Tuesday, April 30, 2013

Barang Baby Saya Dah Siap :)


Assalammualaikum semua...

Pertama sekali SS nak menadah tangan tanda kesyukuran buat Allah s.w.t yang telah mengurniakan zuriat buat SS dan juga suami. Alangkah indahnya bila saat pertama kali SS memberitahu suami SS yang SS dah PREGNANT....That time memang 1 pengalaman yang memang tak akan dilupakan...Alhamdulillah  sekarang nie SS dah pown berada di Trimester Ke-3 iaitu 2 bulan sebelum SS melahirkan anak sulung SS nie..Memang rasa sangat teruja tambahan pulak SS memang excited nak dapat baby..hehehehe...

Betul apa orang pernah cakap pada SS..Pengalaman yang paling indah adalah saat menjadi seorang ibu mengandung, membawa perut selama 9 bulan, merasai pelbagai jenis sakit, merasai pengorbanan saat melahirkan dan juga pelbagai lagi saat-saat indah ketika hamil 9 bulan nie...Alhamdulillah setakat nie SS dapat melaluinya dengan rasa selesa dan tenang.Amin..

Sekarang nie SS nak jugak kongsi dan nak jealouskan mommie to be atau bride to be yang tengah pregnant or yang dah plan nak pregnant after kawin.,,,heheheh SHOPPING BARANG BABY...ehhehehheserious memang best gila...Tambahan pulak anak first memang excited giler kot...Tapi dalam excited nak membeli tue, mestilah kita kena sediakan senarai barangan nak dibeli. Jangan pulak main hentam nak beli. Tengok comel nak beli...Ingat nanti kalau terlebih beli takut tak terpakai dan rugi sebab baby baru lahir nie memang cepat membesar...
Link to Entry yang pernah Ss publish : Senarai Barangan Baby


SS rasa bersyukur jugak sebab ada a few barang yang SS tak perlu nak beli, Tapi dapat free daripada kakak dan abang SS yang masing masing baru dapat anak last year. So SS tumpang sekali ler. Sebab this year its my turn pulak..So takpayah nak beli....

BABY PLAYPANT : 
Dihadiahkan oleh kakak saya :)

Ini Picture SS grab dari Mr.Google sebab tak sempat snap pulak..terlupa...Ini pown SS dah saving about RM 400.00 untuk beli yang nie. so dapat free kira sangat bersyukur sangat...heheheheh



A BOX OF BABY CLOTH :
  Diberikan oleh abang saya...adalah baju dalam 50 helai...save duit



BABY TODDLER
Ini pown dah dapat ..semuanya turun temurun..heheh so tak payah nak beli dah pown....





Inilah diantara barang baby yang SS dah beli dan sedia menunggu masa untuk dipakai saja...Wahhh excitednyer....SS beli baju pown tak banyak sebab akak SS cakap nanti ada orang akan beli hadiah lagi so tak payah membazir duit..hehehehe...Tapi SS beli jugak konon nak pakai masa hari raya nanti sebab ikut pada pengiraan hari bersalin SS, SS dijangka akan bersalin pada 29 Julai 2013 bersamaan 1 minggu sebelum raya...So baju raya kena cantik-cantik ler...tapi SS beli size yang besar so boleh pakai lama sikit...Baru best...Nanti orang mai beraya tengok baby baju pon baru...Kan kan kan....




Walaupun beli barang sikit-sikit tapi memang rasa juga duit nie keluak macam ayak pancoq ja..hahahha...So sebab tue beli sikit-sikit. SS mula beli barang pown start SS dah masuk 6 bulan++ Baru start beli. So bila masuk 7 bulan nie, SS hanya focus untuk barangan SS untuk berpantang dan menyusu.Yang lain SS dah beli awal sikit...

So kepada Mommies To Be nanti anda pulak akan merasai betapa bestnya pengalaman memberli barangan keperluan bayi anda bersama suami... :)



Kempen Jom Mengundi


Marilah Mari Pergi Mengundi...
Jangan Lupa Kewajipan Pada Negara...

Itulah lagu yang sering kita dok dengar kat TV dan juga Radio. Kempen sana sini untuk mengundi...Memandangkan kail ini adalah kali pertama SS nak mengundi dan nak memilih siapan calon yang sesuai mengundi untuk NEGARA MALAYSIA...So SS mencari info tentang cara nak mengundi nanti.

Nervous jugak nak pie mengundi nie biasalah pertama kali dan dah tak pernah tahu cara dia. So at list bila ada info nie, SS tahu jugaklah. Bila orang tanya nanti kita boleh jawab. Kan bagus macam nie...hehhehe.. Kepada semua rakyat Malaysia yang layak mengundi jangan lepaskan peluang untuk membuat pilihan anda, pilihan anda adalah penentu masa depan negara....

Jadi, pilihlah calon yang betul betul sesuai untuk menjaga negara MALAYSIA. Jangan salahkan Pemimpin yang berjaya nanti jika anda sendiri yang tidak mengundi mereka....

5 TAHUN SEKALI...PELUANG DI TANGAN ANDA...JOM MENGUNDI....




Cara mengundi
1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
2. serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3. Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
cara mengundi pru13
5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
6. Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7. Keluar segera dari tempat Mengundi.




Monday, April 29, 2013

Video Inside Pregnancy


Inside Pregnancy Video...

Inilah yang sedang SS alami..Pengalaman yang cukup indah tatkala melihat sendiri video nie...Video nie adalah perjalanan proses tumbesaran bayi dalam kandungan pada usia 21- 27 Minggu






Perkembangan Janin : WELCOME 7 MONTH PREGNANT


Assalammualaikum...

Ucapan selamat datang kepada kehamilan usia 7 BULAN...wah cepatnya masa berlalu...Hanya tinggal lagi 2 bulan sahaja SS akan merasai situasi mengandung dan mendapat panggilan manja MAK BUYUNG..hahahha..Lepas tue SS dah bergelar seorang ibu kepada anak yang bakal SS lahirkan ini. Kalau ikutkan kiraan poleh Tuan Doktor. SS akan bersalin pada tarikh 29 Julai 2013 bersama dengan Ramadhan 21...Insyaallah jika tak ada sebarang masalah. Tapi selalunya orang cakap kalau anak sulung selalu akan lahir 1 minggu atau 2 minggu awal ataupun lewat dari tarikh yang diberikan. apapun SS hanya bersedia...Hope fully semuanya selamat hendaknya...




Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betishemoroidvena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. 

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan. 



Sumber : Baby Center

Friday, April 26, 2013

9 TIPS UNTUK MENAMBAH AIR MANI

Hello semua...

Hari nie SS telah mendapat 1 petua yang bagus khas ditujukan kepada KAUM ADAM terutamanya. Sebab kekadang benda nie kita tak sedar dan kita tak pernah tahu tentang disebalik kejadian. Ramai jugak yang mungkin mengalami masalah yang sama cuma mungkin ada yang takut untuk bersuara dan juga bertanya. Biasalah benda nie agak sensative terutama sekali bagi kaum ADAM. Ego mereka kan kuat so bila nak kongsi bab-bab nie dengan isteri kekadang mereka segan..

So kali nie SS nak share dengan KAUM ADAM yang dah berkahwin dan ingin memiliki zuriat...Semoga entry SS kali nie banyak membantu Kaum Adam diluar sana..


9 TIPS UNTUK MENAMBAH AIR MANI
Air mani ialah campuran cecair dari pundi prostate,pundi seminal,pundi cowpers,pepundi dalam salur kencing,cecair dari pundi epidimis dan sperma dari kilang sperma. Ada 10 cara dapat membantu meningkatkan isipadu air mani. Antaranya :



1) Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi,isipadu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari,air mani akan lebih mantap.

2) Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3) Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4) Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5) Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6) Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7) Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

8) Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu, telur ayam kampung dan buah badam. Kekacang juga membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua mineral dan vitamin ini boleh didapati di dalam FertilAid for Men.

9) Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecerdasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang,jadi pengeluaran air mani juga kurang.


Insyaallah....segala tips nie akan berjaya...Selamat Mencuba

Thursday, April 25, 2013

Pembekal BAru Crystal DMC


Assalammualaikum ..

Hari nie SS nak khabarkan kepada semua pembaca belog SS...SS sekarang ada menjual Batu Crystal DMC..Serious kualiti memang nampak macam batu swaroski. Tapi sebenarnya ia adalah batu crystal. Memang cantik.  Batu jenis nie kerap di lekat pada baju, tudung, malah Hp pun ada jugak. Harga yang SS jual pown memang sangat murah.

so kepada yang berminat boleh terus link to Facebook SS untuk tengok warna-warna yang anda berminat : https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151473347464006.1073741826.764609005&type=1

Selamat Bershopping...







Monday, April 22, 2013

Perkembangan Janin : 26 Minggu


Ello Semua ....

Alhamdulillah minggu nie bermulalah minggu terbaru perkembangan janin anak SS iaitu pada usia 26 Minggu. Wah cepat sungguh masa berlalukan...heheheh Sekarang pown dah semakin hari semakin besar.Dah boleh rasa dia pusing dengan kuatnya...Tambahan pulak bila dia nak pusing, kena tangan ka kaki ka..aduhai geli ada sakit ada...semua ada....memang 1 pengalaman yang tak dapat dilupakan. appaun SS sentiasa doakan baby SS nie sihat. Dalam minggu dia pendengarannya makin kuat dan dah boleh dengar suara ibu dengan abah dia..heheheh...:)


Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit. 

Kelas antenatal anda harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan anda dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi.
 


Sumber : Baby Center

Friday, April 19, 2013

Gambar Baby Terbaru


Salam Jumaat semua...

alhamdulillah hari nie SS rasa cukup happy bila dapat bekerja semula setelah hampir 1 minggu tinggalkan kaunter jabatan ..hehhehe feeling u`olls....

okaylah hari nie memandangkan hari Jumaat yang indah nie. SS nak share dengan semua pembaca , gambar tebaru Baby SS dalam perut yang semakin membesar sekarang nie....SS request kat doktor untuk focus kat muka dia jer...


Taraa...Inilah baby si kecik SS dan En.Suami yang bakal lahir pada Julai nie..Insyaallah....Jantina??ermmm tunggu rahsia..Baby cakap jangan bgtau orang sebab dia pown nak buat suprise kat semua kawan-kawan ibu dier..hehehehhe...

Apapun SS nak kongsi dengan o`olls semua...Sejak baby nie membesar dalam perut. Dia semakin bijak..Dah pandai nak memain dengan SS. Tambahan bila time malam, SS akan bersembang dengan dia  cerita SS beli barang baby, SS nak rasa dia gerak-gerak..so far memang dia bg respond..hehhhe sangat bijak budak dalam perut nie...Tambahan sangat aktif..Bila dengan SS dia punya ligat dok pusing sana-sini..Tambahan bila SS makan sedap..dia pown tumpang sekaki...hehehhee...

Yang lawaknyer bila suami SS pegang dier terus diam...Mungkin saja tak mau bagi abah dia rasa kot...hehehe...lawak sungguh.Sampaikan kekadang tue suami SS cam sedih jer tak dapat nak rasa dia gerak-gerak....heheheh takpa sayang..nanti dah 7 bulan lebih boleh nampak terus dia pusing-pusing....


Alhamdulillah, doktor cakap baby sihat, kedudukan uri pown okay tak ada masalah. Tapi yang paling best bila masa scan baby, nampak betapa kuatnya tulang belakang Baby SS nie. tengah tidur..Mungkin sebab kenyang kot makan..heheh by the way memang sangat comel..suka sangat...wahhhhh....Tak sabar pulak nak tunggu dia keluar nanti...Hope sangat dia membesar dengan sihatnya..

We Luv U sweetheart :)


Wednesday, April 17, 2013

Dilanda Kelahiran Pra-Matang


Salam Hari Rabu semua...

Hari ini, adalah hari terakhir SS cuti. Esok dah kerja tapi still cuti lagi sebab nak pie check up pulak. This time SS check up bersama Doktor di Lam Wah EE...Teruja sikit kali nie sebab kalau ada rezeki boleh buat scan 4D...Insyaallah sebab doktor cakap kali nie waktu yang sesuai untuk buat 4D. Hope sangat mesin tue ada. Klu tak ada kena pie tempat lain pulak buat..hehhehe..

Okaylah entry kali nie SS nak share cerita dan pengalaman SS dimasukkan ke ward bersalin. Nasib 1 hari jer..PErghh memang 1 pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Kisahnya macam nie...

Pada hari Khamis lepas, lepas SS hantar suami pergi kerja, tetiba SS rasa perut SS kejang yang sangat pelik. Mulanya sakit sikit-sikit tapi bila dah sampai opis dia jadi lebih kerap. Mulanya memang tak mau pie klinik rasa cam okay jer.Tapi lain pulak. Makin lama makin sakit dan rasa keras perut SS nie. Rasa memang lain dari sakit setiap malam yang SS rasa.

Lepas tue SS terus hubungi suami SS cakap kata SS sakit perut. Rasa lain jer.. Then SS terpaksa drive pie ambik suami SS sebab kereta SS yang drive. Then lepas ambik suami SS terus suami SS bawah SS ke klinik kesihatan Ibu dan Anak Jalan Macalister tempat SS selalu check up. Lepas diperiksa, memang perut SS kejang sangat. Doktor cakap takut dah terbuka jalan bawah... Tapi lepas doktor check memang belum buka lagi dan doktor terus call ambulans untuk hantarkan SS ke hospital bersalin.

Setibanya disana, memang SS tak pk banyak, SS pk nak baby sihat jer...Sebab takut apa- apa jadi pada baby sebab masa tue SS baru jer 24 minggu 4 hari. SS dimasukkan ke bilik bersalin..Wooooo pertama kali masuk bilik tue memang sangat nervous sebab terasa macam nak bersalin dah pown. Dah tak kisah ada staff lelaki ker tak...So bila 2 doktor check bukaan bawah, still tak ada ada ada. SS rasa lega. Then depa masukkan SS di ward kecemasan dan 1 suntikan di berikan pada SS.

MISI : Satg misi nak suntikan 2 dos suntikan ya. sakit ya suntikan nie. misi habak siap siap.
SS      : Suntikan nie utk apa?? suntik berapa kali.
MISI : Suntik 2 kali sekarang dan malam nanti..Suntikan ini untuk kuatkan paru-paru baby. Jika di dilahirkan pramatang.

So lepas 30 minit cik misi pown mailah bawak alatan untuk suntik...Perghhh memang sakit nak cakap..tak tercakap...betapa sakitnya suntikan tue...hanya tuhan yang tahu. Demi Baby SS tahan walaupun air mata nie berderai kaw kaw punya....Then malam pulak kejadian yang sama. Tapi dah tak nangis dah..cuma tahan jer...

SS diberitahu yang SS mengalami tanda-tanda kelahiran pra-matang. Sebab tue depa bagi suntikan utk kuatkan paru-paru baby. Tapi alhamdulillah SS sihat dan baby pown sihat, Mungkin juga pada masa yang sama SS terlalu penat kot Sebab tue mengalami masalah macam nie. Alhamdulillah doktor bagi rehat dan SS rehat kat rumah jer...lega rasanya...



Pertama kali SS bermalam di Hospital bersalin, Pakai baju warna pink. Kalau dulu asyik tengok orang jer.Kali nie SS sendiri masuk dan bermalam di salah sebuah katil kat ward tue.

Malam tue, memang SS takd apat nak lelapkan mata dengan lenanya sebab macam macam benda yang ada sekeliling SS, ada bunyi Babylah. Bunyi misiler...kira memang tak lena la kat ward tue. Nak buat macam mana. Dengan panas dan berkuap..Hope sangat kerajaan pown boleh upgrade ward orang bersalin nie bubuh aircond. sedaplah sikit ibu-ibu mengandung nie nak tidok. Dahlah kami nie cepat berpeluh...duduk pulak dalam tempat berkuap macam nie.Aduhai..memang dugaan sungguh.


Apa Apa pun SS nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat buat suami yang sentiasa ada bersama SS masa SS sakit. Walaupun dia tak boleh temankan SS. tapi suami SS tetap SMS SS tanyakan khabar SS dan sebagainya..Alhamdulillah...Lepas SS dimasukkan ke ward. Suami SS memang tak benarkan SS jalan seorang diri. Dia akan temankan takut apa-apa jadi pada SS dan baby. Thank You sayang...

Dan terima kasih juga pada kengkawan yang berikan semangat dan doakan kesihatan SS dan baby...Tiada apa yang boleh SS ucapkan hanya jutaan terima kasih buat semua kengkawan yang ambik berat tentang SS..



Tuesday, April 16, 2013

Perkembangan Janin : 25 Minggu

Assalammualaikum...

Firstly SS ingin memohon maaf sebab dah lama tak update belog SS nie. memandangkan SS baru jer keluar dari ward minggu lepas dan sekarang nie SS dalam tempoh beristirehat dirumah. So nak buka lappy nie lambat sikit sebab tak ada mood. asyik nak tidur jer. Alhamdulillah SS dan baby selamat dan kini SS dah pown hamil pada usia minggu ke 25. Amin....

Insyaallah nanti SS akan upload cerita pengalaman SS dimasukkan ke dalam ward akibar Premature Contraction ....jangan isau semua okay...baby pown sihat :)



Berat bayi anda sekarang hampir 1.5 paun / 660 gram dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 13.5 inci / 35 sentimeter. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. Pada 26 minggu, skan otak fetus menunjukkan bayi memberi respon terhadap sentuhan. Jika anda menyuluh lampu ke arah abdomen anda, bayi anda akan memalingkan kepalanya, dan mengikut penyelidik, ini bermakna saraf optiknya sudah berfungsi. 

Semasa setiap lawatan antenatal, doktor anda akan mengambil tekanan darah anda dan melakukan ujian-ujian tertentu ke atas sampel air kencing anda. Dengan ini, keadaan-keadaan yang berkaitan dengan kehamilan seperti pra-eklampsia dan kencing manis dapat dikesan dan dirawat. 

Jari tangan anda, pergelangan tangan dan lengan mungkin terasa sakit-sakit dan kebas. Terowong karpus pada pergelangan tangan telah menjadi bengkak, sama seperti lain-lain tisu dalam badan anda. Saraf-saraf yang merentasi terowong itu sudah tersepit, menyebabkan tekanan yang dimanifestasikan sebagai sakit menyucuk atau membakar. Memakai pendakap boleh melegakan, begitu juga mengambil vitamin B6. Berbincanglah dengan doktor anda tentang lain-lain cara untuk menahan sakit. Dapatkan maklumat tentang pemulihan natural untuk jari kebas atau sakit. 

Adakah anda bercadang untuk kembali bekerja? Buatlah rancangan sekarang. Bahagian kerja dan pengasuhan anak kami akan memberitahu anda semua yang anda perlu tahu. 


Sumber  : Baby Center

Wednesday, April 10, 2013

My Wedding Frame :)


Assalammualaikum semua..

Firstly SS nak ucapkan jutaan terima kasih kepada My official Wedding Photographer Ridzuan Kamil yang telah menyerahkan Frame gambar kawin SS. SS tak kisah pown lambat ker cepat asalkan cantik dan  alhamdulillah En.Ridzuan Kamil nie macam memahami jer kehendak SS... Terasa macam baru jer kawin bila tengok frame nie..hehhehe Slim gitu....Tengok muka suami SS terasa rindu sangat.... Comel kan pic nie....Cuma sekarang nie SS dan suami dok tengah pk nak gantung kat mana....Bilik or ruang Tamu....


Once again thanks to Mr. RK ya....Kepada Bride To Be yang masih tercari-cari OP Wedding u`olls sue rekemen kan mereka ini....


Warkah Buat Suami Tersayang


UNTUK PARA SUAMI...
KETIKA ISTRI ANDA MENANGIS GENGGAMLAH TANGAN NYA...

Jika isteri menangis dihadapanmu “hargai lah ia sblm terlewat”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya.

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah.

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami²...
Jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam.

Wahai suami²...
Jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia²kannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Wahai suami²...
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu...???

Apakah keistimewaan perempuan ini...???”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat.

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN.

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.

PELUKAN dan CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak²nya.

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa.

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pada orang² yang dikasihinya.

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya.

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN.

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN.

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI karena 1 hal. Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia...!!!”

Tuesday, April 9, 2013

Kenapa Perut Mengeras Ketika Hamil

Assalammualaikukumk semua..



Alhamdulillah minggu nie SS dah pown masuk ke minggu 24 kehamilan. Cepat sungguh masa berjalan. Tapi setiap minggu kehamilan nie, macam macam yang SS alami. MAcam sekarang nie bila masuk je  minggu 24 nie. SS kerap pening dan tak lalu makan, bayangkan 1 hari SS makan nasi 1 kali jer. Kalau dulu SS makan 3 kali atau lebih sebab lapar.

Bila SS tanya akan misi masa buat check up...Depa pown tak pasti sebab setiap orang lain-lain ragam. Tapi memang rasa pelik skitlah.Tambahan bila bangun dari tidur.Memang sakit yang teramat sangat. Pernah sampai 1 pagi tue SS nak bangun nasib suami SS pegang. Kalau tak memang SS dah jatuh kot. 

Dalam usia SS hamil 24 minggu nie pown ,SS dah kerap merasa Baby keraskan badan.kekadang tue sakit dibuatnya....Dan kekadang tertanya kenapa boleh jadi macam nie ???apa yang baby tengah buat sampai cekang perut SS... So SS pown mencari dalam internet dan akhirnya dapat juga info.


Kenapa Perut Mengeras Ketika Hamil??


Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung : 

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi


Cara menangani perut mengeras semasa hamil:

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan




Mudahan semuanya okay sebab semakin besar kandungan anda semakin kuat si kecil anda akan bergerak aktif. Tambahan sekarang nie si kecil dalam perut SS nie aktif lepas makan dan juga waktu malam. Anda macam mana pulak.

Hope tips cara untuk mengurangkan rasa sakit tue dapat membantu u`olls semua termasuk SS jugak.

Monday, April 8, 2013

Jemputan Tayangan Perdana : 2 Kalimah

Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak kongsi satu entry dengan u`olls tau...Entry yang mungkin mengjealouskan anda semua...heheh tapi entry nie dah lapok sikit . Event nie actually last week cuma SS tak berkesempatan nak upload dan update ceritanyer...
Apapun SS nak say thank you to my fren Zetty Nordin yang bekerja di Metrowealth Picture yang telah mengemailkan SS tiket wayang percuma untuk menonton cerita 2 KALIMAH yang akan ditayarkan pada hari esok 4 April 2013 dipawangam yang berdekatan dengan anda semua...Jom Ss nak cerita sikit.

Lokasi tayangan perdana nie dibuat di GSC Sunway Carnival,Sebarang Jaya Penang pada jam 2pm. Tapi yang sedihnya SS tiba lambat so tak sempat berjumpa dan ambil gambar dengan semua para pelakon cerita tue. Cuma nampak depa dari jauh jer sebab pack gila ramai orang...

Tapi jom kita tengok sikit trailer cerita 2 kalimah nie sebelum SS nak cerita lanjut :



Cerita sinopsip dia yang boleh SS nak kongsikan bersama :


2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.
Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.
Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.
Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.
Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

2 Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)


Sumber Sinopsip : 2 kalimah 




Serious SS memang suka gambar nie,Memang berikan impak yang cukup besar pada mereka yang menonton cerita nie, Ada pengajaran, ada cerita sedih, cinta, respek dan paling utama ialah mengenai kebesaran Allah s.w.t. Apa yang dipaparkan dalam cerita nie sebenarnya memang ada berlaku, cuma kita sendiri tidak tahu sama ada benar atau tidak perkara-perkara sedemikian terjadi disekeliling kita...Hanya yang berlaku tanpa kita sedari.

Masa SS tengok nie pown SS ada menangis bila terasa pulak dosa-dosa yang kita buat..sama ada yang nyata atau tidak.Serious terasa macam SS pulak yang berlakon dalam cerita nie...memang rasa insaf pulak lepas tengok cerita nie...Memang bestlah cerita nie,..Kalau nak bg rate untuk cerita nie..SS bagi 5 STARS ler....ehhehehehe

Jom SS nak kongsi beberapa picture yang sempat SS ambil semasa ke tayangan perdana tersebut..Yang paling best SS sendiri berjumpa dan bersembang dengan PENERBIT cerita tue MR.DAVID TEO..memang dia seorang yang relax dan humble. Siap boleh mai sembang dengan SS sementara SS dok tunggu turn nak masuk wayang....Sempat jugak SS bertukar bisnes kad gitu..hehehhe...dan berkongsi cerita...Apapun ucapakan terima kasih kepada kengkawan yang sudi datang untuk tengok cerita nie...Khas buat kengkawan yang dapat tiket free jer...hehehehe






So disamping tue juga..SS dapat jugak special hadiah masa depa buat sembang-sembang dalam pawagam tue..hehhehe




Nak tahu cerita terbaru dari Metrowealth..jom link to METROWEALTH PICTURE
TWITTER : @Davidteo99

INSTAGRAM : @davidteo99
 FACEBOOK : www.facebook.com/davidteo99






Perkembangan Janin : 24 Minggu


Assalammualaikum semua....

wah....hari nie dah masuk minggu baru....Sat ja masa berlalu dan sekarang nie SS dah masuk minggu ke 24 dah. Sekarang nie memang okerap merasai baby gerak dalam perut. Sangat teruja dan best. Kekadang tue bila dia mengeraskan badan, habis perut SS cekang...Serious kekadang tue rasa juga terkejut bila dia tendang..bergerak dan melakukan aktiviti dia dalam perut.. Tapi sekarang nie badan SS pown dah berisi dan terpaksa pakai baju size L okay...hehehhehe...Apapun jom kita belek sikit perkembangan si kecik di usia 24 minggu nie ;)




Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahiran anda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang. 

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya. 

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan. 

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28
.


Sumber : Baby Center

Minum Air gula Di Klinik Kerajaan


Assalammualaikum semua....

alhamdulillah hari nie dah masuk minggu ke-2 bulan April. Cepat sungguh masa berlalukan. Hari nie SS nak kongsi dengan u`lls semua tentang kisah MINUM AIR GULA....alahai bila cakap bab minum air gula nie sure ibu-ibu yang ada buat check up kat klinik kerajaan sure ada kena minum air gula nie...Superbkan...

KENAPA PERLU MINUM??
Selalunya ibu mengandung akan disuruh minum air gula nie jika ada sejarah keluarga yang ada penyakit KENCING MANIS. Sebab itu kena minum air gula nie untuk detect adakah si ibu itu mengidap penyakit yang sama semasa mengandung. Kekadang tue kita tak ada penyakit tapi bila mengandung nie macam-macam penyakit akan ada.
Bila depa dah detect ada kencing manis, rawatan penjagaan akan dibuat terhadap si ibu..Maka si ibu akan diarahkan datang ke klinik untuk pemeriksaan selanjutnya...;)



Sejak SS mengandung nie SS kena minum 2 kali air gula nie..Ya tuhan...tak tau nak cakap macam mana...1st time SS kena sebab depa tau yang mak SS ada kencing manis Tapi lepas beberapa bulan, doktor detect berat SS naik mendadak.Terus SS kena minum air gula buat kali ke-2..Hehehehehhe...
Terus SS kena buat check up 2 kali seminggu untuk check urine, bp, berat dan heartbeat baby...

Yang lawaknya dalam tempoh 1 bulan berat SS naik sebanyak 5 kg. Sedangkan sepatutnya kena naik 2 kg jer pown..hehehhe...So dah over 3kg pulak..Kena sambung lagi check sampai doktor cakap berat dah stable.
Kekadang tue macam nak marah jer misi-misi nie.....Berat naik susah...tak naik susah....tapi kalau kita check kat swasta...confirm memang doktor tak cakap apa pown...Alahai nak buat macam mana kan...dah kena..So terima jer..Asalkan semua okay.

So tunggu result pulak untuk ujian minum air gula.Hope keputusan okay ler...So kepada semua mommies to be anda tak boleh lari daripada minum air gula nie melainkan anda buat check up di klinik swasta...


PESANAN PENTING PSEBELUM MENJALANI UJIAN MGTT
  1. Jangan makan dan minum dari jam 10 malam sehingga ujian dilakukan ( kecuali air kosong).
  2. Sila berada di klinik tepat jam 8 pagi.
  3. Ujian selesai dalam masa 2 jam.
  4. Jika anda terlewat sampai ke klinik melebihi  8.30pagi anda akan diminta untuk membuat ujian MGTT pada hari yang lain

So inilah yang akan si ibu buat jika dia diarahkan untuk membuat ujian MGTT tue....Rasa apa???nak cuba, ambik segelas air suam campurkan anggaran 6 sudu gula...hahahahha confirm anda berjaya...hahahahaha..Selamat mencuba...



Friday, April 5, 2013

Demam Kuning??Cara Atasinya


Assalammualaikum semua...

Sejak-sejak hamil nie SS suka mentelaah internet mencari info berkaitan kehamilan, keluarga dan juga anak kecil. Dalam dok seibuk belek-belek tetiba SS terjumpa dengan 1 Artikel berkaitan dengan salah 1 penyakit yang sering dialami oleh kebanyakan bayi yang baru dilahirkan dan penyakit ini juga membuatkan para ibubapa takut bila menyerang anak kecil mereka ini..

WE CALLED IT DEMAM KUNING...

Semasa SS preggy nie, mak mertua SS ada pesan, jangan makan benda bewarna kuning macam mee, kacang panjang,maggi sebab nanti senang baby kena kuning. Tapi ada juga orang cakap jangan minum soya sebab soya boleh menyebabkan baby kuning. So macam macam akan anda dengar sama macam SS. Sampaikan SS sendiri ada bertanya pada doktor & jururawat. Depa cakap kuning tue bergantung pada baby, nasiblah pada setiap baby.Ada yang kena sikit dan ada yang kena banyak.Tapi jangan risau kalau baby anda kena. Kita cuba amalkan petua insyaallah semua akan okay. Tapi pada masa yang sama bawa jumpa doktor juga takut nanti teruk pulak jadinya....

Kesian juga tengok baby yang diletakkan dalam ruang warna biru nie, rasa sebak bila tengok depa kena berjemur bawah cahaya nie...Kekadang tue terpaksa tinggalkan bayi anda 1 minggu dalam ward sebab kuning yang sangat teruk. Sebab kalau teruk boleh bawa maut. So jika dah nampak tanda-tanda bayi anda kena kuning tue..cubalah amalkan tips nie...insyaallah semua akan okay.. :)


So kat sini SS nak  kongsi, petua yang SS dapat daripada Mr.Google. Hope fully ia membantu tambahan pulak macam SS sendiri baru 1st time nak jaga baby kecik anak sendiri pulak tue. Takut jugak. Petua-petua macam nie yang selalunya kita amalkan. 



SUSU KAMBING
Tak perlu banyak, sedikit dengan anggaran beberapa titik diberikan minum kepada bayi. Menurut kajian, susu kambing punyai khasiat serta kandungan protein yang hampir sama dengan susu ibu. Namun, perlu diingatkan bukan semua bayi rasi dengan kaedah ini.

SENGKUANG CINA
Sengkuang Cina juga dipercayai dapat mengurangkan kesan demam kuning. Parut isi Sengkuang Cina, perah sampai keluar air. Ambil airnya dan berikan pada bayi ... tak perlu banyak kerana perut bayi belum cukup kuat untuk terima bahan lain.

POKOK DUKUNG ANAK
 Ambil beberapa batang pokok Dukung Anak dan direbus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

HALWA KUNDUR
Beli kat kedai Halwa Kundur, bersihkan dan rebus. Air rebusan Halwa Kundur diberikan minum pada bayi yang kena jaundice.

SAYUR KUCAI
Ambil sayur kucai dalam 1 ikat, basuh dengan bersih dan kisarkan kucai hingga lumat.Mandikan bayi anda dengan air kucai tersebut. 


WARNA KUNING
Cuba elakkan benda, baju yang bewarna kuning dekat dengan bayi anda kerna ia juga boleh mempengaruhi kepada berlakunya penyakit kuning pada bayi anda.


Ini adalah beberapa petua dan cara yang SS tahu dan pernah praktikkan oleh ibu-ibu diluar sana  jika anak mereka dijangkiti  demam kuning semasa baru dilahirkan. Apapun, semua petua ni adalah mengikut kesesuaian. InsyaAllah boleh diamalkan untuk kebaikan bayi tersebut. Insyaallah semua akan pulih seperti biasa. Jangan pulak lupa baca bismillah sebelum amalkan petua nie :)

Selamat  mencuba semua..



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels