Wednesday, July 1, 2015

20 Minggu sudah | 2nd pregnant


Assalammualaikum  & salam 14 Ramadhan buat semua,

Alhamdulillah hari nie dah masuk 20 minggu usia kehamilan saya...Perkembangan semua okay...next week baru nak g scan. Jantina dan size baby serta perkembangan dia kat dalam. excitednya...tapi kali nie tak terlalu teruja nak cerita pasal kehamilan sendiri tapi saya punya plan lain sikit dari pregnant zakwan dulu. apa dia tunggulah nanti kita story mory dalam blog nie... Yang penting ibu dan baby sihat....

suami tanya :

suami : sekarang nie dah berapa minggu?

aku    : dah 20 minggu

suami: berapa size dier?

aku   : 16.5cm  ( sambil tunjukkan application dalam phone)




Bayi anda berukuran lebih kurang 16.5sm dari mercu kepala hingga ke punggung dan dia terus menambah berat badannya. Satu bahan berlemak berwarna putih dan licin yang dipanggil verniks kaseosa mula membalut bayi anda dan melindungi kulitnya semasa dia berendam lama dalam cecair amnion. Ia juga akan memudahkan kelahiran. 

Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar. 

Berhati-hatilah dalam memastikan anda mendapat zat besi yang mencukupi. Bayi anda memerlukan zat besi di antaranya bagi pembuatan sel-sel darah merah. Sebenarnya, adalah sukar untuk anda mendapatkan terlalu banyak zat besi daripada makanan semata-mata tanpa makan secara berlebihan. Makanan yang kaya dengan zat besi termasuk daging merah tanpa lemak, ikan, kekacang lentil, bayam dan bijirin yang diperkuat dengan zat besi. Lihatlah panduan makan secara baik kami untuk melengkapkan semua maklumat yang anda perlu ada. 

Sekian .


LOVE,
Madam surianie

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels