Tuesday, June 30, 2015

Mencari Idea nak susun baju anak


Assalammualaikum semua......
Ramadhan 13 sudah...cepat kan masa berjalan lepas tu kita dah raya. Lepas raya kita sambut Raya Haji pulak, lepas tu Saya pulak bersalin..erm tapi adakah persiapan dah dibuat???
Actually memang saya tak buat apa apa persiapan lagi pun sebab dok ingat nak pakai ja barang zakwan yang ada sebelum nie... Lagipun tak tahu jantina apa...Tunggu bulan depan baru nak scan sebab dah 4 bulan tak scan. Kalau di Klinik Kerajaan, mana ada scan setiap bulan. 3-4 bulan sekali baru scan. Takpa kita tunggu ja nanti. apapun bulan depan dah masuk 5 bulan kandungan saya nie.memangh cepat ja tapi perut tu nampak kecik ja...Ada yang cakap perempuan ..boleh katakan 90% kata perempuan. Tapi saya tak maulah teruja sangat sebab itu semua rezeki dari ALLAHs.w.t

Entry kali nie, saya teringin sangat nak kongsi idea nak menyusu pakaian anak anak kan...Macam best ja...Tapi kalau ruang bilik besar takpa, bagi saya nie rumah flat kecik jer..cam mana nak buat feeling feeling macam istana kan...So kena cari a few idea yang boleh bantu kita..
Ada lah seorang kawan suggest msauk 1 page nie dan dalam tu ada macam macam gambar dan info...Cuma anda open link nie : PINTEREST. uolls mesti suka tengok page nie...

Saya sendiri memang suka bukak page nie sebab nak ambik mood nak deco rumah sendiri atau mencari sesuatu idea. So this time kena plan sungguh sungguh sebab nak tunggu sorang nie bersalin bulan 11, semua kena ready this time pantang rumah sendiri dan mak pun stay sekali....memang kena plan nak susun atur barnag barang macam mana supaya tak kelam kabut nanti.

Jom kita belek beberapa gambar yang sempat saya ambil dari page tersebut...yang menjadi faberet saya....mana tau dapat idea ka...

Bagi yanga da lemari open macam nie, boleh try susun cam gambar nie... nampak kemas dan teratur kan.



Kalau yang ada drawer, boleh dapat idea susun macam nie , teratur dan kemas, nak cari baju pun senang kan. Cuma ada pilihan sama ada nak beli kotak kotak kecik utk susun atau pun buat sendiri. 

Bagi anda yang mungkin ada ruang yg besar. boleh buat macam nie..tudia memang hebat gilaa....rasa cam tak mau keluak dari bilik kan...


Selain tu boleh juga buat kotak kotak cam nie untuk letakkan baju baby,pampers dan peralatan yang lain. senang nak cari, nampak teratur, nampak kemas

Tapi jika anda seorang yang creative, boleh tersus ja buat lemari sendiri. mudah kan... dana paling penting jimat!!!


Yang ada lemari tertutup macam nie mungkin senang nak buat and ada idea. so apa tunggu lagi, balik rancang dulu susun atur rumah anda. sesuai atau tidak. semoga idea nie dapat bantu anda jugak


Love,
Madam Surianie


- Assalammualaikum-

Monday, June 29, 2015

Size dulu dan Sekarang | Cerita Kehamilan

Assalammualaikum semua...
alhamdulillah dah pun 12 tahu kita puasa kan. lagi 18 hari nak raya kan. Tahun nie persiapan buat sederhana jer. tak buat lebih lebih...kena lebih berjimat sebab duit sekarang nie keluar macam ayak ja. Okaylah actually entry kali nie nak share sikit cerita masa kehamilan pertama dan kehamilan ketiga nie.. Ya allah alhamdulillah banyak perubahan dan kebaikan yang saya alami.. happy sangat mungkin sebab 3rd baby nie kita dah ada pengalaman nak jaga macam mana. Orang cakap selalu klu yang 1st baby memang tak ada pengalaman, lepas tu mesti ada kan...
Ingat lagi masa pregnant Zakwan, ya allah berat saya naik mendadak sampai kena marah dengan misi, lepas tu kena pulak ualng alik 2 kali seminggu sebab nak cek berat dan BP takut kena darah tinggi atau kencing manis.. Masa nie memang nak makan ubat ka..makan suplement ka semua tolak tepi...sebba tak pernah tahu apa benda tu semua..apa kebaikan dia..So dia abaikan ja...

Hasilnya uolls tengok sendiri muka kembang kaw kaw!!!1 gambar nie masa 5 bulan..nampak muka..hidung..kembang macam orang dah nak bersalin...sampaikan nak p kerja pun kena setting baju 2-3 pasang nak tengok mana yang selesa..hahahaha..pengalaman sangat ngeri sampai kekadang tu sampai menangis tak ada baju nak pakai...


Tapi alhamdulillah pregnant kali nie memang nampak berbeza dari yang 1st punya. Berat tu nak kata naik mendadak tak ada. Klu tengok buku lama..masa 19 minggu dah 65kg tapi sekarang baru 56kg..sangat berbeza, badan pun tak naik...masih boleh nak pakai baju sedia ada..tka kalut macam dulu... perut pun tak nampak sangat besarnya...Orang cakap kecik ja..Tapi kalau ikutkan dah nak masuk 5 bulan dah perut comel ja suami cakap....ALhamdulillah mungkin sebab kali nie saya lebih mengutamakan pengambilan supliement dari SHAKLEE, set PRENATAL yang mengandungi  6 jenis produk yang sangat bagus untuk ibu hamil...



Hasilnya saya makan set PRENATAL SHAKLEE ;

  1. Berat dapat dikawal 
  2. HB okay
  3. Tekanan darah stabil
  4. MGTT ( belum dapat result lagi )
  5. tiada lagi rasa kejang kaki
  6. Tiada lagi sakit kaki / pinggang
  7. Masih bertenaga sepanjang hari

Bagi ibu ibu yang nak sihat sepanjang tempoh kehamilan, meh cuba set PRENATAL shaklee, kalau ambil set nie dalam tempoh 9 just repeat 2 kali ja..then boleh terus makan sampai bersalin...



Nak tahu lebih lanjut boleh calling saya...

Okaylah kita jumpa lagi di entry lain okay....ada banyak lagi story nak share

Bye
"Assalammualaikum "



Friday, June 26, 2015

Percuma Vitalea | Join Shaklee | Promo Sehingga OCt 2015



Nak dapat free vitalea??? siapa tak mau benda free??

Meh cepat p datfar jadi ahli shaklee...Nak buat bisnes pun tak pa, tak buat pun takpa itu hak anda. Klu buat dapat untung...





Daftarlah sekarang !!!

Hubungi saya pada number yang tertera pada gambar,
saya pasti anda bantu anda!!saya guide anda sampai berjaya!!!

Tuesday, June 23, 2015

9 Penyebab kenapa Garlic Menjadi Pilihan Ramai | Garlic Complex | Product Shaklee


Shaklee juga ada keluarkan 1 product dang diperbuat daripada bawang putih iaitu "GARLIC COMPLEX ". IA dibuat daripada bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di california, USA di waktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif ( tidak semua tablet garlic yang dijual dipasarkan mengandungi Allicin Aktif ). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 esktrak herba ( rosemary and  spermint ). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan 1000mg esktrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Garlic ini jugak bantu membantu ibu-ibu hamil yang mengalami masalah keputihan yang teruk. dengan pengambilan yang lebih konsisten, ia dapat membantu mengurangkan masalah keputihan tersebut.





9 Kebaikan Garlic Yang Menjadi Pilihan Ramai


#1: Mengandungi Spearmint
Garlic Shaklee ada dicampur sejenis herba namanya Spearmint. Fungsi Spearmint adalah untuk tingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung

#2: Antibiotik yang Selamat dan Semulajadi
Bila kita sakit, selalu juga doktor bagi antibiotik untuk bunuh bakteria. Antibiotik yang doktor bagi bagus, tapi kalau kita asyik selalu ambil, kesannya sangat tidak baik. Kita boleh terkena kerintangan antibiotik di mana bakteria dah imun dengan antibiotik.
Garlic pula antibiotik semulajadi. Kita tak risau nak makan Garlic sebab selamat untuk kegunaan jangka masa panjang. Ia boleh tingkatkan sistem imun badan, halang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis candida.

#3: Menghalang Alergi
Garlic Shaklee boleh tingkatkan sistem imun badan dari penyakit seperti hidung yang sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.


 #4: Mempertingkatkan Sistem Penghadaman
Rupanya bukan Peppermin Ginger Shaklee sahaja yang boleh bantu tingkatkan sistem
penghadaman, Garlic Shaklee juga.ia juga boleh kurangkan masalah kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.pylori bakteria dan menghalang ulser gastrik.

#5: Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Fungsi Garlic ini setara dengan Omega Guard yang boleh turunkan tekanan darah tinggi.
Ada kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dengan 8 poin.

 #6: Detoksifikasi
Detoksifikasi adalah proses buang toksin dari dalam badan. Badan akan kembali cergas dan aktif bila toksin dalam badan dapat dikeluarkan.Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, Plumbum dan kadmium adalah logam toksin yang akan menaikkan tekanan darah.Garlic juga boleh lindungi sel-sel darah dari kemusnahan logan dan halang kerosakan hati oleh bahan kimia.

 #7: Menurunkan kolestrol
Kolestrol sangat bahaya. Bila bacaannya sangat tinggi, kita boleh kena strok atau sakit jantung.
Garlic boleh turunkan kolesterol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, kurangkan bekuan darah. Selain itu, ia boleh tingkatkan HDL, lindungi jantung dan halang strok dan penyakit koronari.


#8: Bantu Cegah Kanser
Garlic bantu elak dan rawat kanser dengan kurangkan bahan pencetusan kejadian kanser - Nitrosamine

#9 : Menstabilkan Glukos dalam Badan
Ini berita baik untuk pesakit diabetis. Garlic boleh bantu stabilkan glukos dalam badan.



Asal Bau Garlic 

Garlic mengandungi pelbagai jenis komposit fisiologi yang terdiri daripada bahan sulfat untuk menentang bahan anti-oksidan dan anti-kanser. Inilah asal bau garlic







Part 3 | The Award day | Shaklee National Conference


Assalammualaikum semua.....

Sambung balik cerita PART 3 Shaklee  National Conference . Kali nie barulah nak cerita apa tujuan saya ke event terbesar shaklee nie??? Buat apa saya kesana??? Untuk anda semua sedia maklum saya telah dijemput untuk menerima anugerah daripada shaklee bagi tahu yang kedua. alhamdulillah dalam masa 2 tahun saya join shaklee memang tak pernah terlintas dihati naik stage untuk ambik hadiah semua nie... Tapi Shaklee ada....memang cukup tak sangka..

Untuk tahun ke-2 nie saya mendapat sebuah anugerah iaitu " LEADERSHIP CONSISTENCY AWARD " . Bukan mudah nak dapat award nie tau. sebab sebagai SID anda kena berikan sepenuh komitment dan kena lebih konsisten utk capai 21% target level setiap bulan dalam tmepoh yg telah ditetapkan. Alhamdulillah tahun nie dapat....Walaupun dapat 1 ja award tapi cukup membanggakan saya... Insyaallah tahun depan nak lebih lagi...






Ending of the day ada konsert dari Ratu Rock Malaysia iaitu Ella...tahun lepas Faizal Tahir...entah entah tahun depan nie Dato Ct..siapa tau..hehehehe




salah seorang d.line sya yang turut serta turun padang mai ambik aura dan berkat jumpa upline-upline dan dapatkan semangat untuk buat bisnes shaklee " EIDA"...i know u ca do it....never give up yer...



Last buy noe least....gambar kami ber3 tapi zakwan tidur...tahun depan insyaallah kita jumpa di SUNWAY PIRAMID CONVENTION CENTER
insyaallah kami datang berempat )

See you next year!!!!



Boy Ka Gurl | 2nd Pregnancy | Adik Zakwan



Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...

Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki :

  1. Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  1. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  2. Perut anda “rendah”.
  3. Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  4. Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  5. Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  6. Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  7. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  8. Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  9. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  10. Kulit anda menjadi kering.
  11. Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  12. Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  13. Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  14. Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  15. Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  16. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  17. Anda tidur mengiring ke kiri.
  18. Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  19. Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  20. Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  21. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  22. Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


Tapi kali hamil lain pulak...entah betul atau tidak, tak pasti yang penting kita tunggu dia keluar Nov nie...tapi kalau betul gugurl inilah tanda tandanya :



Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...


  1. Perut anda bulat.
  2. Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  3. Perut anda “tinggi”.
  4. Muka anda tidak berseri-seri.
  5. Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  6. Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  7. Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  8. Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  9. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  10. Kulit anda lembut.
  11. Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  12. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  13. Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  14. Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  15. Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  16. Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  17. Anda tidur mengiring ke kanan.
  18. Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  19. Air kencing anda berwarna kuning samar.
  20. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
Jika tuhan makbulkan doa saya nak dapat anak sepasang lelaki dan perempuan..alhamdulillah...happy sangat. tapi jika rezeki anak 2nd nie lelaki pun tak kisah...asalkan dia sihat jer...saya tetap happy :) Suami cakap bulan depan nak scan.Masa tu bulan depan saya dah 5 bulan so mungkin dah nampak jantina atau belum..So nanti tunggu lah..ehehhehe


Love,
MadamSurianie

Monday, June 22, 2015

Zakwan In Cinema | Jurassic World


Setelah hampir 2 tahun tak berdating masuk cinema inilah kali pertama suami bawah saya dan zakwan masuk cinema. Memang ciwi gila..!!!! actually kami nak tengok gelagat zakwan jugak masuk cinema...So movie yang suami pilih ialah JURASSIC WORLD. Kalau bab cerita binatang-binatang nie memang dia sangat suka. Tak payah nak cakap banyak. Pasang ja tv kat rumah dia akan bgtau mana giant, mana dog, mana cat, mana horse dan ,macam macam lagi.









Itulah reaksi muka dia yang terkejut melihat tv sebesar bapak kot tu..hahhaha..memang dia diam ja..sambil makan popcorn... masa mula cerita tu memanh agak bosan sebab tak ada dinasour sangat. Tapi bila masuk pertengah dia tengok ja...tak bising...hujung hujung ja sebab mungkin dah bosan dia buat perangai sikit. Tapi masih boleh control....
At the end of the story dia tidur dalam cinema :)

THE END


Friday, June 19, 2015

Part 2 | Majestic Night Dinner | National Conference Shaklee


Assalammualaikum dan setelah 2 minggu baru ada hati nak sambung cerita PART 2 di Shaklee National Conference 2014  / 2015.

Tahun nie bertemakan Majestic Night. So mulanya memang plan tak mau join dinner sebab fikirkan zakawan. Tapi Lepas tanya dengan sepupu suami uolls depa boleh tolong tengokkan. Kami plan untuk ke dinner tersebut. Tapi apa yang we olls nak pakai... Nak sewa??? tak kot....Masa kat butik lama bukan ada pun baju ala-ala raja china nie. So kami decide untuk pakai baju biasa jer..dress dan coat untuk suami iollsss...
Apapun tq to my beloved friends yang sponserkan baju kami nie...haaa jangan ingat ibu mengandung tak boleh nak bergaya..inilah hasilnya....perut dah 4 bulan tapi boleh feeling posing baju penganting ketat-ketat...

Memandangkan hari dinner ini ialah besday suami iolls, so saya hadiahkan sebuah makan malam yang special untuk suami saya..hehehhehe....hadiah yang paling bermakna tahun nie....makan malam fully sponsed :) okaylah jom kita tengok beberapa gambar yang sempat saya upload dalam entry kali nie,

( sorry gambar agak blur )







Bersama PRESIDENT SHAKLEE MALAYSIA MR.VICTOR LIM  seorang yang sangat humble dan sangat peramah gilezzz...memang jumpa dia uolls tak akan rasa segan pun...dia sporting habis kot....



Makan malan ala-ala menu chinese sikit....Tapi nasib ada a few makanan yang suami saya boleh makan. kalau tak apa pun tak dapat makan...sebelum dia nak bedal saya jadi tester dia dulu..mana boleh makan saya akan bgtau dier baru dia makan....menu dia ssangat best....saya suka saya suka :)






so tak mau cerita panjang...Inilah diantara beberapa gambar yang saya ambil dari geng geng yg attend dinner malam tu....

Master Herny & Master hj Hafiz. ( upline saya ) 
depa 2 nie menang tempat ke-2 so bawak balik hadiah bernilai rm800...meletopppp






inilah mak upline saya MAster MAria Muda...dia lah yang selalu marah...marah dan marah kalau saya tak buat shaklee betul betul...bukan marah sebab apa,,marah tanda sayang..dia banyak tolong saya sampai saya di tahap nie sekarang.....susah tua nak dapat upline maca nie



So ending tu saya dan suami [balik terus dan memang tak posing lebih lebih dah sebab teringatkan si kecik kat rumah tu.. Kami bergegas balik.Memang seronok sebab dapat enjoy dinner yang sponser fully by SHAKLEE. Actually tak semua yang dapat dinner nie..Selected ja tau. SO alhamdulillah saya terpilih diantara jutaan SID shaklee... So insyaallah tahun depan kita jumpa lagi!!! pastinya iolls nak follow thema yang depa buat.mana tau menang pulak kali nie....

Tuesday, June 2, 2015

Stroller Sweet Cherry | FOR SALE





Assalammualaikum semua...

Hari nie nak buat sale sikit. mungkin ada ibu ibu yang mencari stroller untuk anak uolls...Saya nak let go stroller saya...nak selling murah murah jer..hehhehe..
kalau nak pos pun boleh. klu nak cod pun boleh...

Kenapa nak jual?? bukan sebab tak elok dah strolle nie tapi sebab nak beli yang baru untuk memudahkan lagi bila ada adik zakwan nie..hehhehe....

So kepada yang berminat...boleh mai pm saya...




Sweet Cerry Stroller : RM 200 sahaja

1. luas
2. selesa
3. boleh buat rocker untuk buai masa bby tidur
4. pemengang boleh adjust depan dan belakang
5. keadaan masih elok.
6. cover boleh tutup full
7. pakai pun kejap ja..tak sampai 1 tahun...sebab zakwan dah ta mau duduk.











boleh terus pm saya tau : 0195434377

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels