Thursday, October 27, 2011

Kasihanilah Dia Seadanya


Hello semua kengkawan yang rajin membaca belog saya nie...terma kasih sebab sudi menjadikan belog nie kawan rapat anda seperti mana yang saya buat setiap hari....

Okaylah jom kali nie kita nak berkongsi cerita sikit pasai sebah cerita yang bertajuk

KASIHANILAH DIA SEADANYA

Perrgghhhhh tangkap muat tajuk dia.....story nie sekadar nak meluahkan apa yang terpendam dihati....Tapi sejauh mana perasaan kita ada pernah orang bertanya???APA YANG KITA RASA??

Macam nie la...hidup sekarang nie banyak yang dah pentingkan diri...Just nak lepaskan diri masing-masing sampaikan orang lain tak dihiraukan.Kadang kala terasa juga bila diri kita nie rasa macam diperdaya...

buat tuee...
buat nieee
buat sana...
buat sini...

TANPA BANTUAN ORANG....so bila kita penat nak rest dan nak rehatkan diri...kena marah!!!!
Bengang tak???Kenapa mereka tak kasihani saya???Bila kita menjawab depa cakap kita nie suka melawan sedangkan kita nak bgtau yang kita penat n need rest time...Boleh ka depa faham keadaan tue??

Kadang kala terasa sangat bila diperlakukan sedemikian rupa..Memangla kita kerja banyak sebab tak ada orang yang nak bantu dan kita sendiri yang kena buat sorang diri...Tapi kenapa depa pandai ja cakap tapi tak hulurkan bantuan??
-
-
-
-
Kenapa Manusia kena ada perasaan macam tue??
-
-
-
Apa yang saya harapkan orang macam nie dapat berfikir lagi...berfikir akan kedudukan orang lain dan kedudukan keadaan yang sebenarnya....

Terima kasih !!!

Tuesday, October 25, 2011

My New Story on Surianie Samsudin BLOG

MY WEDDING PREPARATION

DEAR ALL READERS.....erm dah tiba pulak masa untuk saya membuat review untuk persiapan majlis perkahwinan saya nanti.

BILA??

tarikh tue tak boleh nak dikabarkan lagi sebab tak disahkan lagi oleh family kedua pihak. So once dah approved dan disahkan..akan dimaklumkan pada anda semua...



Bukan nak menunjukpun tapi sekadar nak berkongsi apa yang ingin dikongsikan bersama dengan pembaca blog saya ini...Pastinya mungkin akan banyak membantu anda juga..
Tunggu nanti saya share banyak story dengan anda semua..

with luv,
Sue

Marco SimonCelli Maut

SIAPAKAH JEJAKA BERAMBUT AFRO INI??


Inilah Mat Rempit sejati yang menjadi kegilaan anak remaja yang minat dengan race moto. Nama mamat nie ialah Marco Simoncelli. Berasal daripada ITALY.

Kenapa dengan Dia??

kemarin berita mengejutkan dengan kemalangan incident yang berlaku keatasnya masa sesi perlumbaan MOTOR GP yang berlangsung di SEPANG pada 23 Oct 2011.
memanglah aku nie tak minat.tapi bila dapat link video dia dilangar dalam blackberry tue memang terasa teruja nak tengok..

Klu nak tengok jom klik kat link nie Video Kemalangan Marco Simoncelli

Memang ngeri kot dia kena langgar...sampaikan helmet dia terpelanting terus dan di terbaring atas litar...

Apapun takziah buat ahli keluarganya..Ajal dan maut kita tak tahu bila...

With Luv,
~sue~

Monday, October 24, 2011

Sesi rawatan resdong


Last week merupakan hari membuat sesi pelamin tunang kepada my customer. Ermmm jauh jugaklah..tapi in 45 minit jer sampai ke lokasi tue.Kuala Muda..atas sikit dari penaga...So perjalanan bermula jam 10 pagi saya dan tunang saya telah menuju ke sana untuk menyelesaikan tugasan kami yang telah diamanatkan..hehehe
So after 45 minit perjalanan,kami pun sampailah di destinasi yang di tuju.



So semasa kami tiba di rumah si pengantin tue..dia ada maklumkan pada kami mengenai services yang depa ada buat iaitu MEMBUANG RESDONG..woooo sangat teruja dan kami planning nak buat. Tapi memandangkan ada tugas yang nak diselesaikan. Kami pun membuat kerja bagi habis..

So after 1 jam berlalu maka kami pun dah selesai membuat pelamin..taraaa


Sebelum kami balik tue. sempat juga depa sediakan makan tengah hari okay..



semua fresh okay....Sebab lokasi depa nie berdekatan dengan jetty ikan turun...erm tue yang sedap tue..siap makan sambai petai lagi ok!!!

Thanks....Tapi nak buat resdong tak kesempatan....So esoknya masa sesi membuat pelamin, baru sempat en tunang saya membuang resdong buat pertama kalinya...



perrggghhhh macam pakai bedak dah muka dia....tapi sayang after 20 pcs ubat yang digunakan utk membuang resdong saya tak dapat nak tgk sebab dah start make up si pengantin tue..
Tapi nampak juga dalam lubang hidung dia memang banyak sangat.

Tapi for those yang tak pernah buang tue, sila la membuangnyer okay.Takut membahayakan pulak..hehehe...Cost en tunang saya buat hanyalah RM15 jer...murahkan..hehhehe

So enjoy the story..

with luv,
Sue

Saturday, October 22, 2011

Karaoke Time


Jom Feeling-feeling Jadi Artis Sat!!!!

Tetiba nak feeeling jap ala-ala Dato Ct Nurhaliza...
Perrghhh suka gila lagu nie..Dia nyanyi pun relax jer.....
Jom kita layan sebentar




LIRIK MENANTI PASTI ( CT NURHALIZA)




Kegelapan malam ini menyesakkan jiwa
tanpa bintang untuk aku mimpikan mimpimu
aku… merindu indah bulan
menyuluh kelam malam
mengharap bintang akan bersinar
kesepian hati ini mengundang derita
penantian satu seksa bila tanpa balas
aku… menanti kata hati
darimu satu pasti
mengharap mimpi akan hakiki
Korus:
Cinta
bisikkanlah asmaraku
padanya gelora di kalbu
hembusan nafas ini hanyalah kepadanya
mencintai setulus hati
Cinta
bukakanlah asmaranya
padaku setia menunggu
antara kau dan aku ada persamaan
untuk cinta bersemi nanti
andai ada di hatimu….
ruang cinta itu
kan ku simpan anugerah
ke akhir hayatku
menanti pasti….

Siapa yang salah???



Hari ini bertarikh 20.10.2011 merupakana hari yang SERRRRR sekali aku rasakan bila buat pertama kalinya berlaku kisah trajik yang paling menyakitkan hati.
Tak sangka benda nie akan jadi. Dah bertahun aku menjalankan bisnes macam nie baru first time jadi macam nie. Adehh kenapa erkk??....

itulah peranan seorang wedding planner jika ada kesilapan dan terlalu ikutkan kehendak pelanggan.
inilah akibatnya....

at least the bakal pengantin kenalah ada rekod jugak.Jangan nak mengharapkan orang lain semata-mata.Klu dia byr RM50K kat aku tak pa jugak semua aku buat. nie tak macam cincai ja..
Nak kawin ka tak aku pun tak tau macam mana..

Susah nak cakap. Satg kalau kita cakap depa terasa. Tapi biarlah depa yang nak kawin. Tapi  JUST AMBIK LA KISAH SIKIT WALAUPUN 30% about ur preperation.

Kalau takut beli ja buku untuk rekod segala persiapan wedding anda




buat macam nie...tulis semua apa yang berkaitan pasai wedding anda.
nak conteng..
nak buat lakaran..
nak gam..

semua boleh buat. So bila ada orang buat salah...INI BUKTI ANDA OKAY!!!!!


So for those pengantin atau bakal pengantin termasuk diri saya sendiri. SILA SEDIAKAN BUKU MACAM NIE dan rekodkan segalanya dalam BUKU INI


Sekian.Terima kasih


Friday, October 21, 2011

Jangan Sakiti Hati Saya!!!



Saya ada hati dan perasaan...
Saya punya hati untuk diberikan pada insan yang boleh menghargainya...
Saya punya hati untuk dijaga rapi..
Saya punya hati untuk menjaga hati orang lain...
Saya punya hati yang diberikan oleh-NYa secantik seperti ciptaannya..
Saya punya hati dan tolong jangan cuba sakitinya.

KENAPA???

Sebab saya tak suka sakitkan hati orang...
sebab saya tahu kalau hati kita sakit bagaimana rasanya...
Sebab saya tahu hati yang disakiti tue sangat susah untuk diubati..

saya bukan seorang yang PERFECT dalam segalanya...
saya bukan sehebat yang ada fikirkan saya hebat...
Saya bukan seorang yang sentiasa berikan keajaiban pada diri anda

SAya adalah saya..
saya punyai hati
Dan saya punya perasaan yang perlu anda juga mengerti dan jagainya...
Kerna..
sesungguhnya jika hati saya sakit....
maka cukup susah untuk diubati

Thursday, October 20, 2011

Canon 400D !!

Sudah hampir berbulan-bulan camera DSLR Canon yang kakak saya beli tersadai dalam beg sebab tak boleh nak pakai...
BUKAN ROSAK...Tapi disebabkan LENSE yang tak boleh beroperasi untuk mengsnap picture yang cantik-cantik/.....adehhhh rosak la kan...

Nak simpan duit beli pun berkurun jugak nak tunggu...Simpanan untuk benda lain pulak...NAK KAWIN..hhehhee...Tapi sekarang nie kalau difikirkan balik nak beli baru atau nak beli LENSE jer??

PEndapat anda??? Canon 400D??

condition elok lagi cuma lense jer...apa mau buat erk??/tunggu nanti buat keputusan selepas merajinkan diri untuk beriadah dan membuat kepo di kedai camera :)


Wednesday, October 19, 2011

Adakah anda GILA GADGET??


Meh sini nak kabarkan pada mereka yang suka dengan GADGET nie...tambah tambah yang suka Blackberry ka I-Phone ka...Sure anda akan suka??

Kedai nie beroperasi secara online dan selalu buat pre-order...tengoklah pic hasil yang dibuat...comel gilezzzz









Setiap design tue lingkungan harga RM200++ duit Malaysia. Sebab yang buat nie kat Indon. klu sesiapa yang ada Blackberry nie boleh add  dia di  B`Berry Shop

Seriousss cantik gilezzzz

Friday, October 14, 2011

Siapa sebenarnya PENGAPIT??

HELOOOO everyone....

Mesti ramai yang ternanti-nantikan cerita yang nak saya kongsi bersama dengan anda....Semestinya sudah pasti memang banyak cerita yang saya nak kongsi dengan semua pembaca.
okaylah kali nie saya nak menceritakan pulak pasai peranan sebagai seorang pengapit pengantin




Pernah kah anda menjadi sebahagian daripada mereka??
SAYA???

Memang pernah menjadi pengapit pengantin kepada bebrapa orang pengantin. Memang mencabar jugak nak jadi pengapit nie. Sebab andalah orang yang paling PENTING untuk pengantin berkomunikasi dengan anda jika dia inginkan sesuatu. Takkanlah dia nak jerit panggil orang masa bersanding?
Kannnn!!!!

Tapi tahukah anda apakah peranan yang sebenarnya PENGAPIT??
Nak jadi pengapit nie bukan senang okay.Ada yang kata nak jadi pengapit mesti cantik..Tapi klu cantik tapi tak tau buat semua benda nak buat apa...sakit hati ja. so jom saya kongsi dengan anda serba sedikit pasal peranan pengantin 
  1. PENGAPIT berperanan sebagai kawan rapat pengantin sepanjang hari majlis perkahwinan.
  2. PENGAPIT  merupakan orang perantaraan antara pengantin dan juga ahli keluarga.
  3. PENGAPIT adalah orang suruhan si pengantin jika dia memerlukan air, ambil tudung dan segala macam benda yang pengantin inginkan.Bukan penaya tapi itulah hakikat sebagai seorang pengapit.
  4. PENGAPIT  berperanan untuk menjaga pengantin semasa diatas pelamin,memperbetulkan kedudukan,baju,bunga, make up agar pengantin nampak cantik dan segak.
  5. PENGAPIT juga perlu mengetahui adat naik pelamin. Kalau tak ada pengapit maka cacat juga si pengantin nanti.


Tapi macam mana nak memilih sorang pengapit itu??

  1. PENGAPIT  mestilah tidak terlalu tinggi dari anda jika anda seorang yang pendek.Jika anda seorang yang tinggi jangan pulak anda pilih PENGAPIT  yang sangat rendah daripada anda.
  2. PENGAPIT tue kalau boleh ambil la kawan anda sendiri. Jangan ambil ahli keluarga cth macam kakak atau adik sebab nanti susah sendiri.
  3. PENGAPIT tak semestinya cantik asalkan di bersesuaian dengan anda.
  4. JIka anda seorang yang bertudung, seeloknya pilihlah PENGAPIT  anda yang bertudung.
  5. Jika anda free hair pilihalah PENGAPIT  anda yang free hair. Kan lebih manis.:)


Okaylah.hope kali nie punya entry memberikan anda sedikit pengetahuan.Ada juga orang tua-tua cakap kalau jadi pengapit nie nanti cepat dapat jodoh. betoi ka??? Anda sendiri yang nilaikan

 Tapi siapakah yang akan menjadi PENGAPIT saya pada majlis pernikahan saya ???
Tunggu dan lihat....kerna pasti saya pun teruja nak buat pemilihan nie.



with luv,
~sue~

Monday, October 10, 2011

Pindah Lagi???



Alhamdulillah...akhirnya selesai sudah sesi pindah memindah butik Red Gincu ke lokasi yang terbaru.Butik yang terbaru.
Semua orang bertanya...KENAPA PINDAH LAGI??
JAWAPNYA:

Sebab kedai tue owner nak pakai balik 

Then lagipun banyak orang comment dan adu susah nak cari butik Red Gincu. 

So selepas perbincangan dibuat maka keputusan pun dibuat untuk proses pemindahan lokasi. Kini lokasi terbaru berada di Ayer Itam, Memang senang nak mencari sebab berada di tepi jalan sahaja. Nak tahu kat mana.Tunggu nanti saya upload the story sebab sekarang nie kedai masih lagi dalam RENOVATION.

Masa nak pindah tue memang sangat azab sebab memang banyak barang...itu baru sikit. nasib baik ada juga barang yang dah masukkan dalam rumah buat sementara waktu. So takla rasa penat sangat..

Ini kedai semasa sesi pembungkusan 






dan  ini selepas di kemas....



dahlah kedai tue bocor..habis banyak barang yang dah lingkup...adehhh nasib boleh pakai balik.Tapi tak boleh nak claim pulak..sedeyyyy...
So selepas dah buka dia punya partician tue inilah kedai asal......kosong....



Tengookkkkkkk punyya banyakkkk barangggg gillaaaaaaaaaa....Tima kasih kepada En.Tunang saya yang telah membantu membuat sesi mempaking barang yang sangat banyakkkk



Nak tahu tak kat mana  kami berpindah???
HAAAAAAAAAAAAAAaaa.....

Tungguuuu nanti saya ceritakan kisah yang selanjutnya.....

SEKIAn.....


With luv,
~sue~

Wednesday, October 5, 2011

Adakah tiba pulak giliran SAYA?

Alhamdulillah dah genap 1 bulan kakak saya dah kawin..Semuanya dah satle..boleh tarik nafas panjangggggg...

SELEPAS ITU...

Tiba pulak giliran saya selaku Penutup Majlis Pekahwinan anak kenapa En Manap & Pn Idamiah...wahhhh nervous pulak nie...

di jangka tarikh tue insyaallah dalam tahun 2012....ermmm bulannya nanti saya kabo okay :)

Nak bagi suprise sikit....Apapun tunggulah cerita sikit demi sedikit.....



NAK KAWINNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!


with luv,
~sue~

Tuesday, October 4, 2011

Jom Masuk Red Gincu Baby Contest

Adakah Bayi anda secomel ini ??


Jom saya bawak anda untuk menyertai pertandingan RED GINCU BABY CONTEST yang dianjurkan oleh THE HOUSE OF RED GINCU. syarat dan terma dan ditetapkan.Senang jer...
Kalau bawa tuah..Anda boleh memenangi hadiah yang cukup lumayan iaitu RM100 tunai terus ke akaun anda.

Nak tahu lebih lanjut??jom layari link dibawah ini : 






Semoga berjaya dan mungkin adalah pemenangnya :)

with luv,
~sue~

Monday, October 3, 2011

Kekalutan Membawa Padah

Kekalutan membawa Padah..

itulah tajuk entry saya pada hari yang cukup indah ini...Kekalutan membawa padah apabila telefon terpenting saya Blackberry telah selamat menyelamkan dirinya kedalam lembah beringin ......




iaitu lembah lubang jamban...


adehhhhhh....macam mana boleh masuk pun tak tau..sebab  kalut nak keulak umah ..maka ia pun menjatuhkan dirinya..Mungkin sebab lama tak mandi kot ....Nasib baik tak sempat nak membuang lagi...klu tak nanti BB aku nie ada corak exclusive..hahahha

Buat masa sekarang nie kenalah pakai HP BB kakak aku.Nasib baik dia ada.Klu tak naya kess ooo..dah lah event banyak nie...semua no tak ada.mampus akak....

So kena la tunggu 2-3 hari lagi utk bagi dia kering sebab bila tengok dalam screen dia still macam ada air masuk....adehhssss

SO PADA SEMUA KENGKAWAN..BUAT MASA SEKARANG NIE U`OLLS BOLEH SMS OR MMS OR EMAIL JER..

Phone akak saya nie ada prob sikit ngen speaker dia.Tue yang dia tak boleh cakap. type jer ok..


With Luv,
Sue


Sunday, October 2, 2011

Akhirnya dah kawin pun Si Nabil Raja Lawak nie...Jom kita tengok apa yang menarik on wedding dia..

FIRSTLY
Kita belek busana pengantin perempuan dia..Perghh sangat cantik..simple n nampak sweet sangat..Tak pasti pulak siapa yang membuat baju itu. tapi yang pastinya saya suka tudung nikah dia...


Ini pulak mungkin busana malam berinai....cantik jugak..simple..then make up dia pun nice...dah nampak macam Alyah dah...


Ini pun busana yang dipakai masa majlis depa.Tapi sesi apa erk?? yang peliknya design nie macam aku selalu tengok kat dalam Majalah Pengantin.nampak slim gila bini nabil nie.,



dan ini pelamin nikah mereka. seriousss simple gilezzzz.....tapi yang glam tue ialah bunga dia..FRESH.....


hopefully mereka nie bahagia buat selamanya dan tak ada orang yang suka nak menyibuk dan nak buat gosip okay..Selamat Pengantin Baru buat Nabil dna Isteri


with Luv,
~sue~

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels