Thursday, March 12, 2015

Puding Mangga Segera | Resipi Ibu





Assalammualaikum & Selamat Pagi...


Tudia semalam saya pos gambaq nie masuk instagram...ramai yang nak sangat resipi puding nie...So hari nie saya nak share antara menu favourite saya untuk buat dissert..sebab senang, mudah dan cepat dan sesuai untuk ibu yang bekerjaya serta sibuk macam saya nie..

BAHAN - BAHAN YANG DIPERLUKAN
  • 1 pek serbuk puding segera ( ikut pilihan anda nak rasa apa)
  • Gula halus
  • 1 biji buah mangga ( buah ikut suka hati ler ) - dipotong dadu
  • Nata de coco
  • Air Masak ikut pada sukatan serbuk puding anda
  • Bekas untuk mengisi puding

CARA CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan air kedalam periuk yang disediakan.
  2. Selepas air dah nampak macam nak panas teruk masukkan serbuk puding anda.
  3. Kacau sehingga semua serbuk dah sebati dengan air.
  4. Masukkan dalam 3-5 sudu gula dan kacau sehingga sebati.
  5. Isikan buah mangga atau buah kesukaan anda didalam bekas yang telah disediakan bersama dengan Nata De Coco...
  6. Selepas puding siap dimasak, terus masukkan puding kedalam bekas yang telah disediakan. Jangan biar terlalu lama nanti puding akan cepat mengeras.
  7. Selepas itu masukkan ke dalam peti sejuk bahagian bawah. Jangan masuk bahagian FREEZE nanti tak sedap.
  8. Biarkan semalam 4-5 jam, puding sedia untuk dihidangkan..
  9. Kalau nak lagi sedap.Tambahkan susu pekat keatas dan hidangkan...

Selamat Mencuba :)



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels