya apa itu MUA???? MUA nie shotform untuk "MAKE UP ARTIST "..Kalau dulu dulu orang panggil MAK ANDAM..Tapi lani dah update sikit depa tukar nama. Baru nampak macam glamour sikit....Entry Kali nie sangat sesuai untuk Bride To Be yang tengah mencari MUA untuk majlis bersejarah anda. So hari nie saya nak shring sikit salah sorang MUA yang tengah menempah nama.

Nurul Faezah Binti Zainul atau lebih mesra dipanggil Nurul kini dah mula menempah nama di arena Make Up nie semua. Mungkin ampa tak kenal lagi. Tapi insyaallah 1 hari nanti bila sebut ja nama NURUL mesti ramai yang akan kenai. Actually budak comel nie ialah anak menakan sepupu saya. Sejak kecik lagi beliau memang suka main kawin-kawin sampailah lepas dia habis SPM. Saya ambil dia bekerja Part Time di butik saya iaitu "The House Of Red Gincu". So sejak dari situ apa yangs aya buat saya ada ajar dia sampailah sekarang dia mula menapakkan diri untuk memberikan khidmat jurumakeup kepada sesiapa yang memerlukan khidmat beliau.

Kalau nak ikutkan, nak jadi MUA tak semestinya kena p masuk kelas untuk belajar. Itu hanya bonus ja. Macam saya sendiri saya tak pernah ikuti mana mana kelas make up. Hanya belajar melalui Youtube dan juga akak saya iaitu JUMIE SAMSUDIN yang pernah menjadi MUA yang popular di Penang. Kena rajin dan belajar dan praktik ja. Tapi jangan pulak dah boleh make up diri sendiri ampa feeling kata dah boleh make up pengantin tau. Totally tak sama....kena ada teknik yang lain tau. itu bezanya MUA dan make up sendiri.....So kepada anda semua yang duduk terutama sekali kat Penang nak cari MUA untuk sebarang majlis seperti BERTUNANG | NIKAH | BERSANDING | PHOTOSHOOT dan sebagainya...boleh terus hubungi beliau :

Untuknya klu ampa booking pada bulan April beliau ada buat promosi semperna BESDAY beliau. Cepat cepat hubungi beliau untuk booking slot anda..Harga semestinya murah dan hasilnya memang tip top....Tak percaya??? Ampa tengok sini..ada beberapa gambar yang saya nak Sharing...









Bagi anda yang dah jatuh cinta..boleh ja call or whatsapp untuk buat trial make up.. Tapi ingat tau trial make up bukan sama macam make up betul..just intro make up dengan caj yang berpatutan. Tapi klu nak sebiji untuk majlis anda, caj tu kena tanya balik pada beliau.

******************************************************************************

Siapa Nak booking atau nak lihat lebih banyak koleksi make up beliau, Boleh terus link to akaun beliau secara terus. Inilah tuan punya badan comel tu....Cantikkan...

Facebook : Nurul Faezah 
Instagram : @nurulfaezahzainul 
Whatsapp | call | Sms : 017-558 7332


Sunday, March 27, 2016

Sehelai Telekung Putih



Sehelai Telekung Putih permintaan seroang isteri buat suaminya...Sebuah permintaan yang tidak semahal sebuah cincin emas.Permintaan seorang isteri tatkala selepas melahirkan anak. Kalau orang lain mesti dia minta suami dia belikan hadiahlah..nak yang branded branded konon penghargaan buat isteri yang telah bertarung nyawa demi melahirkan zuriat...Ada juga isteri yang tak pernah minta apa apa tapi suami dia hadiahkan kepada isteri walaupun hanya dengan sejambak bunga dengan ucapan "TERIMA KASIH SAYANG KERANA LAHIRKAN ZURIAT KITA"

Tapi pernah tak anda terfikir isteri isteri lain yang langsung tidak dipedulikan oleh suaminya?? ermmm itu lagi sedih...tapi tak apa..setiap pasangan ada cara mereka tersendiri..

Tapi kali nie saya nak kongsikan cerita tentang Permintaan Isteri Untuk mendapatkan sehelai Telekung Putih. Nak kata sedih tak la sedih..nak kata happy tak jugak tapi ampa baca sendiri ampa yang nilaikan...apakah permintaan isteri tu demand atau sebaliknya...

Pada suatu hari..sedang si isteri melepak depan Tv bersama anak dan suami..Si isteri nie pun berkata...

*******************************************************************************

ISTERI : Sayang...nanti lepas saya bersalin...boleh tak saya nak minta 1 hadiah kat awak??
               [ isteri tanya dengan perasaan teruja]

SUAMI : Nak hadiah apa??? [ suara suami agak stress ]

ISTERI : Saya teringin sangat awak belikan saya sehelai telekung putih ada bunga bunga putih.Teringin sangat nak pakai masa solat.

SUAMI : Insyaallah kalau saya ada duit lebih saya belikan yer...Awak tau kan gaji saya cukup cukup makan ja...Kalau ada duit lebih saya belikan yer...

ISTERI : ermmm okaylah

*********************************************************************************


Itulah perbualan ringkas permintaan seorang isteri kepada suaminya.Rasanya selepas kahwin tu suami dia langsung tak pernah belikan apa apa hadiah untuk isteri dia. Just kalau kata nak p makan tempat yang mahal mahal pun memang jarang kot. Permintaan isteri tu dah berbulan lamanya sampaikan anak pun dah 5 bulan tapi si suami masih tak ingat permintaan isterinya. Permintaan bukan semahal cincin emas beratus ratus ringgit. Hanya dengan harga rm60 si suami dah beli sehelai telekung putih seperti yang isteri inginkan..Kalau simpan duit gaji rm10 sebulan pun insyaallah boleh belikan hadiah buat isteri....tapiiiiiii

Selepas berbulan menanti...Pabila di isteri bertanya....suami dengan selamba ja jawab "ermm apa dia ha...saya tak ingat " ....Lepas tu isteri memang dah tak tanya pun. Terasa hati isteri bila dengar jawapan macam tu..Isteri tak akan menangis depan suami....Tapi si isteri akan terus berdiam dan pujuk diri sendiri...dalam hati akan tetap berbebel.......Isteri nie tak pernah nak minta apapun....Bagi isteri dah bekerja dia pun boleh beli apa yang dia perlukan...Baju sendiri, tudung, pakaian dalam, kelengkapan perhiasan diri semua itu isteri belikan tanpa minta duit suami. Tapi hanya dengan sehelai telekung putih pun suami tak mampu belikan..Macam mana???

Suami tak pernah tahu bila isterinya bersedih...
Suami tak pernah tahu bila isterinya berduka...
Suami hanya tahu isterinya bahagia bersamanya....
Suami hanya tahu isteri uruskan rumah tangga...

Tapi kadang kala isteri juga kecewa apabila suami tidak memahami hati isteri. Sejak dari peristiwa permintaan telekung putih, si isteri dah bertekad tak mau minta duit dari suami, isteri sanggup berniaga untuk mencari pendapatan sampingan untuk memenuhi hajat yang diperlukan... Isteri kena lebih rajin.. Kata hati isteri biarlah dia penat dan letih tapi untungnya nanti si isteri akan tersenyum gembira.. Kalau nak cakap bab nafkah atau apa, itu biar si suami yang jawab...Sama ada betul ka tindakan suami tidak dapat berikan permintaan isterinya....Itu biar suami yang tanggung..

Sebab itu isteri nie seorang wanita yang tabah dan kuat.....dia sanggup buat sendiri untuk dirinya walaupun dah berkahwin dan beranak. Wahai suami ingatlah akan permintaan isteri awak ini....Bukan dia minta telekung "Siti Khadijah" yang bernilai rm300++ tapi jika si suami memang sayangkan isterinya dia akan sanggup buat sesuatu untuk isteri tersayang...



Kini......tiada lagi sehelai telekung putih......





Friday, March 25, 2016

Jadual Pemakanan Ibu Berpantang | Boleh Dan Tak Boleh


Assalammualaikum...

Ibu ibu yang dah sarat mengandung mesti dah bersiap sedia untuk buat persiapan nak bersalin kan. Dalam kesibukan nak buat persiapan tu mesti anda tercari cari apakah menu dan makanan yang BOLEH dan TAK BOLEH dimakan ketika berpantang. Hal nie nak sharing sikit tentang menu yang ibu ibu boleh sediakan semasa nak berpantang nanti. Mana tahu nanti kena berpantang sendiri so senanglah semua benda dah tersedia. At least suami pun kena tahu bab bab nie.Dari sekarang kena cerita sikit kat suami tau,...








So bila dah rasa contraction tu, boleh la sediakan barang barang nie semua...Letak dalam bekas dan simpan dalam peti ais. Bila nak masak bukak dan goreng jer...

- Selamat Berpantang -

Wednesday, March 23, 2016

Abang Zakwan Dan Adik Zill Qayyim

Assalammualaikum semua....
Siapa kat sini yang dah beranak banyak???terutama anak lelaki???Angkat tangan atau angguk ja....Seronok tak ada anak kan??Macam macam perangai dah..tambahan si anak sulung tu memang dah tunjuk perangai dia...SS terasa teruja nak cerita pasal perangai anak sulung SS nie. Muhammad Zarif Zakwan. Sejak SS hamil pun SS dah ajar dia dalam perut tu ada adik..Sampai sekarang dia tahu adik dia yang mana....kalau cakap pasla adik dia tau...Kalau tunjuk barang adik semua dia tau siapa punya..Mana dia punya mana adik punya...Alhamdulillah....


Since masa SS bersalin dan balik ke rumah.So far adik tu taklah dia kacau..dia tumbuk ka dia pijak ker....cuma setiap kali bangun tidur mesti dia akan tanya adik..tanya abah...itu perangai Zakwan. Memang nampaklah perangai abang-abang dia tu. Kalau masa dalam pantang tu kalau minta dia tengokkan adik sementara SS mandi ka...memang dia akan tengok. kalau adik nangis dia akan tolong calm kan adik sambil tepuk dada adik dan cakap " awat dikk...angissss..." kekadang tu rasa tak confident sangat....SS pun intip celah celah tirai tu memang nampak dia jaga adik dier....



Masa Zill Qayyim dalam pantang memang SS tak berani nak bg dia rapat sangat..biasalah sebab semua masih lembut lagi. Tapi yang SS respect si Zakwan nie kalau bab nak cium adik dia.. Memang lembut ja dia cium tak macam budak lain. Dia punya cara nak cium bermula dari pipi kanan dna kiri, dahi, mata, hidung, mulut dan bawah dagu..Once dia dah cium baru dia puas dan dia akan main dan tak kacau adik dia. So time dia nak cium tu memang SS tak halang pun just tengok dan cakap plan plan dengan dia. Dia faham.:)



Sejak Si adik pun dah semakin besar dan dah nampak apa yang ada disekeliling dia, perkara yang paling penting di mata adik ialah abang zakwan dia. Kalau dia tak nampak si abang.mesti dia akan jerit sampai nampak abang dia baru dia diam. Kekadang tu dia akan renung perangai abang dia main dan senyum. Mungkin dia pun tahu itu abang dia dan dia pun tak sabaq nak tunggu masa nak main.

Bila pulak mai mood rajin, si abang akan tolong SS buang pampers adik, ambil bantal adik, ambil pampers dan lain-lain. Tapi bila mai mood dia malas.memang hampeh 1 benda pun dia tak mau...Dia akan jawab "satttt......." tapi sampai ke sudah dia tak akan buat..hahhahahha


Bukan mudah nak jaga anak 2 orang nie.. Yang di abang perangai lain, yang si adik perangai lain. Nak ambil masa untuk serasikan perangai depa nie memang menguji kesabaran. Apapun SS sangat bersyukur sebab dapat anak anak yang comel, bijak , cerdik dan cergas dan paling utama sekali..ANAK LELAKI. nanti bila dah kawin tu depa 2 tetap tak akan jauh dengan SS insyaallah....Semoga depa 2 nie membesar dengan sempurna dan jadi anak yang SOLEH. So nanti dah besar jaga ibu macam mana ibu jaga ampa 2 okay. 

Ibu tak kisah kerja apapun asalkan jangan lupa ibu..Kalau ibu tak adan Zakwan kena jaga adik tau....sebab adik pun sayang abang jugak...

Monday, March 21, 2016

Pertandingan Bola Jaring MAKSAK Peringkat Negeri Pulau Pinang


Pada 6 Mac yang lepas bertempat di Kompleks Sukan Batu Uban ,Gelugor Pulau Pinang berlangsunglah pertandingan Bola Jaring MAKSAK Peringkat Negeri Pulau Pinang berlangsungnya. Banyak jabatan-jabatan kerajaan yang hantarkan pasukan untuk masuk pertandingan tu termasuk jabatan kimia..tudia memang lama kot tak main..Ikutkan SS nie baru ja habis pantang tapi main ja...memang dah masuk siap nama tu....
Pasukan kami memang tak tranning lama pun hanya 2 hari sebelum pertandingan ja. Sebab seminggu sebelum tu kami sibuk dengan persiapan majlis persaraan. So hanya sempat nak tranning 2 kali ja..itu pun tranning biasa sebab kami tak provide coach yang superb pun..Ala ala jer uollss..

Jabatan kami dimasukkan dalam group A. dalam tu hanya ada 2 team iaitu Perpustakaan dan juga PDC. Boleh katakan jugak kami nie team 2nd game memang agak terkejut jugak,sampai sampai kat tempat tu terus nak main. 1st game lawan dengan PDC kena 18-0 tudiaaa hebat kan...
Yang 0 tu kami lah....takpa tak stress pun sebab kami main bukan betoi pun.just suka suka...nak bersukan kononnya...


Untuk 1st game depa tak bagi SS main konon nak tengok dulu gerak permainan pihak lawan. So bila dah tengok tu baru nampak macam mana. Lepas masa kedua bermula, SS jadi WD"Wing Defend" tudia memang lama kot tak main. Tapi 1st game agak semput sebab dah lama tak bersukan sampai jatuh terduduk 2 kali..hahhahaha lawak sungguh.


Untuk game ke-2 tu SS ambil pulak posisi WA "Wing Attack" memang cargas ja....Main main memang tak ingat dunia...Semua orang terkejut kata SS nie tak serik sebab baru ja lepas bersalin dah berani main netball. Tak rasa bahayakah??? Ermm nak jawab apa ha?? Actually bukanya main apa apa pun..Just lompat, lari dan sambut bola ja..bukan kena gesel perut tu...atau kena main tindan tindan maca ragbi..lhahhahaha...Tapi SS tak la jawba cam tu....dengan sopannya SS jawab tak sakit aiiii...so far okay ja...lagipun dah lama tak bersenam tu....




Ini pulak Pengurus Pasukan kami.Puan Azlin....akak nie actually muda lagi ...umur sebaya iolls.kami baru 29 tahun tau..hahahhaha.....Dia dah berbadan dua..kalau tak dia pun sibuk jugak nak main....Dia hanya jerit jerit ja dari tepi padang...Yang baju hitam tu Pengerusi Kelab Sukan kami..tudia semangat dia mai ....Siap traning kami kot....Hebat hebat.....


Yang 3 orang nie over dan feeling ja sebelum main game..last last kalah jugak....hahahhahaha

Tapi paling win masa game tu ialah pompuan nie..A.K.A Markonah..ahhahahahha....semua pakat gelak tengok SS pakai macam nie. Yang bestnya semua kata badan dah solid macam belum kawin..ahhahaha....Hebat....itulah penangan SHAKLEE...weyyy time nie memang panas gila....ras cam tudung tu nak melayang ja.....memang panas tahap gila punya...

Apapun syabas buat semua kerana dah beri komitmen yang cukup hebat. Tahun depan kalau ada kita main lagi. Walaupun latihan tu tak seberapa tapi semangat tu tetap ada. Enjoy main game...Jumpa lagi tahun depan pulak....


Saturday, March 19, 2016

Peppermint Ginger Plus Shaklee | Pilihan Pesakit Gastrik


Assalammualaikum semua,
Perkongsian hari ini ialah psalah 1 produk Shaklee yang menjadi pilihan ramai ialah PEPPERMINT GINGER. Mungkin produk nie jarang dibeli tapi tahukah anda produk nie memang sangat bagus dan bagi saya sendiri ia wajib ada kat rumah...Nak tahu lebih lanjut?? jom saya kongsikan info tentang Peppermint Ginger Plus ini...



Perbezaaan Shaklee

Kombinasi 4 herba dari BArat Dan Timur dan dihasilkan di bawah prosuder standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik,mabuk laut, sendawa dan penghadaman.



Manfaat Utama Peppermint Ginger Plus

PUDINA
  • Membantu melegakan otot perut, ia mempuanyai kesan penenang. 
  • Membantu dalam penghadaman,mabuk laut/darat, 
  • Membantu melegakan sakit gastrik,pedih ulu hati dan cirit birit
  • Melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul daripada rawatan kemoterapi.
  • Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema. 
  • Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan lebih fokus.


HALIA 
  • Merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan.
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika hamil,selepas melahirkan anak(semasa pantang).
  • Dalam kajian di UK, halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita;penyelidikan di Switserland mendapati halia adalah berkesan sebagai remedi lain seperti merawat mabuk laut.
  • Halia juga berkesan dalam merawat / mencegah masalah kesakitan ketika dalam perjalanan / pengembaraan.

POKOK ADAS ( fennal )
  • menghilangkan kembung perut.
  • melegakan sakit perut,gejala flu.
  • Membantu masalah alergi pada saluran usus

CEKUR MANIS
  • Melegakan masalah pencernaan dan gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
  • Menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap.
  • Memberi peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut



CARA PENGAMBILAN / PEMAKANAN

Membantu penghadaman : 3 biji selepas makan
Mencuci usus perut          : Larutkan 3 biji Peppermint ginger dan 10 biji alfalfa di dalam air panas
                                            suam untuk diminum.
Merawat sakit atau masalah gastrik : 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba
Melegakan tekaka, batuk dan selsema : Hisap / Telan 2 biji



HARGA : RM47.70 (include GST) - 90 biji 

Berminat untuk membeli produk shaklee dengan harga yang lebih jimat!!!! Hubungi sekarang 019-5434377 (SURIANIE SAMSUDIN) ATAU IKUTI INSTAGRAM SAYA DI @surianieshaklee



Friday, March 18, 2016

Baju Gown Kembang Anzalna Memang Sempoi | Wedding Dress


Rasanya masih belum terlambat SS nak bercakap pasai THE MOST BEAUTIFUL GOJESS DAN SANGAT SANTEEKKK BAJU KAWIN KAT DUNIA NIE yang pernah SS tengok..Siapa tau?? angkat tangan..angkat tangan!!!!

Rata-rata memang 1 dunia tengok baju wedding resepsi dia memang cantik gila...Mulanya SS memang tak follow sangat tapi lepas tengok the making of material baju sanding dia yang kembang tu terus SS pun nak juga berkongsi cerita sikit...

Dulu SS nie kalau bercakap pasal baju baju kawin memang dah lali.Setiap kali majalah pengantin keluaq mesti beli..konon nak jadi orang pertama beli..ahhahaha...KAt butik tu dulu memang banyak gila buku sebab nak cari idea untuk create baju sanding customer. Memang seronok tau jadi Wedding Planner nie. Tapi now SS dah tak buat wedding tu semua sebab fokus pada keluarga dan Shaklee Bisnes. Cuma kekadang tu memang terasa nak buat balik ja baju wedding dress sahaja. create baju untuk bakal bakal pengantin....

Bercakap pulak pasai baju gown Anzalna ....Ya Allah baju tu memang sangat cantik...Mulanya memang SS sendiri tertanya mana depa cari material macam tu, sebab selalunya kalau retis nie nak kawin depa akan pilih baju yang ada siap material cuma design tu ja yang lain sikit. Tapi Wedding Dress Anzalna nie memang cantik sangat...Very the princess uollsss..tabik spring gila kat designer yang buat tu sampai ada orang ARAB nak beli baju dia...Tapi Anzalna tak jual..Kalau aku pun memang tak juai kot...Tahniah Cosry baju uolls memang cantik gilaaaa..tak tau nak cakap macam mana










Thursday, March 17, 2016

Penyusuan Anak Kedua | Pengalaman Yang cukup Mencabar


Assalammualikum semua,

Alhamdulillah syukur sangat sekarang Zill Qayyim dah pun genap 4 bulan. Alhamdulillah jugak sebab kali nie proses penyusuan untuk si adik memang sangat banyak. Tak tau nak sharing macam mana. Mungkin betoi cakap orang, pengalaman anak sulung akan bagi kita lebih cekap untuk kendalikan cara naj menyusu anak yang ke2. Kali nie susu memang banyak sampaikan tempat freezer memang dah full. tak cukup nak letak..kekadang tu sampai nak bukak pintu pun kena plan plan takut ada botol yang jatuh.


Kenapa boleh banyak macam tu??? cara yang paling berkesan ialah masa dalam pantang dah kena start buat stok susu. Ini bagi ibu ibu yang bekerja macam saya. Tapi yang tak bekerja tu terpulang pada anda sendiri. Tapi disebabkan saya cuti 3 bulan so memang start balik ja dari hospital lepas tu terus ja buat stok susu. Alhamdulillah memang banyak...stock tak putus. Tapi apakah cabaran yang aku terima kali nie??? cabarannya ialah nak mencari puting botol susu ..ooo cukup mencabar sangat...


Antara botol susu yang aku beli untuk Zill Qayyim

Kalau macam Zarif dulu, masa masuk 3 bulan ja jadi masalah nak bertukar puting sebab masa dalam pantang aku bagi dia minum AVENT CLASSIC. So masa 3 bulan memang ada masalah.Last last dia telan jugak Pigeon. Tapi Yang si Zill Qayyim nie lain...mulanya dia minum MAM, lepas tu okaylah..Then minum pigeon...lepas tu tak mau dah...sampaikan try 7 jenis putih sampai yang paling mahai pun tak jalan. Dalam hati nati try beli comotomo. Tapi tak layan jugak...maka terperaplah botol susu tu macam tu ja. Aduhai..Akhirnya 1 hari tu aku singgah kat 1st avenue nak jenjalan, then time tu aku claim voucher Bonuslink. dapat RM40. So aku pun masuk ke bahagian budak budak dan aku bertenggek lama depan rak botol pigeon. Hampir 20 minit aku pegang puting size XS untuk wide pigoen tu.Hati tu cakap macam sama ja puting nie..sebba dah beli size S dia tak minum. Tapi orang cakap naluri ibu tu betoi..Aku pun dengan kuat hati ambik puting tu dan terus bayar. Ikutkan puting Pigeon memang mahal, single tu pun rm16. klu yang 2 puting rm24++


Lepas balik tu dengan lafaz bismillah aku pun try bagi dia minum...1st time susah jugak sebab nak bagi main main kat mulut dia.Lepas tu terus habis 1 botol dia minum sampai sekarang minum puting pigeon ja.....lega rasanya....So lepas nie tak payah nak risau.cuma kena beli botol lain ja sebab yang sekarang nie pakai botol avent yang si abang punya yang lama.



Proses penyusuan kali nie alhamdulillah taklah mencabar sangat cuma makin hari makin seronok bila tengok stok susu banyak dalma peti ais. Sampai penuh nak letak makanan basah pun tak muat. Terfikir fikir perlu tak nak beli deep Freezer. Suami cek pun kata pkiak baik baik sebelum beli. Bayangkan 1 hari kena pump 20oz sebab ikutkan sekali Zill Qayyim minum susu 4oz-5oz untuk 4 kali minum. Itu kalau di rumah mengasuh. Kalau kat rumah lain pulak. So mind set aku kena pump lebih lagi bagus. Kalau time kat opis pump untuk 12 oz balik nanti pump lagi kkdg dapat 8oz...Alhamdulillah syukur sangat.


Rajin....Rajin..rajin..itu ja yang boleh aku nak cakap kalau nak jadi "Breastfeeding mother". Bukan senang tau..cabaran tu cukup banyak...Kena pump..kena jaga pemakanan bukan semua benda kita boleh mkn atau bedai ja...silap makan susu kurang. Paling penting kena juga ambil makanan tambahan. Macam aku sendiri memang 100% ambil set menyusu SHAKLEE iaitu ESP, ALFALFA,LECITHIN

Apa fungsinya :

ESP : bila minum ESP, susu badan akan lebih pekat dan lebih lemak, sebab itu bila anak minum mereka akan tidur lena sebab kenyang. Sebab itu ada juga ibu menyusu yang kena menyusu hampir 1 jam sebab nak susukan anak dia sampai kenyang. PUNCanya SUSU TAK PEKAT...!!!

ALFALFA : pia berfungsi untuk boostkan susu ibu. selain itu dia juga bantu kecutkan rahim dan bantu si ibu untuk detox badan dan kekal ramping

LECITHIN : Bantu untuk lancarkan aliran susu untuk elakkan bengkak susu, Pada masa yang sama ia berfungsi untuk bakar lemak badan si ibu. Jangan terkejut bila ibu jadi kurus tau..








Selamat Mencuba...Tapi kalau ampa nak try produk shaklee nie boleh hubungi saya terus di :

0195434377
( Whatsapp | Wechat | Telegram )

Instagram :
@surianieshaklee

Email :
surianie_shaklee@yahoo.com

SHAKLEE SENTIASA BERKESAN, SENTIASA SELAMAT & SENTIASA MESRA ALAM

Wednesday, March 16, 2016

Resipi Aiskerim ESP Bandung Strewberry | BY Madam Surianie


Assalammualaikum semua..sekarang nie musim musim panas kalau orang yang dok menega aiskerim ka ayak nyok ka tepi jalan mesti laku...tapi tau tak daripada ampa dok p beli aiskerim kat rumah, ampa boleh buat aiskerim sendiri ja. Resipi pun mudah.Yang penting jimat duit dan anak anak pun makan air tangan ibu kan...Okay hari nie SS nak kongsikan resipi aiskerim Bandung Strewberry dengan uolls semua. Nanti buat tau...berkhasiat pulak tu...jom jom kita tengok bahan bahan dia


Bahan Bahan Yang Diperlukan :

  1. Bekas aiskerim / plastik aiskerim
  2. 400ml air sirap
  3. Buah Strewberry yang dah siap dihiris ( Kalau nak potong dadu pun boleh )
  4. 3 sccop ESP SHAKLEE ( ini wajib kena ada baru sedap)



CARA MEMBUATNYA :

Pertama, masukkan 3 sudu esp kedalam 400ml air sirap (guna shaker baru ia sebati) dan goncangkan sehingga esp tu dah sebati dengan sirap. Lepas tu ia akna bertukar menjadi bandung.  



Kemudian, tuangkan air bandung tersebut ke dalam bekas aiskerim atau plastik aiskerim malaysia.Ikut suka uollslah. Selalunya kalau pakai yang bekas nie budak budak lebih suka sebab menarik perhatian mereka untuk makan.tambahan ia colourful. :)
  


Masukkan hirisan buah strewberry kedalam bekas aiskerim anda. Terpulang nak potong besar atau kecil. Akhir sekali tutupkan penutup aiskerim tersebut dengan kayu plastik aiskerim. 



Lepas tu sejukkan bekas tu di freezer semalam. 


Esok tu dah boleh makan...sedappp...cubalah.....jangan terliuq pulak bila tengok si Zakwan nie makan.


Kenapa saya masukkan ESP dalam menu aiskerim saya?? 




Mac nie bulan promo ESP kalau beli 1 tong ja memang rugi sangat. Tapi kalau beli 2 siap shaklee bagi less 5% tau. Tapi lagi untung kalau beli 6 tong siap dapat JOIN SHAKLEE FREE dan dapat 1 tong ESP free.. Boleh cuma tau...memang bagus..sebab ESP ialah ibu segala supliment... :)


Jika anda ingin mendapatkan harga terbaik....sila hubungi saya di :

Mdmsurianie : 019-5434377
IG : @surianieshaklee 
Email : surianie_shaklee@yahoo.com




Tuesday, March 8, 2016

Happy 4th MONTH Zill Qayyim


Happy 4th Month Zill Qayyim

Alhamdulillah hari nie dah genap 4 bulan umur zill. syukur dia semakin sihat dan semakin bijak..Hari nie juga baru pertama kali nak upload gambar zill masa baru fresh keluar dari oven.Amacam??? nampak cina kan...lain dari abang zakwan...Apapun ibu sentiasa doakan agar zill sihat dan semakin sihat...Teringat lagi masa tarikh 8 November 2015 macam mana ibu lahirkan awak....hanya tuhan tahu perasaan ibu masa waktu tu..










Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels