Monday, July 8, 2013

Perkembangan Janin : 37 Minggu

* Assalammualikum*

Alhamdulillah hari nie kandungan SS dah mencecah 37 minggu. Hanya tinggal lagi 3 minggu sahaja. Kalau ikutkan bila-bila masa sahaja SS akan melahirkan anak, cuma tunggu tanda dan hin dari baby dalam perut nie ja bagitahu bila dia nak keluar....hehehhee.....

Bila SS berada dalam usia 37 minggu nie ( 9 bulan ) memang dah terasa sangat keletihan yang diluar jangkaan.Nak buat kerja pown tak larat. Nak berdiri lama pown tak larat..Nak drive pown dah tak larat dan. Cuma apa yang SS boleh buat hanya berdoa minta Tuhan kuatkan SS semangat SS untuk teruskan hari hari yang mendatang menanti saat SS melahirkan Si kecil nie...Okaylah SS pown tak mau cakap banyak....So u`olls M2B baca la perkembangan Baby SS nie...Insyaall;ah tak lama lagi kita boleh tengok dier dah....Insyaallah....

Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar. 

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung. 

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya. 
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium. 

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami. 


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels