Tuesday, October 28, 2014

Maksud Nama Anak Saya

 Assalammualikum!!!

Entry kali ini agak berunsurkan Islamic sikit tau..Tapi SS tak berniat nak menyinggung hati & perasaan mana-mana pihak berkaitan dengan entry yang SS nak tulis kali ini. Entry kali ini bertajuk :

"MAKSUD NAMA ANAK SAYA"



Sebelum nie memang SS tak pernah nak upload entry ttg sebalik nama pilihan SS dan suami tentang nama anak sulung kami. So selepas kami berbincang, maka pada usia kandungan SS 6 bulan , kami telah bersepakat untuk menamakan anak kami dengan nama 

"Muhammad Zarif Zakwan Bin Mohd Rozainizam"


Yang bermaksud :
MuhammadPraised; the name of the Prophet - pbuh
ZakwanYang cerdik, yang harum
ZarifPeriang, berjenaka


Banyak juga sumber yang SS cari untuk mendapatkan nama dan maksud serta ejaan. Tapi selepas anak sulung kami dilahirkan maka kami terus panggil dier "ZAKWAN" bukan dengan nama yang lain. Sampailah sekarang SS panggil dier ZAKWAN!!! Dalam niat dihati nama Zakwan itu bermaksud Yang Cerdik , yang harum... Tapi setelah 1 tahun Zakwan membesar, baru kini SS dapat banyak info sharing dari kawan kawan tentang nama dan 
maksud disebaliknya..jom kita baca dan kongsi bersama...

Isssshhh...Ya Allah , memang SS sendiri agak terkejut sebab sebelum nie bila SS type jer nama dengan ejaan ZAKWAN memang tak ada dalam list pun. But sekarang nie tetiba boleh ada pulak nama ZAKWAN tersenarai dalam nama nama terlarang dalam Islam. Tapi ejaan tak sama tau. Ejaan yang tertulia ialah ZAKUAN / ZAQUAN / ZAQWAN....tapi nama anak SS ialah ZAKWAN ...So mana yang betul mana yang salah dan mana yang tak elok???


Berikutan dengan masalah yang SS hadapi ini, So SS nak sharing 1 video yang SS dapat daripada youtube berkisah tentang Nama Nama Yang dilarang daripada Ustaz Sharhan
 :) Selamat menonton :)


"Ustaz Sharhan jelaskan, nama seperti di atas memang mempunyai maksud yang baik/maksud yang indah, cuma dalam perubatan Islam nama-nama ini sering digunakan oleh Jin. – Wallahua’lam"

Apa pendapat anda tentang video ini pulak??...
Dan bagaimana pulak kata-kata oleh  dari ustaz Azhar Idrus ini??
Mari sama sama kita dengarkan :


"Memang tidak ada dalam Al-Quran, tetapi selaku pengamal perubatan Islam (Ustaz Sharhan) dia lebih tahu kerana dia orang yang selalu berurusan dengan Jin , mungkin kenyataan beliau betul sebab kita tak ada ilmu berkaitan ini.. beliau lebih arif mengenainya, jadi kita perlulah menghormati pendangan beliau selalu pengamal perubatan Islam.

Menurut pandangan Ustaz Sharhan lagi lebih kurang 60%-70% orang yang datang berubat terkena penyakit misteri adalah bernama seperti di atas..

Kesimpulannya, tidak wajib percaya nama seperti ini tidak baik, tetapi mungkin betul pandangan pangamal perubatan Islam kerana mereka lebih tahu berkaitan dengan Jin.. – Wallhua’lam"

Info dari : sumber blog

Antara nama-nama tersenarai terlarang ialah :

1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Macam ustaz Sharhan & Ustaz Azhar Idruz cakap..kalau kita dah letakkan nama nie, tka perlu nak ke tukar nama dia...cuba panggil dengan nama lain.. Ikutkan mungkin ada benarnya disebalik nama tersebut , sebab ikut pada pengalaman SS sendiri, memang Zakwan seorang anak yang periang, lawak dan sentiasa menghiburkan, tapi disebaliknya ada keburukan yang ada dalam diri Zakwan sendiri. :

1. Dia kerap menangis
2. Dia pandai membalas jika orang marah pada dia
3. Dia takut jika ditinggalkan dalam gelap

tapi semua ini tak semestinya kita kena percaya, Mungkin ada betulnya, ustaz yang bagitahu nie, dia ada pengalaman dalam bidang perubatan bersama jin -jin dan mungkin jin pun suka nama nama ini termasuklah nama "zakuan". sebab dalam Al-Quran & hadis pun tak ada. Tapi tak salah jika kita nak percaya atau tidak. Bergantung pada individu itu sendiri.

Insyaallah SS akan mendapatkan lagi pendedehan daripada ustaz ustaz yang SS kenal, dan minta mereka terangkan lebih lanjut lagi supaya orang lain tidak lagi membuat spekulasi pada SS dan suami kerana kami menamakan anak kami dengan nama yang bermaksud "ANAK JIN" sedangkn disebalik nama indahnya ia bermaksud " Yang cerdik, yang harum"....

So mulai hari ini kita boleh panggil dier 

"wawan"
"zack"
"zarif"
" muhammad zarif"
"muhammad"

dan banyak lagi nama manja yang sesuai yang boleh kita panggil. Nak panggil Zakwan pun boleh..tak ada masalah tapi jangalah korang panggil dan mempermainkan nama Zakwan dan panggil dier ANAK JIN..Itu boleh mendatangkan kemarahan..!!!!
Semoga pendedahan melalui video tadi banyak memberikan kita info yang boleh kita sharing bersama :)
Sekali lagi saya dan suami bukanlah berniat untuk menamakan anak kami dengan nama yang tidak baik, malah kami anggap nama yang kami berikan kepada anda kami memberikan maksud yang indah untuk kami dengar...:)


Wallhua’lam........................

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels