Friday, February 14, 2014

CARA MEMBUAT REPORT DI FACEBOOK


Assalammualaikum semua...

Hari nie SS nak kongsi 1 tips dan langkah-langkah macam mana nak buat aduan sekiranya anda mengalami masalah stalker ang telah mengambil gambar atau butiran peribadi anda dalam facebook dan upload dalam page facebook yang lain. Sebenarnya benda nie kita tak boleh nak pandang rendah dan pandang ringan bab nie.....So kita sebagai pengguna juga berhak untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

Okaylah bercakap tentang cara nak buat anduan nie sebenarnya bukan susah.Senang jer. Kisah nie SS nak share sebab berlaku keatas biras SS sendiri Cik Diana Azhar yang sering terkena gangguan macam nie. Bukan sikit banyak kekadang tengok cik Diana nie menangis dan juga terasa tertekan dengan apa yang jadi pada dia. Create dan delete facebook dia berkali-kali sampaikan tak juga selesai. 

So sejak kes yang paling baru nie, SS telah bersuara untuk membantu Cik Diana nie buat report dan juga report kepada pihak admin facebook. Mungkin dengan entry nie dapat bantu ramai orang yang terkena kes macam nie. SS ada jugak call BIRO PENGADUAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA...katanya aduan macam nie berkaitan facebook memang depa tak boleh nak buat apa sebab admin adalah daripada luar negara. Cuma mereka hanya boleh bantu untuk bagi cara dan flow cam mana nak buat aduan. Memang betul la. Tapi pada masa yang sama kita kena monitor sendiri. 

Inilah PAGE yang hangat diperkatakan..Memang page macam nie snagat banyak dalam FB...uolls boleh bukak dan baca sendiri...Tapi hope uolls boleh follow langkah-langkah untuk report kepada admin facebook tentang facebook nie. Sebab ia sangat menjatuhkan maruah orang.


JOM FOLLOW DAN BUAT!!!!


LANGKAH 1 : 

Sebelah kanan ada button follow. Pilih butang REPORT PAGE


LANGKAH 2 :

Pilih sebab anda 
ada 5 jenis sebab. So uolls pilih yang mana sesuai dengan anda punya kes.
Klik : CONTINUE



LANGKAH 3 :

Tick pada butang REPORT TO FACEBOOK
Klik : Continue



LANGKAH 4 :

Klik : OKAY



Lepas anda dah klik OKAY..Selepas beberapa minit anda akan menerima NOTIFICATION macam nie.Means aduan anda telah berjaya. So semakin ramai yang buat aduan pada page yang sama, semakin cepat pihak admin FACEBOOK akan ambik tindakan.

So jom bertindak pantas...Demi keselamatan anda semua

SS berharap dengan adanya tips nie, insyaallah ia dapat membantu anda yang buntu dalam menyelesaikan masalah nie. Dan yang penting is PROFILE ANDA perlu dijaga dengan rapi..
Jangan sesuka hati nak pos gambar yang bisa membawa PADAH..

Insyaallah semoga tips nie membantu anda. Tapi jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan laman sosial Malaysia atau sebarang masalah penggunaan internet. Anda boleh terus membuat aduan kepada:

SURUHANJAYA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA MALAYSIA
TALIAN BEBASTOL : 1800-888-030

3 comments:

  1. Assalamualaikum saya Zahra cari kerja kat facebook dapat kerja selepas saya bank ni ke 2 orang hilang diri fon tak dapat apa yang patuh buat saya

    ReplyDelete

Apa Itu Chromebook | Review By Madam Surianie

 Hello semua Assalammuaikum, Untuk Entry kali nie saya nak sharing dengan uolls semua tentang Chromebook. Kenapa Chromebook?? uolls pernah t...

Labels