Thursday, September 27, 2012

Honeymoon Time.....




Its Honeymoon time....
Destination....

tunggu nanti SS cerita..excited nie....



bubye Penang......

With Luv,
~sue~

Majlis Malam Berinai Besar & Majlis Berendoi


MALAM BERINAI BESAR SURIANIE & ZAM

Hello semua,,masih lagi ada dalam mood pengantin baru...kali nie SS nak kongsi cerita seterusnya tentang majlis berinai yang SS adakah selepas majlis nikah..Ramai yang pening, apa itu sebenarnya Malam Berinai??

Actually malam berinai ada 2 jenis, Malam Berinai Kecil & Malam Berinai Besar

Malam Berinai Kecil
1 majlis yang kecil yang diadakan 1 malam sebelum si pengantin perempuan berkahwin, Dalam majlis ini , selalunya dihadiri oleh adik beradik terdekat untuk menyaksikan si pengantin perempuan memakai inai..Sama ada inai lukis ataupun inai hujung jari. Selalunya inai hujung jari tue akan dipakaikan oleh ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat...Ini kira macam nak raikan si pengantin jer sebelum bernikah...

Malam Berinai Besar,
Malam Berinai Besar ialah satu majlis yang meraikan pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul masa majlis akad nikah...Masa majlis ini, kedua-dua pengantin akan memakai busana pengantin dan akan naik pelamin buat pertama kali dan kemudian akan dimulakan dengan acara merenjis...





Zaman sekarang nie orang jarang nak buat malam berinai sebab katanya renyah..Nak buat itula inilah...tapi actually benda nie is fun, sebab ia merupakan 1 kenangan yang cukup indah. Kalau di KL atau di Penang bagi kaum India Muslim (mamak) depa nie suka buat majlis nie, then pakai pelbagai persalinan tradisional.Memang best...SS penah byk kali tengok majlis nie. Tue yang teringin dan SS minta pada suami SS untuk membuat majlis malam berinai nie..dan dia setuju...

So majlis malam berinai SS dibuat dirumah kakak SS sendiri di The Summer Place Condo.Kenapa buat disitu?? Sebabnya my sisiter nak share 1 lagi majlis untuk anak kembar dia yang comel iaitu Alya Fareeha & Amirul Farihin untuk Majlis Berendoi mereka.Sangat comel...Majlis itu dibuat selepas sembahyang jumaat. jom tengok a few picture yang diambil oleh Photographer yang SS hire iaitu Memoria Photo...



Ini Farehah anak kembar yang sulung.... :)


Ini Farihin...adik kembar yang semakin hari semakin handsome.....:)


Then pada sebelah malam pula, majlis diteruskan dengan sesi Majlis Berinai Besar SS dengan En.Suami...SS memilih busana songket tradisional untuk dipakai pada malam tersebut.Warna Pink okay..memang SS tak suka pakai tapi SS pakai juga sebab pada masa yang sama SS nk promote koleksi  busana di butik SS.

Make up untuk majlis berinai nie, SS telah mendapat sponser sepenuhnya oleh seorang make up artis yang makin hari makin menempah nama iaitu Puttra Assley Hafiz...U guys yang berminat dengan hasilnya boleh call untuk buat tempahan...Inilah hasilnya....


Inilah Puttra Asshley Hafiz (Baby) yang telah memake upkan SS....santek gilerrr....

Malam tue memang SS  nampak seri tue terserlah u`olls. Memang feeling raja sehari...Sama juga dengan Suamie SS nie...nampak seri diwajah dia terserlah juga. first time kot dia berpakaian songket nie...handsome kot...heheheh...nak tengok..anda sendiri nilaikan..



Untuk pelamin, memang SS teringin sangat nak naik pelamin, nak rasa naik pelamin macam-macam patern..hehehe biasalah...tauke butik memang teruja dok buatkan.so nak kisah aper..kita buat jer alang-alang ada barang..hehehhe.....Tapi memang SS sendiri tak buat pelamin tue...SS minta jasa baik 2 orang kawan seperjuangan SS iaitu Shah Reen & Hilal dimana mereka juga ada mempunya butik pengantin sendiri...Idea asal memang dari SS sendiri tapi setelah diserahkan kepada 2 kawan SS nie..mereka telah olahkan pelamin malam berinai SS menjadi sebuah singgahsana yang cukup indah..tergamam kot SS tengok..cam nak nangis jer...tak tau nak cakap macam mana..



Kalau dikira temanya ialah Arabian Malay Klasik sebab dia ada kombinasi arab dan juga melayu...itulah yang daoat SS olahkan untuk pelamin berinai SS. Cukup indah...Terima kasih Shah Reen & Hilal yang telah membuat pelamin yang cantik ini...

So lepas jer pengantin berarak masuk ke dewan, majlis terus dimulakan dengan sesi merenjis yang dimulakan oleh bapak dan ibu pengantin perempuan dan seterusnya ahli keluarga yang lain. MAjlis nie tak buat besar-besaran pun-, buat untuk ahli keluarga yang terdekat sahaja....Keluarga pihak lelaki memang tak turut serta..hanya kami sahaja...Apapun terima kasih diucapkan kepada mereka yang menjayakan majlis malam berinai SS alhamdulillah semuanya berlansung dengan jayanya...Amin....


With Luv,
~sue~

Mingguan Wanita I Cerita Wedding Ustaz Don


Salam semua...Dalam kesibukan SS nak update story pasai kawin nie..tetiba masa singgah kat kedai 24 hours kat umah SS ternampak kelibat malajah Mingguan Wanita ada gambar Ustaz Don & isteri tercintanya Dr. Husna.. So SS pun membelek majalah tue dan ternampak afew deko yang SS buat ada dipaparkan dalam majalah tersebut....

Heeee...teruja dan terus ambik n bayar gitu....buat kenangan..bukan senang kot...walaupun nama butik SS tak mention dalam tue..Tapi hakikatnya SS ada involved dalam wedding mereka..kerlasss....

Jangan lupa dapatkan keluaran terbaru Mingguan Wanita Sept 2012.....






Okay selamat membaca yer...

With Luv.
~sue~


Wednesday, September 26, 2012

Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam I Wedding Henna


PART 3 - Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam 
 Wedding Henna

Terima kasih buat Lydia one of redgincu henna artist yang telah diberi tanggungjawab untuk melukis henna di jari SS. Memang susah sebenarnya nak mencari Henna Artist nie. Sebab SS nie agak cerewet sebab SS pun antara pembuat Henna juga..hehehhe...
Ada juga SS mendapat sponser dari Henna Artist dari JOHHOR iaitu KAK Dayu yang memang top di FB...tapi memandangkan tarikh yang SS pilih tue adalah tarikh yang kak dayu tak available. So tak berkesempatan nak dapatkan khidmat daripada beliau.

Alhamdulillah hasil doa SS mencari..akhirnya dapat juga Lydia nie..Mulanya dah bertanya tapi dia cakap dia dalam pantang. tapi alhamdulillah dapat pun....dia boleh buat henna utk SS...Memang bestlah..sebab SS suka dia punya hasil lukisan. Memang kemas dan cantik...
Thanks again to lydia....JOm tengok a few picture yang SS grab daripada OP dan juga camare kengkawan...
Buat pertama kalinya SS rasa diinaikan..hehehhe





Buat Lydia ,
"Terima kasih kerna telah merealisasikan impian SS nak pakia henna lukisan di tangan sendiri...Cantik dan simple...SS sangat suka..Thanks again Lydia..."

Monday, September 24, 2012

Majlis Pernikahan Surianie dan Rozainizam I Make up Nikah


PART 2 - Majlis Pernikahan Surianie dan Rozainizam 
 Make up Nikah

Bercakap pula pasai Make up nikah...ada yang beranggapan SS akan memake up kan diri sendiri sebab SS nie pun make up artis juga. Tapi u`olls takkan SS nak memenatkan diri nak make up sendiri di majlis SS?? haruslah kita feeling jadi raja sehari kan....sekali jer dik non...

Untuk majlis nikah SS pilih juga Shanell Harun untuk memake up kan SS. Siap sampai umah SS jam 6pagi membawa beg dan busana SS daripada KL lagi....siap pagi tue baru tengok baju SS...tapi tak kisah pun...
okaylah untuk make up nikah SS pilih CH sebab dia make up memang sangat santik okay..tak dinafikan.Masa buat trial dulu pun memang sangat suka...tak tau nak cakap macam mana...memang SS puas hati. walaupun pada masa tue muka SS agak kering dan agak menyukarkan CH nak make up di awal pagi tue...

Tapi hasilnya memang superbbb.....u`olls tengok dan nilaikan sendiri okay....

 tinggal 90% nak siap.....


Fully siap...tunggu nak masuk masjid jer


Buat CH ,

"Ucapan terima kasih buat hang CH sebab cantikkan aku masa nikah dan juga buat baju nikah aku & suamie aku...walaupun pelbagai dugaan yang berlaku semasa proses nak sampai tarikh 14 sept 2012, semua tue adalah dugaan dan cabaran ...Apapun terima kasih diucapkan semoga hang success selalu dan jadi yang terbaik dari yang terbaik..."


Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam I Busana Nikah




Masih awal lagi untuk SS nak ucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menjayakan majlis perkahwinan SS dengan Suami tercinta. Memang tak tahu nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat macam mana. Hanya tuhan jer yang mampu membalas kebaikan yang mereka berikan kepada kami. Keburukan??ada ker...kalau ada pun itu hanya mereka dengan Tuhan :)

Okaylah alhamdulillah semunya dah berjalan seperti biasa. Apa yang dirancang semuanya berjalan dengan baik.So ini SS nak kongsikan cerita disepanjang pembikinan dan pelancaran majlis perkahwinan SS dengan Suami...gitukan..macam retis dah nie...SS nak ceritakan daripada A sampai Z apa yang SS buat dan kenapa SS pilih mereka....

Firstly SS nak cerita & talk talk pasai Busana Nikah SS dan Suami...Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tidak tahu siapakah yang mereka busana nikah SS ini..Yang letop bak artis fofular tue...tak lain dan tak bukan SHANELL HARUN.....Of couse la baju ini ditaja sepenuhnya oleh Butik SS sendiri iaitu The House Of Red Gincu....lepas nie klu ada customer nak sewa boleh jer :)

DESIGN BAJU PEREMPUAN
Design yang dihasilkan kepada SS memang sangat cantik okay...SS hanya minta 1 jer permintaan iaitu dimajlis nikah SS tak mahu pakai veil macam pengantin yang selalunya pakai. SS minta nak selendang yang dijahit siap dengan baju SS macam si Erma Hasmi pakai masa nikah dia memang sangat simple dan tak over. dan hasilnya memang itu yang SS dapat..Sangat teruja okay...
Design patch work pun memang simple jer tak over...:)

MATERIAL
Bercakap pasal material pulak, SS memilih shifon untuk busana SS dan Bridal Satin untuk Busana lelaki. Shiffon memang sangat sesuai untuk majlis nikah sebab dia nampak smooth dan soft jer lembut dan nampak lebih exclusive. Busana SS pakai fully shiffon.memang susah untuk dijaga sebab dia sangat sensative. 



 Muka Kekwat sungguh pengantin nie...

 Kain memang cukup panjang....ninjia....kekwat dok sapu lantai Masjid Negeri...




DESIGN BUSANA LELAKI
Untuk busana pengantin lelaki, SS minta shanell buat design yang simple dan style. Design still baju melayu berkolar cuma SS minta ada buat details kat bahagian dada so takla nampak kosong sangat. Bila En.Suami pakai memang nampak seri pada wajahnya terpancar....


Menanti saat diijab kabul




inilah hasil busana yang SS pakai masa majlis nikah  di Masjid Negeri pada 14 Sept 2012




Nantikan pulak cerita part-2 Majlis pernikahan Surianie & Rozainizam....tunggu....

Wednesday, September 19, 2012

Officially as Husband And Wife





officially as Wife & Husband...
Nantikan cerita disepanjang majlis perkahwinan SS dengan suamie tercinta...



With luv,
Mrs Rozainizam

Thursday, September 13, 2012

Esok status bertukar




Official Photographer :Ridzuan Kamil


Esok SS akan bergelar Raja Sehari....atau lebih cantik dipanggil sebagai Pengantin....hopefully semuanya berjalan denganlancarnya seperti yang telah diaturkan...Esok juga SS secara rasmi dan sahnya menjadi isteri kepada En.Rozainizam dan bergelar Puan okay..kerleassss gitu
Doakan agar SS tak nebes nanti....

Bride To Be,
~sue~

Tuesday, September 11, 2012

1 Minggu Amalan Bakal Raja Sehari



Persiapan Menjelang Hari Bahagia.......

Hello u`olls....memandangkan tinggal lagi 2 hari jer SS nak jadi bini orang...SS sempat lagi nak kongsi tips dan juga nak share tentang beberapa perkara yang SS rasa nak kongsi dengan semua B2B...

Tapi yang paling penting u`olls semua kena jaga kesihatan yang teramat penting..Jangan sambil lewa...Macam SS lagi 2 hari nak kawin..tengah selsema dan demam mengejut..gitu kan....hehehehhe....Apa yang u`guys kena buat just ambik supliment vitamin untuk diri...dan amalkan beberapa tips sebelum bergelar raja sehari :


  1. Minum Air suam yang banyak.
  2. NO MORE AIR AIS...Sebab ia boleh membuncitkan perut anda...
  3. Rehat yang secukupnya.
  4. Jangan keluar rumah selalu...
  5. Jangan keluar sendirian...ajak teman....sebab keselamatan kena jaga...
  6. Kalau boleh jangan naik motosikal..Naik jer keta...feeling kaya sat...sebab klu naik noto presentage nak accident tue senang.
  7. Jangan biarkan perut kosong...Kalau nak diet pun..at least kena makan sikit...
  8. Seminggu 2 kali klu boleh scrub badan untuk buang segala daki dan kotoran pada badan..
  9. Kungjungi SPA untuk buat rawatan Pengantin...mandi susu,mandi bunga, lulur dan sebagainya..
  10. Bila dah nak kawin tue...pastikan tidur yang cukup...nanti letih...
  11. 1 Hari sebelum nikah ( mlm berinai kecil)..amalkan mandi bunga..sebab nak naikkan seri pengantin..Lebih elok jika ibu kita sendiri yang mandikan untuk kita :)

So itu jer yang SS nak share dengan korang dan itu yang SS amalkan selama 1 minggu SS nak bergelar Ratu Sehari...Good Luck to all my B2B...


Bride To Be,
~sue~

Friday, September 7, 2012

Muara Hati I karaoke


MUARA HATI by Dato Ct Nurhaliza & Hafiz





Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..


1 Minggu Sebelum Bergelar Isteri



Seminggu lagi status SS nak berubah....Alahai rasa tersangat lain bila nak menjalani kehidupan yang baru nanti...Apakah SS boleh memikul tanggungjawab yang sangat besar nie menjadi isteri buat en.tunang SS nanti???Apakah kehidupan baru itu lebih mencabar....Kita kena tunggu dan lihat dan rasai selepas SS sah bergelar suami isteri...

Hopefully semuanya berjalan dengan lancar..SS rasa sangat takut dan nebes u`olls..tak tahu kenapa..Mungkin sebab lepas nie SS akan menjadi hak milik orang lain..Bukan lagi milik jagaan ibubapa SS.Mungkin time tuelah time yang paling sayup akan SS lalui...Hopefully SS dapat terima dengan tenangnya apabila menjadi isteri orang..

Lagipun SS nie memang cepat menangis bila tengok orang lain menangis....Rasa sebak didada..Kalau majlis nikah sapa-sapa pun sure SS akan menangis sebab terasa satu perasaan yang cukup sayu masa time itu...Apakah SS akan menangis ???kita tengok nanti....

For sure akan menangis...

Credit Picture to : Ridzuan Kamil



Selalunya lafaz Sakinah diamalkan di negeri belah selatan...Balh utara belum ada lagi..Tpai Belah Utara dah ada lafaz apatah nama dia..Dimana Si bapa akan membaca petikan dimana dia serahkan segala tanggungjawab sepenuhnya kepada sisuami. Dan lafaz terima oleh si suami terhadap isteri dan bapanya....Ini pun dah kira sayup...hehehe.......
Doakan semuanya selamat...

Bride To Be,
~sue~

Thursday, September 6, 2012

Tahniah buat Farah Dan Wan I officemate kawin



Happy Pengantin Baru buat seorang lagi rakan opis SS yang baru jer melangsungkan majlis pernikahannya dengan pasangan cinta hatinya....rasanya masih sempat lagi nak wish buat Kak farah .....
Alhamdulillah dengan sekali lafas mereka dah sah bergelar suami isteri yang sah. Tahniah SS nak ucapkan....Lagi 1 minggu SS pulak nak alami situasi yang sama...

Jom kita tengok a few picture yang SS grap daripada OP Farah & Wan iaitu Nuzul Taufiq Photography..sangat sweet dan cantik..nampak seri muka pengantin...




"SS nak ucapkan selamat pengantin baru..semoga bahagia selalu dan saling cinta-mencintai antara satu sama lain....Selamat menjalani suasana berumah tangga yang cukup mencabar..."
With Luv Surianie Samsudin

Bride To Be,
~sue~

Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Hari raya 2012 Jabatan Kimia


Alhamdulillah kali nie dah masuk kali ke 2 SS celebrate Hari Raya bersama kakitangan di Jabatan Kimia since SS bertukar ke sana tahun lepas. Tahun nie agak meriah sikit sebab sambutan cukup menggalakkan dan semua staff bagi sokongan dan juga involved dalam aktiviti yang dibuat tahun nie...

Macam biasa , tugas SS pada setiap tahun ialah menyediakan hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah..itu jer yang SS suka...Yang lain tue...SS tak berapa suka nak handle sebab payah....So kita buat yang terbaik....:)

Seperti tahun tahun yang lepas. Setiap gerai akan provide menu yang telah ditetapkan oleh AJK Majlis...semua ada 9 gerai u`lls..Makan la sampai perut pecah....Jom kita tengok gerai yang ada..siap deko bagi cun lagi....hehehehhe

Pintu Masuk







Ini Geng Admin okay.....SS punya gerai....konon feeling meja pengantin tahun nie..hahahahahha tapi tak menang pun....dah turun tahta.....So kami sediakan rendang , ketupat, lemang, cendol & roti jala....



Ini pulak asst SS yang memposingkan diri dengan KEK 1 PAGI yang SS buat last minit.....kerlessssssss nie.....



Disebalik Pantry.....sesi potong memotong...





Menu...............lapaqqq pulakkk
Setiap tahun coklat nie sure ada kat gerai ADMIN sebab PENGARAH yang SPONSER okay....tapi nasiblah SS nie tak suka makan coklat...klu tak aku sapu 1 kotak..hahahhaha





GERAI JUADAH

Ini Makmal Toksikologi....Depa provide bihun sup yang supperbbb....& air bandung soda :)


Ini pulak gerai Narkotik....Depa nie la yang pemenang Gerai Tercantik Raya 2012...Siap buat atap u`olls....Mereka nie sediakan satay dan juga kuih tart telur yang feeling-feeling hotel punya desert...hehheheheh..


ini gerai Mikotoksin....sediakan juadan Mee Kari & Lai Chee Kang

Ha....nampak tak???siap ada trafic light lagi ok...ada teh tarik trafic light nama dia....Nasi Tomato dan kuah kurma teloq dia sangat sedappp.....


Ini gerai IKTD....provide laksa dan juga rojak...Antara gerai yang menjadi kegilaan SS..sebab makanan dia sangat sedap.....


AKTIVITI

Tahun nie agak meriah sikit..sebab ada pelbagai aktiviti....Antara yang menjadi perhatian ialah pertandingan menganyam ketupat....






Ini pengadilnya......


Ini pulak pemenang dier....Kak Haiza....


Tapi yang paling best apabila jabatan providekan DUIT RAYA untuk staff..Tapi dengan cara undian..nasib la nak dapat berapa...ada yang dapat RM51.00....RM21...dan yang paling rendah RM2...dan SS tergolong dalam golongan itu :)



Okaylah SELAMAT HARI RAYA....Raya masih ada 1 bulan...so raikanlah dengan sebaik mungkin:)

Bride To Be,
~sue~




Tuesday, September 4, 2012

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels