Tuesday, October 7, 2014

Info Kesihatan Bersama MadamSurianie : Apa itu Hormon Estrogen & Progesteron

Assalammualaikum semua..

Bila tengok 2 gambar yang terpampang dalam belog SS pagi nie, mesti ampa semua tertanya-tanya apkah benda alah nie... Okay pagi nie SS ada terbaca tentang penyakit CYST yang kerap dialami oleh wanita terutamanya.. Sebab ada pelanggan nak tahu apakah product shaklee yang sesuai untuk kecutkan cyst. So SS pun mencar jawapan sehingga terjumpa 1 benda nie.. hormon Estrogen & Progesteron. APAKAH BENDA NYA INI???..sO BILA CARI DALAM Google baru kita tahu... so apa lagi Ss pun sharinglah dengan uolls..




PERANAN HORMON ESTROGEN & PROGESTERONE semasa HAMIL
Plasenta akan terus menghasilkan kedua-dua progesteron dan estrogen untuk tempoh kehamilan dan parasnya semakin meningkat sehingga sejurus sebelum kelahiran.
Semasa kehamilan, progesteron diperlukan untuk perkara berikut, (kebanyakannya berhubungkait dengan estrogen):

- Membuatkan endometrium menghasilkan dan merembeskan bendalir selepas disediakan oleh estrogen.
- Memelihara fungsi-fungsi plasenta dan melawan sel-sel berdekatan dengan rahim yang tidak diperlukan yang boleh menyebabkan kerosakn kepada plasenta atau janin.
- Mengekalkan ketebalan endometrium.
- Menghentikan uterus daripada gerakan spontan.
- Merangsang pertumbuhan tisu buah dada.
- Mencegah laktasi sehingga selepas kelahiran (dengan estrogen).
- Menguatkan penyumbat mukus yang menutup serviks untuk mencegah jangkitan.
- Menguatkan dinding pelvis bagi persediaan ketika hendak bersalin.
- Menghentikan uterus daripada mengecut (dengan ini bayi dapat dikekalkan pada kedudukannya).


Di akhir kehamilan, paras progesteron yang dirembeskan pleh plasenta merosot. Tindakan inilah yang merangsang permulaan pengecutan yang mengakibatkan kelahiran.

Kesan peningkatan paras progesteron ke atas wanita merangkumi mana-mana atau kesemua perkara berikut :
- Sembelit
- Pedih ulu hati
- Hidung berhingus dan gatal
- Masalah-masalah penglihatan (kabur atau pening)
- Meningkatkan risiko jangkitan buah pinggang.

Paras minimum lebih kurang 10mg/ml diperlukan bagi mengekalkan kehamilan semasa peringkat awal. Sisebabkan ini doktor boleh mengukur paras progesteron dalam darah bagi membantu dalam diagnosis kehamilan luar biasa seperti kehamilan ektopi.
Suplemen progesteron semula jadi kadang-kadang diberikan sebagai satu rawatan kesuburan atau bagi membantu dalam mengurangkan risiko keguguran. Ia didapati dalam bentuk krim yang boleh digosok kepada abdomen dan paha ataupun ia terdapat dalam bentuk supositori faraj atau suntikan (pil-pil tidak berapa berkesan).


2) Estrogen
Estrogen adalah nama yang diberi kepada satu keluarga hormon ovari yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Semasa kitaran haid wanita, pengeluaran estrogen dikawal oleh hormon LH (Leutenising Hormon) secara tidak langsung dan secara langsung. ""Badan Kuning"" (korpus luteum) secara langsung dirangsang oleh LH untuk menghasilkan estrogen, manakala sebelum pengovulan, sel-sel granulosa folikel itu dirangsang untuk mengeluarkan estrogen melalui satu enzim dipanggil aromatase.

Seperti progesteron, estrogen dihasilkan oleh plasenta sepanjang tempoh kehamilan dan paras itu meningkat terus menerus sehingga kelahiran.

Setiap hormon memainkan peranan yang amat penting dan kompleks semasa kehamilan dan kebanyakannya berinteraksi dengan satu sama lain bagi merangsang pelbagai proses. Begitu juga dengan estrogen. Satu daripada peranan estrogen semasa kehamilan adalah untuk mengawal atur pengeluaran progesteron sepanjang tempoh kehamilan. Oleh kerana estrogen dihasilkan oleh plasenta, maka pengeluaran progesteron akan dirangsang dan dikawal atur.
Selain daripada itu, estrogen memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan janin. Tanpa estrogen, paru-paru, buah pinggang, hati, kelenjar-kelenjar adrenal dan organ-organ lain tidak akan menjadi matang. Sebenarnya plasenta sendiri tidak akan membesar dan berfungsi dengan betul jika tidak kerana estrogen.

Senarai berikut menunjukkan tugas-tugas lain yang dilakukan oleh estrogen:
- Mencetuskan pematangan organ-organ pembiakan
- Membantu dalam perkembangan ciri-ciri seksual
- Membantu dalam proses laktasi
- Mengawal kepadatan tulang dalam janin
- Memelihara endometrium dalam tempoh kehamilan
- Menggalakkan aliran darah dalam uterus
- Memelihara, mengawal atur dan mencetuskan pengeluaran hormon-hormon lain
- Melindungi bayi-bayi perempuan yang belum lahir daripada kesan-kesan androgen dalam sistem ibu. (Androgen adalah bahan yang memberi kesan kelakian).

Kesan luaran utama peningkatan estrogen kepada wanita semasa kehamilan adalah ruam atau tompok-tompok merah pada kulit. Kesan ini yang sering kali digambarkan sebagai 'seri' kehamilan."



No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels