Wednesday, October 8, 2014

Pizza Homemade : Air Tangan Isteri

Assalammualaikum semua...

Wahhhh bestnya hari nie SS sangat teruja nak sharingkan 1 resipi yang sangat mudah dan sangat sedap untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi ataupun minum petang bersama keluarga.. Resipi kali nie SS dapat daripada bekas pengasuh Zakwan...So hari nie SS nak sharing dengan semua...Ambil pen dan kertas tau untuk salin resipi nie :

BAHAN BAHAN :

  • roti gardenia ( roti ikut uolls nak pakai apa )
  • hotdog ayam @ daging
  • daging @ ayam cincang
  • capsicum
  • sos cili
  • mayonis
  • cheese
  • rempah kari daging
  • secukup rasa




CARA CARA MEMBUATNYA :

1st uolls kena goreng terlebih dahulu hotdog dan daging cincang. Cara nak goreng

gorengkan daging cincang & hotdog sehingga kekuningan, kemudian masukkan 3 sudu rempah kri daging, 1/2 sudu secukup rasa dan gaul sehingga sekata. biarkan dalam beberapa minit untuk ia masak.


Cara 2 :

Selepas bahan siap digoreng, ambil roti sapukan sos cili dan mayonis mengikut citarasa anda..klu nak banyak sos, sapukan sos cili lebih.Untuk kulit roti, bergantung pada anda, nak buang kulit atau tidak.


Cara 3 : 
Lepas dah sapukan mayonis dan sos cili diatas roti anda, letakkan bahan yang anda goreng tadi dan hiaskan dengan hirisan capsicum dan taburkan cheese


Cara 4 : Bakar dalam oven selama 10minit jer. suhu dalam 50 darjah celcius...So lepas 10 minit..siaplah piza homemade anda :)



Kalau nak sedap lagi...tambah bawang besar dan cendawan.memang sedap sangat..
SELAMAT MENCUBA



2 comments:

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels