Monday, February 18, 2019

Apa ITU HIBAH | Produk Review


Assalammualaikum hye,

Tajuk entry kali nie adalah antara tajuk yang paling hot sekarang nie. Kalau kita bukak ja Fb, Instagram atau mana mana saluran media sosial mesti kita akan terbaca tentang iklan HIBAH. dan apalah Hibah sebenarnya?? Ada yang pernah tahu dan ada yang tak tahu pun fungsi hibah nie sebenarnya. So topik kali nie sambil sambil saya nak share dengan uolls semua pasai Hibah nie, ampa kena tahu serba sikit so nanti bila orang tanya ampa taklah rasa kekok atau jadi cam orang bodoh tak tau nak jawab lagu mana.

Mulanya saya sendiri tak pernah terfikir benda nie. Tapi bila fikir tentang anak-anak saya terus saya nekad untuk belikan HIBAH untuk mereka sebab utama kenapa saya buat hibah:

  1. Saya tak punya harta yang banyak untuk anak anak
  2. Saya nak anak saya tak merempat bila saya dah tak ada
  3. Saya nak anak saya dapat hidup dengan duit yang saya tinggalkan
  4. Duit yang saya tinggalkan boleh bantu depa jika nak sambung belajar
  5. anak saya tak akan menyusahkan orang sebab depa ada simpanan sendiri



Apa itu Hibah?

Maksud hibah mengikut islam adalah pemberian daripada satu individu kepada individu yang lain atau pihak tertentu dan pemberian tersebut dilakukan semasa individu yang memberi masih hidup. Pembahagian hibah tersebut dibuat oleh pemunya harta mengikut kehendak sendiri tanpa paksaan daripada mana-mana pihak yang terlibat.
Pemunya harta bebas menghibahkan harta beliau kepada sesiapa sahaja walaupun penama tersebut tiada pertalian darah dengannya. Malahan, orang bukan muslim juga layak menerima hibah sekiranya pemunya harta menamakannya sebagai penama.
Kalau tengok maksud dekat atas ni mungkin anda susah nak faham. Definisi mudah bagi hibah ini adalah ‘hadiah’. Senang cerita macam anda nak hadiah kan sesuatu yang anda punya (cth: rumah) kepada seseorang waris tertentu. Tapi perkara tersebut tidak berkuatkuasa serta-merta. Anda boleh letakkan syarat  tertentu. Contohnya selepas anda tiada barulah dipindah milik.

Image result for apa itu hibah

Kenapa buat Hibah?

Hibah adalah salah satu cara penguruskan harta pusaka yang mudah, pembahagian hibah ini  secara terus kepada waris tanpa perlu melalui faraid. Mengikut hukum faraid harta si mati perlu dibahagikan kesemuanya pada waris-waris yang layak mengikut kadar yang ditetapkan. Jika hibah, anda boleh tetapkan siapa yang menerima dan banyak mana yang dia akan terima. Semuanya adalah terpulang kepada anda.Mudah ja. Sekarang nie memang dah ramai memilih hibah termasuk diri saya sendiri.
Satu lagi kelebihan hibah adalah waris lain tidak boleh menuntut harta yang telah dihibahkan kepada seseorang. Akan tetapi semua ini perlu dibuat semasa anda masih lagi hidup. Kalau tidak, semuanya akan dibahagikan mengikut hukum faraid.


Berapa nilai Hibah??
Berapa nilai hibah nie bergantung kepada pilihan nilai Hibah yang ampa pilih. ada sesetengah syarikat insuran yang akan tetapkan nilai Hibah bergantung pada usia pemohon. Boleh rujuk pada agent insuran terdekat anda. Tapi untuk pengetahuan anda Nilai hibah yang min RM250k. wow banyak tu...dan bayaran bulanan tu serendah rm100/sebulan bagi mereka yang berusia dibawah 30 tahun

Cara pembayaran??
Pembayaran Hibah boleh dilakukan secara bayaran bulanan, 3 bulan , 6 bulan atau setahun mengikut pilihan anda sendiri. ia akan dilakukan melalui potongan dari akaun bank anda ataupun Kredit Kad anda.

Bagaimana jika saya berminat untuk mohon HIBAH?

Haslam Askhi
☎012-5376811

Demikianlah perkongsian saya tentang apa itu hibah. Semoga anda dapat sedikit gambaran serta manfaat daripada apa yang saya kongsikan diatas. Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai hibah, ataupun anda mahu buat hibah dengan takaful,uolls boleh rujuk dengan agent yang tertera...HIghly Recomended tau...
Tak rugi pun kita buat HIBAH nie. Tapi make sure ampa dapatkan khidmat nasihat daripada agent yang bagus, Bukan agent yang semata-mata nak dapat komisen ja. Pastikan depa buat kerja. 


No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels