Friday, August 22, 2014

Malaysia Berkabung...Asmaa takziah buatmu




Hari ini 22 OGOS 2014, Jumaat......

Hari yang cukup memberikan impak yang cukup besar kepada semua rakyat Malaysia...khususnya waris kepada setiap mangsa MH17...hari nie Jumaat 22 Ogos 2014...telah dipilih menjadi HARI BERKABUNG MALAYSIA apabila pada tarikh ini kita menerima 20 jenazah MH17 yang diterbangkan dari Amsterdam pada lewat malam semalam. 

Memang sayup hari nie...mungkin ada yang merasai kesedihan nie dan mungkin ada yang tidak..Tapi secara jujurnya SS memang tersangat sedih bila dengar berita nie...tambah pulak cerita kali nie memang ada sipi-sipi kena dengan SS..


Uolls nampak tak gambar seorang wanita yang sedang dukung anak kecil itu.????

Itulah isteri kepada Allahyarham Ahmad Hakimi Bin Hanapi..Sharifah Asmaa yang aku panggila dia asmak...Depa nie adalah kembar yang paling lawak..hahhaha...asmak n aishah....kawan baik akak SS since sekolah menengah..
Yang didukung itulah anak sulung mereka hasil perkahwinan asmaa dengan kimi dan mereke dikurniakan seorang anak lelaki yang handsome ABDREHMAN...

Masa berita MH17 diberitakan terhempas, memang SS sendiri tak tahu menahu sebab sibuk dok kemas dapur...sempat jugaklah p jengok kat TV3 nightline...ler ada kapal hilang!!!! bluurrrr sat...
So masa nie memang tak ingat apapun dan tak terlintas langsung nak pk pasal benda nie.
Lepas dah kemas dapur, tengok tv sekejap dan terus tidur...


ESOK PUNYA CERITA
Pada keesokkan harinya, seperti biasa baru nak buka data internet nak belek phone, sedang membawa kereta tetiba terbaca massage daripada akak saya akak JUMIE dimana dia bagitau bahawa kawan baik dia asma punya laki terlibat dalam nahas MH17..

Masa time tu memang terus aku menangis sambil bawa kereta dan terus terbayang muka asma dan anak dia yang berusia 9 bulan. Ingat lagi masa SS dalam pantang lepas bersalinkan zakwan, Asmaa mai melawat kami berdua...itulah last time jumpa asmaa pun, kimi masa tu tengah flight...biasalah tugas seorang pilot macam tu lah..

Start dari situ dalam group wahtsapp family SS memang tak henti-henti dok cerita dan dok berkongsi duka..So akak SS bertekad nak berjumpa dan duduk bersama asmaa di KLIA...So start dari situ kami sekeluarga dapat berita dan perkembangan tentang asma..


PRIVATE & DELETE 
SEJURUS peristiwa MH17, asmaa terus delete all account dia dan kimi untuk mengelakkan sebarang gangguan yang tak mungkin asmaa akan terima..sms...massage..bla bla bla...
surelah kes yang melibatkan negara..pastinya ramai yang akan nak ambik kesempatan tumpang popular..

Memang kalau SS google sendiri nama depa 2 nie memang tak ada langsung dalam MR.GOOGLE...kalau ada pun sikit ja...


BERITA SETIAP MASA
Since kejadian tu, memang kami taklah nak  kacau asmaa, just tanya dengan akak SS jer. Tapi yang paling touching ialah mak SS sendiri, dia memang sayang kat asmaa n aishah . sejak mak depa meninggal asmaa n aishah kira rapat jugak dengan mak SS, raya mesti depa sibuk nak mai rumah nak menikmati suasana hari raya bersama seorang mak..memang sedih jugak tapi depa nie sangat lawak dan cool..hehhehe
sampailah berita beritahu yang dah cam 20 jenazah dan dihantarkan ke Malaysia, akak SS bagitau yang asmaa ajak dia teman. tapi apakan saya akak SS tak dapat nak teman...
so depa hanya berwhatsapp ja..
lepas dah dapat tahu senarai nama jenazah ada nama Ahmad Hakimi meman ss sayup gila..bukan sebab apa!!!
Sebab Abdrehman ja...budak yang masih kecil berusia 9 bulan..tak tahu apapun..!!!..
bayangkan bila benda nie jadi pada kita sendiri....

HARI BERKABUNG
hari nie Jumaat, SS berpakaian hitam, bagi menghormati hari tersebut..Walaupun SS tak berada dilokasi tempat penerimaan jenazah, namun hati nie memang sayup, terbayang wajah asmaa yang mata besar dok buat lawak dan anak kecik dia yang handsome tu...berderu air mata..boleh katakan bengkak jugaklah !!!!
sop sop sop!!!!!

caption : muka nie nak p opis, masa nie nangis sikit ja :(

Bila mai opis, terus godek godek computer nak cari siaran online, last sekali bukak tonton dan YES!!!! boleh tengok live!!!!...
So start dari mula sampai habis, menangis ja SS nie!!!..tapi cover jugak sebab dok depan kaunter opis orang lalu lalang .....mana tak tahan kita berjurai jaaaaa...

respek gila tengok siaran nie, seharusnya rakyat Malaysia harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada PM kita sebab dengan usaha beliau kita dapat balik jenazah rakyat malaysia!!!
TQ PM.....jasamu tiada tandigan dan tiada balasan....saya bangga dengan mu PM!!!!!

dah melalut nak cakap nie...sebab tak tau nak cerita apa pun....Okaylah...kalau uolls nak baca cerita lebih details tentang asma...ahmad hakimi dan abdrehman serta kisah selainya...
uolls boleh baca blog akak ss


pasti uolls akan menitiskan air mata....!!!!akan menitiskan air mata.....sebab SS baca dan SS pun menangis!!!

To asma,
takziah asmaa, walaupun aku tak sempat nak p tengok hang masa pantang hari tu, tapi dala hati aku memang teringin nak jumpa hang dengan abdrehman...aku tau hang seorang isteri yang kuat...now abdrehman needs u...dia  hanya ada hang sorang,dan kimi sentiasa ada bersama ampa berdua dalam hati...aku seorang isteri, aku juga seorang ibu dan sebab itu aku dapat rasakan jika suami aku pergi dulu hanya aku dengan zakwan, orang lain tak akan mengetahuinya...jaga abdrehman sebaik mungkin....insyaallah nanti kita jumpa bawak zakwan kawan dengan abdrehman yang suka main ketok ketok tu....heheheh...sayang hang asmaa kecik!!!1


Love,
madamsurianie

Thursday, August 21, 2014

Butik Calaqisya Top dalam instagram



Mungkin ada ramai dikalangan gadis-gadis comel tengok logo yang terpampang dalam entry kali nie rasa teruja bila dan eksited kan... Okaylah mai nak habak bagi mereka yang tidak tahu tentang logo nie.. Logo nie adalah logo official salah sebuah butik yang kini sedang top top meletop exspecially dalam IG "Instagram"... CALAQISYA

Calasqisya adalah sebuah butik yang menjual pakaian musalimah dan juga hijab yang designnya memang simple dan sangat mengikut trend masa kini. Butik ini juga telah diwujudkan oleh 3 orang adik beradikyang cukup meminati fashion iaitu :

Farah Ilyana Khairuddin (Yana Khairuddin)
Farah Mislina Khairuddin (Farah Khairuddin) 
Farah Azrina Khairuddin (Azrina Khairuddin)


sebahagian Calaqisya Crew :)...somel sangat








Apa yang menarik tentang butik Calaqisya nie, semua dress / jubah yang mereka jual adalah " Nursing Friendly" maksudnya ia memudahkan ibu-ibu untuk menyusukan anda mereka. Siapa cakap ibu menyusu tak boleh nak bergaya sakan...Ninjia..Calaqisya boleh bantu uolsss...

Design yang mereka keluarkan memang hot market okay!!! Sejak Puan Irine nadia a.k.a blogger popular tu mengenakan tutudress keluaran Calaqisya.Tudia butik mereka nie menjadi pilihan ramai termasuklah SS sendiri. Tapi apakan daya memang tak berkesempatan nak ke butik mereka yang kini berada di kawasan utara.. insyaaallah nak memujuk suami nak p berjalan-jalan kat Ipoh dan nak shopping baju Calaqisya...Mana tau dapat hadiah untuk anniversary nanti.... kalau uolls nak beli online pun boleh tapi mostly semua SOLD OUT...



Atiyah Plated Jubah ( Nursing Friendly ) RM169.00


Okaylah..SS tak mau cakap banyak...kepada mereka yang sedang mencari jubah/dress yang simple tapi nampak exclusive boleh datang ke butik Calaqisya yang kini ada berdekatan dengan anda iaitu :

SHAH ALAM, JB, IPOH


Address:


Cala Qisya SHAH ALAM
15A Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7, 40000, Shah Alam


Cala Qisya IPOH
SA-15a Jln Plumbum P7/P,Sek 7,
SA JB-No 18,Jln Padi Emas,
1/5,JB Ipoh-No 42,Medan Stesen 18/3,
Station 18,Ipoh


Cala Qisya JOHOR BAHRU
18, Jalan Padi Emas 1/5,
Bandar Baru Uda, 
81200 Johor Bahru



Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk membeli / shopping, boleh log in ke webpage Calaqisya dia:

http://www.calaqisya.com



Wednesday, August 20, 2014

22 OGOS 2014 Hari Berkabung Malaysia #MH17


Assalammualaikum & Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa MH17,

Seperti yang kita sedia maklum, sudah diputuskan beberapa lagi jenazah mangsa tragedi MH17 telah disahkan dan ia akan diterbangkan khas daripada Amsterdem ke Malaysia pada 22 ogos 2014. 

Dengan itu Malaysia telah mengishtiharkan hari JUMAAT bersamaan 22 Ogos sebagai HARI BERKABUNG MALAYSIA  semperna  Istiadat Penghormatan Penerimaan Jenazah Tragedi MH17

Bagi memberikan penghormatan kepada hari tersebur, beberapa peraturan telah dikeluarkan. Marilah sama-sama kita follow the rules :





  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
  • Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan
  • Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai

Kongsi Rasa Cinta Anda Pada Mereka : #MH17



Assalamualaikum and salam Aidilfitri to all,

Calling for solidarity and unity in this trying time of MH17, we are currently collecting donations for our fallen Malaysian heroes, co pilots of the ill fated MH17, First Officer Ahmad Hakimi Hanapi and First Officer Muhamad Firdaus Abdul Rahim to help ease the burden of their family. 

Ahmad Hakimi left behind his wife, Sharifah Asmaa Alwee Aljuned, and 9 months old son Abderrahman, and Muhammad Firdaus left behind his pregnant wife Zarith.

Asmaa's Maybank account :

1571-5774-6653

Nurzarith's Maybank account :
1141-6099-6873

Any form of contribution is greatly appreciated, your kind and loving support for them is much needed, regardless of the amount! Lets share the love and support!

From,

Sahabat Asmaa' dan Zarith


P/s : RIP FOR MH17

Tuesday, August 19, 2014

Office Deco Corner Idea

Assalammualaikum semua

Rasanya macam dah lama tak mengupdate cerita terbaru dalam belog nie kan...hehehe..........agak sibuk sikit lepas raya dah lepas buat majlis besday Zakwan tempoh hari. So hari nie nak cerita sikit tentang Deco impian..hehehhe....wowo memang best kot bila bukak dan tengok hasil deco...memang so impress!!!

Macam SS sendiri, SS memang dilahirkan kot menjadi seorang business women yang berjaya...gitew..hehehh..feeling kan...since daripada form 3 SS dah mula jinakkan diri dalam bidang perniagaan sampailah sekarang macam macam bisness yang ss dah cuba...alhamdulillah now S dah jumpa hala tuju bisnes SS.

Okay bercakap pulak pasal bisnes nie, kekadang kita terpikir juga tentang ruang untuk kita bekerja..Betul tak??? ermmm nak cari idea yang simple dan selesa untuk kita selesaikan kerja-kerja. Mostly sekarang nie dah banyak sangat bisnes online. So bila bisnes online kebanyakkan semua berurusan dirumah saja. So apa kata uolls cuba cari dan dapatkan bebeapa idea untuk deco ruang office anda dirumah. Mesti bestkan!!!

so SS nak share 1 link page yang memang superb idea bagi korang yang memang suka bab deco mendeco nie..Feel free untuk uolls link to http://www.pinterest.com/

memang havoc gila page nie...just nak share something special untuk idea uollss...













Good Luck semua....insyaallah dengan adanya link nie...uolls akan dapat lebih banyak idea nanti :)

Wednesday, August 13, 2014

MAAF KAMI TUTUP




Mungkin ada yang terkejut dengan banner yang terpampang dalam belog SS nie!!!
Jangan terkejut ini adalah pemberitahuan tentang 1 berita yang mungkin mengejutkan ramai pelanggan....

Secara Rasminya Butik THE HOUSE OF RED GINCU akan  DITUTUP buat sementara waktu bermula 1 SEPTEMBER 2014

Kami ingin memohon maaf diatas segala kesulitan yang berlaku. Jika anda mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan, boleh terus hubungi saya di : 

019-5434377
atau
email : redgincu@yahoo.com 


Zakwan Dah Umur 1 Tahun

Assalammualaikum

Alhamdulillah selesai sudah majlis sambutan hari jadi zakwan yang pertama pada hari raya ke-6 tempoh hari. walaupun kalut semuanya berjalan dengan lancar..Amin..

So terima kasih buat kawan BFF saya Mama Dalia yang sudi tolong buat persiapan daripada A-Z...terharu sangat...jasa uolls memang tak dat dibalas..Nanti besday anak uollss akan tolong jugak yer..

Ramai jugak sanak saudara serta kawan-kawna yang datang masa besday zakwan tempoh hari. ada yang sempat SS ambil gambar dan ada yang tak sempat...sibuk melayan tetamu dan juga melayan karenah Si bam Bam tu,,,Jom kita belek beberapa gambar untuk uolls tengok dan SS nak kongsi bersama



MINION BESDAY CAKE 

Semestinya SS pilih Melting Bites untuk rekakan besday cake untuk zakwan. WOW!!! memang cantik gila...SS  suka...zakwan pun sukaSebab start dari besday suami SS ...kawin..besday SS pun order cake dengan depa..sedap dan memenuhi citarasa pelanggan. Depa memahami kehendak pelanggan..Kepada yang nak order dengan depa boleh layari lama web mereka di :

blog : http://meltingbites.blogspot.com/
facebook : Melting Bites 





BACKDROP DECO

Untuk backdrop deco ikutkan nak buat sendiri tapi tak jadi sebab banyak benda yang SS nak kena satle..So SS mintak kawan saya uncle Shafiq buatkan untuk zakwan..hehehhe tq so much..Shafiq nie juga ada buat wedding decoration. So kepada sesiapa yang ingin mencari decorasi yang cantik dan moden bolehlah hubungi shafiq melalui facebok beliau di :







CUPCAKE & CANDY DECO

Bercakap pulak pasal cupcake nie, actually mmg SS tetiba rasa nak buat sendiri cupcake untuk besday zakwan..Tapi last minit tak jadi sebab takut tak menjadi pulak. Tapi nak dijadikan cerita, masa ke Market Batu Lanchang nak beli ikan untuk buat laksa, adalah kedai menjual peralatan buat kek. So SS pun masuk dan terus tanya ttg tepung segera cupcake!!..apalagi terus beli..

Setelah membuat..alhamdulillah menjadi..yeahh!!!!!!!!! tapi agak comot sikit sebab baru 1st time buat...sedap jugak....siapa makan depa cakap sedap..hehehhe

Untuk Candy Deco pun SS memang dah plan nak buat pun...alhamdulillah walaupun sikit jer tapi nampak banyak dan comel...seronok bila semuanya dah tersusun rapi....








CUTTING CAKE CEREMONY

Memang agak kelam kabut sikit dan tak banyak picture yang SS sempat ambil sebab nak kena layan tetamu...NO Official photographer macam nie la jadinya!!!sedih sikit..hehhehe




HADIAH BESDAY ZAKWAN

Memandangkan SS buat besday Zakwan pada hari Raya ke-6 so zakwan tak dapat byk sangat hadiah..mostly banyak dapat duit...So nanti ibu simpan duit zakwan yer :)
Inilah antara hadiah yang zakwan dapat...alhamdulillah lepas nie ibu tak payah nak beli mainan banyak..ini pun dah cukup...
Malam lepas majlis memang tak sempat mak ambil gamba sebab hero dah sleep.. Pagi pagi esok tu SS susun mainan zakwan dan suruh dia duduk depan tu untuk snap..

Tapi masa tengok reaksi dia nampak kereta mainan yang akak belikan untuk zakwan. Tudia senyum sampai ke telinga...
nampak sangat dia happy....mungkin dalam hati dia teringin nak kereta tu...
alhamdulillah tuhan tunaikan hajat kecil dier tu....




Lepas dah siap mandi...so terus dia terkam kereta dan naik :)

Tetamu Yang Hadir

Alhamdulillah ramai sedara-mara yang hadir tak lupa jugak kawan kawan SS..Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis.. Ada yang sempat SS ambik dan ada yang tak sempat sebab tak menang tangan nak snap sibuk melayan sana sini...So enjoylah a few picture.. :)






Tersangat happy setelah apa yang diplan menjadi...lega dan alhamdulillah....seronok tengok tetamu yang datang makan dan enjoy....Terima kasih buat mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis kecil-kecilan nie...
ribuan terima kasih SS ucapkan..Insyaallah nanti kita plan dan buat lebih dari ini...insyaallah...

Monday, August 4, 2014

GLA COMPLEX




OGOS 2014 PROMO

Seperti biasa setiap bulan Shaklee akan buat monthly Promo..So untuk bulan Ogos 2014, Pihak Shaklee pilih GLA Complex..
Jom kita baca serba sedikit tentang GLA COMPLEX nie :


GLA COMPLEX daripada Shaklee dihasilkan daripada Borage Seed (17 - 25% khasiat sumber asli GLA). Borage mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA berbanding dengan EPO. Ianya juga adalah 3 kali lebih tinggi dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. 


Siapakah yang memerlukan GLA Complex?
✔ Mereka yang mengalami PMS
✔ Mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap
✔ Mereka yang mempunyai masalah cyst
✔ Mereka yang ingin mendapatkan zuriat
✔ Mereka yang ingin cantik



Bagaimana GLA bertindak (Khasiat + Kelebihan)?
✽ Merupakan herba tradisi yang dipercayai turun temurun, terutama di kalangan orang barat
✽ Membantu merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, meringankan kebas urat saraf
✽ Membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita
✽ Membantu memperbaiki symptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air, sakit payudara
✽ Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi
✽ Pengambilan jangka panjang membantu melambatkan penuaan untuk kelihatan lebih muda
✽ Memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
✽ Merupakan anti-oksidan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh
✽ Membantu menghalang pertumbuhan kanser dan sel tumor
✽ Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, tinea, kurap
✽ Meringankan sakit dan bengkak akibat rheumatisma, athritis
✽ Merendahkan paras gula dalam darah
✽ Menghalang penambahan berat badan dengan berkesan
✽ Merendahkan paras kolesterol LDL
✽ Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah
✽ Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
✽ Memperbaiki keadaan kanak-kanak autisma, sukar memberi tumpuan dan hiperaktif
✽ Memberi tone pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk capai bentuk badan menarik


Kepada mereka yang ingin hamil boleh dapatkan set BAJET HAMIL WANITA :)


ESP + GLA COMPLEX..... " SET PALING TOP "

Insyaallah kita berusaha dan mencuba..Apapun rezeki hanya daripada Allah s.w.t



-



Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels