Friday, October 14, 2011

Siapa sebenarnya PENGAPIT??

HELOOOO everyone....

Mesti ramai yang ternanti-nantikan cerita yang nak saya kongsi bersama dengan anda....Semestinya sudah pasti memang banyak cerita yang saya nak kongsi dengan semua pembaca.
okaylah kali nie saya nak menceritakan pulak pasai peranan sebagai seorang pengapit pengantin




Pernah kah anda menjadi sebahagian daripada mereka??
SAYA???

Memang pernah menjadi pengapit pengantin kepada bebrapa orang pengantin. Memang mencabar jugak nak jadi pengapit nie. Sebab andalah orang yang paling PENTING untuk pengantin berkomunikasi dengan anda jika dia inginkan sesuatu. Takkanlah dia nak jerit panggil orang masa bersanding?
Kannnn!!!!

Tapi tahukah anda apakah peranan yang sebenarnya PENGAPIT??
Nak jadi pengapit nie bukan senang okay.Ada yang kata nak jadi pengapit mesti cantik..Tapi klu cantik tapi tak tau buat semua benda nak buat apa...sakit hati ja. so jom saya kongsi dengan anda serba sedikit pasal peranan pengantin 
  1. PENGAPIT berperanan sebagai kawan rapat pengantin sepanjang hari majlis perkahwinan.
  2. PENGAPIT  merupakan orang perantaraan antara pengantin dan juga ahli keluarga.
  3. PENGAPIT adalah orang suruhan si pengantin jika dia memerlukan air, ambil tudung dan segala macam benda yang pengantin inginkan.Bukan penaya tapi itulah hakikat sebagai seorang pengapit.
  4. PENGAPIT  berperanan untuk menjaga pengantin semasa diatas pelamin,memperbetulkan kedudukan,baju,bunga, make up agar pengantin nampak cantik dan segak.
  5. PENGAPIT juga perlu mengetahui adat naik pelamin. Kalau tak ada pengapit maka cacat juga si pengantin nanti.


Tapi macam mana nak memilih sorang pengapit itu??

  1. PENGAPIT  mestilah tidak terlalu tinggi dari anda jika anda seorang yang pendek.Jika anda seorang yang tinggi jangan pulak anda pilih PENGAPIT  yang sangat rendah daripada anda.
  2. PENGAPIT tue kalau boleh ambil la kawan anda sendiri. Jangan ambil ahli keluarga cth macam kakak atau adik sebab nanti susah sendiri.
  3. PENGAPIT tak semestinya cantik asalkan di bersesuaian dengan anda.
  4. JIka anda seorang yang bertudung, seeloknya pilihlah PENGAPIT  anda yang bertudung.
  5. Jika anda free hair pilihalah PENGAPIT  anda yang free hair. Kan lebih manis.:)


Okaylah.hope kali nie punya entry memberikan anda sedikit pengetahuan.Ada juga orang tua-tua cakap kalau jadi pengapit nie nanti cepat dapat jodoh. betoi ka??? Anda sendiri yang nilaikan

 Tapi siapakah yang akan menjadi PENGAPIT saya pada majlis pernikahan saya ???
Tunggu dan lihat....kerna pasti saya pun teruja nak buat pemilihan nie.



with luv,
~sue~

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels