Wednesday, January 30, 2013

Perkembangan Janin : 14 minggu



Perkembangan Si Kecik : 14 Minggu

Alhamdulillah sekarang nie kandungan SS dah 14 Minggu pown. Buat masa sekarang nie baby sihat dan membesar dengan bagusnya. Makin hari makin membesar saja...tak lama lagi baru dapat rasa tendangan maut si kecik nie...Insyaallah mudahan dia sihat selalu....Tapi mungkin ada juga yang tidak tahu tentang perkembangan kandungannya secara details melainkan dia berjumpa dengan doktor. Ada juga bakal-bakal ibu yang tak pernah tahu tentang lama web BABY CENTER.....banyak info dalam baby center nie...So dari situ SS belajar dan tahu tentang perkembangan si kecik nie :)

Seriously bila adanya laman web macam nie, si bakal ibu macam SS sendiri dapat belajar dan tahu serba sedikit tentang kehamilan nie sampaikan setiap minggu SS akan bercerita pada suami tentang perkembangan anak kami...Sebab suami SS memang tak berkesempatan nak membelek internet sebab terlalu sibuk. So SS menjadi doktor minggu untuk cerita tentang perkembangan anak Kecik nie...


Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran. 

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan. 

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan. 

Link by : baby Center


Tuesday, January 29, 2013

Tanggungjawab Suami Bila Isteri Preggy



Tanggungjawab suami ketika isteri mengandung

Suami boleh membantu melakukan perkara-perkara di bawah
©       Sentiasa memberi dorongan kepada isteri yang menghadapi kesulitan ketika hamil. Berikan kata-kata semangat dan ucapan manis yang mampu memberi kekuatan dan ketenangan kepada isteri. Ada kala dengan ucapan begini, kesusahan yang dialami isteri mampu diatasi.
©       Suami terlibat bersama aktiviti ketika isteri hamil, menghantar dan bersama ketika pemeriksaan bulanan bersama doktor. Mengambil tahu perkembangan janin dan masalah yang mungkin dihadapi isteri
©       Menjauhkan perkara atau melakukan perkara yang memberi kesan negatif kepada si isteri seperti menyakitkan hatinya
©       Menyediakan makanan yang berkhasiat dan sesuai dengan isteri. Selera wanita hamil ada kala berubah dan menghadapi masalah. Boleh minta isteri amal makan kurma kerana mempunyai banyak khasiat seperti menguatkan rahim dan memudahkan bersalin.
©       Jangan membebankan isteri dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan kerana kehamilannya. Sebaiknya suami tidak menuntut haknya untuk bersetubuh kerana keadaan isteri yang lemah, mabuk, loya dan muntah ketika usia kandungan belum empat bulan.
©       Suami hendaklah bersabar dan tabah dengan kerenah isteri terutama ketika isteri menghadapi masalah mabuk dan tekanan emosi akibat hamil.
©       Suami harus banyak membantu isteri melakukan kerja rumah atau kerja yang perlu dibuat agar meringankan bebanan yang dihadapinya. Ketika hamil badan isteri perlu bekerja keras untuk menampung kehadiran janin dan tidak mampu membuat kerja yang biasa dilakukannya
Dipetik dari : http://mamadamia.com

Saturday, January 26, 2013

Meet the 3 baby boo


Salam untuk semua orang yang membaca dan salam 1 Malaysia buat orang bukan muslim..hehehhe jiwang gitu...feeling patriotik pulak.....Yang paling penting Salam Maulidu Rasul buat semua kaum muslimin dan muslimat..
Bersemperna dengan sambutan maulidur rasul tahun nie, SS mulakan hari dengan membuat bihun sup,..hehehhe sebab teringin nak makan...suami cakap tak berapa uuurrmmm pulak..alahai..takpa ..next time cuba lagi..heheheheh..

Then aktiviti seterusnya ialah membuat lawatan sambil belajar bersama-sama ibu-ibu yang baru melahirkan baby yang comel. Memang sangat teruja nk berjumpa dengan semua baby tue..almaklumlah keterujaan itu datang melanda....1st time dalam seumur hidup SS membeli hamper baby bersama dengan suami iuntuk dihadiahkan untuk semua baby tue..sangat suka....heheheheheh...


DESTINASI PERTAMA....Bertemu Baby Ziqri

Nama sebenar : Al-Ziqri Zulqarnain Bin Muhammad Al-Khaththab
Tarikh lahir :  26/12/2012
Time Lahir : 10.47 pagi
Berat : 3.4kg


Inilah kali pertama SS dan suami jumpa Si kecik Ziqri nie..Selalunya dok tengok dalam bonda dia punya instagram jer..Kali nie baru berkesempatan nak tengok dan dukung dia secara life..Kalau selama nie SS tengok dia dalam gambar besar..So masa SS dan suami nak beli hamper pun takut nanti size besar baju pulak tak muat.So kami beli jer...Alhamdulillah bila sampai dan tengok si baby ziqri tue..kecik comey..muat baju tue..alhamdulillah..heheheheh....Happy sat...waktu kami pie dia baru jer habis menyusu dok bergolek minta orang dukung nak tidur..So SS pun terus lah dukung..Tapi lepas dalam 5 minit la sampai..Kang nanti jadi benda lain pulak kan..heheheh..

Dukung terus tidoq...haaa..ninjia mak buyung dukung terus tidur u`olls...hehehe..apapun memang suka gila dapat bau baby nie..rasa tenang jer...Then SS pown tanyalah pulak pengalaman si ibu ziqri masa dia melahirkan anak sulung dia nie...Bila diceritakan detik-detik cemas dan detik-detik bersejarah Si Bonda Ziqri melahirkan anak sulung dia nie, membuatkan SS jadi nervous pulak..hehehhe..tapi pada masa yang sama memang rasa best sebab kita dah tahu pengalaman dan juga pengetahuan serta petua untuk memudahkan kita bersalin. Seriously memang SS dapat timba ilmu walaupun kandungan SS baru jer 3 bulan. Amin....Thanks To Bonda Ziqri yang bercerita tentang pengalaman dan juga petua ibu mengandung nie...insyaallah nanti klu berkesempatan kita berchit-chat lagi :)



DESTINASI KEDUA...Bertemu Baby Nur Raudah


Nama sebenar : Nur Raudah Al-Jannah
Tarikh lahir :  15/1/2013
Time Lahir : 4.45 pagi
Berat : 3.3kg



Destinasi kedua ialah menemui baby Raudah anak kepada my senior iaitu kak Aishah..hehehhe..kalau ikutkan masa sebelum lahir Si ibu nie ada bgtau SS yang tarikh jangka lahir pada 10 Jan 2013 iaitu 1 selepas besday SS. So SS cakap dengan kak aishah suruh push baby keluar awai..hehhhhahaha...gilakan...Tapi akhirnya baby due till 15 Jan 2013...ehehehehhe...apapun baby raudah still bulan Capricorn sama dengan SS..Sure nanti besaq dia cantik macam SS..hehehhe....insyaallah...Masa SS pie Baby Raudah nie pown tengah tidur..Tapi SS tak kisah seperti biasa SS dukung nak rasa mendukung Raudah nie...comel jer..rambut lebat....Tapi yang paling mahai ialah kening dia..serious cantik kot..heehhehe....mata pulak sepet macam anak jepun...

Kali nie lain pulak cerita dan pengalaman si ibu nak lahirkan Baby Raudah nie...Kali nie memang rasa sangat takut sebab pengalamannya memang lain...tunggu hampir seharian masa nak melahirkan baby...Tapi alhamdulilah selamat juga lahirkan Raudah dalam keadaan normal...Tak kisahlah pengalaman macam mana pown asalkan depa selamat dilahirkan...Amin...



DESTINASI KETIGA ....Baby Darris


Nama sebenar : Emmry Darris Eiqhuan Bin Ezrie Nurul Izuan
Tarikh lahir :  12/1/2013
Time Lahir : 4.45 pagi
Berat : 3.3kg




Okaylah ini destinasi terakhir kami membuat lawatan melawat baby...Kali nie berjumpa dengan baby boy iaitu baby Darris...Kalau u`olls tengok inilah baby yang punyai nama panjang gila...Sian kat dia nanti dah besar nak tulis nama kat kertas EXAM...hehehhe...
Darris nie adalah anak ke-2 pasangan suami isteri Kaie & hasni..Kalau anak sulung depa is gugurl...tapi yang kedua alhamdulillah dapat boboi pulak..Dah sepasang dah..bestkan...Alhamdulillah rezeki tuhan..Kali nie Hasni lahirkan Darris secara normal, alhamdulillah 2-2 is normal dan kali nie dia ceritakan masa dia nak bersalin, memang tak ada tanda langsung...Kata ada bleeding ka apa ka...tetiba sakit perut...pie hospital doktor tengok dah buka 4cm..Pergh senang jer bila dengar depa nie cerita tentang pengalaman masing masing...Tuhan mempermudahkan urusan mereka tatkala melahirkan cahayamata..AMIN.....Mudahan mereka membesar dengan sihatnya...


So bila dah dengar sendiri cerita & pengalaman 3 orang ibu, Memang mulanya rasa sangat cuaklah sebab 3 orang ibu nie bersalin kat Hospital Bersalin Kerajaan. Dan ada yang senang dan ada yang alami pengalaman yang agak ngeri bersama staff kat sana. Tapi yang paling nyilu bila si ibu-ibu nie bercerita masa time nak jahit luka bersalin...Perghh depa tak bubuh bius kot....serrrr...weii....takkan jahit hidup-hidup???serious terasa kecut perut bila dengan cerita..Tapi apapun kita hanya bersedia..Insyaallah kalau kita buat perancangan awal, ada simpanan bersalinlah anda kat hospital swasta...Klau mungkin ada yang kurang mampu tue, bersalin kat kerajaan. Tapi semuanya terpulang pada anda...Bukan orang lain yang tentukan..Tapi kita sendiri....Insyaallah semuanya akan berjalan dengan lancar...

Thanks to all mother yang sudi kongsi cerita dan pengalaman buat SS..Memang SS rasa sangat beruntung bila dapat ketemu dengan mereka yang berpengalaman. Insyaallah SS akan praktikkan..


With Luv,
~sue~

Wednesday, January 23, 2013

Air Tangan Isteri besar pahalanya....


Air Tangan Isteri besar pahalanya....
Itulah tajuk yang SS nak ceritakan dalam entry SS kali nie tentang nikmat dan pahala air tangan isteri untuk suaminya...Mungkin ada yang ambil berat tentang hal ini dan mungkin ada yang sambil lewa tentang hal ini..tapi itu terpulang pada setiap individu. Tapi bagi SS sendiri, kalau SS tak masak untuk suami sure rasa sangat serba salah sebab suami SS nie, suka masakan dirumah daripada makan diluar. Katanya lebih sedap dan lebih selesa.

Untuk pengetahuan semua,nasiblah SS nie suka jugak memasak....so rasa tak beban la klu nak masak. Sebab dari sebelum kawin lagi SS nie suka memasak. So bila dah kawin tue, alhamdulillah nak makan pown senang sebab suami pun suka SS masak. Setiap hari lepas balik kerja SS akan singgah di pasar untuk beli brangan basah. So balik dan masak. Baru fresh...hehehhe...bukan banyak pown makan untuk 2 orang jer. Cuma kalau rajin masak lebih. SS ajak kawan SS sekali mai makan...

Ini adalah antara menu yang SS masak...

Memang penat sebab lepas balik kerja, kita nak kena masak, kemas rumah, basuh baju, lipat kain dan sebagainya tapi nak buat macam mana..itu dugaan.Perlahan-lahan nanti okaylah. tapi cuba pk kalau perempuan yang tak pandai buat kerja rumah, macam mana dia nak jaga rumah tangga dia erk???...hehehehe

Cuma sejak SS berbadan due nie, SS jarang sikit masuk dapur, bukan sebab alahan pada tumis atau bau wap nasi. tapi sebab tak larat nak masak. Itu jer. Kekadang tue sampai 3 hari tak masak. makan luar jer. So bila tengok muka suami...rasa sangat sedih dan rasa bersalah pada dia sebab tak masak. So SS kuatkan semangat untuk masak...Bila dah masak tue, baru nampak muka kegembiraan dia....lega hati isteri...

Memang seriously SS cakap, bila kita dah kawin, apa sahaja pengorbanan yang kita buat untuk suami, insyaallah Tuhan ada ganjarannya dan yang paling utama ialah suami kita bertambah sayang :)


Insyaallah..

with Luv,
~sue~





Tuesday, January 22, 2013

Si Kecik dalam Perut....


Assalammualaikum semua....

Wah wah wah...terasa makin hari makin cantik pulak mak buyung nie...Alhamdulillah berkat suami SS menjaga makan dan minum dan juga si kecik dalam perut nie sedang membesar...hehhehehe...semuanya selamat....

Kemarin 21 Januari 2013 adalah hari SS membuat temujanji dengan Tuan Doktor untuk membawa si kecik nie berjumpa dengan ibu & abah dia secara live..hehhehe gitukan.....over SS nie...Kalau selalunya SS bersendirian nak tengok perubahan dan perkembangan si kecik dalam perut.Tapi hari nie SS bersama Suamie ke hospital Lam wah EE untuk tengok si kecik secara live...Happy mood... Tapi yang paling excited ialah suami SS...MAna taknya 2 bulan baru dia boleh tengok si kecik dier makin membesar dalam perut isteri dier...

Kalau mulanya dia tengok hanya ada bulatan hitam yang suami SS konfius apakah benda itu, dan selepas diterangkan itu ialah kandung baby baru dia tahu...Kiranya selepas itu, SS hanya tunjukkan gambar yang di scan oleh doktor sahaja. Itupun dia dah happy dan setiap kali bila dia teringat kat si kecik nie....Sure dia datang kat SS dan cium perut SS yang semakin membesar...sweet sangat u`olls...hehhehehe...(happy mood)...

So selepas 4 jam menanti di pintu masuk bilik doktor tue dan tunggu giliran kami yang ke-32...pada jam 2.10pm baru number kami dipanggil dan baru boleh tengok si kecik...Masa tengok tue, SS memang sangat teruja apatah lagi suami SS...Mana taknya boleh nampak jantung kecik dia berkedip...Then nampak di sedang berbaring sambil tangan dan kaki dia berada diatas...hehehhe...

"ini kaki dia....ini pulak tangan dia....ini kepada dia...ini badan dia...size dia semua ok..bagus"....cakap doktor bila dia mula scan perut SS untuk melihat perkembangan si kecik nie...

"baby sihat ker doktor?"..tanya SS..

"okay dia sihat...size dia mengikut pada size yang sepatutnya"....jawab doktor balik

suamie SS hanya tersenyum bila tengok dan SS nampak wajah dia sangat  happy dan teruja bila tengok screen si kecik tue secara live...suami SS senyum jer...hehehhehe...so lepas tue dia cakap ..

"eh ada orang dalam perut "....hehhehehe comelkan


Alhamdulillah semuanya selamat...insyaallah nanti datang lagi..sekarang nie pown dia dah berusia 3 bulan bersamaan 13 minggu...perut dah nampak sikit...kekadang tue malu pulak..tapi kekadang nampak cute bila bangun pagi dan tengok perut tue semakin membesar depan cermin....terus jadi excited nak bersiap cantik-cantik...hehhehe...

So jom kepada mereka yang nak tahu perkembangan si kecik SS... tengoklah gambar terbaru dier...besar dan comelkan...hehheheh..ini anak manja abah dia nie....kalau SS terasa senak perut...SS ucap perut dia tak menjadi tapi kalau dia rasa tangan abah dia usap..terus diam....mengadakan si kecik nie...tahler bila besar...hehehhehe



Alhamdulillah semuanya selamat....doakan semoga dia sihat dan membesar dengan sebaik mungkin...amin...


With Luv,
~sue~

Thursday, January 17, 2013

Tak boleh renggang dengan suami


Tudia....tengok tajuk pown dah tau dah...kisah nak jiwang jiwang...Bukan apa just SS nak kongsi 1 cerita tentang pengalaman menjadi ibu mengandung yang comel nie. Memang tak dinafikan bila kita pregnant nie suami akan lebih sayang....kita akan menjadi perhatian banyak orang....dan kita akan diberikan keutamaan oleh orang lain..

Sebelum nie, SS pernah dengar 1 kisah 2 couple nie yang dah preggy...So bila si isteri tahu dia berbadan dua, dia terus tak boleh nak bau badan suami dia...Sampaikan terpaksa duduk berjauhan di kampung,,,Kesian si suami kena berulang alik....Tapi si suami sangat penyabar....demi cinta u`olls...Hampir 4 bulan klu SS tak silap....itupun diceritakan oleh tuan punya badan...hehehhehe....Sekarang nie alhamdulillah dia dah melahirkan anak perempuan yang cukup comel...Nama dia Zara...( kepada eyta & kimi ) jangan marah yer.....

Tapi lepas SS kahwin, SS cukup takut kalau pregnant nanti apa pulak alahan yang SS akan dapat...So lepas SS disahkan pregnant..alhamdulillah memang SS tak ada alahan langsung...Tapi yang paling utama SS tak boleh duduk berjauhan dengan suamie SS....setiap masa kena ada bersama dia..tambahan masa nak tidur..Kekadang tue kesian juga kat suamie SS sebab kena tahan himpitan SS kat dia..hhehehehe...

"Abang jangan marah tau...bukan saya nak dekat ngan awak...tapi baby nie...heehehhee"

Walaupun suamie SS nie memang rock kapak...taklah seromantik hero dalam cerita "Sehingga Hujung Nyawa" tapi sebaliknya dia seorang cukup peyayang...walaupun dia merungut tapi hati dia tahu bahawa penderitaan isterinya pada setiap malam....

Bila waktu macam nie...SS hanya inginkan suami SS jer..tak jalan kalau dengan orang lain..Kalau sebelum nie...lepas balik kerja sure nak singgah sana sini beli brang..tapi sekarang nie..SS tersangat teruja nak tunggu dia balik rumah...Dan tatap wajah dia dan duduk bersama dengan dia...Mungkin ini sebab si kecik dalam perut pown buat permintaan Abah dia balik awal kot...hehehehe...comelkan..

Sangat teruja bila suamie SS balik..seolah-olah dia bekerja kat mana tah punya jauh....bila dengar dia bagi salam..tergedik tersengeh tengok muka si suami SS tue....1 pengalaman yang SS memang takkan lupakan...hehehhe...

Tambahan pulak sekarang nie kandungan SS dah mencecah minggu ke 12...So malam nak tidur memang tak selesa..sampaikan kena pasang lagu baby baru boleh tidur...apakah manjanya si kecik nie..hehhehe....Mungkin setiap orang dia rasa lain-lain tapi SS rasa 1 pengalaman yang cukup indah...hehehhehe

Mudahan semuanya selamat dan si kecik nie pown sihat...:)

With Luv,
~sue~

Wednesday, January 16, 2013

Part 2 : Proses Bagi Kucing Musim 2



Alohaaa.....

Bila cakap pasal kucing nie...teringat pulak time SS dan hubby serahkan 3 ekor kucing kami kepada penjaga yang baru....Alison dan 2 ekor anak dia yang baru lahir...Memang sangat sedih...Siap menangis kot bila hubby ambik si Alison tue dan dia say to kucing yang lain :

"alison nak pie dah...jaga diri semua tau..."

Kucing lain pown macam pepaham jer apa yang hubby SS cakap...ishhh sedih  kot time tue....kami 2-2 terdiam tak terkata sebab rasa sangat sedih...

So this time kami akan serahkan pulak lagi 2 pasang kucing yang kami bela dari kecil iaitu Jenny & Jackie serta baka segala bapak....iaitu Suzy yang sedang mengandung lagi....dan juga Ziko dia bapak kucing yang tak garang tak manja macam gila....Depa nie semua bukanlah kucing parsi atau kucing kacukan..Tapi depa nie semua ada kucing biasa yang kami ajar mereka makan makanan kucing sahaja iaitu SMARTHEART sahaja. So bila depa makan makanan tue, bulu deps serious macam bulu carpet..sangat tebal dan tak ada kutu okay sebab kami rajin hantaq depa pie grooming......cuma 2 bulan nie tak sempat nak pie hantaq...

Insyaallah kali nie kita tengok siapa pulak keluarga angkat baru kucing-kucing SS yang manja nie..Nak buat macam mana...depa nie sangat manja terasa pulak sedih nak serah kat orang lain tapi terpaksa sebab SS alah pada kucing...Geli dan sebagainya....

Lagipown nak dapat baby ...rumah tak boleh ada bulu kucing sebab bahaya...tuepun seminggu sekali SS akan cuci bahagian dapur yang ada kucing untuk buang mana yang kotor...so wangi sikit rumah tue...

So tunggu jer nanti rumah SS wangi seperti yang SS idamkan....


with Luv,
~sue~

Tuesday, January 15, 2013

Boboi & Gugurl ???



Hello Mummy to Be di luar sana...

Rasa macam lama SS tak upload kisah tentang hal ibu-ibu mengandung nie...Actually banyak dan macam-macam benda yang nak dikongsikan bersama. apa yang terjadi dan apa yang dirasai oleh seorang ibu comel macam SS nie..hehhehehe

Tapi sejak SS disahkan preggy nie...Orang yang paling exciteed nak tahu dapat baby apa ialah My Second sister.....dia yang sangat teruja itu siap pie tengok calender Cina nak tahu baby apa yang SS akan dapat nanti....katanya Baby Gurl...hehehhehe...SS pown teruja kot..biasalah naluri seorang ibu mestilah nak anak sejenis dengan dia..hehhehe

Tapi bila SS cerita kisah nie kat suamie SS..dia pulak tetiba renung muka SS dan cakap...

" kita dapat baby boi nie"......kata dia sambil tersenyum...

hehehhe...gitukan...feeling habis suamie SS kan...kekadang dok bergaduh manja nak dapat baby favourite masing-masing..hehheh....Tapi kami tak kisahkan dapat apa pown jadi asalkan dia selamat dilahirkan...

Jom belek jap calender nie :




Tahu ker macam mana nak baca??
1. u`olls kena tahu umur u`olls berapa kat bahagian atas tue...
2. Then due date yang  doktor bagi tue berapa....
3. Then nanti u`olls tahulah keputusan sama ada Gugurl or boboi...

Apapun buat masa sekarang jantina si kecik nie ...kalau tak silap dalam 5 bulan ++ kot baru tahu jantina....hehehhehe.....apapun kita doakan si kecik nie sihat jer....lelaki ka perempuan itu tak kisah..Kuasa tuhan u`olls...apapun dia boleh cipta dengan kuasanya...:)


With Luv,
~Sue~

My 26th Besday Celebration


My 26Th Besday Celebration Ever..


Alhamdulillah akhirnya sampai juga tarikh 9 Januari 2013....Menyambut besday SS yang ke 26 Tahun pada tahun nie. Tapi tahun nie SS sambut dalam keadaan yang cukup sedih sebab SS demam panas...39 darjah celcious...Tudia Punya tinggi kan....Nak buat macam mana...tahun nak bertukar umur meningkat...hehhehee...
Tapi alhamdulillah dalam masa SS tengah terlantar di rumah bersama suami yang turut dijangkiti virus demam tue..Masih ada lagi kengkawan yang menghantarkan SMS wish Happy besday...Thanks ya...Ada yang sempat SS balas dan ada yang tak sempat SS balas.....hopefully depa will understand keadaan SS masa time tue...

Terima kasih juga SS ucapkan kepada kawan diopis SS yang telah sudi menyiapkan 120 biji Cupcake yang SS order semperna besday SS tahun nie. SS buat kenduri sikit. Kalau dlu SS pernah buat di opis lama..Tahun nie SS ulanginya sekali lagi untuk bersedekah sikit sebab tahun 2013 tahun yang cukup indah buat SS dan suamie...

Apapun SS nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kengkawan yang sudi send sms dan doakan kebahagian pada SS....Insyaallah tuhan mendengar semua doa-doa kalian...




Terima Kasih tak terhingga ikhlas dari Surianie Samsudin.............

Wednesday, January 9, 2013

8 AZAM Tahun 2013


ASSALAMMUALAIKUM...

Yahoo....dah masuk tahun 2013 pun....cepat sungguh masa berlalu.....Dan tak sangka macam-macam yang kita semua lalui....Tapi alhamdulillah semuanya kita dapat atasi bersama....Bila bercakap pasal tahun baru nie, banyak juga SS tengok dalam FB ada yang dok bercerita dan meluahkan rasa kesedihan sepanjan0g tahun 2012....Bagi SS juga tahun 2012 memang tahun yang banyak memberikan kenangan sedih buat SS...Bukan SS jer tapi ramai juga orang dan banyak yang mengharapkan yang terbaik buat tahun 2013 nie...Hehehhehe....Apapun masih sempat lagi SS nak ucapkan selamat tahun baru 2013 buat semua pembaca belog SS nie....Sama ada yang baru atau tidak....SS harapkan tahun 2013 nie memberikan kita semua semangat baru untuk meneruskan hidup kita...

Bersemperna dengan sambutan Hari Lahir SS yang ke 26 Tahun nie...SS dengan lafaz bismillah..ingin berkongsikan AZAM TAHUN 2013 dengan anda....memang banyak azam yang SS nak laksanakan.Insyaallah SS akan cuba usahakan sehingga terlaksananya AZAM TAHUN 2013...Nak tahu apa??


1. Menjadi seorang ibu yang sangat sporting, peyayang & disayangi
Alhamdulillah tahun 2013 nie memang tahun "ONG" macam orang Cina cakap.."banyak onggg looorrrrr" sebab tahun nie pada bulan Julai 2013,insyaallah SS dan suami akan terima orang ketiga dalam hidup kami, dan SS sangat teruja bila nak tunggu saat itu. SS ingin menjadi seorang ibu yang cukup sporting buat anak SS, menyayanginya seperti mana SS menyayangi diri SS sendiri. Dan yang paling penting SS ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa disayangi oleh anaknyer....Wow  tak sabar rasanya...Hanya tinggal 6 bulan hidup SS akan berubah....cepatkan masa berlalu....



2. Tidak berboros
Ha bila bercakap pasal boros nie...inilah azam yang paling SS nak utamakan sebab SS memang aku yang SS nie seorang yang kaki shopping. Tak kisahlah klu keluak p mana pun sure ada something yang SS akan beli walaupun benda tue kecik jer...So this year , SS nak ubahkan diri untuk tidak berboros....Sebabnya tahun nie SS kena belajar untuk menyimpan duit untuk masa depan anak SS yang bakal dilahirkan nanti...Wow...semua nak berubah kerna anak nie....insyaallah semoga anak yang bakal dilahirkan nie, memberikan rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga kami...hehhehehe




3. Menjadi seorang usahawanita yang berjaya
Kerjaya!!!!! seperti semua orang tahu yang SS merupakan pemilik butik The House Of Red Gincu.Walaupun ada orang tak tahu..its okay SS faham...hehehehe....tahun nie SS nak berazam untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya. Bukan seperti tahun tahun yang lepas, SS sering dipijak, diherdik dan dihina sebab SS tak pandai nak manage my own butik...Insyaallah tahun 2013 nie, SS akan buktikan SS mampu untuk menguruskan butik tersebut sehingga berjaya..SS tak mahu lagi orang pandang rendah tentang kerjaya SS sebagai seorang tauke butik. Memang tahun 2012 memberikan banyak cabaran pada SS. Insyaallah tahun nie SS berazam nak mulakan sesuatu yang baru..



4. Bercuti
Tahun 2013 juga SS berazam untuk pergi bercuti tapi mungkin selepas SS dah habis pantang "Insyaallah".... Kalau ada rezeki lebih tahun nie...Lokasi yang SS teringin nak pergi ialah BUKIT TINGGI  dan MELAKA. Tapi kalau untuk Luar Malaysia SS teringin sangat nak bercuti di Bandung...hehehhe...Insyaallah klu semuanya tak ada masalah....Memang SS teringin sangat nak pie ke  2-2 lokasi nie....





5. Tak Tinggal Solat
Bila cakap saja bab agama, mungkin ada yang akan tertawakan dan adakalanya benda nie juga depa boleh buat bahan ejekan...pelikkan dunia zaman sekarang nie. so bila jmasuk tahun 2013 nie, SS berazam untuk tidak meningalkan solat...Biasalah kekadang tue mungkin ada yang terlepas masuk waktu dan terleka dengan aktiviti harian sehingga kita lupakan tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam. Insyaallah SS cuba untuk menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Kalau sebelulm nie SS seorang yang suka leka namun tahun nie SS berazam untuk merubah diri SS kepada seorang yang lebih bertanggungjawa terhadap tuntutan agama.Insyaallah...



6. Menjadi seorang Isteri Yang Solehah
Setiap isteri ingin menjadi seorang isteri yang soleh. Menjadi isteri pujaan setiap suaminya. Sama juga macam SS, memandangkan SS kini dah berkahwin dan  SS juga ada simpan AZAM untuk tahun baru, menjadi seorang isteri yang solehah, seorang isteri yang bertanggungjawab dan seorang isteri yang sentiasa disayangi suami...Wow bestkan bila suami sayangkan kita.ermm...Jangan jelaous. Tapi SS sentiasa berdoa agar azam Ss untuk jadi lebih baik dari yang terbaik akan tercapai...insyaallah...




7. Beli Rumah
Tahun nie juga SS berazam nak mencari rumah, itupun sekiranya ada ilihan rumah yang bersesuaian dengan great dan juga pangkat serta pendapatan kami. Memang susah sekarang nie nak mencari rumah di PEnang.Sebab semua rumah mau dalam 500k keatas..Kau mampu????ishhh..susahkan..Tapi insyaallah SS akan cuba mencari jika ada rezeki..Mana tau rezeki anak..hehhehehe




8. Belajar Menyimpan
Yang PENTING!!! Belajar Simpan duit demi masa depan keluarga...Wow..Memang dah bertambah besar tanggungjawab nie....insyaallah semoga berjaya...



Insyaallah kalau ada rezeki dan ada waktu yang ada...SS akan cuba laksanakan satu persatu.Kalau tak lepas tahun nie boleh carry foward tahun depan..hehhehe..Apapun doakan yang terbaik Untuk SS yer....SS sentiasa inginkan yang terbaik buat SS dan keluarga....Tahun nie pulak nak tunggu masa nak delived baby....Hopefully semuanya berjalan dengan lancar...Aminn....


With Luv,
~sue~

Monday, January 7, 2013

Lepak with My Sister Twin


Last Saturday merupakan hari sakit SS...So sepanjang hari SS duduk dirumah tunggu suami pulang sambil menjahit manik pada baju pengantin hehehhhe...then sambil tue tonton cerita hindustan TAAL...gitukan....hehehhe...nak buat macam mana..nak berjalan pown tak mampu..So duduk jer lah kt rumah. Tapi alhamdulillah bila senja dan nak habis kesakitan ini dah berkurangan dan SS telah memujuk suami untuk bawa SS ke rumah kakak SS yang tak jauh dari rumah kami...Tujuannya ialah nak tengok 2 anak comey ( twin) akak SS Farihah & Farihin..

alahai so comey depa nie....dah 8 bulan dah besar...cepat sungguh masa berlalu....tak tau nak gambarkan perasaan macam mana bila tengok depa 2 orang nie...Srious comey gila..tambahan sekarang dah kenai orang dan dah pandai nak main-main...


Ini adalah si adik FARIHIN....budak nie susah nak gelak..bak kata orang muka eksen..tapi seklai dia gelak handsome kot..hehhehe...


Ini pulak si kakak..FARIHAH....budak sorang nie sangat gedik tak boleh nak tengok camare depan mata sure nak mengedik teruk punya....peh tue memilih pulak kalau nak main dengan dia. Kalau perempuan tak mau..Kalau lelaki nak saja...Otak budak zaman sekarang nie...



Walaupun muka SS sikit jer..tapi muka si Farihah nampak muka gedik kan...yang si farihin muka blur...hhahaha....comey depa nie..


p/s : Nanti SS akan upload video gedix farihah bila dia excited tengok muka dia dalam camare.hahha....


With Luv,
~sue~

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels