Monday, July 13, 2015

Bakul Rotan | Jom Deco


Assalammualaikum semua... Tak sangka kan lagi 4 hari ja nak raya, semestinya rumah tu dok pk pk nak kemas macam mana kan. Terutama sekali untuk family yang ada anak kecik dan dok terfikir cam mana nak susun atau simpan barang mainan yang bertimbun tu...Hari tue masa aku tengah mencari sesuatu dalam google terjumpa 1 idea yang cukup best dan menarik iaitu bekas rotan yang boleh digunakan untuk macam macam benda. Yang paling best ia nampak sangat klasik dan nampak sangat cantik klu kita pandai nak deco banda alah nie. Hati aku memang dah rasa  jatuh cinta cuma tunggu masa nak p cari kat mana ja...

Meh jamu mata dulu dengan BAKUL ROTAN nie.. Bagi ibu ibu or wanita yang gilakan kekemasan, memang inilah menjadi pilihan hati kan...cantik, simple dan mudah...tahan lama..peh tu jimat..Itu lebih penting. 






kalau ada rumah yg besar siap ada bilik cuci baju kan best...Boleh letak bakul-bakul nie kat dalam bilik tu. senang dan nampak tersusun cantik ja...nak cuci baju pun rasa tenang ja..hehehhe


Tapi bila terpandang lemari rotan nie terus terfikir kan cantik kalau ada 1 kat rumah untuk letakkan barang zakwan dan adik zakwan nanti. senang lagipun zakwan memang tak ada lemari pun. sebab biasalah kami duduk rumah flat ruang tu limited sikit. so kena susun mana yang perlu ja. Tapi kalau dapat lemari nie memang rasa best gila, kerja mudah dan nak ambik barang pun senang ja...wahh teruja ja nak beli kan...insyaallah klu kita jumpa nanti boleh share. Sekarang nie macam susah ja nak mencarinya. ramai yang cakap ada kat IKEA. tudia sampai kesana nak beli..over kan..hehhehe





1 comment:

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels