Friday, August 12, 2016

RAHSIA PERSONALITI DIRI | Jenis Dahi


RAHSIA PERSONALITI DIRI | Jenis Dahi



Bercakap soal dahi ini, tahukah anda bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri anda! Bahaya kan.. Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannya sikit. Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku anda walau pun baru pertama kali bersua. Kalau anda ingin tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi anda tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis. Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi anda tu! Tak susah kan?

Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat, orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!



Sumber : Google

No comments:

Post a Comment

Search This Blog

Happy Besday Zarif Zakwan | Zarif Turn 4

7 Julai 2017 yang lepas masa  Taska Abang Zarif buat Majlis Sambutan Hari Raya, SS dan juga 5 ibu yang menyambut Besday anak anak meraka ...

My Blog Labels

2nd pregnancy (7) agent shaklee (2) Aktiviti Jabatan (1) Alfalfa Complex (6) all about baby (1) Anniversary (2) Announcement (3) ANUGERAH APC (1) artis (2) Azam Tahun Baru (1) b complex (2) Baby (7) BabyZakwan (14) back2back (1) Barang Baby (7) Barangan Shaklee (1) basic h (2) Belog Orang (1) Berita (2) berpantang (3) borang kahwin (1) breastfeed (4) breastfeeding (1) Bride To Be (2) Busan Sanding (1) busana For Rent (1) Busana nikah (1) Businesssaya (1) butikbest (1) celoteh (1) Cerita Cinta (6) cerita opis (1) Cerita Sepanjang Tahun (2) Cerita Shaklee (3) cinchshake (2) cinchtea (1) Cinta (4) collegen Powder (1) Contest (4) Cream Ajaib (1) Creative Large Computer Desk Pad Mat by madamsurianie (1) cuci usus (1) Dairi Tahunan Saya (1) Deco (5) decorumahsaya (1) Demam Denggi (1) detox (1) Dish Wash (1) DIY by MadamSurianie (1) Doa Harian (2) donation (1) drama (1) DTX Complex (1) ESP Shaklee (6) facebook (3) Familyday (4) fashion (5) Fesyen (2) Filem Animasi (1) For Sale (1) gadget (2) garlic complex (2) getcleanshaklee (3) Goodies (1) gubahan Hantaran (1) hadiah (1) Hari ini Salam Sejarah (1) hari raya story (5) henna (1) herb-lax (3) Herbal Blend Cream Shaklee (1) Hitung Hari (1) HIV test (1) hobi (1) homeSPA (1) honeymoon (6) hot story (1) Hukum Dalam Islam (1) Ibu Mengandung (34) Jana Pendapatan (1) JomCantikByCiksue (1) kad kahwin (1) Karaoke (13) Kecantikan (4) kehamilan (7) kehidupan seorang isteri (14) KeluargaBaru (1) Kenduri Kendara (2) Kesihatan (6) Kisah Shaklee Saya (1) Kongsi Cerita (43) krisis pemulihan (1) Kucing saya (12) lecithin (2) Lepas Kawin (1) Lokasi Dewan (1) Luahan Perasaan (4) Majalah (1) Majlis Berendoi (2) Majlis Pernikahan Surianie Dan Rozainizam (6) Majlis Resepsi (9) makan - makan (9) Make up (3) Make up Nikah (2) Make up Resepsi (1) Malam Berinai (1) MasakmasakSurianie (1) Mealshake Shaklee (1) Meja Santapan Diraja (1) Mencari Sejuta Chenta (1) menu berpantang (1) MH17 (1) milkbooster (1) Mothercare (1) MuhammadZarifZakwan (14) muhammadzillqayyim (9) My Baby Video (1) my Besday (9) My New Baby (35) My photographer (5) My self (1) My Shop (3) My Sister Wedding Jumie n Khafi (3) My Wedding Day (11) My Wedding VIP (1) myweddinganniversary (1) nutriferon (1) Officemate (1) omegaguard (1) Ostematrix (1) Panggung Wayang Anda (1) pedicure (1) Pekerjaan Saya (3) Pelamin Istana Kayangan (1) Pelik Tetapi Benar (1) Pembuka bicara (2) Pengalaman Interview bersama Tok Kadi (1) Pengalaman Kawin (2) pengumuman (14) Perayaan (1) Percutian (4) Performance® Natural Orange (1) perkahwinan (1) Perppermint Ginger Plus (1) Pesanan (1) Petua Dari Sue (3) Photoshoot (8) Phytocol-ST (1) Pre-loved Item (1) prenatal shaklee (1) prewedding (1) produk Shaklee (2) questbook (2) Rahsia Personaliti Diri (5) Raikan SiKecil (1) Resipi Dapur (5) resipi esp (2) resipi saya (2) Review Majlis Pertunangan Surianie dan Rozainizam (1) Reviewbymadamsurianie (1) Saya Nak Kawin (3) Saya Suka Apa (1) SAYAPRIHATIN (1) Selamat Hari Ibu (1) selfiedengananak (2) Senarai Hantaran (2) Set Ibu Hamil 1st Trimester (1) set kulit shaklee (3) Set Penyusuan Ibu (2) set ramadhan (1) SET SHAKLEE (1) SETEMKU (1) shaklee (48) shaklee award (1) shaklee price list (1) shaklee Promosi Bulanan (5) Shaklee Video (1) Shawl By Defiore (1) Shopping (7) Soalan Bakal Pengantin (1) solidfood (1) sponsersaya (1) Story Of my Wedding (12) Story Of Raya (4) Tema Warna (1) tema wedding (2) Tentang Agama (1) teringin (1) testimonial (2) The House Of Red Gincu (18) TIFFANYINNERNECK (1) Tips (9) tips berniaga (1) Tips by MdamSurianie (4) Tips RumahTangga (5) tummy time by madam surianie (1) Vacation (1) Video Kahwin (3) Video Klip Pilihan (1) Vita-lea (1) Vita-lea For Kids (1) vitagen (1) vitamin c (3) vitamin e shaklee (1) Vitamin ibu hamil (4) vitamin si kecil (1) VIVIX (2) water Pitcher (1) Wedding (5) Wedding Artis (8) wedding checklist (9) wedding Henna (1) wedding idea (1) Wedding Preparation (29) wedding prop (2) weefie (1) zakwanturn1 (5) zarifzakwanadventure (1) zarifzakwanzillqayyim (1)