Tuesday, August 15, 2017

4 Tahun Usianya | Muhammad Zarif Zakwan Turn 4


20 Julai 2017..setiap tahun aku akan cuba sebaik mungkin untuk meraikan hari yang cukup bermakna dalam hidup aku iaitu meraikan hari ulangtahu kelahiran anak sulung aku. Tahun nie genap umur dia 4 tahun. Ya Allah!!! cepatnya masa berlalukan...Pejam celik dah 4 tahun tapi masih lagi terkenang saat saat masa nak lahirkan dia. Subhanallah indahnya ciptaan Allah...Kini dah membesar dengan sihat...Amin...

Untuk tahun nie lain sikit sebab dah ada adik..aku memang tak sempat dan tak plan untuk buat besday zarif. Rasa terkilan jugak sebab dari 1st year besday memang buat untuk dia sampailah umur dia 3 tahun. So 4 tahun rasa macam berat ja hati nak buat sebab masalah kewangan. Tapi aku tetap niat kat hati harus aku raikan hari tersebut...


Rutin harian setiap hari wajib ambil gambar dalam kereta. HAri nie lebihkan sikit ambil gmabar dia...memang susah tau nak snap sebab dia sendiri akan cakap.Malulahhhh..1st picture on 20 Julai 2017...seperti kebiasaan pagi tu zarif taklah mengamuk macam hari hari yang lain..mungkin dia tau hari nie besday dia dan dia sangat cool ja pagi tu.. And guest what??? aku ajak zarif makan pagi....dan apa yang dia wajib buat ialah membawa mainan dinasour dia...Ermm tengok tu...t-rex tu hadiah yang dia dapat masa last year punya besday..Disebabkan dah 1 tahun aku simpan. Hari nie bagi kat dia konon hadiah untuk dia...hehehhe..bijak sungguh akai aku nie...hahhahah...dia punya seronok tu memang tak tau nak cakap... 


Lepas ambil dia dari taska, dan seperti yang dijanjikan aku bawa dia p kedai mainan kat depan IPK penang road. Ada 1 kedai nie kecik ja...Tapi mainan dia harga mampu milik..ermm murahlah dari kedai kedai yang lain...berhari hari dia cakap nak beli robot ja..So masuk kedai tu memang sungguh dia cari robot transformer sebab??? dia belum jumpa lagi dinasour... until the end aku pakat dengan unty kedai tu untuk keluarkan semua mainan dinasour....Malangnya stok tak banyak hanya tinggal a few ja yang ada...Apa lagi automatik dia letak robot kat tepi dan pilih dinasour dia...


3 KOLEKSI DINASOUR BARU DIA

Punya seronok,,,Yang baiknya dia pilih 1 dinasour untuk adik dia sendiri sebab adik pun suka dengan mainan Dinasour.. alahai senang hati ibu...beli mainan yang sama ja....Tak payah nak kalut pk minat anak lain lain..Hehhehehe... So malam tu aku telah membuat sedikit preparation untuk membuat acara memotong kek. Kek pun tak sempat apapun nak order. LAst sekali aku singgah kat kedai MAXIM dan beli kek Ultraman.. LAwaknya dia letak 2 ekor dinasour sebelah kek dia..


Apabila nak suruh dia posing gambar..inilah hasilnya..punya susah ...lawak anak aku nie....


Maka lepas tu kami pun buatlah sesi potong kek....Nampak sangat muka dia punya happy Ya Allah...Terima kasih Allah kerana berikan sebuah kebahagian ini untuk keluarga aku.. Walaupun ada kekurangan aku dapat jugak raikan Birthday anak aku.... Nanti bulan 11 baru nak planing untuk buat sekali dengan adik. Sebab adik tak pernah celebrate lagi..



Anak yang cukup berharga..Ya Allah!!! Kau lindungilah anugerahku ini...Jadikan dia seorang insan yang berguna dan sentiasa dimurahkan rezeki didunia dan diakhirat...Abang Zarif, ibu sayang abang zarif, walaupun ibu suka marah dan gaduh dengan awak, bukan bermaksud ibu tak sayang.Ibu terlalu sayang tau.

Happy BEsday Abang ZArif :)

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels