Monday, April 8, 2013

Jemputan Tayangan Perdana : 2 Kalimah

Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak kongsi satu entry dengan u`olls tau...Entry yang mungkin mengjealouskan anda semua...heheh tapi entry nie dah lapok sikit . Event nie actually last week cuma SS tak berkesempatan nak upload dan update ceritanyer...
Apapun SS nak say thank you to my fren Zetty Nordin yang bekerja di Metrowealth Picture yang telah mengemailkan SS tiket wayang percuma untuk menonton cerita 2 KALIMAH yang akan ditayarkan pada hari esok 4 April 2013 dipawangam yang berdekatan dengan anda semua...Jom Ss nak cerita sikit.

Lokasi tayangan perdana nie dibuat di GSC Sunway Carnival,Sebarang Jaya Penang pada jam 2pm. Tapi yang sedihnya SS tiba lambat so tak sempat berjumpa dan ambil gambar dengan semua para pelakon cerita tue. Cuma nampak depa dari jauh jer sebab pack gila ramai orang...

Tapi jom kita tengok sikit trailer cerita 2 kalimah nie sebelum SS nak cerita lanjut :



Cerita sinopsip dia yang boleh SS nak kongsikan bersama :


2 Kalimah mengisahkan sepasang kekasih, Aiman (Sam) dan Selena (Nora), gadis kacukan Melayu-Inggeris pulang ke kampung halaman Aiman. Sepanjang perjalanan, mereka berdua menghadapi tiga kematian daripada orang berlainan dan melihat azab diberi Tuhan secara tunai kepada si mati yang mana ketika hayat, si mati pernah mengamalkan ilmu sihir, berzina dan tidak menghormati orang tua.

Selena yang melihat kejadian berkenaan berasa takut dan tahu itu adalah petanda Allah yang menyuruh mereka bertaubat. Malah, Selena berharap Aiman yang dipandang tinggi ilmu agamanya oleh semua orang akan membawanya kembali ke jalan Allah. Nmun mereka semakin terpesong akidahnya.
Aiman yang masih cintakan Humaira (Yana) tidak mahu mengahwini Selena namun disebabkan kandungan Selena semakin membesar, dia terpaksa menipu Haji Idrus (Ustaz Dini) bahawa mereka sudah berkahwin.
Tibanya di kampung Aiman, semua orang menyambut gembira kepulangan mereka berdua kerana Aiman anak kesayangan orang kampung disebabkan akhlaknya yang baik.
Hari demi hari, Selena semakin dihimpit rasa bersalah dan nekad menceritakan hal sebenar kepada keluarga Aiman. Malangnya, Aiman mengugut Selena. Satu hari, ditakdirkan Aiman jatuh sakit dan setiap pergerakannya terbatas, malah dia juga sukar mengucapkan dua kalimah syahadah.
Apakah nasib Aiman seterusnya? Masih sempatkah Aiman bertaubat atas segala dosanya? Adakah Selena masih setia menanti Aiman menunaikan janjinya?

2 Kalimah merupakan filem Islamik arahan Eyra Rahman terbitan Metrowealth Pictures (MIG)


Sumber Sinopsip : 2 kalimah 




Serious SS memang suka gambar nie,Memang berikan impak yang cukup besar pada mereka yang menonton cerita nie, Ada pengajaran, ada cerita sedih, cinta, respek dan paling utama ialah mengenai kebesaran Allah s.w.t. Apa yang dipaparkan dalam cerita nie sebenarnya memang ada berlaku, cuma kita sendiri tidak tahu sama ada benar atau tidak perkara-perkara sedemikian terjadi disekeliling kita...Hanya yang berlaku tanpa kita sedari.

Masa SS tengok nie pown SS ada menangis bila terasa pulak dosa-dosa yang kita buat..sama ada yang nyata atau tidak.Serious terasa macam SS pulak yang berlakon dalam cerita nie...memang rasa insaf pulak lepas tengok cerita nie...Memang bestlah cerita nie,..Kalau nak bg rate untuk cerita nie..SS bagi 5 STARS ler....ehhehehehe

Jom SS nak kongsi beberapa picture yang sempat SS ambil semasa ke tayangan perdana tersebut..Yang paling best SS sendiri berjumpa dan bersembang dengan PENERBIT cerita tue MR.DAVID TEO..memang dia seorang yang relax dan humble. Siap boleh mai sembang dengan SS sementara SS dok tunggu turn nak masuk wayang....Sempat jugak SS bertukar bisnes kad gitu..hehehhe...dan berkongsi cerita...Apapun ucapakan terima kasih kepada kengkawan yang sudi datang untuk tengok cerita nie...Khas buat kengkawan yang dapat tiket free jer...hehehehe






So disamping tue juga..SS dapat jugak special hadiah masa depa buat sembang-sembang dalam pawagam tue..hehhehe




Nak tahu cerita terbaru dari Metrowealth..jom link to METROWEALTH PICTURE
TWITTER : @Davidteo99

INSTAGRAM : @davidteo99
 FACEBOOK : www.facebook.com/davidteo99






No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels