Wednesday, July 31, 2013

Introduce My Little Prince......


* Assalammualiakum*

Sebelum SS nak mulakan edisi terbaru entry Belog SS. SS nak minta maaf sebab dah lama tak upload cerita terbaru tentang diri SS. Biasalah sekarang nie SS dah bergelar ibu baru. So masa nak berbelog nie belum ada. Sebab SS masih lagi dalam proses recover daripada proses besar.Okaylah....first of all SS nak introduce permata hati SS. 

Tanggal 20 Julai 2013 bersamaan 11 Ramadhan 1434 Hijrah...
SS selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat comel....


Just nak intoduce my new price charming.........
Welcome to my world......



MUHAMMAD ZARIF ZAKWAN BIN MOHD ROZAINIZAM


Nama glamour dier pown ada jugak okay....BabyZakwan. Hope sangat BabyZakwan nie sihat walafiat...Sihat sebagai seorang bayi yang sihat...Sebagai seorang bayi yang comel. Dan yang paling penting semoga menjadi anak ibu yang soleh.
Ibu sentiasa doakan BabyZakwan sihat selalu...



Monday, July 15, 2013

Shaklee : Set Penyusuan Ibu Yang Best

* Assalammualaikum*

Hari nie SS sangat terasa rajin nak menulis belog tentang kesihatan dan kecantikan.Feeling cantik sejak hujung hujung nak bersalin nie..hhehe  ( senyum gatai sorang-sorang)...

Okaylah hari nie kita mulakan cerita entry belog SS dengan salah 1 product yang memang dah banyak berbakti dengan ramai wanita yang sedang menyusukan anak...alhamdulillah mungkin dengan cerita macam nie ada yang kurang percaya dan ada yang mungkin percaya.itu terpulang pada u`olls la..SS tak kisah tapi kalau cakap jer pasal SHAKLEE nie.Memang semua orang tahu tentang bagusnya produk ini.

Pada mulanya memang SS rasa macam mahai sangat nak beli produk nie. Tapi bila dikira balik, demi kebaikan SS dan bayi SS yang bakal nak lahir nanti SS pown beli dan cuba. Memang dalam masa 5 hari SS menggunakan produk ini, memang nampak hasilnya...serious....nanti SS kongsi.Tapi hari nie SS nak cerita pada produk penyusuan ibu..


SET LENGKAP PENYUSUAN IBU
Seperti yang u`olls tengok inilah Set Lengkap Penyusuan Ibu yang disarankan kepada setiap ibu yang mencari set semasa hamil ataupun semasa berpantang. Sebab dalam set nie memang dah cukup lengkap dengan segala nutrisi yang ada iaitu :

  1. ESP ( Energizing Soy Protien) - Penghasilan susu yang lebih banyak,pekat,berkrim,penjagaan kulit,memberikan tenaga.
  2. Vita-Lea - Vitalea banyak  membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat  dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit  tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat  di dalam vitalea kita). Pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang.
  3. Vita-C -  sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan...dan kulit lebih cantik
  4. Ostematrix - Kalsium  penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh  manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh  dipandang remeh. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan  pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan  susuibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini  berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu  tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang  belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua
  5. B -Complex - lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi  membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih  stabil..dan wajah berseri
  6. Alfalfa Complex - raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi  kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu  mencepatkan  penghasilan susu ibu.


Memang nampak cukup mengiurkan....HHehehehehe terutama sekali bagi ibu-ibu yang sedang hamil macam SS nie. Mungkin ada yang berminat nak mencuba..Insyaallah ia sangat memberikan khasiat yang secukupnya untuk anda dan bayi. Kalau nak paste testimonial dalam entry SS nie. CONFIRM dah penuh tak larat mata nie nak baca. So u`olls google jer boleh dapat testimonial nie.

Tapi ada juga diantara ibu-ibu yang dah pilih set penyusuan yang lain tapi nak juga mencuba produk Shaklee nie. Boleh juga....Just ambik 2 produk untuk penambahan susu badan iaitu ESP + ALFALFA COMPLEX. Ini pown dah bagus....





Ini namanya SET BAJET MENYUSU...Harga pown dengan berpatutan dengan bajet anda...Nak tahu???Berminat???Boleh jer hubungi SS untuk pertanyaan. Free Consultant jer...Tak ada bayaran.Yang kena bayar bila beli produk nie jer....Hehhehehehe

Okaylah SS ucapkan selamat berjaya yer...Jangan lupa kesihatan itu penting yer..Yang lebih penting kepada  ibu-ibu yang menyusu dan sedang mengandung macam saya....hehehehehhe


SURIANIE SAMSUDIN
ID : 966421
SMS/CALL/WHATSUP : 019.543.4377 / 
Email : surianie_shaklee@yahoo.com



Friday, July 12, 2013

Sihat Bersama ESP Shaklee


*Assalammualaikum*

Alhamdulillah sudah 3 hari kita menjalankan ibadah berpuasa...Amin...Tapi SS hanya dapat berpuasa 2 hari jer sebab hari ketiga tue,,,baby tak gerak dalam 1 jam..So SS pown takut dan terus berbukap..lepas tue baru baby gerak....Insyaallah semuanya okay jer....Pada yang lain tue, selamat berpuasa insyaallah tahun nie boleh puasa penuh la kot yer...

Okaylah seperti yang u`olls semua sedia maklum sekarang nie SS telah menjadi Pengedar Yang Sah dengan Shaklee dengan memegang ID :  966421..Kalau u`olls tak percaya boleh call Shaklee tanya...hehehhehe...So buat pertama kalinya SS nak berkongsi dengan u`olls semua salah 1 product yang memang terbaik dan memang HOT MARKET iaitu ESP(Soy Protein Isolate Powder)....Hari nie SS nak kongsi dengan anda semua tentang ESP..Apa itu ESP? kelebihan ESP dan sebagainya...

Kepada yang mungkin tidak tahu rupa ESP...inilah yang SS nak kongsi...Inilah ESP seberat 850g.Besar sangat....Memang stock tahan1-2 bulan.Tapi bergantung pada pengambilan juga.

APA ITU ESP ?

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

KELEBIHAN & KHASIAT ESP SHAKLEE??

  1. Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  2. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  3. Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. 
  4. Menambahkan susu badan bagi ibu hamil & ibu yang sedang menyusukan bayi.
  5. Bagi ibu yang sedang menyusukan bayi, ESP membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim dan membuatkan bayi anda akan cepat kenyang  dan kurang meragam
  6. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  7. Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  8. Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  9. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  10. Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati
  11. Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP) di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
  12. Sesuai untuk seisi keluarga dan setiap lapisan umur.


Actually banyak kelebihan yang ada pada ESP Shaklee nie. Kalau nak disenaraikan memang banyak kot. So SS pilih antara 7 manfaat utama dalam ESP nie.


 ANTARA 7 MANFAAT UTAMA ESK SHAKLEE
  • awet muda – asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda.
  • baik untuk hormon – kacang soya adalah satu2nya tumbuhan yang kaya dgn isoflavones. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.
  • baik untuk prostat – genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. ia membantu memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • kulit remaja – merangsang pembentukan semula sel kulit dan otot, mengerangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepatkan sembuh luka dan mengurangkan kesan parut.
  • pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan  sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
  • membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan



 Rasa ESP Shaklee nie memang pure rasa soya mix vanilla. Macam SS sendiri minum, for sure SS tak minu direct sebab bau tue SS tak boleh terima...HEhehhehe..tapi apa yang SS buat adalah dengan mencampurkan ESP Shaklee nie dengan pelbagai jenis minuman untuk menyedapkan lagi rasanya.... Tapi ada pantang larangnya kalau nak minum ESP Shaklee nie... Make sure u`olls jangan campurkan bersama kopi, teh,nescafe mahupun air panas, sebab nanti semua nutrisinya akan hilang macam tue jer. Buat penat ja beli dan minum tapi tak ada effect.
Okaylah SS pown tak mau cakap banyak. So kepada yang berminat dan dah tergoda dengan ESP Shaklee nie, bolehlah order dengan SS.

Caranya mudah saja...Ada 3 jenis cara iaitu melalui SMS, CALL,EMAIL..Mudahkan...Harga yang SS tawarkan pown sangat berpatutan :

SURIANIE SAMSUDIN
ID : 966421
SMS/CALL/WHATSUP : 019.543.4377 
Email : surianie_shaklee@yahoo.com


 p/s : Jom sihat dan cantik bersama SHAKLEE :)

Thursday, July 11, 2013

Fenomena BEDAK SEJUKA THANAKA


*Assalammualikum*

Fenomena Bedak Sejuk Tanaka kini sedang berleluasa di dalam jualan online terutama sekali di FACEBOOK. Bila u`olls buka jer facebook masing-masing confirm mesti ada jugal Bedak Tanaka nie. Asalnya SS pown tak berapa tahu sangat tentang benda alah nie. Tapi bila SS sendiri buat risikan dan SS sendiri mencuba produk ini. Memang ada bagusnya u`olls....So Barulah SS tahu tentang produk ini....

Info tentang Bedak Sejuk Tanaka :
Produk ini asalnya daripada Myanmar . Bedak ini hasilnya daripada  sejenis pokok yang bernama Tanaka. Sebenarnya kayu tanaka nie memang dah lama digunakan oleh kerabat diraja Myanmar untuk menghalus dan mencantikkan kulit mereka. Dipercayai kayu tanaka nie boleh menyejukkan , menyerap lebihan minyak  dan menyerap peluh dan yang palign penting, ia membantu untuk melindungi kulit daripada cahaya matahari.

Apabila kayu tanaka ini diasah diatas batu, ia akan mengeluarkan sejenis serbuk yang berwarna coklat seperti faundation seperti yang dijual dipasaran. Serbuk itulah yang diambil dan disapukan dimuka.Setelah kering, serbuk itu akan bertukar menjadi warna kuning.



Inilah kayu tanaka yang digunakan......

Kini bila dah diperkenalkan oleh Cik Nora Danish dengan menggunakan label sendiri ( REBRAND)...jadilah TATE by D.E.A barulah lepas tue produk nie menjadi HOT MARKET di Malaysia...


Ini adalah label yang dibuat oleh Nora Danish sendiri...So harga dia kira mahal sikit dari yang biasa..Tapi untuk pengetahuan semua...segala ingredient adalah sama 100% , warna 100% , bau 100% , tekstur 100%, dari kilang yang sama cuma bezanya ialah Jenama , sticker dan harga sahaja. 



Okay yang ini pulak, label dan packaging yang sebenar daripada myanmar. Dia datang dengan pelbagai jenis haruman yang pastinya setiap haruman itu mempunyai keunikan sendiri..Tapi kebanyakkan orang lebih suka kepada LEMON , ROSE, ORIGINAL & JASMINE :

Tapi adakah anda tahu setiap haruman ini mempunyai kelebihan yang tersendiri...

LEMON : sesuai untuk mencerahkan kulit yang kusam, merawat jerawat dan jeragat, 

ROSE : Sesuai untuk meningkatkan kolegen kulit dan merawat masalah parut berlubang akibat jerawat.

ORIGINAL : Melindungi kulit daripada cahaya matahari, sesuai juga untuk melembapkan kulit , anti penuaan dan juga melembapkan kulit.

JASMINE : sesuai untuk merawat ruam utk orang dewasa dan bayi, kulit kering dan gatal-gatal



Ia juga datang dengan 2 jenis size iaitu 110gm dan 40gm. Bergantung dan terpulang pada setiap individu nak pilih yang mana untuk kegunaan harian...

Ada juga yang bertanya pada SS siapa yang sesuai pakai bedak nie. Saya nie kulit berminyak, berjerawat....Boleh ker nak pakai bedak nie...???Actually semua jenis kulit boleh pakai sebab dia boleh membantu anda untuk :
  1. Melicinkan kulit muka
  2. Memberikan kesegaran pada kulit
  3. Mengurangkan kadar pengeluaran minyak pada kulit
  4. Menanggalkan sel kulit mati
  5. Membersihkan dan menegangkan kulit 
  6. Sesuai untuk kana-kanak 1 tahun ke atas.
  7. Sesuai untuk semua lapisan umur
  8. Boleh digunakan di permukaan muka dan badan.
  9. Menghilangkan gatal-gatal badan
  10. Mengecutkan jerawat.
  11. Melembutkan kulit dan menghaluskan.
  12. Hilangkan jerawat.
  13. Pelindung cahaya matahari
  14. Boleh dijadikan bedak sejuk atau faundation.

Cara nak gunakan pown mudah jer....



  1. Bersihkan muka dengan air.
  2. Ambil sedikit bedak tanaka dan campurkan dengan beberapa titis air dan gaulkan.
  3. Setelah rata, sapukan terus pada kulit muka anda.
  4. Boleh biarkan selama 30 minit atau sehingga kering ( menjadi kekuningan) @ biarkan semalaman untuk menampakkana kesan yang lebih cepat.
  5. Masa nak cuci nanti,bila dah ada bekas tanaka, gosokkan pada kulit anda supaya ia akan keluarkan sel kulit mati.
  6. Jika ingin gunakan tanaka sebagai Foundation pada siang hari, gunakan span foundation. Calit dan ratakan pada kulit anda. 


Kepada yang berminat nak order dan mencuba produk ini, boleh sms/call/whatsup SS : 019-543 4377 untuk order.
Harganya : RM 20pcs ( 40gm) include postage....Beli banyak lagi murah...




VOTE FOR US........Love Is In The Tummy



*Assalammualaikum*

Hari nie SS Update ada 1 link nak minta semua pembaca belog SS yang ada Account Fb untuk LIKE gambar SS dalam  " LOVE IS IN THE TUMMY CONTEST" yang dianjurkan oleh SS BABY STORE

                                ------------------------------------------>>>>>>>>>>>>



Kat sebelah kanan tue ada logo SS BABY STORE ( gambar macam yang SS upload gedebab besar nie ) ...Just buka link tue. Then dia akan terus masuk ke gambar SS...So nanti u`olls LIKE jer...senang kan...heheheheh okaylah....jangan lupa VOTE untuk SS....



Monday, July 8, 2013

Perkembangan Janin : 37 Minggu

* Assalammualikum*

Alhamdulillah hari nie kandungan SS dah mencecah 37 minggu. Hanya tinggal lagi 3 minggu sahaja. Kalau ikutkan bila-bila masa sahaja SS akan melahirkan anak, cuma tunggu tanda dan hin dari baby dalam perut nie ja bagitahu bila dia nak keluar....hehehhee.....

Bila SS berada dalam usia 37 minggu nie ( 9 bulan ) memang dah terasa sangat keletihan yang diluar jangkaan.Nak buat kerja pown tak larat. Nak berdiri lama pown tak larat..Nak drive pown dah tak larat dan. Cuma apa yang SS boleh buat hanya berdoa minta Tuhan kuatkan SS semangat SS untuk teruskan hari hari yang mendatang menanti saat SS melahirkan Si kecil nie...Okaylah SS pown tak mau cakap banyak....So u`olls M2B baca la perkembangan Baby SS nie...Insyaall;ah tak lama lagi kita boleh tengok dier dah....Insyaallah....

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar. 

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung. 

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya. 
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium. 

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami. 


Ramadhan Al-Mubarrak Tiba Lagi......


* Assalammualaikum*

Alhamdulillah dikesempatan ini SS nak ucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan buat semua umat Muslimin & Muslimat di seluruh dunia. Tahun nie agak berlainan sikit bagi SS. Sebab tahu nie SS menyambut ramadhan dalam keadaan SS tengah sarat mengandung. Menanti detik nak bersalin.


Tarikh SS dijangka bersalin padan 29 Julai 2013 bersamaan 20 Ramadhan. So tak pastilah samaada SS boleh dan mampu bertahan untuk mengharungi hari-hari disepanjang bulan ramadhan...insyaallah....
Sedangkan sekarang nie bangun ja tidok dah start lapak..cam mana nie....insyallah klu mampu SS cuba berpuasa kalau tak mampu dan memudaratkan SS dan baby...So tak boleh la nak berpuasa..kena ganti pulak...

Kepada yang lain..SS nak ucapkan selamat menyambut Ramdhan al-Mubarrak yer..Semoga puasa kali nie memberikan sejuta makna dalam kehidupan anda kelak....Aminn....
Next Entry..SS nak share dengan u`olls product yang tengah top sekarang iaitu ESP Energizing Soy Protein ).....Banyak Khasiat dier u`olls....Boleh juga kongsi resipi nanti....
So tunggu....




Wednesday, July 3, 2013

Kecik Hati Terhadap Mereka....

* Assalammualaikum*

Apa pendapat u`olls bila ada orang mengata tentang diri anda sepanjang anda mengandung???Sedih tak???atau anda sendiri menangis bila dapat tahu??? Itulah yang SS alami sekarang... SS tak sangka masih lagi ada orang yang tidak memahami situasi sebegini....situasi orang mengandung....Situasi cara berpakaian orang mengandung...

Tapi SS nak anda sendiri menilaikan size bju yang sesuai dengan perut SS yang semakin hari semakin membesar....Tengok sendiri badan SS maca mana???










Besar kan???

Setiap kali kalau SS berjalan di TESCO, KEDAI BABY,SHOPPING MALL, Dalam FACEBOOK ada jer orang akan bercakap besarnya perut..kembaq ker??...ish besarnya perut nie.....

Kekadang tue rasa macam nak lempang ja muka depa sebab sedap ikut mulut ja nak cakap kat orang macam tue....Tak fikirkan perasaan ibu yang mengandung nie....Memang sedih tau..Kekadang tue depa yang bertanya macam perli ja...Apa yang SS buat kena tahan telinga jer...

Sampaikan kat opis SS sendiri dok bercakap pasal perut SS yang besar nie..depa nak main compare-compare dengan staff lain yang pregnant...Cuba anda sendiri berada dalam kasut SS?? Anda sendiri alami perasaan nie, bila setiap kali orang bercakap tentang PAKAIAN SS yang ketat disebabkan perut SS!!! siap kata seksilah apalah.....

Honestly SS cakap. Memang SS sangat marah dengan manusia macam nie. SS tak minta perut SS besar macam nie, badan SS gemok macam nie..Ini semua anugerah tuhan...Tuhan yang berikan sebuah keistimewaan pada SS sepanjang SS mengandung. Perut SS memang besar. Sedangkan masa 5 bulan pown dah nampak macam 7 bulan...Takkan setiap kali SS kena beli baju mengandung???Sekarang nie baju mengandung bukannya murah. Paling murah pown RM40++..klu yang RM30++ tue semua macam ala-ala T-shirt. then nak kena pakai inner or cover on top..Panas kot. !!!! Ada depa fikir. SS nie bukan la kerja tinggi mana..Suami SS pown taklah bergaji besar..So baju pown tunggu akak SS yang berikan. Tapi semua tangan pendek. Nak pakai inner pown ketat..takkan inner pown nak kena beli size XL????Cuba u`olls pk kan...
Then senang senang hati nak suruh SS pakai baju longgar. Sedangkan SS pakai baju size XL pown dah ketat..Takkan nak pakai baju gelebeh macam orang gila. Ibu mengandung pown kena jaga penampilan. Satg pakai serebeh kena perli pulak...Itulah orang cakap..APA SALAH IBU MENGANDUNG????Kekadang tue setiap kali nak bersiap, SS sampai menangis sebab semua baju tak muat....Tapi ada siapa tahu????Yang depa tahu asyik nak mengata ja.....

Come on la u`olls,,,,setiap orang yang mengandung nie memang lain-lain rupanya...Ada yang dah 9 bulan pown perut kecik jer . Macam SS sendiri, memang genetik family SS perut besar. So tak perlulah u`olls semua nak bandingkan perut SS dengan orang mengandung yang lain.
Semalam masa SS ceritakan kisah nie kat En.suami...Terus SS menangis sebab sangat sedih dengan peel orang yang menilai ibu mengandung nie...Tambah macam SS yang berubah size secara mendadak....

Kenapa depa cakap macam tue.SS sendiri tak tahu dan tak ada jawapan. Mulut orang sampai bila kita boleh tutup...Apapun SS hanya berdoa semoga SS dan baby dalam kandungan nie sihat. Tak kisahlah perut SS nie besar ka apa kah..Memang ia satu pengorbanan seorang ibu membawa perut yang besar ini selama 9 bulan. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakit dan penatnya si ibu ini....

Amin....



Tuesday, July 2, 2013

Masih Menanti........



Credit photo by MashImage

"Masih menanti dan terus menanti kelahiran anak sulung SS.....
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan 
Amin...
Jangan lupa doakan SS nanti ya...."

Monday, July 1, 2013

Welcome 9 Month Pregnant


WELCOME 9 MONTH PREGNANT


Alhamdulillah...Hari nie tanggal 1 Julai 2013 genapnya SS mengandung 9 bulan..Sekarang nie hanya menanti detik-detik saat melahirkan sahaja. Ikutkan due date SS ialah 29 Julai 2013. Kiranya kalau awal pown bila-bila masa SS akan bersalin. Memang rasa nervous, takut semua ada....Tapi SS berharap agar semuanya berjalan dengan sempurna dan selamat hendaknya....

Doakan kami selamat yer...



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels