Wednesday, January 30, 2013

Perkembangan Janin : 14 minggu



Perkembangan Si Kecik : 14 Minggu

Alhamdulillah sekarang nie kandungan SS dah 14 Minggu pown. Buat masa sekarang nie baby sihat dan membesar dengan bagusnya. Makin hari makin membesar saja...tak lama lagi baru dapat rasa tendangan maut si kecik nie...Insyaallah mudahan dia sihat selalu....Tapi mungkin ada juga yang tidak tahu tentang perkembangan kandungannya secara details melainkan dia berjumpa dengan doktor. Ada juga bakal-bakal ibu yang tak pernah tahu tentang lama web BABY CENTER.....banyak info dalam baby center nie...So dari situ SS belajar dan tahu tentang perkembangan si kecik nie :)

Seriously bila adanya laman web macam nie, si bakal ibu macam SS sendiri dapat belajar dan tahu serba sedikit tentang kehamilan nie sampaikan setiap minggu SS akan bercerita pada suami tentang perkembangan anak kami...Sebab suami SS memang tak berkesempatan nak membelek internet sebab terlalu sibuk. So SS menjadi doktor minggu untuk cerita tentang perkembangan anak Kecik nie...


Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran. 

Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan. 

Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35 tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan. 

Link by : baby Center


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels