Thursday, February 27, 2014

Mealshake Shaklee Memang Best


Assalammualaikum...

Hello semua...mesti ada yang terkejut tengok layout baru belog nie kan....Belog nie masih dalam pembikinan uolls....sebab ada lagi yang belum sempat nak buat. So insyaallah akan siap dalam masa terdekat nie.

So hari nie SS nak kongsikan cerita dan juga tips kesihatan khas buat anak-anak kecil yang sekarang nie tengah musim demam..Bukan saja demam, macam macam jenis penyakit yang ada. So untuk mengelakkan anak-anak kita dijangkiti penyakit sedemikian jom SS nak kongsi 1 produk khas buat anak-anak kecil kita yang sedang membesar. Bila nak besar nie memang macam macam penyakit akan muncul.

SEBAB ITU SAYA SARANKAN PENGAMBILAN MEALSHAKE SHAKLEE!!

Tapi ada jugak yang rasa ragu ragu nak ambil supliment shaklee untuk anak anak mereka dan macam macam soalan yang akan timbul, jom SS nak kongsi :


Sesuai ke mealshake untuk kanak-kanak bawah 1 tahun?
Jawapan :
Apa-apa jenis supplement sekali pun, SS tidak galakan beri kepada bayi @ kanak-kanak kurang daripada 1 tahun. SSlebih cadangkan umur bayi @ kanak-kanak lebih daripada 1 tahun. 

Boleh ke mealshake dicampur dengan susu?
Jawapan :
YESSS!!!! sangat boleh ... mealshake boleh dicampur dengan susu dan tiada masalah.  Selain susu mealshake juga boleh dicampur dengan air milo or jus lain.

Sukatan atau cara bancuhan mealshake?
Jawapan :
untuk sukatan mealshake pada anak-anak mestilah mengikut peringkat umur kanak-kanak @ bayi tersebut.. 

CARA PENGAMBILAN MEALSHAKE:

Sukatan Bagi Orang Dewasa ( kanak-kanak 7 tahun ke atas ) :2 sudu besar 1 hari

Kanak Kanak 1 tahun sehingga 6 tahun : 1 sudu besar 1 hari

Cara Bancuhan :
Boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti jus buah-buahan , air berperisa, susu.

Elakkan dibancuh bersama :
1. air Panas
2. Air berkarbonat atau bergas
3. minuman berkafien seperti kopi dan teh

SEBAB??
Ia akan merosakkan kandungat zat didalam mealshake tersebut. Sayur pun tak boleh masak lama sebab nutrisi sayur pun akan hilang.







Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  1. rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  2. sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  3. sesuai untuk seisi keluarga
  4. Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  5. Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  6. Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  7. Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  8. Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  9. Meningkatkan selera makan anak
  10. Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  11. Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  12. menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  13. amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 


Kelebihan Mealshake Yang Digemari ramai kerana :

  1. rasanya yang sedap. French Vanilla yang berkualiti tinggi
  2. bau dan aroma yang menyelerakan
  3. menambahkan selera makan anak
  4. kaya dengan pelbagai zay yang baik untuk badan
  5. membantu atasi masalah ekzema
  6. menyumbangkan peningkatan daya tahan melayan penyakit
Jom baca beberapa Testimonial dalam google ;




Kepada yang nak order dengan harga yang palign superdupper murah, Jangan malu dan segan untuk hubungi SS :

Surianie : 019- 543 4377
Email : surianie_shaklee@yahoo.com
SID : 966 421


Friday, February 14, 2014

CARA MEMBUAT REPORT DI FACEBOOK


Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak kongsi 1 tips dan langkah-langkah macam mana nak buat aduan sekiranya anda mengalami masalah stalker ang telah mengambil gambar atau butiran peribadi anda dalam facebook dan upload dalam page facebook yang lain. Sebenarnya benda nie kita tak boleh nak pandang rendah dan pandang ringan bab nie.....So kita sebagai pengguna juga berhak untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Okaylah bercakap tentang cara nak buat anduan nie sebenarnya bukan susah.Senang jer. Kisah nie SS nak share sebab berlaku keatas biras SS sendiri Cik Diana Azhar yang sering terkena gangguan macam nie. Bukan sikit banyak kekadang tengok cik Diana nie menangis dan juga terasa tertekan dengan apa yang jadi pada dia. Create dan delete facebook dia berkali-kali sampaikan tak juga selesai. 

So sejak kes yang paling baru nie, SS telah bersuara untuk membantu Cik Diana nie buat report dan juga report kepada pihak admin facebook. Mungkin dengan entry nie dapat bantu ramai orang yang terkena kes macam nie. SS ada jugak call BIRO PENGADUAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA...katanya aduan macam nie berkaitan facebook memang depa tak boleh nak buat apa sebab admin adalah daripada luar negara. Cuma mereka hanya boleh bantu untuk bagi cara dan flow cam mana nak buat aduan. Memang betul la. Tapi pada masa yang sama kita kena monitor sendiri. 

Inilah PAGE yang hangat diperkatakan..Memang page macam nie snagat banyak dalam FB...uolls boleh bukak dan baca sendiri...Tapi hope uolls boleh follow langkah-langkah untuk report kepada admin facebook tentang facebook nie. Sebab ia sangat menjatuhkan maruah orang.


JOM FOLLOW DAN BUAT!!!!


LANGKAH 1 : 

Sebelah kanan ada button follow. Pilih butang REPORT PAGE


LANGKAH 2 :

Pilih sebab anda 
ada 5 jenis sebab. So uolls pilih yang mana sesuai dengan anda punya kes.
Klik : CONTINUE



LANGKAH 3 :

Tick pada butang REPORT TO FACEBOOK
Klik : Continue



LANGKAH 4 :

Klik : OKAY



Lepas anda dah klik OKAY..Selepas beberapa minit anda akan menerima NOTIFICATION macam nie.Means aduan anda telah berjaya. So semakin ramai yang buat aduan pada page yang sama, semakin cepat pihak admin FACEBOOK akan ambik tindakan.

So jom bertindak pantas...Demi keselamatan anda semua

SS berharap dengan adanya tips nie, insyaallah ia dapat membantu anda yang buntu dalam menyelesaikan masalah nie. Dan yang penting is PROFILE ANDA perlu dijaga dengan rapi..
Jangan sesuka hati nak pos gambar yang bisa membawa PADAH..

Insyaallah semoga tips nie membantu anda. Tapi jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan laman sosial Malaysia atau sebarang masalah penggunaan internet. Anda boleh terus membuat aduan kepada:

SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA
TALIAN BEBASTOL : 1800-888-030

Thursday, February 13, 2014

BABY BULLET BLANDER...Pilihan Saya

*Assalammualaikum*

Bila bayi anda berusia 6 bulan, pastinya ibu-ibu sangat excited gilez sebab diusia inilah si comel anda dah boleh mula menerima makanan baru selain daripada susu ibu mahupun susu formula. Bagi SS sendiri bila Babyzakwan menjangkau usia 6 bulan, memang terasa sangat teruja habis sebab inilah masa SS nak merasai sendiri persiapan membuat makanan untuk anak sendiri.

Tapi sebelum nak sediakan makanan untuk si comel anda. Yang paling penting ialah persiapan peralatan makanan bayi. Ibu ibu kena sediakan juga beberapa peralatan penting sebelum sikecik anak nak makan :


  1. Kerusi Makan Bayi
  2. Bip Baby
  3. Set Pinggan Mangkuk Bayi 
  4. Pengisar Makanan






KERUSI BAYI



BIP BABY ( elakkan bayi anda comotkan baju dier )


Pengisar Makanan Bayi


Dan jangan lupa TIPS paling penting ialah KEBERSIHAN :

  1. Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan hidangan untuk bayi anda.
  2. Cuci kerusi tinggi bayi, bib dan tempat makan dengan air sabun yang panas.
  3. Jika bayi anda menggunakan tangannya untuk makan, cuci tangannya sebelum dia makan.
  4. Tukar tuala dan kain pengelap dapur dengan kerap.

Now jom kita mulakan cerita entry kita pada hari ini :

KISAH BERMULA
-
-
-
-
-
-
-

Untuk pengetahuan anda semua, sejak Babyzakwan berusia 5 1/2 bulan, SS dah campurkan nestum dalam susu dier.Sebab nak cepat kenyangkan perut babyzakwan sebab dia dah kerap menyusu dan cepat lapar. So bila dah berusia genap 6 bulan, SS dah mula siapkan makanan untuk dia.
Tapi sebagai ibu baru nie, memang kita kena banyak belajar dengan ibu-ibu yang lebih berpengalaman. Sebelum babyzakwan nak makan, SS dah siap buat research tentang pemakanan bayi nie...tanya pada MR.Google itu penting, kawan kawan dan baca buku...Untuk dapatkan khasiat yang sempurna dan untuk elakkan babyzakwan mengalami keracunan makanan atau tersalah makan.Almaklumlah perut masih muda so tak boleh nak sumbat segala bentuk makanan.


Ini adalah carta makanan yang anda perlu tahu sebelum membuat persiapan makanan untuk bayi anda. Pada mulanya SS hanya pilih :

  • Lobak Merah
  • Labu merah
  • Buah Avacado
  • Ubi Kentang
Alhamdulillah semua dia suka.Tapi yang peliknya Babyzakwan TAK SUKA makan saja.Kena mix dengan nestum baru dia makan. Kira setakat nie kalau bagi makan memang habis kot...seronok tengok dia makan. Tapi sebelum nak sediakan makanan nie SS utamakan peralatan nak mengisar makanan dier. Takkan nak pakai mesin pengisar yang kita dok kisar bawang tue semua kan....So SS beli pengisar khas iaitu BABY BULLET...Pengisar yang lani tengah dok fames kot... Harga dia boleh dapat daripada RM150++ bergantung pada individu yang menjualnya. 

Apa yang best dengan Baby Bullet nie ??

Baby Bullet adalah salah 1 mesin pengisar yang sangat sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja kerana ia mempunya kelengkapan penyediaan makanan anda yang cukup iaitu :

  1. 2x bekas pengisar ( besar & kecil )
  2. 1x spatula
  3. 2 jenis mesin pengisar
  4. 1x motor pengisar
  5. 1x Buku panduan nutrisi
  6. 1x Buku panduan masakan
  7. Bekas menyimpan makanan (dilengkapi tarikh untuk diselarasakan)
  8. Bekas pembekuan makanan ( freeze )
Senangkan!!!! ALL in ONE...Tak payah nak susah payah cari bekas lain-lain semua dah ada dan yang paling best ialah apabila anda membeli set BABY BULLET nie anda akan disediakan :
USER MANUAL COOKBOOK. Dalam Manual Cookbook nie dia ada senaraikan resipi untuk sikecil anda serta sukatan pemakanan mengikut umur bayi anda. Mudah dah senang. uolls boleh tengok video yang SS buat nie..




Setiap produk semestinya mempunya KEBAIKAN & KEBURUKAN masing masing. So ini SS sharekan kepada anda.

Kebaikan BABY BULLET  :

  • Harga yang cukup berpatutan.
  • Datang dengan size yang kecil serta mudah dikendalikan.
  • Mempunyai bekas menyimpan makanan yang mempunyai tarikh untuk memudahkan ibu-ibu melebelkan makanan mengikut tarikh penyediaan.
  • Mudah dicuci
  • Mudah untuk dibawa travel.
  • Mempercepatkan proses penyediaan makanan bayi anda.

Keburukan BABY BULLET

  • Ia tidak mempunyai butang ON/OFF pada mesin pengisar.
  • Bila digunakan, ia akan mengeluarkan bau hangit pada mesin. ( jangan risau tak rosak pun )
  • Tidak mempunyai pelarasa kisar. Mesin ini hanya kisar pada 1 tahap sahaja.

Tapi sepanjang penggunaan mesin ini, SS tidak mengalami sebarang masalah malah ia sangat memudahkan dan banyak membantu SS untuk menyediakan makanan untuk Babyzakwan. Pastikan makanan yang nak dibuat tue mestilah dibasuh dengan bersih dan resbus atau stimkan makanan itu sebelum anda mengisar. 


Cth menu kegemaran Babyzakwan : lobak merah + labu

Kepad Ibu-ibu yang sedang mencari mesin pengisar untuk proses penyediaan makanan bayi anda. Cubalah beli set BABY BULLET nie. Sebab comel dan best. Tapi kalau uolls nak order dengan SS pun boleh RM160 sekali postage. 
Nak order boleh whatsapp /call/sms 0195434377..


Friday, February 7, 2014

PROMOSI FEBRUARI SHAKLEE : VITA-LEA


Assalammualaikum ....

Sorrylah Dah masuk Feb 6 SS kelewatan untuk upload promosi bulan FEBRUARI Shaklee. Seperti biasa setiap bulan SHAKLEE akan buat promosi BUY 6 FREE 1 dan bulan nie promosinya jatuh kepada :

VITA-LEA

VITA-LEA merupakan Mutlivitamin terbaik kerana ia merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

Selain daripada itu.VITA-LEA nie jugak bertindak :


  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga




Siapa Memerlukan Multivitamin VITA-LEA SHAKLEE :


  1. Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  2. Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  3. Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  4. Remaja yang sedang membesar
  5. Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka
  6. Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki
  7. Individu yang menopous
  8. Wanita yang baru bersalin



Harga Runcit Vita-Lea Shaklee 
Sebotol Vita-lea (120 biji)
Semenanjung - RM88.75
Sabah & Sarawak - RM93.75


Kepada yang nak order boleh pm SS terus atau emailkan butiran order anda kepada SS. 
Contact : 019-543 4377
SID : 966421
Email : surianie_shaklee@yahoo.com



9 Doa Pelindung Diri



SALAM JUMAAT SEMUA...

Marilah sama sama kita amalkan doa ini sebagai amalan harian kita bersama : )



Surah Fatiha melindungi diri daripada salah satu marah ALLAH.

Surah Yaseen melindungi diri daripada dahaga di Hari Perhitungan.

Surah Waqi’ah melindungi diri daripada kepapaan dan kemiskinan.

Surah Mulk melindungi diri daripada azab kubur.

Surah Kauthar melindungi diri daripada ancaman musuh.

Surah Kafiroon melindungi diri daripada mati dalam kekufuran.

Surah Ikhlas melindungi diri daripada munafiq.

Surah Falaq melindungi diri daripada kecelakaan.

Surah Naas melindungi diri daripada bersangka buruk.

Saturday, February 1, 2014

5 Tips Shopping Online


Assalammualaikum semua...

Hari nie SS sangat teruja bila nak share tips nak bershopping secara online.Yerlah kan sekarang nie memang banyak gilez orang yang jual online nie, siap buat promosi bagai kan. Murah dan berbaloi....Tapi tahukah anda, jika uolls sekadar membeli tanpa usul periksa semestinya memang mudah kena tipu. Betul tak??..So hati- hati okay.

Simple tips yang SS nak kongsi dengan uolls :

1. KETAHUI JENIS MATERIAL YANG INGIN DIBELI
Ini adalah antara tips paling penting, uolls kena tahu jenis material yang uolls nak beli sebabnya daripada situ, uolls akan tahu harga sama ada berbaloi atau tidak. COntoh kalau sekarang nie, paling top ialah shawl chiffon & cotton. Tapi anda kena tanya juga shiffon jenis macam mana? cotton tue panas tak?? dan adakah material nie mudah luntur warna bial dicuci.


2. HARGA
Harga juga memainkan peranan penting, Kalau uolls beli shawl pasmina RM20 sehelai + RM6 postage RM6..Total RM26. Sedangkan bila beli dikedai direct hanya RM10 jer..Kan murah...Pastikan masa uolls nak beli jangan terlalu obses nak beli online, pastikan harga yang penjual berikan berbaloi dengan nilai harga anda beli secara direct di kedai. Jangan pulak beli barang mahal  tapi kualiti sangat menyedihkan 

3. BUTIK 
Pastikan butik / owner yang menjual produk nie berdaftar dengan SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab ia lebih safety okay. Kalau depa nak tipu pun, u guys ada no pendaftaran dna uolls boleh saman or amik tindakan. Tapi nowdays memang ramai pun yang tak register bisnes depa. But uolls jangan risau still boleh shopping asalkan uolls tengok butik tue ramai pembeli dan tengok juga testimonial okay dari pelanggan. Kira lulus lah tu.Tips paling berkesan try beli barang yang paling murah dari butik tersebut. Kalau okay then anda boleh try untuk beli barang yang lain. 

4. FEEDBACK DARI OWNER
Once uolls dah berkenan pada sesuatu barang, pastinya uolls akan talk-talk dengan owner kan. Pastikan dan make sure woner tue ada reply balik. sebab kalau uolls nak beli barang tapi depa tak reply cam mana kan. Mesti macam takut nak membeli. Kalau tak confident call terus. 

5. DAPATKAN REF NUMBER PEMBELIAN
Once bayaran uolls dah buat, minta owner berikan tracking number pembelian barang yang akan dipos. Sebab once barang dah ada tracking number uolls boleh track bungkusan uolls dah berada dimana. Kalau bila dok minta owner tak bagi mesti ada something wrong. Minta follow up okay. jangan sambil lewa jer...



Semoga 5 tips simple nie dapat membantu uolls dalam bershopping secara online...Khidmat nasihat daripada MADAM SURIANIE :)




Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels