Skip to main content

RAHSIA PERSONALITI DIRI | Melalui Gerak Laku


RAHSIA PERSONALITI DIRI | Melalui Gerak Laku


Kadang-kadang kita tidak menyangka bahawa perlakuan adakalanya mencerminkan sikap seseorang. Di sini disenaraikan gerak laku yang berkait dengan sikap.

1.Melindungi atau menutup mulut dengan tangan bila bercakap
Tindakan ini membayangkan yang dia kemungkinan berdusta, memutarbelitkan perkara, ragu, atau dia sendiri tidak yakin dengan perkara yang diucap atau cakapkan.

2.Berpeluk tubuh ketika bercakap
Dia memperlihatkan satu sikap yang defensif. Dia tidak akan menerima apa-apa yang kita cakapkan. Tindakan ini juga mengambarkan yang dia sukar mengalah atau bersetuju dan bekerjasama dengan kita. Gerak laku yang demikian juga menunjukkan yang dia berbeza pendapat, serba salah atau kemungkinan tidak berpuas hati dengan kita.

3.Matanya tidak memberi tumpuan atau merayap ke sana dan ke mari
Gerak laku sedemikian menunjukkan dia tidak berminat pada perkara yang kita ucapkan. Kalaulah kita baru berkenalan dengannya, maka perlakuan sebegini menunjukkan yang dia tidak benar-benar berminat pada diri kita.

4.Mata dan dahi berkerut-kerut
Ini menandakan dia berminat dengan apa yang kita ucapkan tapi tidak percaya apa yang kita ceritakan padanya.

5.Mata berkelip lebih laju daripada biasa
Gerak laku ini pula mengambarkan yang dia pendusta. Kata-katanya tidak boleh dipercayai.

6.Memandang tepat ke mata kita sewaktu kita bercakap
Ini menunjukkan dia amat berminat dengan isi percakapan kita betul-betul menarik minatnya. Atau kiranya isi percakapan itu tidak menimbulkan minatnya, kemungkinan dia benar-benar berminat untuk berkenalan dengan kita secara lebih dekat.

7.Memandang kita, tetapi tidak pada mata ( tetapi dia memandang hidung, dagu, dahi, atau leher kita ) sewaktu kita bercakap
Ini bermakna dia berminat, tetapi dia seorang pemalu. Perasaannya tidak selesa. Dia tidak releks.

8.Ketika kita bercakap dia bersandar ke belakang
Dia bersikap nagetif kapada kita. Dia kekungkina berasa bosan, menyampah ragu atau memandang rendah diri kita.

9.Mengiringkan badan ke kiri dan ke kanan sewaktu kita bercakap
Ini memperlihatkan dia berasa ragu dan terancam dengan isi dan cara kita bercakap. Dia juga berada dalam keadaan resah dan fikirannya tegang.

10.Mencekak pinggang dan menarik-narik seluarnya ke atas
Orang yang bersikap siap sedia. Orang sebegini selalunya mempunyai objektif dan cita-citanya jelas. Dia juga biasanya memiliki nafsu hidup yang tinggi dan didorong oleh hasrat untuk berjaya.



Sumber : Google

Comments

Popular posts from this blog

Tanda - Tanda Nak Bersalin Dah

Sudahkah anda bersedia nak bersalin???
Itulah persoalan yang setiap hari bermain dalam kepala otak SS. Dah bersedia ker SS nak melahirkan anak??? Dah tahu ker tanda-tanda awal nak bersalin?? kekadang tue bila Ss rasa tak sedap perut, rasa memulas,perut rasa kejang terus SS akan fikir  " Eh aku nak bersalin dah ker?"...

Tapi bila  check tak ada tanda-tanda pown. So mungkin tue Brixton Hiks jer...Tapi tiap kali rasa sakit macam tue memang terasa sangat menakutkan sebab memang sakit tue tak terkata. Tapi apapun SS kena sentiasa beready untuk menhadapi situasi ini..

Sekarang SS dah pown 8 bulan ( 32 minggu ) nk masuk 33 minggu jer...Buat masa sekarang jika baby lahir dia dikategorikan sebagai baby Pra-matang...tapi jika dia lahir pada usia 36 minggu insyaallah dia berada dalam situasi bayi yang normal. Tapi SS selalu cakap dengan baby kalau dia nak keluar suruh keluar lepas usia 36 minggu means awal bulan 7 nanti.....hehehehhe..Hopefully insyaallah..mudahan baby dengar cakap ibu…

Kenapa Perut Mengeras Ketika Hamil

Assalammualaikukumk semua..



Alhamdulillah minggu nie SS dah pown masuk ke minggu 24 kehamilan. Cepat sungguh masa berjalan. Tapi setiap minggu kehamilan nie, macam macam yang SS alami. MAcam sekarang nie bila masuk je  minggu 24 nie. SS kerap pening dan tak lalu makan, bayangkan 1 hari SS makan nasi 1 kali jer. Kalau dulu SS makan 3 kali atau lebih sebab lapar.

Bila SS tanya akan misi masa buat check up...Depa pown tak pasti sebab setiap orang lain-lain ragam. Tapi memang rasa pelik skitlah.Tambahan bila bangun dari tidur.Memang sakit yang teramat sangat. Pernah sampai 1 pagi tue SS nak bangun nasib suami SS pegang. Kalau tak memang SS dah jatuh kot. 

Dalam usia SS hamil 24 minggu nie pown ,SS dah kerap merasa Baby keraskan badan.kekadang tue sakit dibuatnya....Dan kekadang tertanya kenapa boleh jadi macam nie ???apa yang baby tengah buat sampai cekang perut SS... So SS pown mencari dalam internet dan akhirnya dapat juga info.


Kenapa Perut Mengeras Ketika Hamil??


Berikut antara sebab-sebab…

Senarai Dewan Di Pulau Pinang

Buat semua B2B di Penang yang sedang mencari lokasi untuk mengadakan majlis perkahwinan anda...Jom saya sedia membantu memberikan senarai beberapa lokasi dewan yang boleh anda buat pilihan. Ini adalah a few senarai yang memang agak POPULAR. 
AREA BAYAN BARU / BAYAN LEPAS
Tabung Haji, Bayan Lepas,Pulau PinangSetia Pearl IslandPan Mutiara
AREA SUNGAI DUA / GELUGOR Dewan Merin,Batu Uban ( berdekatan Nurul Ikan Bakar )Dewan Polis Sg,Dua ( Di belakang Tapak Pesta )Dewan Jubli Perak, Sg Dua ( bersebelahan tapak pesta )Tapak Pesta Open Air ( Dalam tapak pesta )Tapak Pesta Closed Hall  ( Dalam tapak pesta )Recsam Dewan Terbuka Kompleks Belia Dan Sukan Anjung Budi,USM ( Dalam kawasan USM )Dewan Taman SardonDewan Pasar Bayan BaruSunshine Square Ballroom
AREA TOWN Kompleks Masyarakat Penyayang ( bersebelahan dengan rumah Gabenor Penang )Dewan Sri Pinang ( Di Padang Kota)Puspanita Home ( di kawasan sekolah FREE SCHOOL )Dewan Petani Road ( Sungai Pinang )Chinese Town Ballroom ( berdekatan di Little Ind…