Thursday, September 27, 2012

Majlis Malam Berinai Besar & Majlis Berendoi


MALAM BERINAI BESAR SURIANIE & ZAM

Hello semua,,masih lagi ada dalam mood pengantin baru...kali nie SS nak kongsi cerita seterusnya tentang majlis berinai yang SS adakah selepas majlis nikah..Ramai yang pening, apa itu sebenarnya Malam Berinai??

Actually malam berinai ada 2 jenis, Malam Berinai Kecil & Malam Berinai Besar

Malam Berinai Kecil
1 majlis yang kecil yang diadakan 1 malam sebelum si pengantin perempuan berkahwin, Dalam majlis ini , selalunya dihadiri oleh adik beradik terdekat untuk menyaksikan si pengantin perempuan memakai inai..Sama ada inai lukis ataupun inai hujung jari. Selalunya inai hujung jari tue akan dipakaikan oleh ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat...Ini kira macam nak raikan si pengantin jer sebelum bernikah...

Malam Berinai Besar,
Malam Berinai Besar ialah satu majlis yang meraikan pasangan pengantin yang baru sahaja diijab kabul masa majlis akad nikah...Masa majlis ini, kedua-dua pengantin akan memakai busana pengantin dan akan naik pelamin buat pertama kali dan kemudian akan dimulakan dengan acara merenjis...





Zaman sekarang nie orang jarang nak buat malam berinai sebab katanya renyah..Nak buat itula inilah...tapi actually benda nie is fun, sebab ia merupakan 1 kenangan yang cukup indah. Kalau di KL atau di Penang bagi kaum India Muslim (mamak) depa nie suka buat majlis nie, then pakai pelbagai persalinan tradisional.Memang best...SS penah byk kali tengok majlis nie. Tue yang teringin dan SS minta pada suami SS untuk membuat majlis malam berinai nie..dan dia setuju...

So majlis malam berinai SS dibuat dirumah kakak SS sendiri di The Summer Place Condo.Kenapa buat disitu?? Sebabnya my sisiter nak share 1 lagi majlis untuk anak kembar dia yang comel iaitu Alya Fareeha & Amirul Farihin untuk Majlis Berendoi mereka.Sangat comel...Majlis itu dibuat selepas sembahyang jumaat. jom tengok a few picture yang diambil oleh Photographer yang SS hire iaitu Memoria Photo...



Ini Farehah anak kembar yang sulung.... :)


Ini Farihin...adik kembar yang semakin hari semakin handsome.....:)


Then pada sebelah malam pula, majlis diteruskan dengan sesi Majlis Berinai Besar SS dengan En.Suami...SS memilih busana songket tradisional untuk dipakai pada malam tersebut.Warna Pink okay..memang SS tak suka pakai tapi SS pakai juga sebab pada masa yang sama SS nk promote koleksi  busana di butik SS.

Make up untuk majlis berinai nie, SS telah mendapat sponser sepenuhnya oleh seorang make up artis yang makin hari makin menempah nama iaitu Puttra Assley Hafiz...U guys yang berminat dengan hasilnya boleh call untuk buat tempahan...Inilah hasilnya....


Inilah Puttra Asshley Hafiz (Baby) yang telah memake upkan SS....santek gilerrr....

Malam tue memang SS  nampak seri tue terserlah u`olls. Memang feeling raja sehari...Sama juga dengan Suamie SS nie...nampak seri diwajah dia terserlah juga. first time kot dia berpakaian songket nie...handsome kot...heheheh...nak tengok..anda sendiri nilaikan..



Untuk pelamin, memang SS teringin sangat nak naik pelamin, nak rasa naik pelamin macam-macam patern..hehehe biasalah...tauke butik memang teruja dok buatkan.so nak kisah aper..kita buat jer alang-alang ada barang..hehehhe.....Tapi memang SS sendiri tak buat pelamin tue...SS minta jasa baik 2 orang kawan seperjuangan SS iaitu Shah Reen & Hilal dimana mereka juga ada mempunya butik pengantin sendiri...Idea asal memang dari SS sendiri tapi setelah diserahkan kepada 2 kawan SS nie..mereka telah olahkan pelamin malam berinai SS menjadi sebuah singgahsana yang cukup indah..tergamam kot SS tengok..cam nak nangis jer...tak tau nak cakap macam mana..



Kalau dikira temanya ialah Arabian Malay Klasik sebab dia ada kombinasi arab dan juga melayu...itulah yang daoat SS olahkan untuk pelamin berinai SS. Cukup indah...Terima kasih Shah Reen & Hilal yang telah membuat pelamin yang cantik ini...

So lepas jer pengantin berarak masuk ke dewan, majlis terus dimulakan dengan sesi merenjis yang dimulakan oleh bapak dan ibu pengantin perempuan dan seterusnya ahli keluarga yang lain. MAjlis nie tak buat besar-besaran pun-, buat untuk ahli keluarga yang terdekat sahaja....Keluarga pihak lelaki memang tak turut serta..hanya kami sahaja...Apapun terima kasih diucapkan kepada mereka yang menjayakan majlis malam berinai SS alhamdulillah semuanya berlansung dengan jayanya...Amin....


With Luv,
~sue~

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels