Wednesday, January 23, 2013

Air Tangan Isteri besar pahalanya....


Air Tangan Isteri besar pahalanya....
Itulah tajuk yang SS nak ceritakan dalam entry SS kali nie tentang nikmat dan pahala air tangan isteri untuk suaminya...Mungkin ada yang ambil berat tentang hal ini dan mungkin ada yang sambil lewa tentang hal ini..tapi itu terpulang pada setiap individu. Tapi bagi SS sendiri, kalau SS tak masak untuk suami sure rasa sangat serba salah sebab suami SS nie, suka masakan dirumah daripada makan diluar. Katanya lebih sedap dan lebih selesa.

Untuk pengetahuan semua,nasiblah SS nie suka jugak memasak....so rasa tak beban la klu nak masak. Sebab dari sebelum kawin lagi SS nie suka memasak. So bila dah kawin tue, alhamdulillah nak makan pown senang sebab suami pun suka SS masak. Setiap hari lepas balik kerja SS akan singgah di pasar untuk beli brangan basah. So balik dan masak. Baru fresh...hehehhe...bukan banyak pown makan untuk 2 orang jer. Cuma kalau rajin masak lebih. SS ajak kawan SS sekali mai makan...

Ini adalah antara menu yang SS masak...

Memang penat sebab lepas balik kerja, kita nak kena masak, kemas rumah, basuh baju, lipat kain dan sebagainya tapi nak buat macam mana..itu dugaan.Perlahan-lahan nanti okaylah. tapi cuba pk kalau perempuan yang tak pandai buat kerja rumah, macam mana dia nak jaga rumah tangga dia erk???...hehehehe

Cuma sejak SS berbadan due nie, SS jarang sikit masuk dapur, bukan sebab alahan pada tumis atau bau wap nasi. tapi sebab tak larat nak masak. Itu jer. Kekadang tue sampai 3 hari tak masak. makan luar jer. So bila tengok muka suami...rasa sangat sedih dan rasa bersalah pada dia sebab tak masak. So SS kuatkan semangat untuk masak...Bila dah masak tue, baru nampak muka kegembiraan dia....lega hati isteri...

Memang seriously SS cakap, bila kita dah kawin, apa sahaja pengorbanan yang kita buat untuk suami, insyaallah Tuhan ada ganjarannya dan yang paling utama ialah suami kita bertambah sayang :)


Insyaallah..

with Luv,
~sue~





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels