Wednesday, August 20, 2014

22 OGOS 2014 Hari Berkabung Malaysia #MH17


Assalammualaikum & Salam Takziah buat semua ahli keluarga mangsa MH17,

Seperti yang kita sedia maklum, sudah diputuskan beberapa lagi jenazah mangsa tragedi MH17 telah disahkan dan ia akan diterbangkan khas daripada Amsterdem ke Malaysia pada 22 ogos 2014. 

Dengan itu Malaysia telah mengishtiharkan hari JUMAAT bersamaan 22 Ogos sebagai HARI BERKABUNG MALAYSIA  semperna  Istiadat Penghormatan Penerimaan Jenazah Tragedi MH17

Bagi memberikan penghormatan kepada hari tersebur, beberapa peraturan telah dikeluarkan. Marilah sama-sama kita follow the rules :





  • Bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang di seluruh negara pada hari perkabungan
  • Semua acara yang berunsur hiburan ditangguhkan pada hari tersebut
  • Pakaian hendaklah warna-warna yang suram dan tidak warna terang/garang
  • Bagi mereka yang beragama Islam dan terlibat secara langsung (dalam majlis sambutan ketibaan jenazah), mereka (termasuk petugas media) digalakkan memakai songkok (tanpa lilitan warna putih), manakala pegawai dan petugas wanita perlu memakai selendang berwarna hitam
  • Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen hendaklah ditangguhkan dan diganti dengan bacaan Al-Quran dan program berunsur keagamaan
  • Peraturan hari perkabungan yang ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa JPM itu perlu dipatuhi di semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, syarikat swasta, stesen radio dan televisyen serta orang ramai

No comments:

Post a Comment

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels