Monday, October 12, 2015

5 Tips nak shopping barangan online



Assalammualaikum & Hello :)



Sekarang nie dah terlalu ramai yang buat bisnes secara atas talian. Kalau nak senariakan barngan yang dijual tu memang dah penuh nanti 1 muka suka..Yang pentingnya adakah semua peniaga tersebut telah berdaftar dengan pihak SSM??? Adakah anda percaya pada peniaga tersebut dan bagaimana nak tahu cara atau tips ringkas untuk membeli secara atas talian??? Jom hari nie saya nak sharing dengan anda tips yang selalu saya amalkan kalau nak beli barangan atas talian


1.LIST BARANG DAN SURVEY HARGA
Sebelum nak shopping, semestinya saya akan tuliskan senarai barang yang nak beli.Contoh sekarang nie saya nak beli botol susu TOMMIE TIPPIE. so apa yang saya buat:
1. saya buat survey lebih 10 butik online untuk buat perbezaan harga
2. senaraikan nama butik dan tulis berapa harga yang ditawarkan
Lepas saya dah buat pilihan baru nampak mana butik yang jual murah.dan terus beli. jangan terus beli pada butik yang pertama sedangkan kita boleh dapat harga yang jauh lebih murah berbanding butik pertama.

Contoh saya beli TOMMIE TIPPIE NEWBORN 5OZ (plain bottle )
selepas survey hampir 1 bulan dengan lebih 10 butik. Akhirnya saya dapat 1 botol RM20 jer. murahkan. Butik lain semua jual Rm25++. so saya beli 2 botol + postage baru saya dapat rm46. Kat situ saya dah jimat RM10.00


2.SEMAK SSM
Bagi mengelakkan sebarang penipuan, anda seharusnya peka pada pendaftaran SSM. ini sebabnya bila sesebuah perniagaan telah berdaftar dengan pihak SSM, ia akan memudahkan anda sekiranya berlaku sebarang masalah yang tidak diingini berlaku. Kalau tak daftar cam mana korang nak buat??? jangan pulak salahkan orang lain. Tapi selalunya sekarang nie, semua butik yang berdaftar dengan SSM akan letakkan no pendaftaran perniagaan mereka pada profile mereka sendiri. So anda cuma salin nak semak secara online jer atau hubungi pihak SSM


3.FASTER FEEDBACK
Tips yang ke-2 saya selalu tengok ialah feedback daripada pihak penjual itu sendiri. walaupun bisnes dia ada lebih 10K follower tapi kalau kita whatsapp dia tak reply lebih 24jam kenapa kita nak beli dengan dia. Ini boleh juga dikategorikan sebagai SPAM. ramai yang jadi macam nie. sebab bila bank in duit, pihak penjual langsung tak update tracking number dan sebagainya. So nak salahkan siapa??? sebab itu jika penjual tersebut reply msg anda terlalu lama dan hampir atau lebih 24jam tak reply...BLACKLIST TERUS....banyak lagi butik yang menjual benda yang sama.
KENAPA KITA PERLU DAPAT FEEDBACK SEGERA??
Ini untuk memudahkan kita nak bertanya lebih details tentang barang yang mereka jual. Nak tahu ukuran baju, nak tahu tentang material, cara penggunaan dan sebagainya... tapi kalau tak reply segera cam mana kita nak dapatkan info



4.PROSES PEMBAYARAN
Sekiranya anda telahpun bersetuju untuk membeli produk tersebut, anda boleh terus untuk melakukan proses pembayaran kepada penjual untuk proses penghantaran kepada anda. Tapi ingin sila minta butiran yang lengkap tau. selalunya pihak peniaga akan berikan butiran pembayaran. So lepas anda buat byran pastikan anda sendiri berikan butiran anda :


  • NAMA PENERIMA
  • ALAMAT PENGHANTARAN
  • NO TEL
  • RESIT PEMBELIAN


Jika anda sendiri dah praktiskan diri untuk berikan butiran lengkap, ia juga akan memudahkan pihak peniaga untuk menjalankan proses pembungkusan.


5.DAPATKAN TRACKING NUMBER
Selepas anda membuat pembayaran. Tanya pada peniaga bilakan mereka akan buat proses penghantaran dan dapatkan no tracking number anda :


  • POSLAJU
  • GDEX
  • CITYLINK
  • NATIONAL EXPRESS
  • KTM EXPRESS


dan sebagainya bila dah dapatkan tracking number, anda boleh terus semak transaksi bungkusan anda berada dimana. Mudahkan.



5 Tips ringkas dan info yang saya nak sharing dengan uolls semua. hopefully tips nie dpat bantu anda untuk membeli barangan online dengan lebih berkesan. Sekarang nie lebih mudah beli barang online..klik klik dan barang dah sampai :)













No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels