Monday, April 22, 2013

Perkembangan Janin : 26 Minggu


Ello Semua ....

Alhamdulillah minggu nie bermulalah minggu terbaru perkembangan janin anak SS iaitu pada usia 26 Minggu. Wah cepat sungguh masa berlalukan...heheheh Sekarang pown dah semakin hari semakin besar.Dah boleh rasa dia pusing dengan kuatnya...Tambahan pulak bila dia nak pusing, kena tangan ka kaki ka..aduhai geli ada sakit ada...semua ada....memang 1 pengalaman yang tak dapat dilupakan. appaun SS sentiasa doakan baby SS nie sihat. Dalam minggu dia pendengarannya makin kuat dan dah boleh dengar suara ibu dengan abah dia..heheheh...:)


Ukuran bayi anda, apabila mengukurnya dari kepala ke jari kaki sambil meluruskan kakinya, ialah 14 inci / 35.6 sentimeter. Beratnya lebih sedikit dari 1.6 paun / 760 gram. Mata bayi anda mula membuka di sekitar masa ini. Responnya terhadap bunyi-bunyian semakin konsisten menjelang penghujung bulan ketujuh, apabila jaringan saraf-saraf ke telinga sudah siap terbentuk. Di terus menyedut nafas kecil-kecilan dan walaupun dia hanya menyedut air dan bukan udara, ini masih merupakan latihan yang baik untuk dia selepas dilahirkan kelak. 

Oleh sebab bayi anda membesar dengan pantas, dan perkembangan otak begitu giat pada masa ini, pemakanan anda adalah amat penting. Teruslah memakan diet seimbang yang merangkumi banyak bijirin dan sayur. Makanan yang kaya dengan sarat, termasuk roti bijian sempurna dan bijirin, kekacang dan beras ceruh mengandung banyak vitamin B dan membantu mencegah sembelit. 

Kelas antenatal anda harus sudah bermula dalam satu-dua minggu berikutan ini, atau mungkin sudah bermula. Kelas-kelas ini sepatutnya menyediakan anda dengan informasi yang baik dan jelas tentang kelahiran dan hari-hari awal keibubapaan. Melengkapkan diri dengan maklumat akan membantu menenangkan apa jua keraguan anda tentang melahirkan bayi.
 


Sumber : Baby Center

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels