Wednesday, January 9, 2013

8 AZAM Tahun 2013


ASSALAMMUALAIKUM...

Yahoo....dah masuk tahun 2013 pun....cepat sungguh masa berlalu.....Dan tak sangka macam-macam yang kita semua lalui....Tapi alhamdulillah semuanya kita dapat atasi bersama....Bila bercakap pasal tahun baru nie, banyak juga SS tengok dalam FB ada yang dok bercerita dan meluahkan rasa kesedihan sepanjan0g tahun 2012....Bagi SS juga tahun 2012 memang tahun yang banyak memberikan kenangan sedih buat SS...Bukan SS jer tapi ramai juga orang dan banyak yang mengharapkan yang terbaik buat tahun 2013 nie...Hehehhehe....Apapun masih sempat lagi SS nak ucapkan selamat tahun baru 2013 buat semua pembaca belog SS nie....Sama ada yang baru atau tidak....SS harapkan tahun 2013 nie memberikan kita semua semangat baru untuk meneruskan hidup kita...

Bersemperna dengan sambutan Hari Lahir SS yang ke 26 Tahun nie...SS dengan lafaz bismillah..ingin berkongsikan AZAM TAHUN 2013 dengan anda....memang banyak azam yang SS nak laksanakan.Insyaallah SS akan cuba usahakan sehingga terlaksananya AZAM TAHUN 2013...Nak tahu apa??


1. Menjadi seorang ibu yang sangat sporting, peyayang & disayangi
Alhamdulillah tahun 2013 nie memang tahun "ONG" macam orang Cina cakap.."banyak onggg looorrrrr" sebab tahun nie pada bulan Julai 2013,insyaallah SS dan suami akan terima orang ketiga dalam hidup kami, dan SS sangat teruja bila nak tunggu saat itu. SS ingin menjadi seorang ibu yang cukup sporting buat anak SS, menyayanginya seperti mana SS menyayangi diri SS sendiri. Dan yang paling penting SS ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa disayangi oleh anaknyer....Wow  tak sabar rasanya...Hanya tinggal 6 bulan hidup SS akan berubah....cepatkan masa berlalu....



2. Tidak berboros
Ha bila bercakap pasal boros nie...inilah azam yang paling SS nak utamakan sebab SS memang aku yang SS nie seorang yang kaki shopping. Tak kisahlah klu keluak p mana pun sure ada something yang SS akan beli walaupun benda tue kecik jer...So this year , SS nak ubahkan diri untuk tidak berboros....Sebabnya tahun nie SS kena belajar untuk menyimpan duit untuk masa depan anak SS yang bakal dilahirkan nanti...Wow...semua nak berubah kerna anak nie....insyaallah semoga anak yang bakal dilahirkan nie, memberikan rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga kami...hehhehehe




3. Menjadi seorang usahawanita yang berjaya
Kerjaya!!!!! seperti semua orang tahu yang SS merupakan pemilik butik The House Of Red Gincu.Walaupun ada orang tak tahu..its okay SS faham...hehehehe....tahun nie SS nak berazam untuk menjadi seorang usahawanita yang berjaya. Bukan seperti tahun tahun yang lepas, SS sering dipijak, diherdik dan dihina sebab SS tak pandai nak manage my own butik...Insyaallah tahun 2013 nie, SS akan buktikan SS mampu untuk menguruskan butik tersebut sehingga berjaya..SS tak mahu lagi orang pandang rendah tentang kerjaya SS sebagai seorang tauke butik. Memang tahun 2012 memberikan banyak cabaran pada SS. Insyaallah tahun nie SS berazam nak mulakan sesuatu yang baru..



4. Bercuti
Tahun 2013 juga SS berazam untuk pergi bercuti tapi mungkin selepas SS dah habis pantang "Insyaallah".... Kalau ada rezeki lebih tahun nie...Lokasi yang SS teringin nak pergi ialah BUKIT TINGGI  dan MELAKA. Tapi kalau untuk Luar Malaysia SS teringin sangat nak bercuti di Bandung...hehehhe...Insyaallah klu semuanya tak ada masalah....Memang SS teringin sangat nak pie ke  2-2 lokasi nie....





5. Tak Tinggal Solat
Bila cakap saja bab agama, mungkin ada yang akan tertawakan dan adakalanya benda nie juga depa boleh buat bahan ejekan...pelikkan dunia zaman sekarang nie. so bila jmasuk tahun 2013 nie, SS berazam untuk tidak meningalkan solat...Biasalah kekadang tue mungkin ada yang terlepas masuk waktu dan terleka dengan aktiviti harian sehingga kita lupakan tanggungjawab kita sebagai seorang yang beragama Islam. Insyaallah SS cuba untuk menunaikan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin. Kalau sebelulm nie SS seorang yang suka leka namun tahun nie SS berazam untuk merubah diri SS kepada seorang yang lebih bertanggungjawa terhadap tuntutan agama.Insyaallah...



6. Menjadi seorang Isteri Yang Solehah
Setiap isteri ingin menjadi seorang isteri yang soleh. Menjadi isteri pujaan setiap suaminya. Sama juga macam SS, memandangkan SS kini dah berkahwin dan  SS juga ada simpan AZAM untuk tahun baru, menjadi seorang isteri yang solehah, seorang isteri yang bertanggungjawab dan seorang isteri yang sentiasa disayangi suami...Wow bestkan bila suami sayangkan kita.ermm...Jangan jelaous. Tapi SS sentiasa berdoa agar azam Ss untuk jadi lebih baik dari yang terbaik akan tercapai...insyaallah...




7. Beli Rumah
Tahun nie juga SS berazam nak mencari rumah, itupun sekiranya ada ilihan rumah yang bersesuaian dengan great dan juga pangkat serta pendapatan kami. Memang susah sekarang nie nak mencari rumah di PEnang.Sebab semua rumah mau dalam 500k keatas..Kau mampu????ishhh..susahkan..Tapi insyaallah SS akan cuba mencari jika ada rezeki..Mana tau rezeki anak..hehhehehe




8. Belajar Menyimpan
Yang PENTING!!! Belajar Simpan duit demi masa depan keluarga...Wow..Memang dah bertambah besar tanggungjawab nie....insyaallah semoga berjaya...



Insyaallah kalau ada rezeki dan ada waktu yang ada...SS akan cuba laksanakan satu persatu.Kalau tak lepas tahun nie boleh carry foward tahun depan..hehhehe..Apapun doakan yang terbaik Untuk SS yer....SS sentiasa inginkan yang terbaik buat SS dan keluarga....Tahun nie pulak nak tunggu masa nak delived baby....Hopefully semuanya berjalan dengan lancar...Aminn....


With Luv,
~sue~

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels