Thursday, August 17, 2017

Dobi Mesin Pilihan Hati | Laundry Hub



Perkhidmatan cuci baju bermesin sekarang nie memang menjadi kegemaran ramai orang termasuklah diri aku sendiri. Kalau kita p mana mana mesti akan jumpa 1 atau lebih kedai dobi di sesebuah kawasan. Cuma elok atau tak elok services itu kita tak pasti. Nak dipendekkan cerita,aku adalah salah seorang pengguna tegar perkhidmatan dobi mesin nie bermula sejak 2 bulan yang sudah bila aku dapat detect mesin basuh kat rumah dah tak boleh berfungsi..Nak panggial orang repair tu tak tau bila.Yalah nak kena call pehtu tunggu depa repair... So aku cakap kat suami takpalah buat masa sekarang nie kita try guna dobi mesin. Antara kedai dobi mesin yang paling aku suka dan puas hati ialah LAUNDRY HUB. Lokasi yang aku selalu p ialah di DATO KERAMAT.Sebelah dengan kedai tomyam NURJAYA....


AMPA PERASAN TAK KEDAI OREN NIE ????


KENAPA AKU PILIH LOKASI KEDAI NIE???BUKAN KEDAI YANG LAIN

1.  Lokasi dia dekat dengan rumah
2. Kawasan dalam laundry tu luas dan selamat untuk anak anak bermain
3. Kawasan tak sunyi dan sentiasa ada orang
4. Dekat dengan kedai makan, so sambil basuh pun boleh makan
5. Tidak terlalu dekat dengan Jalan Raya..Jarak dalam 30 meter ja.
6. Nak masuk kedai dobi kena buka kasut ( lantai bersih)



BERAPA HARGA YANG DICAJKAN??

Berbanding dengan kedai lain, Laundry Hub nie antara kedai yang menawarkan harga yang lebih murah. Harga tu tak perlu uolls risau. Tengok ja kat gambar nie...


Selalunya aku pakai yang mesin 14kg RM6.00 untuk 1 cucian. klu 10kg RM4.00 dan pakai mesin dryer 1 mesin RM4.00..Kiranya kalau ampa pakai 1 set kengkap sampai baju tu kering bersamaan RM10. Tapi ada kedai lain yang caj sampai rm12 utk 1 set cucian...ermmm mahal kan...


INI MESIN CUCI BAJU 
Mesin cuci baju juga ada sediakan pilihan jenis air sama ada AIR SEJUK | AIR SUAM | AIR PANAS
Ampa kena baca arahan yang diterangkan sebelum guna okay.


INI MESIN PENGERING BAJU
Untuk mesin pengering pun ampa boleh pilih nak yang mana 1. 


Ampa tak perlu nak risau sebab setiap kali proses pencucian, Secara automatik setiap mesin itu akan dibekalkan : PEMBERSIH KIMAN | PELEMBUT FABRIK | CECAIR PENCUCI BAJU SECARA PERCUMA . Kalau ampa nak bawak sediri pun boleh. Dia juga ada sediakan ruang untuk ampa masukkan pencuci sendiri. No worries :))



Basa sekarang aku memang pilih LAUNDRY HUB sebab baju yang dicuci memang bersih dan mesin pengering dia pulak antara mesin yang memang keringkan baju dengan baik. Bila siap hanya lipat ja. Tak payah risau..Balik rumah simpan ja baju ( kalau baju uolls lipat kat dobi)



1 comment:

  1. kat tempat saya pon ada 1 branch dobi layan diri yg sama mcm ni. sy mmg puas hati kering baju kat sini. owner dobi pon rajin dtg servis machine.

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels