Friday, June 28, 2013

Maternity Photoshoot - Part 2 Gallery

* Assalammualaikum *

Jom kita belek-belek sikit beberapa gambar yang SS nak share dengan u`olls semua. Hasil daripada MashImage Photographer. Memang superblah...sampaikan SS pown tak sabar nak tunggu sikecik nik keluar dari perut ibu dier yang semakin membesar.. (T_T)

Kepada yang nak tengok banyak lagi boleh link terus ke Facebook Badge dan Add SS jadi Friend u`olls...boleh tengok gambar kat sana....hehehhhe

So Jom enjoy.......










My Favourite Tailor For My Baby

* Assalammualaikum*

Entry nie kali nie SS tujukan khas buat semua M2B diluar sana yang sekarang nie tengah membuat persiapan membeli keperluan barangan bayi anda.Mungkin untuk pertama kali ataupun anak yang kedua atau seterusnya....Dan kepada M2B yang sedang membuat survey-survey barangan bayi anda. Entry nie mungkin  akan menjadi kesukaan anda semua sebab bila SS sendiri buka lamaweb nie selepas direkemen oleh salah seorang sepupu SS, terus SS rasa teruja dan terus buat tempahan dengan mereka.... So hari nie SS nak cerita dengan u`olls semua sebuah kedai yang kini sedang popular dalam Facebook iaitu

NEEDLE CRAFT


PERNAH TAHU DAN PERNAH TENGOK???

Okaylah meh SS nak cerita sedikit sebanyak tentang Needle Craft yang SS tahu.. Pemiliknya ada seorang wanita muda yang cukup creative bernama Juliana Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Jue. Berusia dalam lingkungan dalam 20an. Masih single dan seorang bekas pelajar Universiti Utara Malaysia. Seorang yang cukup creative dan cukup berpengalaman dalam bidang jahitan.hehehhe...
Actually Needle Cratt nie beroperasi hanya dirumah sahaja.Tapi dengan adanya bantuan FAcebook nie, alhamdulillah bisness mereka nie semakin maju malahan tempahan yang diterima adalah merangkumi seluruh semenanjung malaysia....Gitew...

Menjual barangan bayi memang sangat untung. Tambahan pulak jahit benda-benda macam nie. Pergghh sapa tengok pasti terpikat u`olls..Macam SS jugak sangat teruja bila tengok semua hasil yang diberikan oleh sentuhan Needkle Craft.
Bukan senang nak cari segala kelengkapan bayi ini dengan hasil yang pasti anda suka, dengan harga yang berpatutan dan kualiti yang cukup memuaskan. SS juga diberitahu bahawa setiap jenis material dier, import dari China & UK & US okay...So no wonderlah kualiti dia memang cukup cantik....Okaylah jom kita tengok apa yang Needle Craft nie hasilkan : 


Matress Set for Baby Boy & Gurl


Barut Bayi yang cukup elegent dan sweet

Diapers Bag untuk kemudahan ibu

Diapers stacker

Baby Pillow...yang best pillow nie boleh request jika nak letak nama anak anda :)

Nursing Cover

Nursing Pillow - sekarang tengah TOP

Set Lengkap Mattress Baby


Stroller Pad

Macam mana???tengok gambar pown dah rasa teruja nak orderkan????Ini adalah sebahagian daripada gambar hasil yang dibuat oleh needle craft. Memang cantik. Then kualiti kain pown tak sama macam kualiti kain yang kita beli dalam malaysia....Kenapa SS cakap macam tue, sebab SS sendiri dah ada order 4 barang dengan needle craft iaitu Nursing Pillow, Barut Baby, Nursing Cover  & Diapers Stacker ( belum siap lagi...odw )..



Lagi 2 barang belum siap lagi...hehehhhe...tak sabar jugak nak tunggu order SS siap...

Kalau bercakap pulak tentang harga, bagi SS memang cukup berpatutan dan berbaloi pada setiap harga yang diletakkan pada barangan yang mereka hasilkan. Dahlah cantik,banyak pilihan fabrik,nak customade pown boleh..Nak murah macam mana lagi??? takkan nak murah then kualiti tak bagus....kan???

Okaylah SS pown tak mau cakap banyak....So kepada yang berminat nak buat tempahan, boleh terus hubungi needle craft atau Request Friends dengan needle craft..

Facebook : Needle Craft
Contac Number : Juliana 012-5366 004


Kepada M2B diluar sana,selamat bershopping......Hopefully entry kali nie banyak membantu M2B diluar sana yang tecari-cari barangan bayi mereka.




Thursday, June 27, 2013

Senarai Barang Bayi - Part 2


* Assalammualaikum*

Firstly SS nak ucapkan jutaan terim kasih kepada pembaca-pembaca belog SS yang tak seberapa ini. Walaupun link SS nie dah bertukar dan kebanyaknya dah tak boleh nak view link belog SS, namun masih ada lagi ada pembaca yang sudi mengelodek dan mencari link belog SS. Hari nie semakin hari semakin ramai pembaca belog dan ramai memberi respon yang cukup tentang entry yang SS update. Tapi kebanyakkan yang suka baca ialah tentang Barang Baby...Hehhehehe....Sapa yang tak suka...kan kan kan ( senyum sendiri)

Kalau diikutkan secara rawak...banyak yang akan Private Massage ( PM) dekat SS tanya tentang list nak beli barang baby..Ini terutama sekali bagi bakal-bakal ibu baru macam SS. Memang banyak yang nak kena beli. Tapi alhamdulillah macam SS sendiri, memandangkan SS anak bongsu dan akak serta abang SS dah ada anak, So ada a few barang yang SS tak perlu nak beli sangat....memang kat situ dah save banyak budget pada SS dan suami. Kepada M2B semua ini SS linkkan PART 1 untuk pembelian barang bayi ( newborn)..Insyaallah ia banyak membantu anda.  Senarai Barangan Bayi - Part 1

Banyak juga yang request dan bertanya kepada SS..ada tak Part 2 untuk keperluan bayi??? so hari nie SS nak share dengan u`olls semua list untuk part 2 secara details lagi...Kalau dalam part 1, SS hanya senaraikan sahaja barang tanpa bagi penerangan, kali nie SS cuba explnd untuk jelaskan lagi kepada M2B tentang barang dan lokasi nak beli dimana dan juga link-link yang berkaitan



PERALATAN MANDI & WANGIAN

1. Minyak urutan - Tropika Baby Hair & Body Oil Lavender 30ML  - rekemen by Surianie Samsudin
    - Tropika oil nie memang SS rekemen kepada para-para ibu untuk beli dan pakaikan pada bayi 
      anda.SEBAB?? ia bagus untuk kurangkan rasa gatal-gatal pada kulit. SS sendiri pakai pown 
      nampak hasil daripadanya. So tak rugi kalau beli. bukan sekadar ia dapat membantu untuk 
      kurangkan rasa gatal-gatal kulit malah produk nie sangat sesuai dijadikan massage oil kepada 
      bayi anda selepas mandi. Ada 2 pilihan bau dan SS rekemen u`olls try Lavender sebab bau dia 
      yang lembut boleh membantu bayi anda tidur dengan lena...
                               Nak beli dimana : FB Link : Tropika VCO Oil
                               Harga : RM 20.00 sebotol



PERALATAN TIDUR

1. Mosquito Net
    - Ini memang perlu dan sangat perlu terutama sekali kepada mereka yang berpantang di Kampung. Sebab 
      banyak nyamuk. So u`olls kena tengok juga jenis yang dibeli, Macam sekarang nie ada set tilam yang 
      dijahit sekali dengan kelambu, so senang la tak perlu nak beli banyak sangat. Beli 2 in 1. Tapi sekarang 
      nie kebanyakkan M2B depa lebih prefer beli katil jenis  babycoat dan playpan. Setiap jenis katil tersebut 
     ada disediakan kelambu so tak perlu risau. Untuk babycoat dan playpan u`olls boleh cari kat kedai baby. 
     Tapi yang SS rekemen ialah Tilam Baby Berkelambu..
       Nak Beli dimana : FB Link  : Tilam Baby 
       Harga : Bergantung kepada pilihan anda.


2. Bantal Karipap 
   - Untuk pengetahuan M2B. Bayi yang baru lahir kepala depa nie sangat lembut. So tak sesuai jika nak 
     pakaikan bantal yang biasa. So u`olls kena beli bantal khas. Kebanyakkan orang panggil bantal 
     karipap...So beli at list 1 jer...senang....
      Nak Beli dimana : FB Link  : Needle craft  
      Harga : Bergantung kepada pilihan anda.



PERALATAN PENYUSUAN BAYI

1. Pemanas Susu
   - Sekarang nie ada set lengkap untuk pemanas susu. Iaitu dirumah dan juga dalam kereta. So carilah
     jenama yang terbaik utk anda.

2. Bottle Milik Storage / Plastic Milk Bag
   -  Beli lepas delived baby sebab ia diperlukan untuk anda menyimpan susu perahan anda. Sesuai untuk ibu
      yang bekerja...Make sure FREE BPA :)

2. Milk Storage Beg & Ice Pack
    - Untuk membeli peralatan ini, SS sarankan bila baby dah dilahirkan. Sebab time tue baru kita tahu
      adakah benda nie penting atau tidak. Sebab ada sesetengah ibu tidak mempunya susu yang banyak. So
      kalau beli tapi tak guna buat rugi jugak.

3. Nursing Cover
    - Mungkin ada yang tidak tahu dan ada yang tahu kegunaan Nursign cover nie. Ia banyak membantu si ibu
      untuk menyusukan bayi tak kira ada dimana sekali pun. Kalau dulu, bila nak menyusu kena pusing badan
      dan sembunyi-sembunyi ataupun pie ke bilik yang disediakan ( shopping mall) untuk menyusu. Tapi
      sekarang dengan adanya nursing cover nie, nak menyusu kat mana -mana pown boleh dan orang pown
      tak perasan yang kita sedang menyusukan bayi kita....Bestkan....Tapi sekarang nie harga pasaran start
      daripada RM35.00. Nanti SS share dengan u`olls semua customade nursing cover SS...

4. Nursing Pillow
      - Ini membantu anda sewaktu menyusukan bayi. So dengan adanya pillow nie dia akan support bayi
        anda berada dalam keadaan yang betul dan ia juga membantu anda untuk tidak berasa lenguh sewaktu
        menyusukan bayi...
        Nak Beli Dimana : FB Link : Nursing Pillow
        Harga : RM65-RM200


5. Nursing Bra / Bra Pad ( Untuk Ibu)
     - SS start pakai nursing bra bila payudara SS semakin membesar dan bila pakai bra ada besi dah tak
       selesa sebab dia menekan perut yang semakin membesar. Bila pakai nursing bra nie lebih selesa dan
       tidak panas.

6. Bottol Dryer Storage ( tempat keringkan botol )
     - Ini adalah cara paling save untuk elakkan botol yang telah dibasuh terkena habuk yang mungkin
       membahayakan bayi anda..Ini SS beli kat kedai baby. Beli biasa jer tak ada jenama harga dalam
       RM13.90 jer...



PERALATAN LAIN-LAIN ( Bergantung kepada individu sendiri)

1. Diapers hanging Bag
  - Ini adalah bekas untuk anda letakkan pampers bayi anda dengan lebih kemas dan teratur.So tak perlu
    nak publish jenama pampers yang anak u`olls pakai sebelah katil..hehehhe...Ia nampak lebih cantik dan
    sweet. Ini SS baru jer tempah. Nanti dah siap SS akan publish dan rekemen kat mana nak order..hehehhe
    Nak beli pown boleh tak beli pown tak apa.

2. Baby Car Seat ( WAJIB)
  - Ini memang sangat penting untuk memudahkan anda membawa anda anda didalam kereta. Terutama
     sekali buat M2B yang bekerja. Nanti letak anak kat sebelah dah boleh drive tanpa tunggu suami nak
    teman -hantarkan anak sendiri...Harga tue boleh search sendiri dalam Mr.google atau pergi ke mana-
    mana kedai baby.


3. Baby Bouncer
 - Ini pown banyak membantu pada M2B untuk menjaga bayi. so bila dah letak baby dalam Baby Bouncer
   nie, senanglah nak buat kerja. Baby tak bising nak surung dukung jer...Tapi terpulang pada individu untuk
   membeli....hehhehehe...Ini SS tak beli sebab akak SS dah bagi so tak tahu nak rekemen kat mana beli.

4. Baby Carrier
    -  Ini bergantung pada pihak individu untuk beli atau tidak. Harga juga bergantung pada jenama dan
        patern yang dipilih. Kenapa perlu ada ?? Ini untuk memudahkan anda mendukung bayi anda jika lokasi
        tempat yang anda pergi nie terlalu ramai orang. So tak perlu nak bawa stroller...SS advice untuk beli
        benda nie bila bayi anda mencecah usia 4 bulan macam tue...



Okaylah selesai sudah part-2 senarang barangan bayi untuk tatapan M2B diluar sana yang request untuk buat senarai ini. Alhamdulillah sebenarnya senarai ini memang banyak membantu bakal- bakal ibu membeli segala kelengkapan untuk bayi anda. To be continue untuk part 3 bagi baby berusia 6 bulan :)...insyaallah......tak sabarnyer.....apapun SS nak wish good luck kepada semua M2B diluar sana. Semoga dengan adanya senarai nie banyak membantu anda..



Wednesday, June 26, 2013

Love Is In The Tummy Contest....Jom LIKE


* Assalammualaikum *

Just nak minta kengkawan yang ada link my FB atau tidak...Minta semua untuk LIKE picture saya untuk :

"LOVE IS IN THE TUMMY CONTEST"

Mana tau kot kot ada rezeki  baby jer..alhamdulillah.....Just buka Link dan LIKE jer...hehehehhhe


Tolong like gambar saya untuk "LOve Is In The Tummy Contest" 


Inilah hadiah yang ditawarkan....



Apapun SS nak ucapkan terima kasih kepada salah seorang rakan FB SS yang telah link kan page ini untuk SS join. Dan terima kasih juga kepada MashImage yang telah hasilkan gambar SS dan suami serta tummy yang comel ini dengan sangat cantik...

Doakan rezeki baby memang...hehehheheh amin....

JOM LIKEEEEEEEE



Hari Melawat Ziko Dan Jakie


*Assalammualaikum*

Kepada pembaca belog SS yang prihatin, mungkin sebelum nie u`olls pernah terbaca 1 entry tentang kucing kesayang suami SS iaitu ZIKO??? Mungkin juga dah lupa kan...heehheheh takpalah bukan nak marah pown..hehehhe..Hari nie SS nak sambung balik cerita tentang kucing bernama ZIKO....Kucing kesayang suami yang telah diberikan kepada tuan baru...Jom SS nak update cerita sikucing ini...

Kalau ikutkan pada masa SS dah disahkan pregnant, SS dah mula start alah pada kucing nie...sampaikan nak pegang kucing, nak bau ataupown nak bagi makan kucing pown tak boleh sampailah ke saat ini.tapi sekarang nie dah boleh pegang sikit sikit jer. tapi still rasa macam geli nak pegang...hehhehehe

Last Sunday , SS telah dapat 1 link dalam FB bagitau yang kucing SS iaitu ZIKO masuk TV. So bila tengok video  tue terus teringat kat ZIKO sampaikan terus kami call tuan yang menjaga ZIKO nak pie buat lawatan setelah sekian lama tak jumpa....



Ini adalah gambar masa ZIKO still bersama dengan kami....ishhh rasa rindu pulak.....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
So masa hari Ahad yang lepas kami pown bergegas ke rumah penjaga ZIKO dan JAKEY di Lorong Tampin....So bila masuk dalam rumah tue terus tuan rumah panggil dan keluarkan ZIKO dan JAKIE dari sangkar....suami SS apa lagi...terus panggil ZIKO sebab ZIKO yang paling dia sayang....sebab manja terkebih ZIKO tue.....Mulanya memang dia cam suara sebab dia paling bila nama dia dipanggil...Tapi yang lawaknya lepas keluar dari sangkar terus dia pie kat penjaga baru bukan suami SS....mungkin merajuk kot...hehhehe....

Lepas hampir 15 minit baru dia nak mai jugak..sondoi-sondoi..tapi taklah semesra dulu suka didukung dan dibelai.Mungkin sebab tuan sekarang nie jarang belai macam suami SS buat kot. Takpalah tak kisah asalkan dia dijaga rapi dan dijaga dengan sempurna...amin...

SS pown tak mau cerita banyak....penat nak menaik..perut nie pown dok sangkut kat tersngkut kat meja saja....hehehhe...Enjoy lah the picture yang SS sempat ambik masa lawatan kami disana...






Ini pulak gambar JAKIE...Kalau ikutkan JAKIE nie anak si ziko...tapi bila tengok nampak si JAKIE besar dari ZIKO....hehehhehe...sihat depa nie...




Okaylah sampai disini sahaja coretan SS nak kongsi dengan u`olls semua tentang kucing SS dan suami yang telah diberikan kepada orang lain untuk dijaga..Nak buang sayang..So cari tuan baru....Sekarang pown tengah tunggu tuan baru untuk 2 ekor kucing SS lagi....pas tue dah tak ada kucing..Ada sekor jer....itu dah cukup..hehheheh....Nanti klu ada cerita lagi SS akan update okay...
Kepasa suami tercinta..jangan sedih sedih tau...hope awak happy dan terlepas rindu nak jumpa ZIKO & JAKIE

p/s : SS tunggu masa jer nak bersalin...doakan SS dan baby selamat yer....



Tuesday, June 25, 2013

Perkembangan Janin : 35 Minggu

*Assalammualaikum*

Pertama sekali SS nak minta maaf sebab dah banyak hari SS tak update sebarang cerita ataupun sebarang info untuk SS kongsi dengan semua orang...Dalam 2-3 hari nie SS masih tak berapa sihat dan perlukan rehat yang secukupnya..Mana tidaknya kandungan SS dah pown berada dihujung bulan ke-8.Insyaallah tinggal lagi beberpa hari lagi SS akan menikmati pulak waktu usia kandungan 9 bulan. Macam-macam yang SS rasa dan alami sepanjang kehamilan nie. Memang satu cabaran yang cukup kuat untuk SS lalui. Apa yang penting SS cuba untuk bertahan selagi SS nampu...

Doakan SS dan baby sihat yer....Jom kita baca perkembangan baby SS dalam perut nie...hehehhe




Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 



Sumber : Baby Center

Friday, June 21, 2013

Kecomelan Wajah Mak Buyung

* Assalammualaikum*

Hari nie SS nak share koleksi gambar wajah SS sepanjang kehamilan...Serious memang lawak dan memang nampak perubahan seorang ibu mengandung nie...Hehehhhe....entahler cam mana nak turun berat badan ke bentuk asal...heheheheheheh....Jom kita saksikan : )


1 bulan pregnant
-
-
-
-
-
-
-
-
-

2 bulan Pregnant
-
-
-
-
-
-
-
-


3 bulan pregnant

-
-
-
-
-
-
-

-


4 bulan Pregnant

-
-
-
-
-
-


5 bulan Pregnant
-
-
-
-
-
-
-
-
-

6 bulan Pregnant
-
-
-
-
-
-
-



7 bulan  Pregnant

-
-
-
-
-
-

DAN YANG TERAKHIR SEKALI ADALAH GAMBAR YANG PALING COMEL..HEHEHHEHE

-
-
-
-
-

8 bulan pregnant


9 BULAN PREGNANT???? ISHH itu tak sampai lagi cam mana nak upload......apapon semoga u`olls semua suka melihat aksi dan wajah SS yang comel nie....hehehehhe.......




Thursday, June 20, 2013

Shopping Online Bersama HISHOP


Hello semua.....

Hari nie SS sangat teruja nak kongsi 1 entry dengan u`olls semua  mengenai Shopping Online . Mungkin ada dikalangan anda yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. Bagi SS sendiri, memang SS pernah dengar cuma tak pernah membeli sebarang product yang dijual oleh syarikat ini. So hari nie SS nak kongsi dengan u`olls semua tentang product yang SS beli secara online bersama ..


-
-
-
-
-
-

TARAAAAA...ninjia..inilah kotak yang SS terima daripada pihak HISHOP...pink gitew...Memang nampak sangat exclusive dan barang dalam dia pown terjamin selamat dan tidak rosak...Nak tahu apa didalamnyer???


Okaylah sebelum tue kita belek sikit webpage HISHOP nie...heheheh....SS pown tak mentelaah sangat dalam web nie. Tapi bagi SS sendiri memang best sebab ada macam-macam jenis produk dan juga aksesori yang boleh dibeli oleh orang yang gilakan kecantikan macam SS....
Firstly u1olls buka laman web http://www.hishop.my/ dan anda akan dapat tengok sendiri layout Hishop yang sangat menarik perhatian...hehhehee...


APA YANG ADA DALAM WEB PAGE NIE??

Okay untuk pengetahuan anda semua. Laman Web nie menjual kebanyakkan product kecantikan, make up dan sebagainya. Dan ada juga barangan yang terkenal seperti SimplySiti, Ronasutra dan banyak lagi . Tapi mostly banyak kepada kecantikan dalaman dan luaran.Alat-Alat solek pown ada dijual. So u`olls boleh masuk sendiri dan tengoklah apa yang anda minat..Nak cerita panjang takut tak muat pulak....

Memang sangat sesuai kepada kaum-kaum wanita yang sukakan kecantikan. Tambahan sekarang nie macam-macam product kecantikan yang dijual dipasaran sekarang nie. Tapi terpulang pada individu yang membelinya.  


**ini antara promosi jualan yang sedang mereka buat dalam laman web. terdapat lebih ratusan produk yang dijual**

Yang bestnya dengan setiap pembelian yang u`olls buat, pihak Hishop akan sediakan 2 FREE SAMPLE. Lepas tue sample free kita boleh pilih sendiri dalam catalog yang mereka dah sediakan...Tapi limited ler...kira macam first come first served....Kira okay jugak jer...dapat banyak barang sikit....

so inilah barang yang SS beli...Twistband Hair Tie (MARIA)..Ada macam macam jenis warna yang mereka jual dan SS pilih warna code MARIA ..... Harga pown hanya RM16.00 sahaja.Tapi akan ada caj penghantaran jugak...:)


Mulanya SS memang rasa macam buang duit jer beli twistband nie tapi bila dah sampai dan SS pakai sendiri baru rasa kelainan. Apa tidaknyer, sekarang nie kalau kat rumah SS ikat rambut sampai ketat kekadang tue sakit kepala,. Tapi bila try pakia twistband nie memang rambut taklah rasa kemek sangat....selesa sangat...tambahan nanti nak berpantang, bolehlah nak ikat sanggul anak jepun...hehhehehehe


Serious....tak percaya??? jom u`olls tengok sendiri video nie  share dari youtube :



Bestkan.....so kepada yang nak beli boleh jer link dalam lamanweb hishop tue. harga dia pown ada macam macam jugak depends pada pilihan anda sendiri....So inilah barang yang SS dapat dalam kotak tue. termasuk ada 2 keping voucher, dan 2 sample. sample yang SS ambil ialah twistband juga dan Hunca Extory  Zeon for Men...wangi jugak....hehehhehehe



Inilah muka orang teruja bila dapat kotak nie...Sekarang nie pulak SS gila buat shopping online lagi la teruja..hehehhehe....Dan kepada yang masih belum log in dekat lamanweb Hishop tue, silalah berbuat demikian...sebab best ooo barang depa....
JANGAN RISAU...jika barang yang kita order tak ada stock, pihak admin depa akan call kita untuk buat confirmation stock dan buat penjelasan. Inikan bagus...hehehhehe....

SO SELAMAT BERSHOPPING BERSAMA HISHOP......:)





Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels