Wednesday, September 30, 2015

Mengira pergerakan Bayi | Kehamilan

 Assalammualaikum & Hello ibu ibu yang comey,


Minggu nie saya dah pun masuk ke alam 29 minggu usia kehamilan. Kali nie teruja sikit sebab dah boleh nampak jantina baby tu aper. Tapi saya still nak rahsiakan sebab kali nak buat feeling feeling retis gitew..hgahahhah....Okaylah Entry kali nie saya bukan nak cerita pasal usia 29 minggu ni. Tapi nak kongsikan dengan bakal-bakal ibu cara cara untuk mengira pergerakan bayi dan sebab- sebab kenapa si ibu kena buat macam tue..PENTING TAU!!!!!


Bagi ibu ibu yang pertama kali hamil, mungkin tak akan tahu sangat kepentingan kiraan pergerakan bayi nie. So kena ambil kisah nie sebab penting sangat. Masa saya 1st pregnant pun tak tau sangat. tapi bila 2nd nie baru ambil port.


KENAPA PERGERAKAN BAYI PENTING

Mengira pergerakan bayi memang penting kerana ini bertujuan untuk memastikan si ibu peka terhadap pergerakaan bayi sama ada pergerakan itu normal atau tidak. Jika bayi anda tidak bergerak dalam tempoh tempoh yang tertentu ia mungkin menandakan bayi anda tidak sihat atau mengalami masalah. Antaranya ialah

  1. ELAKKAN BAYI LEMAS
  2. ELAKKAN BAYI TERLILIT TALI PUSAT
  3. ELAKKAN BAYI 
  4. UNTUK MEMASTIKAN BAYI ADA SIHAT


BILA PERGERAKAN BAYI PERLU DIKIRA

Si ibu boleh mula mengira pergerakkan bayi apabila kandungan sudah mencecah usia 29 minggu. pihak klinik  @ hospital akan menyediakan borang khas dan anda perlu mengira 10 kali pergerakkan dalam masa 1 hari. Sekiranya bayi anda tidak merasai 10 kali pergerakan dalam masa 12 jam. SEGERA KE HOSPITAL untuk pemeriksaan lanjut.


BAGAIMANA CARA UNTUK MENGIRA PERGERAKAN BAYI
Almaklumlah dah hampir 2 tahun tak hamil so dah lupa cara-cara nak mengira pergerakan bayi. So masa check up saya tanya pasa nurse cam mana cara nak tahu atau rasai pergerakan bayi??
Nurse tu pun terangkan pada saya :

  • apabila terasa bayi menendang
  • bayi berpusing
  • bayi membuat sebarang pergerakan sehingga si ibu dapat merasainya
setiap pergerakan ini mestilah berlaku satu persatu...seperti contoh pada jam 9.05pagi bayi membuat 1 pergerakan menendang =  1 pergerakan. 

Jika bayi tersebut berpusing dalam tempoh yang lama - maksudnya dalam tempoh beberapa saat pergerakan itu tidak berhenti dan selepas itu baru berhenti   = 1 pergerakan

kemudian selepas bayi berhenti dan bergerak semula = 1 pergerakan



Sekiranya anda tak tahu cara nak mengira, boleh rujuk terus dengan klinik untuk mengetahui dan memahami cara lebih lanjut. So good luck buat semua ibu-ibu diluar sana yer...









Doa Anak Songsang Dalam Perut | Kehamilan


Assalammualaikum dan happy day buat semua...

Happy 32 weeks pregnant....
tudia tinggal lagi 8 minggu ja usia kehamilan saya nak mencecah 40minggu. Tempoh usia bayi dalam kandungan dah matang. Tapi ada juga yang bagitahu ada yang bersalin awal iaitu kurang dari 40 minggu.Macam anak sulung saya haritu bersalin pada usia 38minggu melalui proses pembedahan. So untuk kali nie saya doakan agar dapat bersalin pulak secara normal. Insyaallah semoga tuhan mendengar doa dari seorang ibu ini.

Tapi pernah tak anda dengar tentang kedudukan bayi sonsang??
Pernah tak anda alami dan macam macam anda buat untuk memastikan bayi tersebut berpusing kembali pada kedudukan normal?? semua bakal ibu-ibu kalau boleh nak ja bersalin cara normal sebab sakit sat ja dan nak elakkan diri daripada kena menjalani proses pembedahan. Kalau bedah tu pantang banyak tau. tak sama macam orang bersalin normal. memang sangat berbeza tau, lepas bersalin tu kena lebih hati-hati sebabnya

  • rasa sakit bila batuk
  • rasa sakit bila bersin
  • rasa sakit bila duduk terlalu lama
  • rasa nyilu apabila angkat barang 
  • rasa sakit dalam jangka masa yang lama

Sebab itu kalau boleh ramai ibu ibu nak ja bersalin secara normal. biar sakit masa sebelum bersalin..then lepas bersalin sakit pun sat ja.....hopefully kali nie saya pun dapat bersalin secara normal. Tapi masa buat check up 31 minggu yang lepas, baby berada dalam keadaan songsang. Kalau dalam tempoh baby dah matang dan baby tak pusing so memang kena ceaser jugak. Masa 1st baby hari tu pun sama jugak. tapi lepas saya amalkan beberapa tips..alhamdulillah baby pusing balik :) so hari nie saya sangat berbesar hati nak sharing dengan uolls semua.





Inilah kedudukan jika bayi tersebut sonsang. Ada jugak jenis baby yang duduk melintang , itu pun kategori sonsang jugak. Orang tua tua cakap klu baby songsang ada cara untuk bagi dia pusing balik. Doktor pun cakap jika masih awal, dan bayi masih ada ruang untuk dia pusing, yang penting kita hanya boleh usahakan ja. Masa 1st baby pun saya sendiri amalkan cara nie yang diajar daripada kawan opis iaitu dengan memakan buah laici sebanyak yang mungkin. Tapi buah dalam tin tu. Pastikan tak ada orang lain yang sharing buah laici tu. insyaallah jika kita usahakan tuhan akan makbulkan doa. semuanya kita hanya mampu berdoa. 





Amalkan Doa membalikkan bayi yang songsang dalam kandungan setiap hari. Ingat je baca tau! InshaAllah dengan mengamalkan doa ini, kedudukan bayi songsang kembali kepada keadaan asal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 3 | MINUM AIR SOLAT HAJAT
Lebih afdal sekiranya air solat hajat untuk membalikkan kedudukan bayi songsang tersebut dibuat oleh ibu bapa sendiri. Amalkan setiap hari sehingga kedudukan bayi songsang kembali normal.

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 4 | BERCAKAP DENGAN BAYI DALAM KANDUNGAN
Tips ke 4 ni paling mudah, sentiasalah bercakap dengan bayi dalam kandungan. Minta tolong bayi dalam kandungan untuk membalikkan kedudukan beliau ke kedudukan normal. Sebolehnya lakukan setiap hari apabila ada masa^^^

Tips Mudah Balikkan Kedudukan Bayi Songsang 5 | BANYAKKAN BERADA DI DALAM KEADAAN BERSUJUD
Mengikut kajian, bayi dalam kandungan tidak suka berada di posisi ibu mereka bersujud sekiranya bayi berada berada dalam keadaan songsang. Mereka akan cuba untuk berpusing dan kembali kepada kedudukan normal. Maka, ibu perlulah banyak berada di posisi bersujud untuk membantu membalikkan kedudukan bayi songsang. Lamakan posisi bersujud ketika solat. 

**tips nie saya dapat dalam online masa google google **

tapi yang saya sendiri amalkan ialah makan buah laici dalam tin.makan buah saja sekerap yang mungkin.Tapi ingat jangan bagi sesiapa makan tau...jom saya kongsikan cara-cara nak sediakan buah laici tu:


  1. Beli buah laici dalam tin , tak kisah pun jenama apapun terpulang pada anda.
  2. Buang air dan biarkan buah sahaja.
  3. Baca surah Al-Fatihah x 1
  4. Baca Ayat Kursi x 1
  5. Baca surah doa Nabi Nuh
  6. Niat dalam hati minta pusingkan kepala baby ( WAHAI ANAKKU, KAU TURUNKAN KEPALA KEBAWAH, SUPAYA MEMUDAHKAN IBU MELAHIRKANMU )
kemudian makan buah tersebut sekerap yang mungkin...biarpun makan 12 tin..insyaallah akan berhasil..

Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua ibu-ibu yang sedang hamil, semoga tuhan mempermudahkan segala urusan dan juga berikan kesihatan yang berpanjangan buat anda semua :)



Love,
Madam Surianie

Tuesday, September 22, 2015

MULTIPURPOSE CREAM | HERBAL BLEND CREAM


Assalammualaikum

Mungkin ada yang tidak tahu tentang sala 1 produk Shaklee iaitu Herbal Blend Cream Multipurpose. Mulanya saya pun tak pernah tahu, yang tahu tentang supliment ja. Tapi rupaya ada juga cream yang best nie. Pernah satu masa produk nie OUT OF STOCK 1 Malaysia...Lepas tu bila ada semua pakat order ..then habis balik....lepas tu terus stock ada sampai sekarang. Nampak tak betapa bagusnya cream nie sampai SOLD OUT.

Saya sendiri pun pakai...1 tiub wajib ada kat dalam beg grooming zakwan..1 tiub kat hangbag saya dan 1 tiub kat rumah. lotion pun dah tak pakai. sebab lotion semua tak ada kesan apapun...lepas pakai cream shaklee nie memang banyak perubahan.




KEBAIKAN CREAM HERBAL BLEND SHAKLEE 
yang anda perlu tahu :)



Berapa Tempoh Kegunaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Dengan kapasiti 113mg, krim ini boleh digunakan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ia bergantung kepada cara penggunaannya. Melalui pengalaman saya, sudah setahun saya menggunakannya namun kini masih berbaki. Saya menyimpan krim ini untuk kegunaan kecemasan keluarga seperti gigitan serangga, ruam anak dan untuk urut badan yang lenguh. Tahan lama. Berbaloi dengan harganya yang sangat berpatutan.


Apa Fungsi Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

  • Melembutkan kulit / tumit kasar
  • Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 
  • Menghilangkan luka dan merawat eczema
  • Melegakan gigitan serangga / nyamuk
  • Merawat kulit gatal
  • Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
  • Losyen harian untuk kulit kering
  • Krim urut badan lenguh
  • Merawat kesan luka melecur 
  • Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat

Kenapa memilih Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.



Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya, misalnya..
  • Sage meransang pembaharuan sel kulit dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga baik untuk mengurangkan selulit, masalah jerawat, kaki makan air dan kulit pecah, dan melegakan gejala-gejala ekzema dan psoriasis.
  • Horse Chesnut digunakan untuk menghilangkan tanda kegelapan (dark circle) bawah mata dan bersifat anti-radang
  • Rosemary memberi manfaat kepada phyto-nutrien, anti- oksidan, dan mempunyai asid penting. Ia kaya dengan vitamin C
  • Sage bersifat antiseptik dan baik untuk melegakan kesakitan sendi
Keistimewaan krim ini ialah ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Haruslah kita sedari, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.


Jadi bertukarlah kepada Herbal Blend sebelum merisikokan anak anda dengan carcinogen (penyebab kanser) dari krim lampin dan losyen mereka!


Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

  • Dingin pada kulit
  • Ekstrak herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah meresap
  • Aroma menyenangkan
  • Mudah digunakan
  • Mudah dibawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa paraben dan steroid
Ini peluang terbaik anda untuk dapatkan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream Shaklee pada harga istimewa. Hubungi saya sekarang untuk konsultasi produk mengikut kesesuaian anda.

Ingin membeli dengan harga istimewa :

HARGA RETAIL : RM27.00
"Dapatkan penjimatan sehingga 33% jika anda menjadi ahli shaklee serta dapatkan juga Vitalea yang bernilai RM94 untuk ahli baru jika anda mendaftarkan diri hari nie sehingga Oktober 2015 !!!"

Whatsapp saya untuk mendaftar : 0195434377
SID : 966421



Friday, September 18, 2015

Happy 3rd Anniversary Sayang


Assalammualaikum.....

Majlis Berinai Besar


Ding dong ding dong....dah masuk 3 tahun usia perkahwinan kami....Tak sangka masa berjalan dengan cepat. Dalam tempoh 3 tahun nie macam yang dugaan dan cabaran yang kami hadapi bersama. Yang paling seronok apabila menerima cahaya mata pada usia 1 tahun perkahwinan kami. Sekarang nie masuk 3 tahun akan terima seorang lagi cahaya mata yang akan dilahirkan apda hujung tahun ini. Insyaallah semoga semuanya selamat dan semoga doa uolls semua dapat memudahkan segala urusan kami.

Sepanjang usia 3 tahun perkahwinan, kami memang tak pernah nak celebrate apa-apa pun. Nak beli hadiah mahai ka, nak makan kat hotel ka, nak makan candle light dinner ka...Semua tak ada. Hanya sekadar ucapan pada pasangan diri kami sendiri. Ikutkan memanglah teringin nak buat semua tu, tapi semuanya kurang mengizinkan lagipun simpanan kena ada lebih sebab nak sambut orang baru dalam masa 10 minggu jer lagi. Itu pun kita dah sambut juga anniversary sekali. Kalau masa anak sulung dulu kami celebrate sekali masa majlis cukur jambul zakwan. So kali nie kami hanya sambut ala kadar jer..hehehhe...

Inilah buah hati kami



Apapun bukan mudah nak menjaga sebuah rumah tangga yang kita bina, yang penting sebagai seorang isteri kita kena banyak bersabar dan kita kena sentiasa kuat untuk menerima apa sahaja musibah yang berlaku terhadap diri kita dan keluarga kita. 

Semoga doa kawan kawan semua akan dimakbulkan Allah s.w.t...terima kasih kerana sudi mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami yang baru ja dibina dalam tempoh yang cukup muda ini. 





Love,
Madam Surianie

Thursday, September 10, 2015

3rd Anniversary Celebration Contest


Assalammualaikum & hello comey :)

Terima kasih sebab sudi lagi dok follow blog saya yang biasa-biasa nie...Alhamdulillah sekarang nie dah lebih 5 tahun tertulis dan terhasilnya blog saya. Sebelum nie banyak yang kena SPAM. so bertukar tukar url. Tapi alhamdulillah yang ini masih stable. Okaylah entry kali nie mungkin menyeronokkan anda yang membaca atau yang follow blog saya , mungkin ada yang rasa teruja bila baca entry kali nie.

Baiklah saya nak buat sedikit pengumuman pada uolls semua dimana saya akan adakan beberapa contest untuk anda pembaca blog saya , follower instagram saya dan juga geng geng di facebook.


  • GIVEAWAY CONTEST
  • REPOST CONTEST
  • TAG & WIN
  • SPECIAL PROMOTION 

Macam menarik kan... semua contest nie akan bermula pada 12September 2015 sehingga 30th September 2015.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah menarik dari saya...
sebarkan berita gumbira ini!!!!
bagitau kawan kawan anda!!!






Love,
Madam Surianie





Wednesday, September 9, 2015

Bagaimana Nak Atasi Masalah BENGKAK SUSU

Assalammualaikum dan hello comey :)



Mesti ada yang tertanya-tanya gambar apa yang aku dok upload nie?? pelik ja?? atau ada yang dah tahu?? Sebeanrnya inilah gambar payudara ibu menyusu yang mengalami "Bengkak Susu"..Aduhai sakitkan....siapa pernah alami?? Aku??? dah kena since 4 hari bersalin Zakwan. Sakit tu hanya tuhan ja yang tahu, ini tak kena itu tak kena sampaikan Zakwan sendiri tolak susu badan pada masa kejadian. Tapi macam mana kita nak atasi masalah bengkak susu nie?? aku ada beberapa tips yang nak share dengan ampa semua.. Insyaallah mudahan tips nie boleh bantu ampa sidikir sebanyak.



PEMAKAIAN BRA SOKONGAN
Pastikan kita mengenakan bra menyusu yang dapat menyokong payu dara pada waktu malam. Jangan terlalu longgar atau terlalu ketat ya.. 

MENYUSUKAN BAYI SEKERAP MUNGKIN
Kalau boleh cuba untuk susukan bayi sekerap yang boleh, selang 2 - 3 jam sekali. Kalau baby tidur, tidak salah untuk mengejutkan bayi agar menyusu... ya, memang macam kepenatan pada waktu malam untuk bangun menyusu, tetapi ia lebih baik daripada terjadinya bengkak susu kan... :D Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara.. (mulakan dengan sebelah - hisap hingga habis, dan beralihlah ke sebelah lagi) .. untuk penyusuan berikutnya, mulakan dengan penyusuan pada sebelah yang terakhir.. pastikan seimbang yea..kalau tak seimbang nanti boleh sakit juga tau. 
Jika bengkak, mungkin bayi agak susah untuk menyusu dengan betul, lekapan pada areola mungkin sukar.. jadi cuba perah dengan tangan / pam susu perlahan-lahan agar areola menjadi sedikit lembut. Dengan itu, bayi lebih mudah untuk melekap dan menyusu dengan betul..


TUAM DENGAN AIR PANAS
Boleh juga menggunakan tuala yang di tuam dengan air panas.. Air panas merangsang pengeluaran susu. Tuam tuala tadi di dada.. Atau boleh juga mandi air suam.. Insyallah, boleh.. saya selalu juga tuam / mandi air suam kita saya alami bengkak susu.. 
URUTAN PAYUDARA
Ketika baby tengah menyusu, apa kata kalau kita urut payu dara yang di hisap baby tadi perlahan-lahan, ianya akan membantu pengeluaran susu.. ia akan melancarkan pengeluaran susu sekaligus mengurangkan bengkak susu itu sendiri
PAM SUSU IKUT JADUAL
Jika payu dara terlalu penuh, apa kata pam ia secepat yang mungkin. Jangan tunggu hingga ia mula membengkak... bagus juga menyepam ni.. boleh tambahkan stok susu kita :D.. Susu yang berlebihan, tidak memudaratkan jika kita pam ia keluar.. malah ia akan menyihatkan kita.. kan dah terhindar dari bengkak :).. yang penting untuk kita tahu, penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika ibu mengepam lebih daripada keperluan bayi.. atau juga ibu bekerja.. jadi sebab itu baik untuk kita sediakan jadual mengepam yang konsisten..
SIKAT PAYUDARA
Gunakan sikat.. ye sikat rambut.. ya sikat rambut.. hehehe.. betul ni, bukan lawak-lawak tau.. Sikat perlahan-lahan payu dara kita dari arah atas hingga ke puting, berulang-ulang.. Insyallah, aliran susu kita akan lancar semula..
DAUN KUBIS
Daun kubis pun boleh membantu.. ambik kubis dan tekup pada payu dara yang membengkak tu.. daun kubis ni bagus kerana ia agak sejuk.. tapi cara ini buat sekali sekala sahaja kerana kubis tidak bagus digunakan untuk setiap kali bengkak susu.. ia boleh sebabkan SUSU kita menjadi KERING..


CUKA
Ambil cuka makan dan campurkan dalam mangkuk.. ambik kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. sapu sekeliling sahaja ye, hindarkan dari terkena puting. Sapu setiap kali bengkak hingga ia sembuh

DAUN SIRIH
Daun sirih dan minyak zaitun pun boleh kurangkan bengkak susu tau.. banyak khasiat daun sirih ni..ambil daun sirih, layur pada permukaan panas, macam kita layurkan daun pisang tu.. opps lupa pula, sapukan minyak zaitun pada daun sirih sebelum dilayur.. apabila daun tersebut sudah suam-suam panas, tekuplah pada payu dara yang membengkak tu... ianya sangat-sangat membantu melancarkan semula pengeluaran susu dan mengurangkan rasa sakit akibat bengkak..

LECITHIN SHAKLEE
Tahukah anda, pengambilan supliement produk Shaklee iaitu Lecithin juga dapat bantu untuk mengelakkan daripada terjadinya Bengkak Susu. Betul, saya sendiri alaminya, selepas mengambil 3-4 biji lecithin semasa masalah bengkak susu, alhamdulillah ia berunsur pulih...lega sangat. 



Kepada ibu-ibu moden janganlah disebabkan anda alami masalah bengkak susu terus dah give up tak mau nak berikan susu badan untuk anak. Tahu tak susu badan lebih bagus dan lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan susu formula.Semoga tips yang aku sharing nie boleh bantu anda yang sedang menyusu untuk kurangkan sakitnya...Tak dapat bayangkan sakitnya macam mana....terasa lebih sakit daripada sakit gigi kan...

Selamat mencuba :)





Tuesday, September 8, 2015

Shaklee Price List




Hello My Beloved Customer!!!

Tertanya-tanya berapakah harga produk-produk shaklee yang ingin dibeli?? 
Saya menyediakan semua rangkaian suplemen dan produk hebat Shaklee. 
Berikut adalah senarai harga runcit produk Shaklee di seluruh Malaysia. 
Hubungi saya untuk dapatkan harga istimewa! Pasti istimewa, hanya untuk anda. 
Pasti anda jatuh cinta lepas mencuba produk SHAKLEE ini..

Hubungi saya untuk sebarang pembelian

SURIANIE SAMSUDIN
SID : 966421
0195434377


Nutrition
SizeRemark
1Vitalea Iron Formula
120
28 jenis multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.94.08

2Vitalea for Children
60
19 jenis vitamin penting untuk kesihatan kanak-kanak117.70
3Vita C Sustained Released 500mg
180
Vitamin C istimewa yg dilepaskan perlahan-lahan98.05
4Chewable Vita-C 100mg
60
Sesuai utk kanak2 & mereka yang sukar menelan tablet39.75
5B Complex
120
Mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik, B12, B7 dan sebagainya56.98

6Ostematrix
120
Kalsium, magnesium, vitamin D dengan boron untuk tulang yang kuat dan kukuh64.66
7Carotomax
30
Gabungan alpha-carotene, beta-carotene, lutein, lycopene, astaxantin dan zeaxanthin untuk kesihatan mata, perkembangan tisu dan kulit.78.44
8Omega Guard
90
DHA & EPA dari ikan144.20
9Alfalfa (small)
330
Digelar raja segala tumbuhan, mengandungi pelbagai kebaikan utk kesihatan56.98
10Alfalfa (large)
700
103.40
11GLA Complex
60
Selesaikan masalah kitaran haid, darah tinggi, kolesterol, masalah kewanitaan96.73
12Vita E Complex
120
Vitamin Cinta, kurangkan kolesterol, antioksidan157.90
13Herb Lax
120
Pelawasan, detox usus55.65
14Perppermint-Ginger
90
Legakan angina, gastrik, sneak perut47.70
15Zinc Complex
120
Kesihatan rambut, kesuburan lelaki35.78
16DTX Complex
90
Tonik hati164.30
17Lecithin
180
Penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf, cairkan lemak55.65
18Garlic Complex
60
Antibiotik semulajadi50.35
19Energizing Soy Protein
850g
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.159
20Meal Shakes
544g
Sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan120.60
21Performance Drink
539g
Memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum87.45
22Nutriferon
30
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun – Dr. Yasuhiko Kojima.191.86
23Vivix
150ml
Antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi503.50
24Collagen Powder
15 sachet
Serbuk kolagen dari sisik ikan merah & herba315.88
25Advanced Joint Health Tablet
60
Gabungan tumbuhan untuk kesihatan sendi131.40



































































GET CLEAN
ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Get Clean® Water PitcherSistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat, di dalam jag mudah alih.487.60
2Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate473mlPencuci 1001 kegunaan48.76
3Dish Wash Concentrate473mlTidak mengandungi bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate yang merengsa29.68
4Fresh Laundry Concentrate (Powder)2.49kgHipoalergenik, tanpa bahan kimia berbahaya84.80
5Soft Fabric Concentrate946mlRamuan Semulajadi, Tanpa Fosfat, Tanpa bahan perwarna42.40

DAILY CARE
ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Herbal Blend® Multi-Purpose Cream113gKulit kasar, ruam, eczema, luka kecil, losyen27

NUTRIWHITE
ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 1550mlKrim siang212
3Overnight Renewal Whitening Cream50gKrim malam238.50
4Gentle Deep Foaming Cleanser150mlPencuci muka126.14
5Soothing Radiance Whitening Softener150mlToner146.28
Gentle Action Makeup Remover150mlPembersih mekap100.70
Daily Defense Whitening Essence30mlSerum pemutih244.86
Spot Whitening Treatment10mlHilangkan bintik159

ENFUSELLE
ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Hydrating Cleansing Lotion177mlUtk kulit normal-kering102.03
2Purifying Cleansing Gel177mlUntuk kulit berminyak94.08
3Hydrating Toner177mlUntuk kulit normal-kering83.48
4Purifying Toner177mlUntuk kulit berminyak83.48
5Hydrating Moisturizer48gUntuk kulit normal-kering103.35
6Balancing Moisturizer59mlUntuk kulit berminyak88.75
7Eye Treatment14mlSemua jenis kulit55.65

PROSANTE
ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Nourishing Scalp Treatment59mlMelebat dan kuatkan rambut99.38
2Revitalizing Shampoo296mlmelicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut70.23
3Purifying Shampoo296mlMembersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain66.25
4Replenishing Conditioner296mlMemperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang71.55
5Lightweight Conditioner296mlMengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat70.23
6Long Lasting Finishing Spray237mlMemastikan gaya rambut anda kekal berpanjangan62.28

HEALTHY WEIGHT

ItemsSizeRemarkHarga (RM)
1Cinch Shake Mix Vanilla765gDiperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa menurunkan berat badan. Kaya dengan protein & serat bagi membantu anda rasa kenyang.183.40
2Cinch Shake Mix Latte765g183.40
3Cinch Shake Mix Choc765g183.40
4Cinch™ Energy Tea Mix28Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.138.90

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels