Thursday, March 17, 2016

Penyusuan Anak Kedua | Pengalaman Yang cukup Mencabar


Assalammualikum semua,

Alhamdulillah syukur sangat sekarang Zill Qayyim dah pun genap 4 bulan. Alhamdulillah jugak sebab kali nie proses penyusuan untuk si adik memang sangat banyak. Tak tau nak sharing macam mana. Mungkin betoi cakap orang, pengalaman anak sulung akan bagi kita lebih cekap untuk kendalikan cara naj menyusu anak yang ke2. Kali nie susu memang banyak sampaikan tempat freezer memang dah full. tak cukup nak letak..kekadang tu sampai nak bukak pintu pun kena plan plan takut ada botol yang jatuh.


Kenapa boleh banyak macam tu??? cara yang paling berkesan ialah masa dalam pantang dah kena start buat stok susu. Ini bagi ibu ibu yang bekerja macam saya. Tapi yang tak bekerja tu terpulang pada anda sendiri. Tapi disebabkan saya cuti 3 bulan so memang start balik ja dari hospital lepas tu terus ja buat stok susu. Alhamdulillah memang banyak...stock tak putus. Tapi apakah cabaran yang aku terima kali nie??? cabarannya ialah nak mencari puting botol susu ..ooo cukup mencabar sangat...


Antara botol susu yang aku beli untuk Zill Qayyim

Kalau macam Zarif dulu, masa masuk 3 bulan ja jadi masalah nak bertukar puting sebab masa dalam pantang aku bagi dia minum AVENT CLASSIC. So masa 3 bulan memang ada masalah.Last last dia telan jugak Pigeon. Tapi Yang si Zill Qayyim nie lain...mulanya dia minum MAM, lepas tu okaylah..Then minum pigeon...lepas tu tak mau dah...sampaikan try 7 jenis putih sampai yang paling mahai pun tak jalan. Dalam hati nati try beli comotomo. Tapi tak layan jugak...maka terperaplah botol susu tu macam tu ja. Aduhai..Akhirnya 1 hari tu aku singgah kat 1st avenue nak jenjalan, then time tu aku claim voucher Bonuslink. dapat RM40. So aku pun masuk ke bahagian budak budak dan aku bertenggek lama depan rak botol pigeon. Hampir 20 minit aku pegang puting size XS untuk wide pigoen tu.Hati tu cakap macam sama ja puting nie..sebba dah beli size S dia tak minum. Tapi orang cakap naluri ibu tu betoi..Aku pun dengan kuat hati ambik puting tu dan terus bayar. Ikutkan puting Pigeon memang mahal, single tu pun rm16. klu yang 2 puting rm24++


Lepas balik tu dengan lafaz bismillah aku pun try bagi dia minum...1st time susah jugak sebab nak bagi main main kat mulut dia.Lepas tu terus habis 1 botol dia minum sampai sekarang minum puting pigeon ja.....lega rasanya....So lepas nie tak payah nak risau.cuma kena beli botol lain ja sebab yang sekarang nie pakai botol avent yang si abang punya yang lama.



Proses penyusuan kali nie alhamdulillah taklah mencabar sangat cuma makin hari makin seronok bila tengok stok susu banyak dalma peti ais. Sampai penuh nak letak makanan basah pun tak muat. Terfikir fikir perlu tak nak beli deep Freezer. Suami cek pun kata pkiak baik baik sebelum beli. Bayangkan 1 hari kena pump 20oz sebab ikutkan sekali Zill Qayyim minum susu 4oz-5oz untuk 4 kali minum. Itu kalau di rumah mengasuh. Kalau kat rumah lain pulak. So mind set aku kena pump lebih lagi bagus. Kalau time kat opis pump untuk 12 oz balik nanti pump lagi kkdg dapat 8oz...Alhamdulillah syukur sangat.


Rajin....Rajin..rajin..itu ja yang boleh aku nak cakap kalau nak jadi "Breastfeeding mother". Bukan senang tau..cabaran tu cukup banyak...Kena pump..kena jaga pemakanan bukan semua benda kita boleh mkn atau bedai ja...silap makan susu kurang. Paling penting kena juga ambil makanan tambahan. Macam aku sendiri memang 100% ambil set menyusu SHAKLEE iaitu ESP, ALFALFA,LECITHIN

Apa fungsinya :

ESP : bila minum ESP, susu badan akan lebih pekat dan lebih lemak, sebab itu bila anak minum mereka akan tidur lena sebab kenyang. Sebab itu ada juga ibu menyusu yang kena menyusu hampir 1 jam sebab nak susukan anak dia sampai kenyang. PUNCanya SUSU TAK PEKAT...!!!

ALFALFA : pia berfungsi untuk boostkan susu ibu. selain itu dia juga bantu kecutkan rahim dan bantu si ibu untuk detox badan dan kekal ramping

LECITHIN : Bantu untuk lancarkan aliran susu untuk elakkan bengkak susu, Pada masa yang sama ia berfungsi untuk bakar lemak badan si ibu. Jangan terkejut bila ibu jadi kurus tau..








Selamat Mencuba...Tapi kalau ampa nak try produk shaklee nie boleh hubungi saya terus di :

0195434377
( Whatsapp | Wechat | Telegram )

Instagram :
@surianieshaklee

Email :
surianie_shaklee@yahoo.com

SHAKLEE SENTIASA BERKESAN, SENTIASA SELAMAT & SENTIASA MESRA ALAM

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels