Wednesday, February 20, 2019

Nur Qistina Balqis | Pesakit Kanser tulang



Assalammuamualaikum hye,


Kesihatan anak anak adalah perkara yang paling penting dan paling utama yang akan dititikberatkan oleh semua ibubapa. Tapi bayangkanlah jika kita sedaq anak kita sakit, tak sihat tudia muka mak mak terutama sekali yang jadi cam orang gila sebab anak yang dia jaga tak sihat dan tak berada dalam keadaan yang biasa. Hari nie saya nak sangat share dengan ampa semua kisah sebenar yang berlaku pada anak kawan saya yang telah disahkan mengidap penyakit KANSER TULANG atau nama saintifik dia "KANSER OSTEOSARCOMA"


APA ITU KANSER OSTEOSARCOMA
Osteosarcoma merupakan kanser yang terjadi pada tisu-tisu tulang. Biasanya ia bermula pada bahagian hujung tulang di mana tisu-tisu tulang baru mula terbentuk.
Osteosarcoma boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh, tetapi ia biasanya ditemui pada lutut, kaki dan tangan. Ia agak berbahaya kerana boleh merebak pada bahagian tubuh yang lain. Kanser tulang ini biasanya berlaku kepada remaja dan warga tua. Lingkungan umur remaja yang biasanya terdedah dengan kanser ini ialah antara 10 hingga 21 tahun, manakala warga tua pula ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Osteosarcoma lebih kerap ditemui di kalangan lelaki berbanding perempuan. Biasanya pesakit tidak mengetahui mereka menghidap kanser melainkan setelah mereka mengalami kecederaan ringan.
Kanser ini bukan penyebab berlakunya kecederaan. Sel-sel kanser tersebut sememangnya telah ada pada tulang.Pesakit hanya datang berjumpa doktor apabila mereka mengalami kesakitan dan pembengkakan. Mereka biasanya mengalami kepatahan patologi seperti rasa sakit, bengkak dan kepatahan. Namun, Osteosarcoma boleh dirawat jika pesakit datang segera berjumpa doktor. Punca kanser ini tidak diketahui.

GEJALA DAN TANDA
Gejala- gejala kanser tulang adalah berlainan pada setiap pesakit dan bergantung kepada jenis kanser tulang tersebut. Secara umumnya gejala-gejala tersebut adalah :
  • Kebengkakan dan sakit pada kawasan yang terlibat
  • Sakit yang kuat terutamanya pada waktu malam
  • Hilang fungsi anggota
  • Tulang lebih rapuh dan senang untuk patah
  • Hilang berat badan dan selera makan

BAGAIMANA KANSER NIE DIKESAN??
Kanser nie memang tidak diketahui punca dan bagaimana nak kesan dari peringkat awal. Cuma mungkin dari tanda tanda seperti yang saya senaraikan tu boleh kesan pada peringkat awal. Tapi apa yang terjadi pada adik Balqis nie memang sesuatu yang tanpa kita sedar. Mulanya dia mengadu dengan mama dia (kawan saya) dia kerap rasa lenguh kaki. So biasalah kita pun ingat sakit biasa bagi minyak dan urut. Tapi lama kelamaan kesakitan tu makin menjadi jadi bila mama dia nampak adik balqis jalan pun dah hincut hincut. Bila tanya ada jatuh tak dia jawab tak ada pun...berminggu jugaklah..biasalah anak dah besar so kekadang kita tak akan mandikan dia. so kita pun tak nampak kesan apa apa yanag berlaku pada dia sampailah satu hari tu, mama dia nampak kaki sebelah kiri bengkak yang sangat pelik. terus dia bawak anak untuk scan sebab apa.

Sampai kat sebuah klinik nie, doktor bagi ubat bengkak dan tahan sakit sebab maybe bengkak biasa. So doktor pun pesan klu tak surut juga bengkak tu suruh dia refer dengan hospital jugak. So by tomorrow bengkak tu masih tak surut dan mama dia bawa terus ke Hospital Taiping ( depa asal Taiping) sampai sana doktor pun scan dan result tu buatkan semua orang terkejut sebab adik balqis terlalu muda untuk semua nie...So depa refer Hospital Pulau Pinang (GH) terus sebab kat sana ada pakar tulang dan ada MRI. 
Setelah menjalankan beberapa ujian, akhirnya keputusan benar mengatakan yang adik Balqis disahkan pengidap kanser tulang peringkat pertama.

Inilah gambar kaki yang bengkak tu. (Kaki kiri atas lutut)


DIMASUKKAN KE WARD

Selepas semua urusan ujian dibuat dan selepas tu Doktor terus advice adik balqis dimasukkan ke ward untuk terus menjalani sesi KIMO.takut kanser tu merebak lagi teruk.So biarlah sesi tu diawalkan. Sebab nak tunggu proses pembedahan tu entah bila pulak kan. So masa di ward tu memang rasa suram sikit sebab ward kanser kanak-kanak ya allah memang sedih tengok. Semua anak kecil kecil dah terlantar atas katil... syukur anak uolls maish sihat...:)
hampir berminggu jugak adik balqis masuk ward dan biasalah bila dah start kimo tu perubahan yang paling ketara berlaku ialah RAMBUT GUGUR. Sebab panas wei kimo tu...dahlah dok kat sana tak ada aircond pakai kipas sendiri ja...aduhai moga kerajaan dapat menaiktarafkan hospital pulau pinang lebih sempoi lagi. bagi selesa kan...betoi tak.

Gambar nie masa belum dicukur rambutnya


Yang nie dah cukup... :) ya allah kuatnya anak anak kecil nie


PEMBEDAHAN BERNILAI RM52K
Hanya allah yang tahu betapa risaunya hati seorang ibu bila doktor bagitau yang anaknya kena menjalani pembedahan denga kadar segera dengan kos pembendahan tersebut menelan belanja sebanyak RM52K. Pening dah mana nak p cekau duit banyak tu. Banyak jugaklah saluran yang kami gunakan untuk mendapatkan bantuan, media sosial, zakat, Jabatan Kebajikan dan guna kuasa viral jugak....Tapi bukan mudah nak kumpul dana sebanyak tu. Dan setelah mendapat kata putus daripada pihak jabatan alhamdulillah pembedahan untuk bantuan Adik Balqis  telah pun diluluskan. Lega weiii...tapi biasalah nak tunggu kelulusan pelepasan duit tu memang lambat. Ambil masa jugalah sebab doktor cakap selepas duit tu dapat dapat baru depa akan proses untuk tempahan besi. Ambil masa juga dan akhirnya pada 18 Jan 2019 pembedahan tersebut dijalankan.



Alhamdunillah pembedahan berjalan dengan lancar. Lebih kurang 6-8 jam kalau tak silap pembedahan tu berlaku...Lepas ja habis tu, saya sendiri berpeluang sambut adik Balqis depan pintu bilik bedah. Sebab time tu mama dia msg bgtau keadaan dia tak berapa stabil dan kena pantau sehingga bacaan jantung dia stabil.. Tapi bila tengok dia keluar dari bilik bedah tu, dah sedar..Ya allah syukur sangat, doa kawan kawan mengiringi sepanjang permbedahan tu dijalankan. Thank you uolls semua.. So gambar nie saya sharekan dengan uolls semua tulang yang kena kanser tu serta bagaimana keadaan kaki adik balqis yang dimasukkan besi...

Inilah tulang yang telah dikeluarkan oleh pakar pakar bedah. Sebelah kiri itulah besi yang dimasukkan ke kaki Adik Balqis



Allahuakbar sakit tu hanya dia sahaja yang tahu....nie masa sesi masukkan besi kedalam kaki adik balqis.


Sekarang nie adik balqis dah boleh nak berjalan sikit. Doktor cakap cepat dia recover. Maybe sebab semangat dia dan juga berkat doa kita semua yang selalu bagi dia semangat untuk dia pulih kan. nanti bila dah baik dia dah boleh p sekolah jumpa kawan kawan dan jalani kehidupan alam persekolahan seperti biasa kan. Seronoknya mesti dia pun excited kan. Cuma dia perlua jalani beberapa lagi sesi kimo dan juga setiap 6 bulan dia akan kena minor operation sebab nak check kedudukan dan pembesaran besi tersebut.

Apapun kepada ampa kat luar sana yang ingin menyalurkan sumbangan boleh terus berbuat demikian ke akaun :

NOOR DALIA EZWATIE BT MOHD NOOR




WHATSAPP : 011-2959 3155





No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels