Thursday, March 31, 2016

Mencari Make up Artis ?? | Make Up By Nurul


Assalammualaikum semua...

Kali nie entry nak sharing nie pasal MUA...Mesti ampa tertanya tanya apa itu MUA???? MUA nie shotform untuk "MAKE UP ARTIST "..Kalau dulu dulu orang panggil MAK ANDAM..Tapi lani dah update sikit depa tukar nama. Baru nampak macam glamour sikit....Entry Kali nie sangat sesuai untuk Bride To Be yang tengah mencari MUA untuk majlis bersejarah anda. So hari nie saya nak shring sikit salah sorang MUA yang tengah menempah nama.

Nurul Faezah Binti Zainul atau lebih mesra dipanggil Nurul kini dah mula menempah nama di arena Make Up nie semua. Mungkin ampa tak kenal lagi. Tapi insyaallah 1 hari nanti bila sebut ja nama NURUL mesti ramai yang akan kenai. Actually budak comel nie ialah anak menakan sepupu saya. Sejak kecik lagi beliau memang suka main kawin-kawin sampailah lepas dia habis SPM. Saya ambil dia bekerja Part Time di butik saya iaitu "The House Of Red Gincu". So sejak dari situ apa yangs aya buat saya ada ajar dia sampailah sekarang dia mula menapakkan diri untuk memberikan khidmat jurumakeup kepada sesiapa yang memerlukan khidmat beliau.

Kalau nak ikutkan, nak jadi MUA tak semestinya kena p masuk kelas untuk belajar. Itu hanya bonus ja. Macam saya sendiri saya tak pernah ikuti mana mana kelas make up. Hanya belajar melalui Youtube dan juga akak saya iaitu JUMIE SAMSUDIN yang pernah menjadi MUA yang popular di Penang. Kena rajin dan belajar dan praktik ja. Tapi jangan pulak dah boleh make up diri sendiri ampa feeling kata dah boleh make up pengantin tau. Totally tak sama....kena ada teknik yang lain tau. itu bezanya MUA dan make up sendiri.....So kepada anda semua yang duduk terutama sekali kat Penang nak cari MUA untuk sebarang majlis seperti BERTUNANG | NIKAH | BERSANDING | PHOTOSHOOT dan sebagainya...boleh terus hubungi beliau :

Untuknya klu ampa booking pada bulan April beliau ada buat promosi semperna BESDAY beliau. Cepat cepat hubungi beliau untuk booking slot anda..Harga semestinya murah dan hasilnya memang tip top....Tak percaya??? Ampa tengok sini..ada beberapa gambar yang saya nak Sharing...









Bagi anda yang dah jatuh cinta..boleh ja call or whatsapp untuk buat trial make up.. Tapi ingat tau trial make up bukan sama macam make up betul..just intro make up dengan caj yang berpatutan. Tapi klu nak sebiji untuk majlis anda, caj tu kena tanya balik pada beliau.

******************************************************************************

Siapa Nak booking atau nak lihat lebih banyak koleksi make up beliau, Boleh terus link to akaun beliau secara terus. Inilah tuan punya badan comel tu....Cantikkan...

Facebook : Nurul Faezah 
Instagram : @nurulfaezahzainul 
Whatsapp | call | Sms : 017-558 7332


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels