Sunday, March 27, 2016

Sehelai Telekung Putih



Sehelai Telekung Putih permintaan seroang isteri buat suaminya...Sebuah permintaan yang tidak semahal sebuah cincin emas.Permintaan seorang isteri tatkala selepas melahirkan anak. Kalau orang lain mesti dia minta suami dia belikan hadiahlah..nak yang branded branded konon penghargaan buat isteri yang telah bertarung nyawa demi melahirkan zuriat...Ada juga isteri yang tak pernah minta apa apa tapi suami dia hadiahkan kepada isteri walaupun hanya dengan sejambak bunga dengan ucapan "TERIMA KASIH SAYANG KERANA LAHIRKAN ZURIAT KITA"

Tapi pernah tak anda terfikir isteri isteri lain yang langsung tidak dipedulikan oleh suaminya?? ermmm itu lagi sedih...tapi tak apa..setiap pasangan ada cara mereka tersendiri..

Tapi kali nie saya nak kongsikan cerita tentang Permintaan Isteri Untuk mendapatkan sehelai Telekung Putih. Nak kata sedih tak la sedih..nak kata happy tak jugak tapi ampa baca sendiri ampa yang nilaikan...apakah permintaan isteri tu demand atau sebaliknya...

Pada suatu hari..sedang si isteri melepak depan Tv bersama anak dan suami..Si isteri nie pun berkata...

*******************************************************************************

ISTERI : Sayang...nanti lepas saya bersalin...boleh tak saya nak minta 1 hadiah kat awak??
               [ isteri tanya dengan perasaan teruja]

SUAMI : Nak hadiah apa??? [ suara suami agak stress ]

ISTERI : Saya teringin sangat awak belikan saya sehelai telekung putih ada bunga bunga putih.Teringin sangat nak pakai masa solat.

SUAMI : Insyaallah kalau saya ada duit lebih saya belikan yer...Awak tau kan gaji saya cukup cukup makan ja...Kalau ada duit lebih saya belikan yer...

ISTERI : ermmm okaylah

*********************************************************************************


Itulah perbualan ringkas permintaan seorang isteri kepada suaminya.Rasanya selepas kahwin tu suami dia langsung tak pernah belikan apa apa hadiah untuk isteri dia. Just kalau kata nak p makan tempat yang mahal mahal pun memang jarang kot. Permintaan isteri tu dah berbulan lamanya sampaikan anak pun dah 5 bulan tapi si suami masih tak ingat permintaan isterinya. Permintaan bukan semahal cincin emas beratus ratus ringgit. Hanya dengan harga rm60 si suami dah beli sehelai telekung putih seperti yang isteri inginkan..Kalau simpan duit gaji rm10 sebulan pun insyaallah boleh belikan hadiah buat isteri....tapiiiiiii

Selepas berbulan menanti...Pabila di isteri bertanya....suami dengan selamba ja jawab "ermm apa dia ha...saya tak ingat " ....Lepas tu isteri memang dah tak tanya pun. Terasa hati isteri bila dengar jawapan macam tu..Isteri tak akan menangis depan suami....Tapi si isteri akan terus berdiam dan pujuk diri sendiri...dalam hati akan tetap berbebel.......Isteri nie tak pernah nak minta apapun....Bagi isteri dah bekerja dia pun boleh beli apa yang dia perlukan...Baju sendiri, tudung, pakaian dalam, kelengkapan perhiasan diri semua itu isteri belikan tanpa minta duit suami. Tapi hanya dengan sehelai telekung putih pun suami tak mampu belikan..Macam mana???

Suami tak pernah tahu bila isterinya bersedih...
Suami tak pernah tahu bila isterinya berduka...
Suami hanya tahu isterinya bahagia bersamanya....
Suami hanya tahu isteri uruskan rumah tangga...

Tapi kadang kala isteri juga kecewa apabila suami tidak memahami hati isteri. Sejak dari peristiwa permintaan telekung putih, si isteri dah bertekad tak mau minta duit dari suami, isteri sanggup berniaga untuk mencari pendapatan sampingan untuk memenuhi hajat yang diperlukan... Isteri kena lebih rajin.. Kata hati isteri biarlah dia penat dan letih tapi untungnya nanti si isteri akan tersenyum gembira.. Kalau nak cakap bab nafkah atau apa, itu biar si suami yang jawab...Sama ada betul ka tindakan suami tidak dapat berikan permintaan isterinya....Itu biar suami yang tanggung..

Sebab itu isteri nie seorang wanita yang tabah dan kuat.....dia sanggup buat sendiri untuk dirinya walaupun dah berkahwin dan beranak. Wahai suami ingatlah akan permintaan isteri awak ini....Bukan dia minta telekung "Siti Khadijah" yang bernilai rm300++ tapi jika si suami memang sayangkan isterinya dia akan sanggup buat sesuatu untuk isteri tersayang...



Kini......tiada lagi sehelai telekung putih......





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels