Friday, September 18, 2015

Happy 3rd Anniversary Sayang


Assalammualaikum.....

Majlis Berinai Besar


Ding dong ding dong....dah masuk 3 tahun usia perkahwinan kami....Tak sangka masa berjalan dengan cepat. Dalam tempoh 3 tahun nie macam yang dugaan dan cabaran yang kami hadapi bersama. Yang paling seronok apabila menerima cahaya mata pada usia 1 tahun perkahwinan kami. Sekarang nie masuk 3 tahun akan terima seorang lagi cahaya mata yang akan dilahirkan apda hujung tahun ini. Insyaallah semoga semuanya selamat dan semoga doa uolls semua dapat memudahkan segala urusan kami.

Sepanjang usia 3 tahun perkahwinan, kami memang tak pernah nak celebrate apa-apa pun. Nak beli hadiah mahai ka, nak makan kat hotel ka, nak makan candle light dinner ka...Semua tak ada. Hanya sekadar ucapan pada pasangan diri kami sendiri. Ikutkan memanglah teringin nak buat semua tu, tapi semuanya kurang mengizinkan lagipun simpanan kena ada lebih sebab nak sambut orang baru dalam masa 10 minggu jer lagi. Itu pun kita dah sambut juga anniversary sekali. Kalau masa anak sulung dulu kami celebrate sekali masa majlis cukur jambul zakwan. So kali nie kami hanya sambut ala kadar jer..hehehhe...

Inilah buah hati kami



Apapun bukan mudah nak menjaga sebuah rumah tangga yang kita bina, yang penting sebagai seorang isteri kita kena banyak bersabar dan kita kena sentiasa kuat untuk menerima apa sahaja musibah yang berlaku terhadap diri kita dan keluarga kita. 

Semoga doa kawan kawan semua akan dimakbulkan Allah s.w.t...terima kasih kerana sudi mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami yang baru ja dibina dalam tempoh yang cukup muda ini. 





Love,
Madam Surianie

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels