Tuesday, June 25, 2013

Perkembangan Janin : 35 Minggu

*Assalammualaikum*

Pertama sekali SS nak minta maaf sebab dah banyak hari SS tak update sebarang cerita ataupun sebarang info untuk SS kongsi dengan semua orang...Dalam 2-3 hari nie SS masih tak berapa sihat dan perlukan rehat yang secukupnya..Mana tidaknya kandungan SS dah pown berada dihujung bulan ke-8.Insyaallah tinggal lagi beberpa hari lagi SS akan menikmati pulak waktu usia kandungan 9 bulan. Macam-macam yang SS rasa dan alami sepanjang kehamilan nie. Memang satu cabaran yang cukup kuat untuk SS lalui. Apa yang penting SS cuba untuk bertahan selagi SS nampu...

Doakan SS dan baby sihat yer....Jom kita baca perkembangan baby SS dalam perut nie...hehehhe




Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran. 

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan. 

Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. 



Sumber : Baby Center

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels