Monday, April 29, 2013

Perkembangan Janin : WELCOME 7 MONTH PREGNANT


Assalammualaikum...

Ucapan selamat datang kepada kehamilan usia 7 BULAN...wah cepatnya masa berlalu...Hanya tinggal lagi 2 bulan sahaja SS akan merasai situasi mengandung dan mendapat panggilan manja MAK BUYUNG..hahahha..Lepas tue SS dah bergelar seorang ibu kepada anak yang bakal SS lahirkan ini. Kalau ikutkan kiraan poleh Tuan Doktor. SS akan bersalin pada tarikh 29 Julai 2013 bersama dengan Ramadhan 21...Insyaallah jika tak ada sebarang masalah. Tapi selalunya orang cakap kalau anak sulung selalu akan lahir 1 minggu atau 2 minggu awal ataupun lewat dari tarikh yang diberikan. apapun SS hanya bersedia...Hope fully semuanya selamat hendaknya...




Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak. 

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan. 

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betishemoroidvena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda. 

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan. 



Sumber : Baby Center

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels